Anda di halaman 1dari 3

PEMBIAYAAN RUMAH/ PINJAMAN PERUMAHAN

Pembiayaan bank juga kadangkala boleh dikenali sebagai pinjaman perumahan. Pinjaman
perumahan adalah merujuk pada pinjaman dari bank ataupun institusi perbankan bagi membantu
pembiayaan untuk pembelian rumah. Ia juga sekali gus membolehkan lebih ramai orang mampu
memiliki ataupun membeli rumah sendiri. Menurut Bank Negara Malaysia pada tahun 2014 telah
merekodkan sebanyak 46.8% tujuan pembiayaan rakyat Malaysia adalah untuk membeli rumah.
Namun, kajian yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia terhadap amalan pasaran pengguna pada
tahun 2014, sebanyak 26% pengguna tidak memahami risiko produk. Kes-kes membabitkan
pembiayaan perumahan di mahkamah yang masih berlaku akibat kekeliruan mengenai konsep
pemindahan risiko yang wujud antara bank dengan pelanggan. Jadi, keadaan ini boleh mendedahkan
pengabaian tanggungjawab pelanggan kepada bank sekiranya berlaku sesuatu risiko kemungkiran
ataupun kes penamatan awal terhadap kontrak pembiayaan rumah. Secara asasnya, proses beli
rumah terlihat sangat rumit dan menyusahkan, namun jika kita dapat memahami dan mempelajari
selok-belok tentang menguruskan proses pinjaman dengan betul, ia tidaklah sesukar yang dijangka
dan proses dalam pembiayaan rumah boleh berjalan dengan lancar sahaja.

Dalam konteks ini, proses pembiayaan rumah menjadi bukti atau contoh bagi menunjukkan bahawa
keuntungan akan hadir apabila adanya liabiliti. Secara ringkasnya, ia bermaksud bank akan membeli
barang tersebut pada harga yang ditawarkan, dan menjualnya semula kepada pembeli dengan harga
yang lebih tinggi. Perbezaan antara harga jualan awal dan harga yang telah dinaikkan adalah
‘keuntungan’ yang telah ditentukan oleh bank. Dalam pembiayaan Islam, berdasarkan pada
keuntungan melalui jualan komoditi. Pada asasnya, pelanggan meminta bank untuk membeli yang
mereka ingin membiayai, dan kemudian akan dijual kepada mereka pada harga tambahan.
Kemudian, pembeli akan diminta untuk membayar secara ansuran atau melalui prinsip skim “sewa
untuk milik” dan prinsip itu dikenali sebagai prinsip Murabahah.

Kesimpulannya, bakal pembeli rumah harus meneliti dua aspek penting sebelum membuat pinjaman
perumahan iaitu kategori pinjaman dan jenis pinjaman. Kesemua pilihan mempunyai kelebihan dan
kekurangan yang perlu difikirkan mengikut kesesuaian bakal pembeli. Tidak ada satu jenis pinjaman
yang sesuai untuk semua. Memandangkan rumah merupakan aset jangka panjang, maka bakal
pembeli rumah harus memikirkan status kewangan mereka serta kemampuan untuk membayar
pinjaman dalam jangka masa panjang. Perbankan di negara ini menawarkan banyak produk
pembayaran perumahan yang boleh dipilih oleh pembeli rumah.
MUDHARABAH

Mudharabah atau maksud yang lainnya adalah perkongsian keuntungan ialah satu perjanjian yang
dimeterai antara pemodal dan usahawan apabila pemodal bersetuju untuk membiayai projek
yang akan diusahakan oleh usahawan dan berkongsi keuntungan mengikut nisbah pembahagian
yang dipersetujui bersama terlebih dahulu setimpal dengan sumbangan modal ataupun usaha
masing-masing. Disebut sebagai mudharabahkerana diambil dari kata “dharb”, di muka bumi yang
bermaksud melakukan perjalanan yangumumnya untuk berniaga dan berperang, Allah berfirman:

‫ض َي ْب َت ُغ ْو َن مِنْ َفضْ ِل هّٰللا ِ َۙو ٰا َخر ُْو َن ُي َقاتِلُ ْو َن فِيْ َس ِبي ِْل هّٰللا ِ ۖ َفا ْق َرء ُْوا َما َت َيس ََّر ِم ْن ۙ ُه‬
ِ ْ‫ض ۙى َو ٰا َخر ُْو َن َيضْ ِرب ُْو َن فِى ااْل َر‬
ٰ ْ‫َع ِل َم اَنْ َس َي ُك ْونُ ِم ْن ُك ْم مَّر‬

Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang
berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi yang
berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Qur‟an.” [Al-Muzammil:20]

Mudharabah telah terbahagi kepada dua berdasarkan akad. Yang pertama adalah Mudharabah
Mutlaqah dan yang kedua adalah Mudharabah Muqayyadah. Mudharabah Mutlaqah ialah pemilik
modal (shahibul maal) memberikan kelonggaran penuh kepada pengurus iaitu mudharib untuk
menggunakan dana modal dalam usaha yang dianggapnya baik dan boleh membawa keuntungan. Ia
juga tetap mengamalkan perniagaan dalam mengikut syariat dan halal. Seterusnya ialah
Mudharabah Muqayyadah iaitu di mana syarat pemilik modal iaitu shahibul maal yang akan
menentukan syarat dan sekatan bagi pengurus dalam penggunaan dana modal tersebut dengan
adanya jangka masa, tempat dan sebagainya.

Mudharabah juga merupakan salah satu kontrak yang digunakan dalam skim simpanan di bank yang
menjalankan syariat islam. Konsep simpanan bank syariah dengan akad mudharabah ialah sebagai
pemilik dana (shahibul mal) telah meletakkan simpanannya kepada bank yang bertindak sebagai
pengurus dana (mudharib). Sebagai pengurus dana, bank-bank syariah telah menjalankan pelbagai
jenis usaha yang tidak akan bertentangan dengan prinsip syariah. Dana-dana daripada pelanggan
akan disalurkan untuk aktiviti perniagaan. Dalam mudharabah, pelanggan boleh mendapatkan
sebahagian daripada keuntungan daripada pengurusan dana yang dijalankan oleh syarikat bank
tersebut. Dan jumlah peratusan keuntungan telah dipersetujui awal di mana pada masa pembukaan
akaun.

1. https://www.urusinsan.info/betulkah-rumah-yang-dibeli-tu-aset/
2. https://www.researchgate.net/publication/
281521936_Pembiayaan_Rumah_Secara_Islam_Prospek_dan_Mekanisme_Pembangunan_P
roduk_Dalam_Institusi_Perbankan
3. https://www.slideshare.net/emkay84/isb540-mudharabah
4. https://www.researchgate.net/publication/
325618228_PENGIRAAN_KEUNTUNGAN_OLEH_BANK_ISLAM_DALAM_PELABURAN_MUDHA
RABAH_PEMBAIKAN_DAN_CADANGAN

Economic Islam

https://www.researchgate.net/publication/
332561877_ZAKAT_INFAQ_SHADAQAH_DAN_WAKAF_SEBAGAI_KONFIGURASI_FILANTROPI_ISLAM/
link/5cbdc0224585156cd7a9c508/download
1.

Anda mungkin juga menyukai