Anda di halaman 1dari 40

KEMAHIRAN LITERASI ASAS

KANAK-KANAK
BERMASALAH PENGLIHATAN

PPK 221
Dr. Rozniza Zaharudin
PENGENALAN
We l e a d

 MASALAH PENGLIHATAN

 STRATEGI UNTUK MEMUPUK


 KEMAHIRAN PERTUTURAN
 KEMAHIRAN PRA-LITERASI
 KEMAHIRAN AWAL MEMBACA & MENULIS BRAILLE
PENGENALAN We l e a d

• Tahap perkembangan literasi kanak-kanak


bermasalah penglihatan adalah setara dengan
tahap perkembangan literasi kanak-kanak yang
boleh nampak.
• Sama seperti kanak-kanak yang boleh nampak,
kanak-kanak buta juga perlu melalui tahap
perkembangan bahasa yang bermula daripada:
– tahap pertuturan
– tahap perkembangan praliterasi (prabacaan)
sebelum dapat menguasai kemahiran membaca dan
menulis.
PENGENALAN We l e a d

• Walau bagaimanapun, oleh sebab terdapat


kekurangan dalam fungsi deria penglihatan mereka,
kanak-kanak bermasalah penglihatan perlu
bergantung pada maklumat yang didapati daripada
deria sentuhan ataupun deria pendengaran untuk
memahami persekitaran mereka.
• Dengan penggunaan deria yang berbeza untuk belajar,
maka strategi pengubahsuaian diperlukan untuk
kanak-kanak bermasalah pembelajaran menguasai
literasi.
– Kesan masalah penglihatan terhadap perkembangan literasi
– Strategi pengubahsuaian untuk memupuk perkembangan
literasi mereka.
KESAN MASALAH PENGLIHATAN TERHADAP
PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI We l e a d

• Dari perspektif pendidikan, kanak-kanak bermasalah


penglihatan dibahagikan kepada dua kategori:
– Buta - kanak-kanak yang menggunakan deria sentuhan serta
deria pendengaran untuk belajar
– Rabun - kanak-kanak rabun pula masih berupaya untuk
menggunakan deria penglihatan mereka untuk belajar,
biasanya dengan pengubahsuaian

• **Buta berfungsi:
• Golongan kanak-kanak yang menggunakan deria sentuhan serta deria
pendengaran untuk belajar, tetapi masih berupaya untuk menggunakan
saki baki deria penglihatan mereka untuk bergerak dalam persekitaran.
KESAN MASALAH PENGLIHATAN TERHADAP
PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI We l e a d

• Keupayaan intelek seseorang tidak berkurangan


semata-mata disebabkan oleh kebutaan sahaja.

• Walaubagaimanapun, kebutaan boleh


menyebabkan perkembangan bahasa serta
perkembangan dalam domain lain tertangguh.

– Apabila tertangguh, pembinaan konsep serta kemahiran


bahasa menjadi tidak begitu sempurna dan menyeluruh.
KESAN MASALAH PENGLIHATAN TERHADAP
PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI We l e a d

• Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi tahap


perkembangan kanak-kanak bermasalah
penglihatan:
– Faktor pertama disebabkan oleh keterbatasan deria lain
yang menggantikan deria penglihatan dalam menerima
maklumat daripada persekitaran.
• Maklumat daripada deria penglihatan lebih menyeluruh dan
terperinci. Anggaran 80% daripada pembelajaran kanak-kanak
yang boleh nampak berlaku melalui deria penglihatan
• Deria lain yang digunakan oleh kanak-kanak buta tidak boleh
menggantikan sepenuhnya fungsi deria penglihatan.
KESAN MASALAH PENGLIHATAN TERHADAP
PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI We l e a d

• Faktor kedua disebabkan oleh keterbatasan kanak-


kanak yang mengalami masalah penglihatan untuk
menerima sokongan / rangsangan daripada
persekitaran.
– Oleh sebab kekurangan rangsangan daripada
persekitaran, pengalaman kanak-kanak buta untuk
meneroka persekitaran menjadi terhad.
– Ini mungkin mengakibatkan proses pembinaan konsep
bahasa dan literasi asas kanak-kanak menjadi ringkas
dan kurang terperinci.
KESAN MASALAH PENGLIHATAN TERHADAP
PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI We l e a d

