Anda di halaman 1dari 12

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN


LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JULAI 2022/2023 (JJ221)

TUGASAN INDIVIDU 1

SADN 1033

KENEGARAAN MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK :

DR ZULHILMI BIN PAIDI

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL ILI FAZWANI BINTI ABDUL MUTALIB 290233

ISI KANDUNGAN
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA PJJ UUM

Bil Kandungan Muka Surat

1 Pengenalan 1

2 Isi Kandungan
2.1 Penilaian, 2-3
2.2 Ulasan 3-4
2.3 Kritikan 4-6
2.4 Cadangan 6-7
2.5 Contoh 7-8
3 Kesimpulan 9

4 Rujukan 10
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA PJJ UUM

1.0 PENGENALAN

Alam sekitar yang membawa maksud segala benda hidup dan yang wujud secara
semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh
dipanggil flora dan fauna. Alam sekitar juga meliputi alam semulajadi tanpa penglibatan
manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata serta fenomena semula jadi yang
berlaku. Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan
tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kekutuban,
yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.
Sejak kebelakangan ini isu diMalaysia adalah mengenai alam sekitar, dimana semakin
hari dianggap serius kerana kesan daripada ini akan mengakibatkan pencemaran alam
terhadap alam semula jadi ini seperti peningkatan suhu bumi, penipisan lapisan ozon
bumi, berlakunya banjir kilat dan sebagainya.
Isu dan perbincangan mengenai alam sekitar ini sedang hangat diperkatakan melalui
media massa dan media cetak. Media massa memainkan peranan yang begitu penting bagi
membentuk pemikiran semua pengguna media massa. Kita sebagai masyarakat yang
prihatin seharusnya mengambil beberapa langkah untuk memelihara dan memulihara alam
sekitar agar bumi kita sentiasa dalam keadaan bersih dan sejahtera.

1
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA PJJ UUM

2.0 ISI KANDUNGAN ALAM SEKITAR


2.1 PENILAIAN ALAM SEKITAR

Pencemaran sangat berpaut kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah
ditetapkan terhadap sesuatu konsep atau faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.
Akibat daripada pembangunan pesat inilah yang menyebabkan ramai yang terlepas pandang
dan kurang mengambil berat dan ambil peduli betapa pentingnya pembangunan diselarikan
dengan penjagaan alam sekitar. Aspek atau faktor penjagaan alam sekitar terpaksa
dikorbankan sehingga memberikan kesan dan impak besar kepada negara hari ini. Antara
bentuk pencemaran alam sekitar adalah seperti pencemaran udara, air, tanah, radioaktif,
bunyi, bau, cahaya, terma dan visual.

Pencemaran ini ianya boleh dilihat sendiri oleh rakyat Malaysia sedang berlaku di
mana-mana terutamanya di kawasan bandar. Pencemaran ini juga berlaku disebabkan
jumlah penduduk yang semakin tinggi di sesuatu tempat, sektor perindustrian semakin
berkembang pesat dan maju. Jika masalah ini tidak diselesaikan dengan segera negara kita
akan berhadapan dengan pelbagai masalah dan musibah. Pencemaran ini juga boleh berlaku
secara semulajadi yang disebabkan faktor bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan
ribut.

Pada masa yang sama juga, tindakan manusia tidak bertanggungjawab dengan
membuang sampah merata-rata, melepaskan kotoran industri di udara, disungai dan
sebagainya. Selain itu, kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh
seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh
kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi.

2
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA PJJ UUM

Rajah 1.1 Gambar menunjukkan pencemaran Alam Sekitar

2.2 ULASAN MENGENAI ALAM SEKITAR

Menjaga persekitaran bersih dan berfungsi adalah penting untuk mengekalkan


ekosistem dan habitat yang sihat. Kita semua tahu bahawa hutan belantara, gunung,
laut dan persekitaran lain adalah habitat atau tempat hidup bagi haiwan dan
tumbuhan. Makhluk ciptaan Tuhan ini sebenarnya telah menyumbang kepada
kehidupan kita tanpa disedari.

Sebagai contoh, pokok boleh menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan
oksigen, yang diperlukan untuk darah kita mengekalkan kehidupan. Proses semula
jadi ini tidak boleh digantikan oleh kemajuan sains atau teknologi yang kita ada hari
ini. Sebaliknya, kita harus berusaha untuk memastikan bahawa ekosistem yang kita
harapkan untuk membekalkan oksigen dan sumber lain dikekalkan untuk generasi
akan datang untuk terus hidup. Oleh itu, semua pihak harus mengambil berat
terhadap perubahan iklim dan memastikan alam sekitar kita terpelihara untuk
manfaat semua kehidupan di bumi.

Sejajar dengan kepentingan di atas, menjaga kebersihan alam sekitar adalah


penting untuk membendung masalah pencemaran. Kita pernah menyaksikan satu
insiden di Yan Kedah yang dicemari dengan pokok kayu balak sehingga
mengakibatkan banjir lumpur. Kejadian ini seharusnya menjadi iktibar kepada
masyarakat umum kerana pencemaran alam mampu meragut nyawa-nyawa orang
yang kita sayangi. Kawasan seperti sungai, laut dan hutan sepatutnya menjadi
kawasan larangan kepada sebarang aktiviti pembuangan sampah atau pembalakan
haram.

3
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA PJJ UUM

Memandangkan kawasan itu tidak dapat dilihat oleh orang ramai dan tidak
dipantau, aktiviti pembuangan sampah haram mahupun pembalakan haram akan
diteruskan. Di sini, fungsi pihak berkuasa sebenarnya adalah berperanan oleh
penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan setiap kawasan berisiko
pencemaran. Sekiranya aktiviti ini dapat dicegah, sudah pasti alam sekitar kita akan
sentiasa bersih dan tidak tercemar dengan tindakan manusia yang tidak
bertanggungjawab. Menjaga alam sekitar amat penting di negara kita kerana ia
menjadi pusat tarikan pelancong asing dan tempatan. Pelancongan merupakan salah
satu sektor utama negara, menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Negara asal kita dikelilingi oleh pantai yang indah, pulau-pulau yang indah dan hutan
simpan yang kaya dengan flora dan fauna. Keindahan alam semula jadi ini tidak
boleh ditemui di tempat lain dan menjadi kegemaran pelancong asing untuk
menghabiskan masa lapang.

2.3 KRITIKAN MENGENAI ALAM SEKITAR

2.3.1 PENCEMARAN TANAH DAN AIR

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi yang berlaku
kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,  tidak subur atau
berlakunya hakisan. Pencemaran ini di bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam
bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini adalah terdiri daripada organik atau
kimia. Antara punca pencemaran tanah ini adalah daripada pembuangan bahan-bahan
buangan daripada kilang seperti minyak , sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Akibat
daripada kesan pencemaran tanah ini memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.

Rajah 1.2 Gambar menunjukkan akibat daripada pencemaran tanah

4
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA PJJ UUM

2.3.2 PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan


telinga. Pencemaran ini biasanya mengikut situasi dan keinginan masing-masing.
Antara punca-punca pencemaran bunyi ialah bunyi kenderaan bermotor dan industri-
industri penggunaan jentera merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Kesan
daripada pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa
8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengaran menjadi
tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak.

Rajah 1.3 Gambar menunjukkan kerja-kerja pembinaan dan kenderaan bermotor yang
memberi impak pencemaran bunyi

2.3.3 PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah
yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan
kehidupan atau bahan lain. Bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui
pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke salur-salur darah serta
boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti asma , barah, dan sebagainya. Punca
pencemaran udara inidaripada pelepasan asap kenderaan dan pembakaran ditempat
pelupusan atau pembakaran terbuka. Kesan pencemaran ini akan menjejaskan
kesihatan dan mengotorkan persekitaran.

5
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA PJJ UUM

Rajah 1.4 Gambar menunjukkan pembakaran terbuka yang memberi impak kepada
pencemaran udara.

2.4 CADANGAN MENGENAI ALAM SEKITAR

Kita mempunyai Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi kerajaan untuk
memastikan pemeliharaan alam sekitar serta pembangunan lestari dalam negara
dilaksanakan dengan baik. Walaupun begitu, kakitangan kerajaan sahaja tidak cukup
untuk memastikan pemeliharaan alam sekitar kita di mana masyarakat juga perlu turut
serta bersama-sama menjaga khazanah dan warisan negara ini.

Bagi merealisasikan kehidupan selesa dan menyamankan sebagai rakyat yang


mempunyai tanggungjawab terhadap alam sekitar. Untuk mengejar kemajuan negara
kita tidak seharusnya mengabaikan betapa pentingnya alam sekitar dalam kehidupan.
Salah satu aktiviti yang boleh menjaga alam sekitar ialah mengadakan pameran
pencemaran alam sekitar. Pameran yang dijadualkan adalah pameran semua bahan
yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh diadakan di tempat awam
atau sekolah. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar
masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

6
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA PJJ UUM

Aktiviti yang kedua bagi menjaga alam sekitar ialah kempen melindungi alam sekitar.
Ianya sihat dan sangat digalakkan dengan menyertai pelbagai kempen bagi melindungi
dan menyelamatkan alam sekitar daripada terus musnah hari demi hari. Kempen untuk
melindungi alam sekitar termasuk Kempen Sayangi Sungai, Kempen Kitar Semula, dsb.
Dengan menyertai aktiviti ini, peserta akan belajar tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dan pelbagai cara untuk menguruskan sisa-sisa buangan. Kempen ini juga boleh
menggalakkan pengguna mengitar semula bahan kitar semula.

2.5 CONTOH MENGENAI ALAM SEKITAR

Malaysia sememangnya sebuah negara yang sedang berkembang dan maju dengan
pesat dalam pelbagai bidang. Namun, dalam proses pembangunan yang pesat, ramai
orang tidak menyedari kesan sampingan yang dibawanya kepada alam sekitar. Bagi
mewujudkan kesedaran ini, beberapa langkah untuk mengatasi pencemaran alam
sekitar adalah dengan menggunakan teknologi moden untuk mengurangkan
pencemaran. Contohnya tanpa teknologi moden tidak mungkin dapat membersihkan
tumpahan minyak dilaut. Dengan adanya teknologi moden ini, sisa pepejal seperti
surat khabar , majalah, kertas, kain, plastik dan kaca dapat dikitar semula. Melalui cara
ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa
pepejal ini.

7
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA PJJ UUM

Selain itu langkah-langkah bagi mengatasi pencemaran alam ini dengan adanya
pendidikan alam sekitar melalui kokurikulum. Untuk membentuk rakyat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar , rakyat perlulah mempunyai kesedaran dalam
penjagaan alam sekitar. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih
bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi haruslah dipukul oleh semua pihak. Bagi
memupuk kesedaran dikalangan rakyat, salah satunya adalah melalui pendidikan.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan di peringkat sekolah rendah secara formal
melalui Kokurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan pada peringkat menengah
melalui Kokurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dalam mata pelajaran sains
seperti Biologi.

Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui


media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah,
televisyen dan radio. Antara amalan yang boleh diamalkan seharian dirumah dengan
tidak membuang sisa minyak ke dalam sinki dimana minyak dibungkus dan dibuang
dalam tong sampah, tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka, dan
mengitar semula bahan agar tidak tercemar.

8
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA PJJ UUM

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulan bagi memelihara alam sekitar ini kita sebagai manusia mempunyai
tanggungjawab yang tinggi bagi melindungi dan memelihara alam sekitar agar dapat
menikmati persekitaran yang sihat dan bersih. Dengan inisiatif ini kita dapat mengekalkan
kelestarian alam semulajadi ini kepada generasi akan datang dan dapat mengelakkan
bencana alam lebih kerap berlaku. Pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi
menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan,
turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara
yang bersih.
Semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam
memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam
kehidupan kita. Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti
pemanasan global, pencemaran sungai, perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat
diatasi. Oleh itu, kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang
akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai ,
memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua
hidup dalam satu bumi dan langit yang sama, kita hendaklah bersama-sama berusaha
untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik
dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.

9
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA PJJ UUM

4.0 RUJUKAN

Retrieved 25 Ogos 2022 diakses di laman

https://www.irujukan.my/menjaga-alam-sekitar/

Retrieved 26 Ogos 2022 diakses di laman

https://www.scribd.com/document/161636649/Cara-Menjaga-Alam-Sekitar-docx

Retrived 31 Ogos 2021 diakses di laman

https://www.academia.edu/15752390/
NOTA_PENILAIAN_IMPAK_PERSEKITARAN_EIA_

10

Anda mungkin juga menyukai