Anda di halaman 1dari 2

WAWANCARA

Panduan Am
1- Wawancara merupakan temu ramah dengan orang-orang tertentuuntuk mendapatkan
pandangan dan pendapatnya tentang sesuatu perkara.
2- Pertanyaan dalam wawancara lebih bercorak ilmiah, perlu menggunakan bahasa yang formal
semasa menemu ramah tokoh.
3- Dalam wawancara, hanya dua orang terlibat.
4- Segala pertanyaan adalah berkisar pada topik yang telah ditetapkan.
5- Dalam wawancara pembukaannya mestilah dimulakan dengan salam. Jika orang berpangkat,
gunakan gelaran seperti Datuk, Tan Sri, Tun dan lain-lain. Sebaliknya untuk tokoh yang tidak
mempunyai gelaran, gunakan panggilan seperti Encik, Cik, Puan, Tuan, Haji dan sebagainya.
6- Soalan-soalan yang diajukan biarlah tersusun. Yang dahulu perlu didahulukan, yang
kemudian dikemudiankan. Jangan meleret-leret.
7- Bahasa yang digunakan mestilah bahasa baku.
8- Akhiri wawancara anda dengan ucapan terima kasih kepada toloh tersebut.

Teknik-teknik mengarang
1- Pendahuluan
- Mengucapkan salam kepada tokoh dan memperkenalkan diri serta menyatakan
tujuan.
2- Isi
- Memastikan bahawa apabila satu pihak bertanya, maka pihak yang satu lagi mestilah
menjawab pertanyaan itu.
- Segala isi perlu disusun terlebih dahulu sebelum menulis karangan.
3- Penutup
- Diakhiri dengan ucapan terima kasih.
CONTOH WAWANCARA

Anda telah menghadiri temu duga untuk memohon masuk ke asrama penuh. Tuliskan semula
temu bual anda dengan penemu duga tersebut.

Najwa : Selamat pagi, encik.


Penemuduga : Selamat pagi. Sila dudk. Siapa nama awak dan di mana awak tinggal?
Najwa : Nama saya Najwa binti Anuar. Saya tinggal di Nombor 21, Taman Sri
Medan, Muar.
Penemuduga : Apakah tujuan awak datang ke sini?
Najwa : Saya telah dipanggil untuk menjalani temu duga bagi pemilihan murid
ke asrama penuh.
Penemuduga : Apakah yang awak tahu tentang hidup di asrama.
Najwa : Hidup di asrama penuh dengan disiplin dan dikawal oleh peraturan dan
undang-undangyang telah ditetapkan.
Penemuduga : Mengapakah awak berminat untuk tinggal di asrama?
Najwa : Saya berminat untuk tinggal di asrama kerana di asrama mempunyai
sistem belajar yang teratur, mempunyai ramai rakan untuk berinteraksi
dan mudah untuk adakan perbincangan serta dapat membentuk hidup
yang lebih berdisiplin.
Penemuduga : Baiklah, itu sahaja soalan saya.
Najwa : Terima kasih, encik.
Penemuduga : Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai