Anda di halaman 1dari 42

030320030055

Kerja Kursus Pengajian Am 900/4 Tahun 2022

NAMA GURU : Mohd Hatimi Bin Abdul Hadi


NAMA CALON : Muhammad Atiq Bin Zamani
NOMBOR I/C : 030320030055

Tema Sosial dan budaya makanan


Tajuk Akok sebagai makanan warisan dalam kalangan
masyarakat di Kampung Sungai Mekong, Jeli, Kelantan
Rasional kajian Akok mendapat sambutan hangat serta memenuhi
citarasa penduduk di sekitar kampung Sungai Mekong,
Jeli, Kelantan
Permasalahan Kajian Makanan warisan yang kurang diketahui oleh masyarakat
pada masa kini.
Persoalan Kajian 1. Apakah ramuan dan langkah penghasilan
makanan akok dalam kalangan penduduk di
Kampung Sungai Mekong, Jeli, Kelantan?
2. Apakah faktor keistimewaan akok dalam
kalangan masyarakat kampung Sungai Mekong,
Jeli,Kelantan?
Objektif Kajian 1. Mengenalpasti ramuan dan langkah penghasilan
makanan akok dalam kalangan penduduk di
Kampung Sungai Mekong, Jeli, Kelantan.
2. Mengkaji faktor keistimewaan akok dalam
kalangan masyarakat kampung Sungai Mekong,
Jeli, Kelantan
Data Primer 1.Temu bual ( WhatsApp,Telegram dll )
2.Soal selidik (Google Form)
3.Pemerhatian
Data Sekunder Kajian perpustakaan (buku, Google Form, akhbar
Kaedah Pemilihan Persampelan bertujuan secara rawak
Analisis Data Kekerapan / Peratus / Min / Graf / Carta

1
030320030055
TAJUK : KAJIAN TENTANG FAKTOR KEISTIMEWAAN AKOK DALAM
KALANGAN MASYARAKAT DI KAMPUNG SUNGAI MEKONG.

ABSTRAK

Kajian ini mengemukakan dua objektif iaitu mengenalpasti ramuan dan langkah penghasilan
akok yang menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat melayu di Kampung Sungai Mekong
dan mengkaji faktor-faktor keistimewaan akok dalam kalangan masyarakat melayu di
Kampung Sungai Mekong. Kajian ini dilakukan di SMK Ayer Lanas,Kelantan.Metodologi
kajian yang digunakan ialah kaedah soal selidik,temubual dan pemerhatian..Data kajian ini
dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif serta dipersembahkan secara bentuk
linear,jadual,graf dan carta.Sampel kajian ini seramai 25 orang penduduk kampung meliputi
13 orang lelaki dan 12 orang perempuan.Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebab akok
menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat melayu di Kampung Sungai Mekong. Namun
terdapat banyak ramuan dan langkah pengasilan akok dalam kalangan masyarakat melayu di
Kampung Sungai Mekong. Sebagai kesimpulan ramuan pembuatan akok tidaklah terlalu
kompleks dan bahannya juga mudah didapati.

2
030320030055
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA : HALAMAN

3
030320030055
PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan saya ucapkan ke atas pihak pentadbiran SMK AYER LANAS
Segara, khususnya Tuan Pengetua dan juga Penolong Kanan Tingkatan Enam ke atas segala
tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya dalam menjayakan kerja kursus. Seterusnya ibu
bapa dan juga rakan-rakan yang memberi pertolongan kepada saya semasa menyiapkan kerja
kursus ini.
Terima kasih kepada guru Pengajian Am saya yang telah membimbing saya untuk
melakukan kajian ini. Beliau telah memberi penerangan yang jelas kepada saya dan rakan
sekelas untuk melakukan kerja kursus ini. Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang
memberi sokongan kepada saya semasa kajian ini dijalankan.
Selanjutnya, terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberi nasihat dan
menanggung kewangan untuk menyiapkan kerja kursus dan tidak lupa kepada rakan-rakan
yang juga memberi idea dan pendapat kepada saya dalam membuat kajian ini. Terima kasih
juga kepada semua responden yang telah memberi kerjasama dalam menjawab soal selidik
yang saya edarkan.
Akhir sekali, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah melibatkan
diri dalam kerja kursus ini sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Dengan usaha yang
bersungguh-sungguh kerja kursus ini dapat disiapkan.

Yang benar.

…………………………………………
(MUHAMMAD ATIQ BIN ZAMANI)

4
030320030055
1.0 PENGENALAN

Pengkaji telah memilih tema 2 iaitu Sosial dan Budaya: Makanan untuk melaksanakan
kerja khusus ini. Pemilihan tema ini membolehkan pengkaji membina tajuk iaitu Kuih Akok
menjadi pilihan masyarakat melayu di Kampung Sungai Mekong Jeli Kelantan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat muka surat 1518, sosial bermaksud segala yang
berkaitan dengan masyarakat, kemasyarakatan. Selain itu sosial berkaitan dengan
persahabatan pergaulan dan aktiviti masa lapang. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, sosial
ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan.

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, Budaya bermaksud tingkah laku sosial dan norma
yang terdapat dalam masyarakat manusia. Budaya dianggap sebagai konsep utama dalam
antropologi, merangkumi pelbagai fenomena yang dihantar melalui pembelajaran sosial
dalam masyarakat manusia. Kesejagatan budaya ditemui di semua masyarakat manusia,
seperti seni, muzik, tarian, ritual, agama, ini termasuk bentuk ekspresif dan teknologi seperti
penggunaan alat, memasak, tempat berteduh dan pakaian.

Konsep budaya kebendaan meliputi ungkapan fizikal budaya, seperti teknologi, seni bina dan
seni, sedangkan aspek budaya yang bukan kebendaan seperti prinsip organisasi sosial
(termasuk praktik organisasi politik dan institusi sosial), mitologi, falsafah, kesusasteraan
(baik bertulis dan lisan), dan sains terdiri daripada warisan budaya tidak ketara masyarakat.
Di dalam kemanusiaan, satu perasaan budaya sebagai sifat individu telah menjadi tahap yang
mereka telah menanam tahap kecanggihan tertentu dalam seni, sains, pendidikan, atau adab-
adab. Tahap kecanggihan budaya kadang kala dilihat membezakan tamadun daripada
masyarakat yang kurang kompleks. Perspektif hierarki semacam itu mengenai kebudayaan
juga terdapat dalam perbezaan berasaskan kelas di antara budaya elit sosial yang tinggi dan
kebudayaan rendah, budaya popular, atau budaya rakyat kelas rendah, dibezakan oleh akses
berstrata kepada modal budaya.

Dalam istilah umum, kebudayaan sering digunakan untuk merujuk secara khusus kepada
penanda simbolik yang digunakan oleh kumpulan etnik untuk membezakan diri mereka dari
satu sama lain seperti pengubahsuaian badan, pakaian atau perhiasan Budaya massa merujuk
kepada bentuk-bentuk budaya pengguna yang dihasilkan secara massal dan massal yang
muncul pada abad ke-20. Sesetengah sekolah falsafah, seperti Marxisme dan teori kritikal,
berpendapat bahawa budaya sering digunakan secara politikal sebagai alat elit untuk
memanipulasi kelas yang lebih rendah dan mewujudkan kesedaran palsu, dan perspektif
sedemikian lazim dalam disiplin pengajian budaya.

5
030320030055
Dalam ilmu sosial yang lebih luas, perspektif teori materialisme budaya memegang
bahawa budaya simbol manusia timbul dari keadaan material kehidupan manusia, sebagai
manusia mewujudkan keadaan untuk kelangsungan hidup fizikal, dan asas budaya ditemui
dalam peluasan biologi yang berkembang. Apabila digunakan sebagai kata nama hitung,
"budaya" adalah kumpulan adat, tradisi, dan nilai masyarakat atau masyarakat, seperti
kumpulan etnik atau negara.

Budaya adalah satu set pengetahuan yang diperoleh dari masa ke masa. Dalam
pengertian ini, multikulturalisme menghargai kebetulan bersama dan saling menghormati
antara budaya yang berbeza yang menghuni planet yang sama. Kadang-kala "kebudayaan"
juga digunakan untuk menggambarkan amalan khusus dalam subkumpulan masyarakat,
subkultur (contohnya "budaya bro"), atau penentangan. Dalam antropologi kebudayaan,
ideologi dan pendirian analitik relativisme budaya berpendapat bahawa budaya tidak dapat
dengan mudah disenaraikan atau dinilai secara objektif kerana sebarang penilaian semestinya
terletak dalam sistem nilai budaya tertentu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat muka surat 212, budaya bermaksud tamadun
ataupun peradaban. Menurut islam, budaya ialah kemajuan fikiran dan akal budi iaitu cara
berfikir dan kelakuan. Terdapat juga budaya kuning iaitu budaya barat yang dianggap
mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif.

Menurut tokoh Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang


kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum,
adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapati seseorang sebagai anggota
masyarakat.

DEFINISI MAKANAN : Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat
terkenal di negeri Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini juga amat
popular ketika bulan Ramadhan. Rasanya yang lemak manis amat digemari oleh semua
peringkat usia. Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis.
Akok sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak
melerai dan rasanya sedap.Bahan utama dalam menghasilkan kuih ini adalah telur , gula
melaka, tepung gandum dan santan. Cara untuk menghasilkannya juga agak menarik dimana
ianya akan dibakar menggunakan api atas dan bawah sebagaimana proses membuat kuih
bahulu. Bezanya Cuma dari segi penggunaan acuannya sahaja dimana, untuk menghasilkan
kuih akok seseorang itu perlu menggunakan acuan kuih itu sendiri.

