Anda di halaman 1dari 3

MEMBACA AL-QURAN DAN MERENUNGKAN MAKNANYA

Merenungkan al-Quran dan memahami maknanya dapat mengubati penyakit jiwa,


memudahkannya dan menyembuhkan penyakit.

Ibnu Shalah r.a berkata, “ Membaca al-Quran merupakan kemuliaan yang dengannya
Allah memuliakan manusia. Dijelaskan dalam hadis bahawa malaikat pun tidak diberi
kemuliaan itu, sehingga mereka sangat senang mendengarnya dari manusia.”

Tidak hairanlah dan tidak aneh jika Allah menisbahkan ahlul al-Quran kepada diri-
Nya.

Dijelaskan dalam sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Anas bin
Malik r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Sesungguhnya Allah mempunyai beberapa keluarga dari kalangan manusia.”


Mereka bertanya, “ Siapa mereka wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Mereka
adalah ahlul quran, dan orang-orang khususnya.”

( Hadis riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan al-Hakim)

Dari Atha’ bin Yasar berkata;

“ Penghafal al-Quran adalah ilmuan-ilmuan ahli syurga.”

( Hadis riwayat ad-Darami )

Dari Abu umamah bahawasanya dia berkata;

“ Janganlah kalian terpedaya dengan mashaf-mashaf yang ditempei ini, kerana


Allah tidak akan mengazab hsti yang sedar terhadap al-Quran.”

(Hadis riwayat ad-Darami)

Sebahagian para sahabat r.a berkata ;

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya,

Barang siapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya,

Barang siapa meninginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya,

Barang siapa menginginkan harta simpanan, cukuplah al-Quran menjadi barang


simpanannya,

Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka
baginya.
Untuk memperoleh manfaat dari al-Quran seperti yang dikatakan ibnu Qayyim,
haruslah dilakukan dengan mendekati pembawa pengaruh ini, iaitu al-Quran; tempat
yang dapat menerima adalah hati yang hidup, syaratnya adalah mendengar,
menghilangkan penghalangnya iaitu kesibukan hati dan godaan selain dari al-Quran.

Maksudnya ;

“Dari abu Hurairah bahawa nabi s.a.w bersabda; “ Tidaklah suatu kaum berkumpul
di rumah Allah membaca Kitabullah dan saling mengajarkannya di antara mereka
kecuali diturunkan kepada mereka ketenanagn, dilimpahkan atas mereka rahmat,
dikelilingi oleh malaikat dan disebut oleh Allah termasuk orang-orang yang ada di
sisi-Nya.”

( Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad )

Maka dari itu, merujuk al-Quran bererti kita merujuk kepada tempat pendidikan
Allah, kepada tali Allah yang kuat, kepada benteng yang kukuh, dan kepada ubat
penyembuh.

Allah s.w.t berfirman ;

٨٢﴿ ‫سارا‬ ‫زيد ال ٰظّلِ َ ِإ‬ ِ ِ‫رءان ما هو ِشفاء ورمحةٌ ل‬


ِ ‫﴾ونَُنِّز ُل ِمن ال ُق‬
ً ‫مني اّل َخ‬ ُ َ‫نني ۙ َوال ي‬
َ ‫لمؤم‬
ُ َ َ َ ٌ َُ َ َ

Maksudnya; “ Dan Kami turunkan dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat
penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya)
Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran
mereka) melainkan kerugian jua. “
( al-isra’ [17] ; 82 )

Kemudian firman Allah s.w.t ;

‫ور َو ُه ًدى‬ ُّ ‫َيا َأ ُّي َها ال َّناسُ َق ْد َجاء ْت ُكم م َّْوعِ َظ ٌة مِّن رَّ ِّب ُك ْم َوشِ َفاء لِّ َما فِي ال‬
ِ ‫ص ُد‬
َ ‫َو َرحْ َم ٌة لِّ ْلمُْؤ ِمن‬
‫ِين‬
Maksudnya; “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-
Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi
penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga
menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-
orang yang beriman.”

( Yunus [10]:57 )
Dari Abdullah r.a yang berkata, “ Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Hendaklah kamu berubat dengan dua hal : madu dan al-Quran. “

( Hadis riwayat Ibnu Majah )

Dari Ali r.a berkata, “ Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Sebaik-baik ubat adalah al-Quran.”

( Hadis riwayat Ibnu Majah )

Ibnu Khattab r.a berkata, “ Barangsiapa yang tidak berubat dengan al-Quran maka
Allah tidak akan menyembuhkannya dan barang siapa tidak cukup dengan al-
Quran , maka Allah tidak mencukupinya.”

Anda mungkin juga menyukai