Anda di halaman 1dari 9

ADEA 1113: GEOGRAFI MANUSIA: POLA DAN PROSES

LIMA TEMA DALAM GEOGRAFI: KAJIAN KES DI


THAILAND

1|Page
2.0BIL PERKARA
KANDUNGAN MUKA
SURAT

1.0 TAJUK

2.0 KANDUNGAN

3.0 PENGENALAN

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

5.0 KAWASAN KAJIAN

6.0 METODOLOGI KAJIAN

7.0 LIMA TEMA DALAM GEOGRAFI

7.1 LOKASI

7.2 TEMPAT

7.3 WILAYAH

7.4 PERGERAKAN

7.5 INTERAKSI

8.0 KESIMPULAN

9.0 RUJUKAN

2|Page
3.0 PENGENALAN

Kajian dalam geografi merupakan kajian mengenai struktur ruangan dan


persekitarannya. Manusia menggunakan ruangan sebagai satu sumber kepada mereka. Lima
tema dalam geografi telah diperkenalkan untuk mengkaji struktur ruangan dan interaksi
dengan persekitarannya. Lima tema itu ialah lokasi, interaksi, wilayah, tempat dan
pergerakan. Tema lokasi menggambarkan bagaimana posisi manusia dan benda di atas
permukaan bumi mempengaruhi tentang apa yang berlaku dan kenapa ia berlaku. Lokasi
menjadi satu perkara asas dalam bidang berkenaan geografi, yakni membantu manusia
mengorganisasikan dan menyesuaikan keadaan proses dan peristiwa (De Blij & Murphy:
2003: 7). Menurut Cloke, Philo dan Sadler, 1991, geografi adalah penuh dengan lokasi
mutlak dan lokasi relatif (Pangiras Micheal: 1994: 11).Tema interaksi antara manusia dan
persekitaran pula berkisar tentang persoalan bagaimana kumpulan manusia yang berbeza
budaya memahami, menggunakan dan mentransformasikan persekitaran mereka, juga
bagaimana persekitaran mempengaruhi aktiviti manusia (De Blij & Murphy: 2003: 7).
Konsep determinisme alam sekitar merujuk kepada kepercayaan dalam kalangan ahli
geografi bahawa alam sekitar semula jadi akan menentukan segala tingkah laku dan sifat
fizikal manusia (Chan Ngai Weng et.al.: 1993: 32).Konsep wilayah merupakan istilah yang
kita gunakan untuk merujuk kepada imej mental permukaan bumi yang dibezakan oleh suatu
bahan jalinan yang amat kompleks dan yang dihasilkan oleh pelbagai proses yang saling
berkaitan (E. James & J. Martin: 1991: 520). Mengikut gabungan definisi yang dikemukakan
oleh beberapa orang ahli geografi, wilayah boleh didefinisikan sebagai satu kawasan alam
sekitar fizikal yang mempunyai persamaan rupa bentuk serta di dalamnya berlaku proses
pembangunan fizikal yang berkaitan dengan kehidupan manusia dan membentuk satu
keseragaman ekonomi dan struktur sosial (Minshull, 1967) (Chan Ngai Weng et.al. : 1993:
68).Sesuatu tempat di permukaan bumi memiliki ciri-ciri budaya dan sifat-sifat fizikalnya
tersendiri. Satu tujuan geografi ialah untuk mengkaji sifat-sifat istimewa dan makna sesuatu
tempat. Pemahaman manusia terhadap diversiti berakar umbi pada tempat, jadi konsep ini
penting untuk membawa pengalaman manusia ke dalam gambaran geografi (De Blij &
Murphy: 2003: 7-8)Tema pergerakan merujuk kepada pergerakan manusia, barang dan idea
dalam ruang global (Ibid : 8).

3|Page
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4|Page
5.0 KAWASAN KAJIAN

Thailand terletak di tengah-tengah negara asia tenggara pada 13.7500° U, 100.4833°


Timur dengan keluasan tanah 513,120 km2 dan merupakan 50 negara terbesar di dunia.
Negara ini berada berada pada 15o berhampiran garisan khatulistiwa dan beriklim tropika.
Bahagian utara negara ini iaitu bersempadan dengan Myammar mempunyai landskap yang
bergunung-ganang dan puncak tertinggi di banjaran ini ialah Doi Inthanon dengan ketinggian
2565 meter dari aras laut. Di kawasan Timur Laut terdapatnya Dataran Khorat yang
disempadani oleh Sungai Mekong.Di kawasan tengah negara ini pula terdapatnya Lembangan
Chao Praya yang mengalir ke Teluk Thailand.Di kawasan Selatan pula terdapat lembah
sungai Kra Ishtmus yang makin luas setelah mengalir ke Malaysia.Kawasan persisiran pantai
di Thailand dipelihara dengan baik kerana sektor pelancongan menjadi penyumbang utama
ekonomi negara.

P
ETA THAILAND

5|Page
6.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dilakukan ini hanya menggunakan data sekunder kerana kekurangan dana
kewangan dan tempoh kajian yang singkat.

RAJAH 4.1.1 : ALIRAN DATA SEKUNDER

6.1 DATA SEKUNDER


Data sekunder pula adalah maklumat yang telah di tapis dan ditafsirkan daripada
sumber primer yang merupakan penjelasan kedua dan ketiga dari sumber asal. Justeru, data
jenis ini boleh didapati dalam bentuk jadual atau senarai berangka. Data jenis ini sudah dikaji
oleh orang lain dan hasilnya dalam bentuk buku, majalah, artikel, latihan ilmiah, surat khabar
dan banyak lagi. Kebiasanya juga ianya dikumpulkan oleh badan berkanun, badan kerajaan
dan badan bukan berkanun.

6.2 KAEDAH KAJIAN PERPUSTAKAAN

Kaedah ini dikenali sebagai kajian perpustakaan kerana kebanyakan sumber bahan
bacaan pengkaji diperolehi daripada Perpustakaan Utama, Perpustakaan Peringatan Za’ba,

6|Page
Bilik Sumber Jabatan Geografi, Perpustakaan Negara dan sebagainya. Antara bahan kajian
perpustakaan pengkaji ialah buku, kertas persidangan, artikel dan kertas projek yang
mempunyai kaitan dengan tajuk kajian pengkaji.

7.0 LIMA TEMA DALAM GEOGRAFI

7.1 LOKASI

Dalam kajian geografi lokasi merupakan satu titik permulaan untuk semua kajian
geografi dan tindakan spatial. Lokasi terbahagi kepada dua jenis iaitu lokasi mutlak dan
lokasi relatif. Lokasi mutlak ditentukan oleh sistem koordinat yang jitu dan diterima seperti
garis bujur/lintang iaitu darjah, minit dan saat. Latitud dan longitud bagi negara Thailand
ialah 13.7500° Utara, 100.4833° Timur. Lokasi relatif pula ditentukan berdasarkan sesuatu
kawasan itu berhampiran dengan sesuatu kawasan yang lain. Bagi negara Thailand, ia
berkongsi sempadan dengan negara Myanmar di bahagian Barat, Laos ke Utara dan Timur,
Kemboja di bahagian Tenggara dan Malaysia di bahagian Selatan. Laut China Selatan
menjadi Teluk Thailand di sebelah Timur. Sementara di bahagian barat Thailand adalah Laut
Andaman dan Lautan Hindi.