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu
didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan
bewarna hijau dan. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial,
dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan,
bukan untuk tujuan borong.Akok ini mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah Akok Nisan,
Akok Daun Pandan, Akok Berlauk, Akok Kemboja, dan Akok Pisang.

SUMBER: https://umiekok.wordpress.com/2017/09/13/asal-usul-akok/

6
030320030055

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggariskan dua objektif yang mampu dijadikan landasan dan
panduan semasa menjalankan kajian ini. Objektif kajian adalah
I. Mengenal pasti ramuan dan langkah penghasilan makanan akok dalam kalangan
penduduk di Kampung Sungai Mekong, Jeli, Kelantan?
II. Mengkaji faktor keistimewaan akok dalam kalangan masyarakat kampung Sungai
Mekong, Jeli,Kelantan?

7
030320030055
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 PETA
3.1.1 PETA NEGERI KELANTAN

SUMBER: https://www.google.com/search?q=peta+negeri+kelantan&client=firefox-
b&tbm=isch&source
Negeri Kelantan merupakan salah sebuah negeri daripada 14 negeri di Malaysia.Asal usul
Kelantan datang daripada beberapa pandangan. Negeri-negeri Kelantan mula muncul dalam
catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai Kelantan. Disahkan bahawa nama Kelantan
diperkenalkan oleh orang India Utara,ianya berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda
Grautama Buddha,nama Koli kemudiannya digabungkan dengan perkataan Thana yang
bermaksud tanah,lalu yang “Kolithana” yang kemudiannya disebut oleh penduduk ketika itu
sebagai “Kolamtanah” atau “Kolamtan” akhirnya menjadi Kelantan.Catatan dalam
eksiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai “Kol-Lo”. Dalam catatan China
yang selainnya ada dikesan nama seperti “Ho-La-Tan” atau “Kan-Lo-Tan”. Terdapat juga
kisah bahawa nama Kelantan adalah bersempena dengan nama pokok “Gelam Hutan” yang
tumbuh dipesisiran pantai pada ketika itu. Selain perkataan itu,negeri Kelantan turut dikenali
sebagai Tanjung Pura,Negeri Che Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.

8
030320030055
Kelantan terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia.Negeri Kelantan merupakan
negeri keempat terbesar di Semenanjung Malaysia.Negeri Kelantan bersempadan dengan
Negara Thai di bahagian utara,Perak di sebelah barat,Terengganu di sebelah timur dan
Pahang di sebelah selatan . Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai
seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan
95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%.
Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%,
Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama.
Kelantan memiliki 10 buah jajahan kecil di dalamnya iaitu Jajahan Tumpat,Kota
Bharu,Bachok,Pasir Mas,Tanah Merah,Machang,Pasir Putih,Jeli,Kuala Krai, dan Gua
Musang.Negeri Kelantan memiliki keluasan 14,922 km persegi di Semenanjung Malaysia.

9
030320030055
3.1.2 PETA DAERAH JELI

PETA 2
: PETA
DAERAH JELI
SUMBER: https://www.google.com/search?q=peta+jajahan+jeli&client=firefox-b&source

Jeli merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri.Kelantan yang


terdiri daripada Kota Bharu,Pasir Mas,Tumpat,Pasir Putih,Bachok,Kuala
Krai,Machang,Tanah Merah,Jeli dan Gua Musang.Beberapa kawasan utama di Jeli
termasuklah Batu Melintang,Ayer Lanas dan Kuala Balah.Pentadbiran Jajahan Jeli telah
bermula pada tahun 1 Julai 1982 sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan
Jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai iaitu sejurus lebuhraya timur barat dari sini ke
Gerik,Perak dibuka ketika itu.Pada 1 Januari 1986,Jajahan Kecil Jeli telah dinaik taraf
sebagai sebuah Jajahan Penuh.Sehingga hari ini Jajahan Jeli adalah sebuah jajahan yang
terbaru di Negeri Kelantan.Penduduk Jeli seramai 40,673 orang(banci 2010).Penduduk di
daerah Jeli seramai 21,120 orang,penduduk di daerah Kuala Balah seramai 12,062 orang dan
penduduk di daerah Batu Melintang pula seramai 9,690 orang.Kaum Melayu seramai 42,400
orang manakala Orang Asli seramai 472 orang.Peratusan penduduk Melayu ialah
97.7%,Orang Asli 1.1%,Cina 0.16%,India 0.09% dan lain-lain 0.9%.
Jeli juga beruntung kerana menjadi bandar sempadan antara Malaysia dengan
Thailand.Bandar Jeli hanya 100km dari bandar Kota Bharu.Dari bandar Tanah Merah pula
sejauh 50km.Dari bandar Gerik,Perak pula hanya 121m sahaja melalui jalan Jeli-Jelawang-
Gua Musang.Dari bandar Kuala Krai pula hanya sejauh 132km melalui jalan Jeli-
Pekan,Dabong-Sungai Sam-Kuala Krai.Dari Pekan Rantau Panjang pula hanya 45km sahaja
melalui jalan Jeli-Panglima Bayu-Rantau Panjang.Dahulu Jeli mendapat jolokan “bandar
koboi latin” tetapi kini semuanya berubah wajah.Ia menjadi penghubung antara Gerik,Perak
danKelantan,bahkan sebagai pusat yang menghubungkan sempadan Ban Buketa,Selatan
Thailand dan Bukit Bunga melalui jambatan Muhibbah.

10
030320030055
Pusat pemeriksaan Imigresen dan Kastam (CIQ) siap pada Ogos 2010 dengan kos
RM47 juta.Bandar Jeli juga telah mengalami perubahan fizikal yang ketara dengan pelbagai
projek pembangunan yang telah dirancang. Ahli Parlimen Jeli iaitu Datuk Seri Musatapa
Mohamed (To’ Pa) berharap Jeli berkembang maju pada 2015 mengikut
perancangan.Cawangan Bank Muamalat yang ke-58 baru dibuka.Selain itu,kampus kedua
Universiti Malaysia Kelantan (UMK),Politeknik Jeli,Sekolah Menengah Sains serta
pembesaran jalan di sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur Barat menghubungkan Kelantan
dengan Gerik,Perak.

11
030320030055
3.1.3 PETA LOKASI KAJIAN

KG SUNGAI MEKONG

DARI GERIK

DARI JELI

PETA 3 : PETA LOKASI KAJIAN

Kampung Sungai Mekong merupakan salah satu kawasan yang terletak dalam daerah
dan jajahan Jeli Kelantan. Sungai Mekong ini terbahagi kepada dua iaitu sungai Mekong
dalam dan sungai Mekong luar. Ia terletak di laluan menuju ke Gerik. Jarak Sungai Mekong
ke Jeli sejauh 6 km dan mengambil masa 8 minit untuk sampai ke bandar Jeli. Kampung
Sungai Mekong terletak di Kawasan pedalaman dan mempunyai banyak sungai yang
mengalir dari Empangan Pergau. Kampung Sungai Mekong juga mempunyai Pusat Serenti
(CCRC) bagi menempatkan warga yang terlibat dengan kes dadah.

12
030320030055
4.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kajian secara kuantitatif dan
kualitatif. Tujuan kedua – dua kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan kajian ini
dapat dilakukan dengan baik dan memperoleh data dengan lengkap dan tepat. Jika dalam
kaedah kuantitatif, kaedah yang digunakan adalah menggunakan soal selidik manakala
kaedah kualitatif pula menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian

4.1 METODELOGI SOAL SELIDIK

Melalui kaedah ini, satu set soalan akan dikemukakan kepada responden untuk
dijawab. Pengkaji telah memilih 25 orang responden secara rawak. Walaupun demikian,
responden yang di pilih adalah terdiri daripada warga penduduk di kawasan kajian.

Soalan yang dikemukakan terbahagi kepada dua soalan tertutup dan soalan terbuka.
Dua format ini dikemukakan bertujuan untuk memudahkan responden menjawab dan
mendapatkan maklumat dengan tepat. Soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik
dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A mengemukakan
tentang latar belakang responden. Bahagian B menerangkan tentang ramuan dan langkah
penghasilan akok dalam kalangan masyarakat di kampung Sungai Mekong. Bahagian C pula
menerangkan tentang factor keistimewaan akok di Kampung Sungai Mekong.

Dalam bahagian latar belakang responden, pengkaji mengemukakan soalan yang


berkaitan dengan maklumat responden seperti nama, umur, agama, bangsa dan jantina oleh
responden. Responden hanya perlu menanda jawapan – jawapan yang telah disediakan
dalam borang soal selidik tersebut. Sebenarnya, tujuan pengkaji mengemukakan soalan –
soalan ini untuk mengetahui maklumat responden bagi memudahkan kajian ini dijalankan.

4.2 METODELOGI TEMU BUAL

Kaedah temu bual juga digunakan untuk megemaskinikan data – data yang diperolehi
daripada hasil temu bual dan borang soal selidik. Pengkaji telah menemuramah 5 orang
responden yang terdiri daripada masyarakat dan pelanggan akok tersebut. Fokus temu bual
ini diadakan bagi mengenal pasti ramuan dan langkah penghasilan akok dalam kalangan
masyarakat di kampung Sungai Mekong. Selain itu juga, fokus temu bual ini diadakan adalah
untuk memudahkan lagi pengkaji mendapatkan maklumat tentang ramuan dan Langkah
penghasilan akok dalam kalangan masyarakat melayu di Kampung Sungai Mekong.

13
030320030055
4.3 METODELOGI PEMERHATIAN

Pemerhatian merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara


memerhati dan merekod tingkah laku responden yang di kaji. Dalam hal ini, pengkaji telah
menjalankan pemerhatian terhadap pergerakan pelanggan yang menempah dan membeli akok
pada bulan ramadhan. Pengkaji turut memerhatikan minat pelanggan dan masyarakat yang
membeli semasa bulan Ramadhan.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian
yang telah dimasukkan setelah di proses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan,
taburan kekerapan dan purata.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 25 orang penduduk kampung Sungai Mekong telah disoal selidik. Huraian,
Analisis latar belakang responden melibatkan jantina, umur, kaum, pekerjaan, dalam bentuk
soal slidik.

14
030320030055
5.1.1 JANTINA

Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan seramai 25 orang ressponden telah
diperolehi , 13 orang daripada responden tersebut adalah lelaki manakala 12 orang lagi terdiri
daripada perempuan . Jumlah responden boleh dilihat pada jadual 1 dibawah .

JANTINA JUMLAH (ORANG) PERATUSAN (%)


Lelaki 13 52
Perempuan 12 48
Jumlah 25 100
Jadual 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

JANTINA

PEREMPUAN
48%
LELAKI
52%

LELAKI PEREMPUAN

Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan seramai 25 orang individu atau responden yang
disoal selidik berdasarkan objektif kajian . Seramai 13 orang daripada individu atau
responden tersebut adalah lelaki dengan perwakilan peratus sebanyak 52% dan selebihnya
adalah responden perempuan iaitu seramai 12 orang perwakilan peratus sebanyak 48% . Ini
dapat dilihat dengan jelas berdasarkan rajah 1 di atas.
Peratusan responden lelaki melebihi perempuan sebanyak 4% kerana kebanyakkan
responden lelaki keluar lepak di kedai berbanding dengan responden perempuan yang duduk
di rumah. Hal ini akan menyebabkan pengkaji sukar untuk mendapatkan responden
perempuan.

15
030320030055
5.1.2 UMUR

UMUR JUMLAH (ORANG) PERATUSAN (%)


18 tahun – 29 tahun 9 36
30 tahun – 39 tahun 6 24
40 tahun – 49 tahun 7 28
50 tahun – 59 tahun 1 4
60 tahun ke atas 2 8
Jumlah 25 100
Jadual 2 : Demografi Berdasarkan Umur

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

UMUR
8%
4%

36%

28%

24%

18 - 29 30 - 39 40 - 49 50 - 59 60 KEATAS

Rajah 2 : Demografi Berdasarkan Umur

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan , jumlah responden yang berumur 18 – 29
tahun ialah seramai 9 orang , jumlah responden yang berumur diantara 30 – 39 tahun
berjumlah 6 orang , responden yang berumur 40 - 49 seramai 7 orang dan 50 - 59 seramai
1 orang . Manakala kategori responden yang berumur 60 tahun ke atas seramai 2 orang.
Peratus bagi responden berumur 18 - 29 ialah 36% orang , 30 - 39 peratusan berjumlah
24%, responden yang berumur 40 - 49 peratusan berjumlah 28% dan 50 - 59 peratusan
sebanyak 4%. Manakala kategori responden yang berumur 60 tahun ke atas peratus sebanyak
8%.

16
030320030055
5.1.3 KAUM/BANGSA
KAUM/BANGSA JUMLAH (ORANG) PERATUSAN (%)

MELAYU 24 95

CINA 0 0

INDIA 0 0

LAIN – LAIN 1 5

JUMLAH 25 100

Jadual 3 : Demografi Berdasarkan Kaum/Bangsa

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

KAUM/BANGSA
5%

95%

MELAYU CINA INDIA LAIN - LAIN

Rajah 3 : Demografi Berdasarkan Kaum/Bangsa

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

5.1.4 PEKERJAAN
17
030320030055
PEKERJAAN JUMLAH (ORANG) PERATUSAN (%)
KERAJAAN 6 24
SWASTA 3 12
KERJA SENDIRI 5 20
PELAJAR 9 36
TIDAK BEKERJA 2 8
JUMLAH 25 100
Jadual 4 : Demografi Berdasarkan Pekerjaan

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

PEKERJAAN
8%

24%

36%

12%

20%

KERAJAAN SWASTA KERJA SENDIRI PELAJAR TIDAK BEKERJA

Rajah 4 : Demografi Berdasarkan Pekerjaan

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

Berdasarkan responden yang telah diedarkan mengikut borang soal selidik, responden
yang bekerja kerjaan seramai 6 orang, swasta pula 3 orang, responden yang berkerja sendiri
berjumlah 5 orang manakala yang masih belajar seramai 9 orang. Akhir sekali, responden
yang tidak bekerja berjumlah 2 orang.

Peratus responden yang berkerja kerajaan iaitu 24%, responden yang bekerja swata ialah
12% dan responden bekerja sendiri peratusannya berjumlah 20%. Manakala responden yang
masih belajar berjumlah 36%. Akhir sekali, responden yang tidak bekerja peratus berjumlah
8%.

18
030320030055
5.2 BAHAGIAN B : MENGENAL PASTI RAMUAN DAN LANGKAH
PENGHASILAN AKOK DI KAMPUNG SUNGAI MEKONG.

Seramai 25 orang responden daripada penduduk Kampung Sungai Mekong yang


telah disoal slidik. Analisis dilakukan untuk mengetahui pendapat reponden mengenai soal
soal slidik bahagian B iaitu mengenal pasti ramuan dan langkah penghasilan akok di
Kanmpung Sungai Mekong. Skop yang dikemukakan adalah hanya menandakan YA atau
TIDAK. Setiap pandangan responden dicatat dan dikumpulkan untuk mendapat jumlah dan
peratus pandangan responden.

5.2.1 Telur adalah bahan asas penghasilan akok

PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)


YA 24 96
TIDAK 1 4
JUMLAH 25 100
Jadual 5 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

4%

96%

YA TIDAK

Rajah 5 : Telur adalah bahan asas penghasilan akok

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

19
030320030055
Berdasarkan borang selidik yang telah diedarkan , jumlah responden yang menanda YA
pada telur adalah bahan asas penghasilan akok adalah seramai 24 orang iaitu dengan peratus
96% manakala jumlah yang menanda TIDAK pada ramuan tersebut sebanyak 1 orang sahaja
dengan peratus 4%.

Berdasarkan dengan jumlah tersebut, penduduk sangat bersetuju dengan telur adalah
bahan asas penghasilan akok. Jelaslah bahawa, majoriti responden yang sependapat
demikian. Ini dibuktikan lagi melalui temu bual Puan Rosmah Binti Zainab. Beliau
mengatakan telur adalah ramuan penting dalam penghasilan akok.

5.2.2 Akok dihasilkan melalui proses menggoreng

20
030320030055

PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)


YA 7 28
TIDAK 18 72
JUMLAH 25 100
Jadual 6 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

28%

72%

YA TIDAK

Rajah 6 : Akok dihasilkan melalui proses menggoreng

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

Berdasarkan borang selidik yang telah diedarkan, jumlah responden yang menanda YA
pada akok dihasilkan melalui proses menggoreng seramai 7 orang dengan peratusannya 28%,
responden yang TIDAK pula seramai 18 orang iaitu orang 72%.

Mengikut peratusan tersebut, ramai responden yang memilih TIDAK dengan akok
dihasilkan melalui proses menggoreng. Hal ini jelas terbukti apabila pengkaji pergi ke kedai
akok yang berada di Kampung Sungai Mekong dan melihat sendiri proses penghasilan akok
yang sebenar adalah melalui proses pembakaran.

5.2.3 Kuantiti tepung dalam penghasilan akok adalah kurang dari kuantiti telur

21
030320030055
PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)

YA 20 80

TIDAK 5 20

JUMLAH 25 100

Jadual 7 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

20%

80%

YA TIDAK

Rajah 7 : Kuantiti tepung dalam penghasilan akok adalah kurang dari kuantiti telur

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

5.2.4 Penggunaan gula melaka penting dalam penghasilan akok yang lazat

22
030320030055
PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)

YA 23 92

TIDAK 2 8

JUMLAH 25 100

Jadual 8 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

8%

92%

YA TIDAK

Rajah 8 : Penggunaan gula melaka penting dalam penghasilan akok yang lazat

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

5.2.5 Pembakaran akok menggunakan sabut kelapa menghasilkan akok yang lebih enak

23
030320030055
PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)

YA 24 96

TIDAK 1 4

JUMLAH 25 100

Jadual 9 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

4%

96%

YA TIDAK

Rajah 9 : Pembakaran akok menggunakan sabut kelapa menghasilkan akok yang lebih
enak

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

24
030320030055
5.2.6 Penambahan serbuk penaik adalah perlu untuk menghasilkan akok yang lembut
PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)

YA 12 48

TIDAK 13 52
JUMLAH 25 100

Jadual 10 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

48%
52%

YA TIDAK

Rajah 10 : Penambahan serbuk penaik adalah perlu untuk menghasilkan akok yang lembut

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

25
030320030055
5.2.7 Penggunaan daun pandan adalah resepi tambahan dalam penghasilan akok
PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)

YA 17 68

TIDAK 8 32
JUMLAH 25 100

Jadual 11 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

32%

68%

YA TIDAK

Rajah 11 : Penggunaan daun pandan adalah resepi tambahan dalam penghasilan akok

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

26
030320030055
5.2.8 Penggunaan gula pasir adalah tidak perlu dalam penghasilan akok
PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)
YA 8 32
TIDAK 17 68
JUMLAH 25 100
Jadual 12 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

32%

68%

YA TIDAK

Rajah 12 : Penggunaan gula pasir adalah tidak perlu dalam penghasilan akok

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

27
030320030055
5.2.9 Gula melaka boleh digantikan dengan madu
PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)

YA 4 16

TIDAK 21 84

JUMLAH 25 100

Jadual 13 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

16%

84%

YA TIDAK

Rajah 13 : Gula melaka boleh digantikan dengan madu

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

28
030320030055
5.2.10 Penggunaan esen vanilla diperlukan bagi memudarkan rasa hanyir telur
PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)
YA 23 92
TIDAK 2 8
JUMLAH 25 100
Jadual 14 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

8%

92%

YA TIDAK

Rajah 14 : Penggunaan esen vanilla diperlukan bagi memudarkan rasa hanyir telur

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

29
030320030055
5.3 BAHAGIAN C : MENGKAJI FAKTOR KEISTIMEWAAN AKOK DALAM
KALANGAN MASYARAKAT KAMPUNG SUNGAI MEKONG.

5.3.1 Akok adalah makanan tradisi masyarakat melayu Kelantan


PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)
SANGAT SETUJU 16 64
SETUJU 7 28
TIDAK PASTI 0 0
TIDAK SETUJU 0 0
SANGAT TIDAK SETUJU 2 8
JUMLAH 25 100
Jadual 15 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

8%

28%

64%

SS S TP TS STS

Rajah 15 : Akok adalah makanan tradisi masyarakat melayu Kelantan

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

30
030320030055
5.3.2 Akok boleh dimakan pada bila-bila masa
PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)
SANGAT SETUJU 12 48
SETUJU 12 48
TIDAK PASTI 0 0
TIDAK SETUJU 0 0
SANGAT TIDAK SETUJU 1 4
JUMLAH 25 100
Jadual 16 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

4%

48%

48%

SS S TP TS STS

Rajah 16 : Akok boleh dimakan pada bila-bila masa

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

31
030320030055
5.3.3 Akok digemari oleh semua lapisan masyarakat
PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)
SANGAT SETUJU 5 20
SETUJU 16 64
TIDAK PASTI 2 8
TIDAK SETUJU 1 4
SANGAT TIDAK SETUJU 1 4
JUMLAH 25 100
Jadual 17 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

4%

4%
20%
8%

64%

SS S TP TS STS

Rajah 17 : Akok digemari oleh semua lapisan masyarakat

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

32
030320030055
5.3.4 Akok hanya boleh didapati di Kelantan

PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)


SANGAT SETUJU 0 0
SETUJU 3 12
TIDAK PASTI 11 44
TIDAK SETUJU 4 16
SANGAT TIDAK SETUJU 7 28
JUMLAH 25 100
Jadual 18 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

12%

28%

44%
16%

SS S TP TS STS

Rajah 18 : Akok hanya boleh didapati di Kelantan

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

33
030320030055
5.3.5 Akok merupakan lambang perpaduan kaum

PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)


SANGAT SETUJU 1 4
SETUJU 13 52
TIDAK PASTI 7 28
TIDAK SETUJU 0 0
SANGAT TIDAK SETUJU 4 16
JUMLAH 25 100
Jadual 19 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

4%

16%

28% 52%

SS S TP TS STS

Rajah 19 : Akok merupakan lambang perpaduan kaum

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

34
030320030055
5.3.6 Akok sesuai dijadikan juadah untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan

PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)


SANGAT SETUJU 15 60
SETUJU 9 9
TIDAK PASTI 0 0
TIDAK SETUJU 0 0
SANGAT TIDAK SETUJU 1 4
JUMLAH 25 100
Jadual 20 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

4%

36%

60%

SS S TP TS STS

Rajah 20 : Akok sesuai dijadikan juadah untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

35
030320030055
5.3.7 Akok mempunyai pelbagai jenis mengikut citarasa masyarakat

PERKARA JUMLAH (ORANG) PERKARA (%)


SANGAT SETUJU 6 24
SETUJU 13 52
TIDAK PASTI 4 16
TIDAK SETUJU 2 8
SANGAT TIDAK SETUJU 0 0
JUMLAH 25 100
Jadual 21 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

8%

24%
16%

52%

SS S TP TS STS

Rajah 21 : Akok mempunyai pelbagai jenis mengikut citarasa masyarakat

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

36
030320030055
5.3.8 Akok hanya boleh didapati pada bulan puasa

PERKARA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)


SANGAT SETUJU 3 12
SETUJU 2 8
TIDAK PASTI 4 16
TIDAK SETUJU 5 20
SANGAT TIDAK SETUJU 11 44
JUMLAH 25 100
Jadual 22 : Jumlah dan Peratusan Responden

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

12%

8%

44%

16%

20%

SS S TP TS STS

Rajah 22 : Akok hanya boleh didapati pada bulan puasa

Sumber : Kajian di Kg Sungai Mekong

37
030320030055
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Pengkaji telah berjaya mengumpulkan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini
akan merumuskan hasil dapatan kajian.

