Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS

Sub-unit Serangan Bugis 1782-1784 di bawah bab Gerakan Anti-Belanda berkisar mengenai bagaimana
tercetusnya peperangan antara pihak Bugis dengan Belanda sedangkan ia mempunyai hubungan yang
baik serta berkongsi musuh yang sama sebelum “period tersebut”. Tindakan Belanda yang
membelakangkan Bugis dalam menyerang sebuah kapal Inggeris serta merebut hasil rampasan bersama
Perancis dalam kawasan Bugis telah membangkitkan kemarahan Raja Haji yakni pemimpin kerajaan
Riau. Hal ini menjadi titik permulaan untuk Bugis menyerang Belanda di samping cuba untuk meminta
bantuan daripada Selangor serta Rembau dalam menghadapi kemelut itu. Belanda turut memperhebatkan
barisan ketenteraannya bagi menghadapi serangan Bugis namun kemalangan yang terjadi yang telah
memusnahkan anak-anak kapal bersama kapten kapal Malakka’s Velvaren telah memaksa Belanda untuk
berundur ke Melaka. Sultan Selangor telah mengajak Raja Haji untuk turut sama berperang di Melaka
yang kemudiannya telah menimbulkan peperangan yang besar di Melaka. Hal ini diburukkan lagi dengan
sokongan daripada Raja Siak dan Sultan Terengganu terhadap Belanda. Raja Haji tetap meneruskan
penentangannya terhadap Melaka dengan berpusat di Teluk Ketapang. Sebagai seorang yang beragama,
beliau sentiasa beristiglal di samping membaca Dalail al-Khairat sehinggakan setelah beliau meninggal,
beliau masih memegang kitab Dalail al-Khairat. Kisah ini tercatat dalam kitab Tuhfat al-Nafis.

Seterusnya sub-unit Dalail al-Khairat pula mengisahkan tentang latar belakang kitab Dalail al-
Khairat. Kitab ini merupakan karya sufi oleh tokoh Tareqat Syaziliyah yang bergelar al-Jazuli. Populariti
kitab ini serta ajaran-ajarannya telah menyebabkan timbulnya aliran Jazuliyah sebagai cabang Tareqat
Syaziliyah. Kitab ini dikatakan terhasil ekoran pengalaman al-Jazuli yang pada waktu itu ingin
mengambil wuduk namun perigi yang berkenaan tiada air. Datang seorang perempuan yang berjaya
menaikkan air dari perigi tersebut dan menjelaskan bahawa kebolehannya itu adalah disebabkan oleh
dirinya banyak berselawat ke atas Nabi Saw. Sub-unit ini juga menjelaskan tentang kandungan kitab yang
terdiri daripada ..... selawat serta menyentuh tentang ciri kandungan kitab seperti fadilat berselawat ke
atas Nabi Saw, nas-nas tentang bacaan selawat itu sendiri dan memberi penjelasan dari segi kaifiyat atau
cara mengamalkannya. Selain itu, sub-unit ini juga membincangkan tentang pengamalan dan penyebaran
tareqat menerusi pemimpin-pemimpin Riau. Ibnul Qaiyyim al-Jauziyah dalam kitabnya Jala’ul-Afham
membahaskan persoalan selawat Nabi Saw secara terperinci dalam menekankan bentuk dan pengamalan
selawat berdasarkan hadis sahih dan bukanlah hadis dhaif serta hadis palsu. Ulama menolak kitab Dalail
al-Khairat kerana sarat dengan hadis daif dan palsu. Tumpuan yang terlebih terhadap selawat Nabi Saw
juga tidak digalakkan kerana dibimbangi menjadi ekstrem sehingga meringankan amalan yang lain serta
terdapat banyak lagi zikir yang sahih yang mempunyai fadilat dan khasiat yang sama.

Anda mungkin juga menyukai