• Faktor ketiga pula disebabkan oleh keterbatasan


kanak-kanak bermasalah penglihatan untuk
mempelajari sesuatu melalui pengajukan atau
peniruan.
– Pengajukan secara semula jadi (incidental learning)
ialah cara yang paling utama digunakan oleh kanak-
kanak berpenglihatan untuk mempelajari bahasa serta
konsep daripada persekitaran.
• Keupayaan untuk mengajuk kurang dalam kalangan buta.
KESAN MASALAH PENGLIHATAN TERHADAP
PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI We l e a d

– Akibat daripada ketiga-tiga faktor yang disebutkan, maka


pembinaan dan perkembangan konsep kemahiran
literasi mereka terjejas.

• Oleh itu, pendekatan pengajaran yang berbeza seperti latihan


sensor serta pengalaman terancang diperlukan untuk kanak-
kanak buta menguasai konsep dengan lebih sempurna.
PENGENALAN
We l e a d

 STRATEGI UNTUK MEMUPUK

 KEMAHIRAN PERTUTURAN
 KEMAHIRAN PRA-LITERASI
 KEMAHIRAN AWAL MEMBACA & MENULIS BRAILLE
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN BAHASA PERTUTURAN We l e a d

• Kanak-kanak buta mungkin mengalami masalah


untuk mengajuk pertuturan secara semula jadi.

– Aktiviti yang terancang perlu disediakan oleh ibu bapa /


guru untuk mengajar mereka secara spesifik
(bersesuaian dengan keperluan mereka) untuk
memupuk kemahiran tertentu.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN BAHASA PERTUTURAN We l e a d

• Walau bagaimanapun, sedikit pengubahsuaian


diperlukan untuk menjalankan aktiviti terancang.
Sebagai contoh:
– Alat permainan 3D (model mengikut skala)
• Cth: 3D arnab lebih sesuai digunakan untuk menggantikan 2D
lakaran arnab sebagai sumber pengajaran.
– Bahan rangsangan berbunyi
• Alat permainan berbunyi, Bahan rangsangan yang
memberikan pelbagai jenis sentuhan seperti lembut-keras,
licin-kasar juga boleh digunakan sebagai sumber pengajaran
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN BAHASA PERTUTURAN We l e a d

• Selain pengubahsuaian dari segi bahan rangsangan,


kanak-kanak buta juga perlu diberikan bimbingan yang
lebih khusus agar kemahiran bertutur mereka dapat
berkembang dengan baik.
• Antara kaedah yang boleh dipraktikkan oleh orang
dewasa termasuklah membimbing kanak-kanak untuk
mengajuk cara pertuturan
– meletakkan jari / tapak tangan pada bibir orang dewasa
ketika bertutur.
• Pergerakan bibir dan hembusan nafas daripada
sentuhan dapat membimbing kanak-kanak untuk
membentuk dan mengeluarkan sesuatu bunyi
pertuturan dengan lebih tepat.
PENGENALAN
We l e a d

 STRATEGI UNTUK MEMUPUK

 KEMAHIRAN PERTUTURAN
 KEMAHIRAN PRA-LITERASI
 KEMAHIRAN AWAL MEMBACA & MENULIS BRAILLE
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• 3 jenis kaedah umum yang berkesan telah


dicadangkan untuk memupuk kemahiran praliterasi:
– kaedah belajar secara bermain
– kaedah multi-sensori
– kaedah bacaan secara terpimpin
• Ketiga-tiga kaedah ini sesuai untuk digunakan untuk
memupuk pembelajaran kanak-kanak buta, tetapi
dengan sedikit pengubahsuaian.
– Pengubahsuaian biasanya dari segi bahan rangsangan
serta keperluan bimbingan tambahan:
• bimbingan secara bersuara
• bimbingan secara sentuhan tangan.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• 7 jenis pengubahsuaian untuk kanak-kanak buta


menguasai kemahiran praliterasi:
“Instructional Strategies for Braille Literacies”, by Wormsley dan D’Andrea (1997)

