Anda di halaman 1dari 21

PENUBUHAN JAWATANKUASA

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


DEFINITION OF
SAFETY AND HEALTH COMMITTEE

“A GROUP OF RESPONSIBLE PEOPLE


COMMITED IN THEIR ALL OUT EFFORT
TO PROVIDE A SAFE AND HEALTHY
WORKPLACE”

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


OBJEKTIF
• Meningkatkan perundingan dan kerjasama diantara pihak
pengurusan dan pekerja dalam memperbaiki tahap
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

• Menyediakan saluran perhubungan dua hala bagi sebaran


maklumat berhubung dengan isu-isu keselamatan dan
kesihatan

• Meningkatkan minat dan motivasi semua kumpulan


pengurusan dan pekerja dalam keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


FUNGSI JAWATANKUASA
(MENGIKUT AKKP 1994)

• Menyemak langkah-langkah keselamatan dan


kesihatan di tempat kerja.

• Menyiasat apa-apa perkara berhubung dengan


keselamatan dan kesihatan yang dibawa untuk
perhatian pihak majikan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


FUNGSI TERPERINCI JAWATANKUASA
1) Membantu dalam pembangunan peraturan dan sistem

2) Membantu dalam pembangunan dan penyemakan program

3) Menjalankan analisis kejadian kemalangan dan statistik

4) Menyemak dan mencadangkan pindaan ke atas polisi


keselamatan dan kesihatan

5) Menjalankan pemeriksaan dan mencadangkan langkah-


langkah kawalan
6) Menjalankan siasatan segera ke atas semua kemalangan
dan mencadangkan langkah-langkah pembaikan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


FUNGSI TERPERINCI JAWATANKUASA

7) Menyiasat semua aduan berhubung dengan tindakan


merbahaya dan mencadangkan langkah-langkah
pembaikan

8) Membantu dalam pembangunan program galakan dan


latihan

9) Membincangkan laporan dan perkara yang di kemukakan


oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan
lain-lain pegawai penguatkuasa

10)Menasihat majikan mengenai perkara yang berkaitan


dengan keselamatan dan kesihatan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


KOMPOSISI
• PENGERUSI
- Majikan atau pengurus yang diberikuasa

• SETIAUSAHA
- Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

• WAKIL PENGURUSAN
- Pengurus Bahagian / Pengarah
- Penyelia

• WAKIL PEKERJA
- Wakil dari setiap bahagian dan proses
(Per 5)

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


PERLANTIKAN AHLI
• PENGERUSI
- Majikan, atau
- Pengurus yang diberikuasa

• SETIAUSAHA
- Dilantik oleh majikan, atau
- Pemilihan di kalangan AJK

• WAKIL PENGURUSAN
- Dilantik oleh majikan
- Min. 2 orang (jika pekerja kurang dari 100)
- Min. 4 orang (jika pekerja melebihi 100)

• WAKIL PEKERJA
- Dipilih oleh pekerja, atau
- Dilantik oleh majikan
- Min. 2 orang (jika pekerja kurang dari 100)
- Min. 4 orang (jika pekerja melebihi 100) (Per 6 & 7)

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


[Per. 7 (3)]

Majikan tidak boleh mendenda seseorang anggota


jawatankuasa dengan apa-apa cara kerana tidak
hadir untuk menjalankan kerja biasa semasa
menjalankan fungsi jawatankuasa

[Per. 8]

Pewakilan pekerja mencukupi

Wakil-wakil pekerja dalam JKK hendaklah dapat


mewakili pelbagai bahagian tempat kerja

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


KEKOSONGAN

Sekiranya berlaku kekosongan di kalangan


anggota, kekosongan itu hendaklah diisi oleh
seseorang yang dilantik dengan cara yang sama
sebagaimana anggota jawatankuasa terdahulu
telah mewujudkan kekosongan tersebut

(Per 9)

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


PENYINGKIRAN ANGGOTA JAWATANKUASA

Jawatankuasa boleh menyingkirkan anggota jika :

a) gagal hadir mesyuarat tiga kali berturut


b) tak sempurna akal
c) bankrap
d) tidak lagi bekerja di tempat kerja
e) disabitkan dengan apa-apa kesalahan oleh
Mahkamah
f) tidak berupaya menunaikan kewajipan

[Per 10]

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


KEWAJIPAN UNTUK MEMASTIKAN
PENGETAHUAN ASAS DAN FUNGSI
JAWATANKUASA

Majikan hendaklah mengambil langkah-langkah


yang perlu untuk memastikan bahawa anggota
jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
mempunyai kefahaman dan pengetahuan asas
tentang fungsi-fungsi jawatankuasa di bawah
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ‘94

