Anda di halaman 1dari 2

GPIM1022 PENDIDIKAN ISLAM

NAMA : INTAN SOFEA BINTI HASRUL LAHADI


OPSYEN : PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV1)
PROGRAM : PPISMP AMBILAN JUN 2022

ESEI MAKSUD KEROSAKAN AKIDAH DAN LANGKAH – LANGKAH


PENCEGAHAN KEROSAKAN AKIDAH

Perkataan Aqidah merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Arab yang
berbunyi “AQADA” yang membawa maksud , menyimpulkan sesuatu. Maksud aqidah yang
lebih mendalam iaitu dari segi istilah pula bermaksud , keimanan yang mantap dan tidak
terurai oleh mana – mana pengaruh sama ada dari luar mahupun dari dalam diri individu itu
sendiri. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang di lihat secara
zahir, hal ini kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk
dengan penciptanya (Allah).
Aqidah merupakan suatu asas bagi cara hidup yang lengkap , syumul (menyeluruh) lagi
terperinci. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas yang kukuh. Ini
jelas dikatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud

“… Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah.


Ia memerintah supaya kamu jangan menyembah melainkan dia…”
(Surah Yusuf : ayat 40)
Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam Al-Quran yang memberi maksud :
Katakanlah : Sesumgguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidup dan matiku hanyalah
untuk Allah iaitu tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-
Nya , dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh
umatku) adalah orang Islam yang awal pertama ( yang berserah diri kepada Allah dan
mematuhi perintah-Nya ).” (Surah Al-An’Am : 162-163)
Kerosakan akidah dalam diri setiap individu dapat berlaku antaranya akibat
menyekutukan Allah (syirik) , menenung nasib dan bermainan sihir ( amalan khurafat ) ,
bertawakal atau bergantung nasib kepada makhluk , mengafirkan orang Islam yang telah
nyata Islamnya dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya, yakin dan
percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem islam, mencaci Nabi
dan sunnahnya, hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan, membantu orang kafir untuk
merosakkan Islam , beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa – apa malah
menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran. Oleh hal yang
demikian, bagi memastikan aqidah mencapai tahap kesempurnaan sebagai seorang muslim,
maka langkah – langkah mengatasi kerosakan aqidah hendaklah diambil tindakan. Antara
langkah – langkah yang diambil ialah mengimani bahawa Allah maha pencipta alam sejagat
ini tanpa bantuan dari luar dan menimani dan meyakini bahawa Allah mengutuskan para
Rasul untuk mengajar dan memberi pedoman kepada manusia bagi mengenal Allah dan
matlamat kewujudan mereka di dunia. Seterusnya , mengimani dan meyakini bahawa
matkamat hidup manusia di dunia adlah untuk mengenal sifat-sifatNya malah yakin bahawa
syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi mereka yang mukmin dan taat kepada Allah
sebaliknya neraka bagi mereka yang kafir. Selain itu, mengimani dan meyakini bahawa
pensyariatan undang-undang adalah hak mutlak Allah , iainya tidak boleh diingkar dan
dilangar malah kita mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata , iaitu tidak
mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Akhir sekali, Kita hendaklah besyurkur kepada Allah
dengan segala nikmat dan kurnianya yang tiada terhingga dan sentiasa beristighfar kepada
Allah dengan menyesal segala perbuatan yang lampau.

RUJUKAN :
1) https://www.scribd.com/doc/19245815/Perkara-Yang-Merosakkan-
Aqidah
2) http://www.muftiselangor.gov.my/EBook/Koleksikhutbah/
AntaraAdatDanAgam
3) http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis6.html
4) http://mommyotai.blogspot.com/2008/10/perkara-yang-merosakkan
akidah.html
5) http://www.islam.gov.my/kesuma/pdf/PengukuhanAqidah.pdf
6) http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=29101&forum=3&
7) http://www.muftiselangor.gov.my/E
8) Book/Koleksikhutbah/AntaraAdatDanAgama.htm

Anda mungkin juga menyukai