Kajian ini dijalankan berdasarkan tema kerja kursus pada tahun 2022 iaitu Sosial dan
Budaya Makanan. Berdasarkan tema tersebut juga, bagi melaksanakan kajian, dua objektif
telah dibina dan dikemukakan iaitu mengenalpasti ramuan dan langkah penghasilan akok dan
mengkaji faktor keistimewaan akok dalam kalangan masyarakat di Kampung Sungai
Mekong.

6.1 MENGENALPASTI RAMUAN DAN LANGKAH PENGHASILAN MAKANAN


AKOK DALAM KALANGAN PENDUDUK DI KAMPUNG SUNGAI MEKONG.

Berdasarkan pada dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat


beberapa jawapan yang telah dijawab oleh penduduk-penduduk yang telah disediakan oleh
pengkaji di kampung Sungai Mekong, Jeli, Kelantan. Antara jawapan yang berkaitan dengan
soalan mengenalpasti ramuan dan langkah penghasilan akok ialah tepung gandum, telur, gula
melaka, santan kotak dan sebagainya .Dengan adanya ramuan seperti ini, dapat menghasilkan
Kuih Akok yang lembut dan sedap.

Selain itu, hasil daripada dapatan kajian ini, jenis bahan yang digunakan untuk
menghasilkan bau yang enak pada Kuih Akok ialah dengan menggunakan arang kayu semasa
proses pembakaran. Bahan ini merupakan bahan semulajadi yang menghasilkan bau yang
enak pada kuih Akok.

Pengkaji juga mendapati bahan yang diperlukan untuk menghilangkan bau hanyir pada
telur ialah dengan menggunakan esen vanilla. Bahan ini amat mudah diperolehi di mana-
mana kedai yang berdekatan.

Melalui kajian ini juga,pengkaji mendapati kuantiti telur hendaklah lebih daripada tepung
supaya dapat menghasilkan akok yang lembut dan enak.

38
030320030055

6.2 MENGKAJI FAKTOR KEISTIMEWAAN AKOK DALAM KALANGAN


PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI MEKONG.

Berdasarkan pada dapatan kajian, apa yang dapat dirumuskan dalam kajian ini terdapat
banyak keistimewaan yang dapat diperolehi daripada Kuih Akok yang dinyatakan sendiri
oleh penduduk-penduduk di Kampung Sungai Mekong, Jeli Kelantan.

Ini terbukti bahawa melalui kaedah kajian yang dilakukan dalam melaksanakan kajian
ini. Kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini adalah soal selidik. Melalui
kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini, pengkaji dapat membuat analisis berdasarkan
data dan maklumat daripada kaedah kajian tersebut.

Bagi kaedah soal selidik, ia ditujukan kepada penduduk yang sudi memberikan
kerjasama dan pandangan mereka terhadap keistimewaan yang diperolehi daripada Kuih
Akok.

Melalui kaedah soal selidik, pengkaji telah menyediakan beberapa soalan bagi
mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan terperinci mengenai keistimewaan yang dapat
diperolehi daripada Kuih Akok di kampung Sungai Mekong. Para penduduk telah
memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjalankan kajian ini. Seramai 25
responden telah memberikan kerjasama dan sudi memberikan responden terhadap kajian
yang dijalankan.

39
030320030055

6.3 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, objektif yang hendak dicapai oleh pengkaji dalam melaksanakan
kajian ini secara khususnya tercapai. Ini dapat dilihat bagaimana pengkaji mengenalpasti
ramuan dan langkah dalam penghasilan kuih akok di Kampung Sungai Mekong. Selain itu,
kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji faktor keistimewaan yang menyebabkan Kuih
Akok menjadi makanan kegemaran kepada masyarakat di Kampung Sungai Mekong.
Pengkaji juga menjalankan kajian bagi memenuhi kehendak objektif tersebut dan melalui
kajian ini juga pengkaji dapat menilai sendiri keistimewaan yang menyebabkan Kuih Akok
menjadi makanan kegemaran kepada masyarakat di Kampung Sungai Mekong. Dapatan
kajian yang telah dijalankan, seramai 25 orang responden yang telah terdiri daripada
penduduk di Kampung Sungai Mekong. Semua responden telah memberikan kerjasama yang
sangat baik dalam menyiapkan kerja kursus ini.

40
030320030055

LAMPIRAN

41
030320030055

RUJUKAN

1. Kamus Dewan Edisi Keempat

2. Wikipedia, dicapai daripada

3.

4.

42

Anda mungkin juga menyukai