[Per 28]

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Kewajipan untuk memberikan dokumen dan
maklumat

Majikan hendaklah menyediakan dokumen dan


maklumat berikut:

a) Akta dan segala perundangan subsidiari


b) Tataamalan dan garispanduan industri
c) Maklumat tentang rancangan keselamatan dan
pelaksanaannya
d) Maklumat teknikal tentang bahaya keselamatan dan
kesihatan
e) Prosedur pengendalian, sistem kerja dan bahan
semasa bekerja
.
Per 30
f) Lain-lain seperti yang diarahkan oleh K.P.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


KEWAJIPAN UNTUK MENYEDIAKAN
LATIHAN

Majikan hendaklah mengambil langkah-langkah yang


semunasahnya praktik untuk menyediakan latihan
mencukupi mengenai keselamatan dan kesihatan
pekerjaan kepada anggota jawatankuasa keselamatan
dan kesihatan untuk membolehkan mereka menjalankan
fungsi-fungsi jawatankuasa dengan berkesan

[Per 29]

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


PENYIASATAN ADUAN
Majikan hendaklah mengada dan menyengara satu sistem
komunikasi untuk membolehkan pekerja membuat aduan
mengenai perkara yang memudaratkan keselamatan dan
kesihatan orang di tempat kerja

Majikan hendaklah melayan aduan dan mengambil langkah


segara untuk menghapus atau mengurangkan risiko

Jika majikan tidak dapat menunaikan kewajipannya seperti di


para 2, pekerja atau majikan boleh merujuk kepada
jawatankuasa

Jawatankuasa hendaklah menyiasat aduan dan menyediakan


laporan kepada majikan
[Per 16]

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


PENYELESAIAN ADUAN
Majikan hendaklah melaksanakan setiap cadangan yang di buat oleh
jawatankuasa

Jika tidak dapat melaksanakan cadangan, hendaklah menyampaikan


alasannya kepada jawatankuasa

Jika jawatankuasa tidak bersetuju dengan alasan majikan, jawatankuasa


hendaklah membuat permintaan kepada KP untuk menjalankan
pemeriksaan dan menyelesaikan perkara itu

Jawatankuasa hendaklah mengemukakan dalam dua salinan kepada KP


a. laporan pemeriksaan dan siasatan
b. cadangan jawatankuasa kepada majikan
c. apa-apa dokumen dan keterangan material
[Per 17]

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


STRUKTUR JAWATANKUASA

• Jawatankuasa bersama pengurusan - pekerja di setiap


tempat kerja

• Sesebuah organisasi boleh menubuhkan lain-lain


jawatankuasa bagi membantu jawatankuasa induk
seperti:
- Jawatankuasa Pemandu
- Jawatankuasa Kecil

• Saluran komunikasi mesti jelas diantara jawatankuasa


induk dan lain-lain jawatankuasa

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


TATACARA MESYUARAT
• Jawatankuasa perlu membentuk prosidur mesyuarat dan
garispanduan sendiri

• Kekerapan mesyuarat:
- Tertakluk kepada jenis risiko di tempat kerja
- Sekurang-kurangnya sebulan untuk tempat kerja yang
berisiko tinggi
- Sekali setiap tiga bulan untuk lain-lain tempat kerja
- Lebih kerap diawal penubuhan

• Korum
- Separuh daripada jumlah keahlian

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


TATACARA MESYUARAT

• Agenda dan minit:


- agenda dan kertas perbincangan diedarkan lebih awal
- Minit mesyuarat diedarkan dengan segera (dua minggu
selepas mesyuarat)
- Minit mesyuarat hendaklah disimpan ditempat kerja
selama tempoh minimum 7 tahun

• Kemudahan bermesyuarat:
- Bilik mesyuarat yang sesuai disediakan
- Kemudahan dalam bilik mesyuarat

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


MEMASTIKAN KEBERKESANAN
JAWATANKUASA
• Pengetahuan asa dan minat ahli

• Latihan dan pendidikan yang berterusan

• Penyediaan maklumat yang sesuai untuk ahli sebagai rujukan

• Kekerapan mesyuarat

• Kecepatan membuat keputusan dan tindakan susulan

• Publisiti yang meluas aktiviti jawatankuasa

• Penghargaan kepada ahli jawatankuasa

• Kepimpinan Pengerusi

• Hanya isu keselamatan dan kesihatan dibincangkan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


PENALTI

RM5000.00 atau
6 bulan penjara
atau
kedua-duanya

Per. 32

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Anda mungkin juga menyukai