7.2 TEMPAT

Sesuatu tempat di permukaan bumi memiliki ciri-ciri budaya dan sifat-sifat


fizikalnya tersendiri. Thailand merupakan negara yang beriklim tropika dan bergunung-
ganang, dataran tinggi, dan mempunyai dataran aluvium yang meliputi kira-kira 200,000 batu
persegi. Melihat pada peta, bentuk peta Thailand seakan-akan kepala gajah berserta gading.
Terdapat tiga ciri-ciri fizikal yang jelas kelihatan di negara Thailand iaitu gunung yang tinggi,
dataran pusat dan penara tanah tinggi.Bahagian utara Thailand merupakan tanah tinggi yang
berlanjutan sepanjang sempadan Myanmar dan berlarutan sehingga ke Semenajung Malaysia.
Semua orang mengenali Thailand sebagai pusat pelancongan yang menarik. Negara ini
terkenal dengan makanan yang menarik, pakej pelancongan, sutera dan kuil-kuil yang bersaiz
mega.Wilayah di thailand mempunyai seribu satu warna kehidupan.Dalam mempromosikan
negara Thailand di pentas dunia, Thailand telah mengistiharkan “Amazing Thailand Year”
pada tahun 1998 walaupun pada masa itu Thailand berdepan dengan krisis kewangan. Ciri-
ciri budaya yang diperkenalkan seperti pakaian tradisional, makanan, kenderaan dan Sami
Buddha. Ciri-ciri fizikal utama bagi negara Thailand adalah kawasan sungai. Sungai yang

7|Page
paling terkenal dan menjadi nadi kepada pembangunan negara Thailand ialah sungai Chao
Praya. Semasa musim hujan, banjir yang berlaku akan mengangkut kumin-kumin tanah
aluvium lalu merebakkannya ke kawasan sekitarnya lalu membentuk dataran tanih aluvium
yang sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian. Aktiviti penanaman padi merupakan ciri-ciri
budaya yang boleh di temui di Dataran Chao Praya. Kawasan pusat Thailand ini dikenali
sebagai “mangkuk nasi”. Jika dilihat dari atas, kawasan tengah Thailand dipenuhi kotak-
kotak sawah padi dan jaringan saliran air. Bangkok ialah ibu negara Thailand dengan
populasi penduduk mencecah 10 juta orang. Bangkok telah menjadi ibu negara semenjak
tahun 1782 yang berasal dari sebutan orang barat iaitu Bang Makok yang bermaksud
perkampungan nelayan. Nama sebenar bagi negara Thailand ialah Grungtayp Mahanakawn
Amawn rattanakosindra Mahindrayutthya Mahadeelohpohp Noparatan Rajadhani Burirohm
Udom Rajaniuayt Mahasatawn Amawn Pimawn Awatawn Satit Sakatatutiya Wisanukawn
Prasit. Ini menjadikan Thailand sebagai pemegang rekod nama sebenar negara yang paling
panjang.

6.3 WILAYAH

Konsep wilayah merupakan istilah yang kita gunakan untuk merujuk kepada imej
mental permukaan bumi yang dibezakan oleh suatu bahan jalinan yang amat kompleks dan
yang dihasilkan oleh pelbagai proses yang saling berkaitan (E. James & J. Martin: 1991:
520). Mengikut gabungan definisi yang dikemukakan oleh beberapa orang ahli geografi,
wilayah boleh didefinisikan sebagai satu kawasan alam sekitar fizikal yang mempunyai
persamaan rupa bentuk serta di dalamnya berlaku proses pembangunan fizikal yang berkaitan
dengan kehidupan manusia dan membentuk satu keseragaman ekonomi dan struktur sosial
(Minshull, 1967) (Chan Ngai Weng et.al. : 1993: 68). Dalam kajian ini, wilayah ditentukan
berdasarkan berdasarkan etnik masyarakat Thailand.

8|Page
RUJUKAN

About thailand: Grography (http://www.tourismthailand.org/Thailand/geography)

Barbara and A. Weightman. (2002). Dragons and tigers: A geography of south, east and

southeast asia. United States of America: John Wiley & Sons, Inc.

Penny Van Esterik. (2000). Materializing Thailand. New York, United States of America:

Berg.

R. D. Hill and Jennifer M. Bray. (1978). Geography and the environment in Southeast Asia.

Hong Kong, China: Hong Kong University Press.

9|Page

Anda mungkin juga menyukai