– 1. Latihan Sensori
– 2. Memupuk Minat terhadap Bahan Bacaan
– 3. Mengetahui Konsep tentang Tulisan Braille
– 4. Meningkatkan Kemahiran Perbendaharaan Kata
– 5. Meningkatkan Kemahiran Naratif
– 6. Memupuk Kesedaran Fonologi
– 7. Mengajar Pengetahuan Abjad Braille
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• 1) Latihan Sensori
– Latihan untuk merangsang penggunaan semua deria
seseorang kanak-kanak, terutamanya deria sentuhan,
deria pendengaran dan juga pergerakan kinestetik
yang menggantikan deria penglihatan.
– Latihan yang digunakan untuk memperkembangkan
kemahiran sensor secara implisitnya juga akan
menggalakkan perkembangan kognitif serta konsep
praliterasi seseorang kanak-kanak bermasalah
penglihatan.
– Pelbagai cara boleh digunakan untuk
mengembangkan aspek pendengaran kanak-kanak
bermasalah penglihatan.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• Latihan sensori pendengaran:


– Latihan membimbing kanak-kanak buta untuk mengecam bunyi-bunyi
daripada persekitaran seperti:
• bunyi menuang air ke dalam gelas, bunyi hon kereta, bunyi ranting
dan daun bergeser apabila ditiup angin.
– Latihan ini akan membantu kanak-kanak buta membina konsep tentang
persekitaran mereka.
• Latihan sensori sentuhan:
– Latihan membezakan tekstur pada alat permainan, baju, makanan

• Latihan sensori kinestetik:


• Latihan pergerakan badan yang kasar seperti melompat, menggelongsor
• Latihan untuk memupuk pergerakan motor halus:
– Membuat bentuk dengan tanah liat, bermain pasir, bermain dengan blok.
– Ini dapat membantu menguatkan otot tangan serta jari kanak-kanak buta
sebagai persediaan awal untuk menulis Braille.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• 2) Memupuk Minat terhadap Bahan Bacaan

• Untuk memupuk minat kanak-kanak buta terhadap


bahan bacaan, buku bergambar timbul (tactile picture
books) boleh digunakan.
– mempunyai tulisan biasa dan juga tulisan Braille.
– Gambar dalam buku bergambar timbul itu juga direka
supaya sesuai untuk kanak-kanak yang boleh nampak serta
kanak-kanak buta.
• menarik dan berwarna-warni, berbentuk timbul (taktil) dengan
pelbagai tekstur serta ketinggian.
• Untuk menggalakkan pengalaman pembelajaran bersama-sama
antara kanak-kanak buta dengan kanak-kanak boleh nampak di
dalam kelas inklusif.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• 2) Memupuk Minat terhadap Bahan Bacaan

• Kaedah bacaan secara terpimpin boleh


dilaksanakan untuk memupuk minat kanak-kanak
buta terhadap bahan bacaan.
– Semasa membaca bersama-sama, orang dewasa
perlu membimbing tangan kanak-kanak buta supaya
bergerak merentasi tulisan Braille serentak dengan
sebutan orang dewasa.
– Dengan cara ini, kanak-kanak buta boleh mendapat
pengalaman awal tentang cara membaca kod Braille.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• 2) Memupuk Minat terhadap Bahan Bacaan

• Terdapat beberapa laman web yang boleh


dilayari untuk mendapatkan panduan tentang
cara menghasilkan serta menggunakan buku
bergambar timbul.
• Laman web yang disyorkan ialah
www.tactilebooks.org
www.tactilepicturebook.org.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• 3) Mengetahui Konsep tentang Tulisan Braille


• Kanak-kanak buta, sama seperti kanak-kanak boleh
nampak, juga perlu mengetahui tentang konsep
asas bahan cetakan seperti:
– cara memegang buku, arah membaca tulisan dsb.

• Juga perlu mengetahui aspek mekanikal membaca Braille:


• pergerakan jari seperti tracking dan skimming
• pergerakan tangan dari kiri ke kanan merentasi tulisan Braille
• kemahiran pengamatan sentuhan untuk membezakan antara
bentuk kod Braille yang berlainan.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• 3) Mengetahui Konsep tentang Tulisan Braille

• Salah satu program yang biasanya digunakan untuk mengajar


konsep tentang tulisan Braille kepada kanak-kanak buta ialah
program Mangold (Mangold, 1977).

• Program Mangold mencadangkan pelbagai jenis aktiviti untuk:


– melatih pergerakan mekanis tangan
– kemahiran mengenal abjad Braille.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• 4) Meningkatkan Kemahiran Perbendaharaan Kata


– Strategi paling berkesan untuk meningkatkan kemahiran
perbendaharaan kata kanak-kanak buta adalah dengan
menggunakan objek sebenar serta situasi sebenar.
– Penerokaan secara menyeluruh objek / situasi sebenar
merangkumi penggunaan pelbagai jenis deria (multi-
sensori)
• Meningkatkan pembelajaran yang lebih menyeluruh & konkrit

– Strategi ini akan lebih berkesan jika penerokaan kendiri


kanak-kanak buta itu diiringi dengan penerangan lisan
oleh orang dewasa.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• 5) Meningkatkan Kemahiran Naratif


– Seperti kanak-kanak boleh nampak, kemahiran naratif
kanak-kanak buta boleh dipupuk melalui aktiviti
membaca buku bersama-sama dengan orang dewasa.
– Buku bergambar timbul boleh digunakan untuk
menggalakkan kanak-kanak buta bercerita berdasarkan
gambar timbul yang disentuh.
• Walau bagaimanapun, maklumat yang boleh diperoleh
daripada gambar timbul tidak begitu lengkap dan sempurna.

– Oleh itu, penerangan lisan berbentuk deskriptif


seharusnya digunakan untuk mengaitkan pengalaman
dan pengetahuan sedia ada kanak-kanak buta dengan
pengalaman baharu.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• 6) Memupuk Kesedaran Fonologi


– Kemahiran fonologi kanak-kanak buta juga boleh
dipupuk melalui nyanyian lagu-lagu berirama.
– Unsur pengulangan konsonan, vokal, kesamaan dalam
irama, akan membantu kanak-kanak ini untuk mengenal
dan membezakan bunyi yang dinyanyikan.
– Aktiviti tambahan seperti pergerakan tangan dan
tepukan untuk mengiringi sebutan suku kata dan
perkataan juga boleh menggalakkan kesedaran fonologi
kanak-kanak buta.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK
KEMAHIRAN PRALITERASI We l e a d

• 7) Mengajar Pengetahuan Abjad Braille

– Pada peringkat praliterasi, kanak-kanak buta juga


perlu mula mempelajari abjad Braille.

– Konsep tentang sel Braille, iaitu terdiri daripada:


• titik timbul baris atas, tengah dan bawah
• disusun dalam dua lajur
ABJAD BRAILLE We l e a d
ABJAD BRAILLE We l e a d

• Alat untuk menghasilkan abjad Braille seperti


“slate and stylus”serta mesin Braille boleh
digunakan.
ABJAD BRAILLE We l e a d

• Seperti kanak-kanak boleh nampak, kanak-kanak


yang mengalami masalah penglihatan juga boleh
dibimbing untuk menghasilkan buku abjad Braille
mereka sendiri.
– Satu muka surat disediakan untuk setiap abjad Braille
• Objek/bahan yang mempunyai tekstur boleh digunakan
untuk mewakili bunyi abjad tersebut.
• Contohnya, pada muka surat untuk abjad Braille “p”, pasir
boleh digamkan untuk mewakili bunyi “p”.
– Objek sebenar yang sudah menjadi kebiasaan untuk
kanak-kanak tersebut sesuai digunakan untuk
membina buku abjad Braille tersendiri.
PENGENALAN
We l e a d

 STRATEGI UNTUK MEMUPUK

 KEMAHIRAN PERTUTURAN
 KEMAHIRAN PRA-LITERASI
 KEMAHIRAN AWAL MEMBACA & MENULIS BRAILLE
STRATEGI UNTUK MEMUPUK KEMAHIRAN
AWAL MEMBACA DAN MENULIS BRAILLE We l e a d

• Kemahiran awal membaca merangkumi kemahiran


mekanis untuk membunyikan perkataan
berdasarkan simbol dan bunyi abjad.

• Kaedah fonik sesuai digunakan untuk mengajar


kemahiran membunyikan perkataan kepada kanak-
kanak berpenglihatan dan juga kanak-kanak buta.
– Perbezaannya hanya terletak pada penggunaan kod
Braille sebagai simbol untuk mewakili ejaan perkataan.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK KEMAHIRAN
AWAL MEMBACA DAN MENULIS BRAILLE We l e a d

• Braille bukannya suatu sistem bahasa, tetapi Braille


merupakan himpunan kod yang mewakili abjad,
singkatan ejaan ataupun tanda bacaan yang
digunakan dalam sesuatu bahasa.
• Kod Braille sesuatu bahasa biasanya terdiri daripada
dua peringkat.
– Kod Braille gred 1: mewakili abjad
– Kod Braille gred 2: mewakili singkatan tertentu dalam
ejaan perkataan ataupun mewakili keseluruhan
perkataan.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK KEMAHIRAN
AWAL MEMBACA DAN MENULIS BRAILLE We l e a d

• Contohnya kod Braille mewakili singkatan


“KAN” dalam bahasa Melayu.

• Maka, perkataan “makan”dalam bentuk tulisan kod


Braille gred 1 ialah (makan),

• tetapi dalam bentuk tulisan kod Braille gred 2 pula


ialah (maKAN).
STRATEGI UNTUK MEMUPUK KEMAHIRAN
AWAL MEMBACA DAN MENULIS BRAILLE We l e a d

• Kod Braille bahasa Melayu kini boleh dipelajari


secara percuma dari laman sesawang eKod
Braille di http://ekodbraille.ses.usm.my.

• Guru dan ibu bapa digalakkan untuk


mempelajari kod Braille supaya boleh
menggunakannya untuk membimbing kanak-
kanak buta memperkembangkan kemahiran
literasi awal.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK KEMAHIRAN
AWAL MEMBACA DAN MENULIS BRAILLE We l e a d

• Terdapat dua kaedah untuk mengajar kemahiran


membaca dan menulis Braille kepada kanak-kanak
buta (D’Andrea, 2009).

– 1) Kod Braille gred 1 (abjad Braille) untuk mengajar


kemahiran membaca & menulis kepada murid buta.

– 2) Kod Braille gred 2 (singkatan) pula hanya


diperkenalkan selepas kanak-kanak sudah menguasai
kemahiran awal membaca.
• untuk mengajar kemahiran membaca dan menulis.
STRATEGI UNTUK MEMUPUK KEMAHIRAN
AWAL MEMBACA DAN MENULIS BRAILLE We l e a d

• Secara tradisinya, mesin Braille serta alat “slate


dan stylus” digunakan untuk menghasilkan
tulisan Braille.

• Pada masa kini, terdapat juga alat teknologi serta


perisian yang boleh digunakan untuk:
– menulis Braille secara digital
– menyimpan teks Braille digital
– membaca teks Braille digital dalam bentuk lisan.
TEKNOLOGI UNTUK MEMUPUK KEMAHIRAN
LITERASI KANAK-KANAK BUTA We l e a d

• Selain tulisan Braille, terdapat juga perisian komputer


yang diperkenalkan untuk menukarkan teks digital
biasa kepada bentuk audio.
– Perisian jenis ini dipanggil sebagai perisian pembaca skrin
(berfungsi untuk menyebut teks yang tertera di skrin).
• Walau bagaimanapun, hasil kajian telah menunjukkan bahawa
kanak-kanak yang mempelajari Braille lebih cenderung untuk
mendapat kerja dan mempunyai kualiti kehidupan yang lebih
baik berbanding dengan kanak-kanak yang hanya mempelajari
literasi melalui saluran teks-audio (Wormsley & D’Andrea, 1997)
• Oleh sebab itu, Braille WAJIB dipelajari oleh semua kanak-kanak buta
RUMUSAN
We l e a d

• Pengalaman literasi asas yang dilalui oleh kanak-kanak


buta biasanya agak terbatas berbanding dengan
pengalaman literasi asas kanak-kanak boleh nampak.
• Salah satu punca disebabkan oleh kekurangan sumber
literasi seperti bahan bacaan untuk kanak-kanak buta.
• Ibu bapa / guru yang tidak menguasai kemahiran
literasi Braille, tidak akan dapat menyokong
sepenuhnya proses perkembangan literasi awal kanak-
kanak buta.
• Kesimpulannya, penyediaan persekitaran dan bahan
rangsangan yang boleh menyumbang terhadap
perkembangan literasi kanak-kanak buta memerlukan
daya usaha serta komitmen daripada semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai