Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
PJMS 3043
Nama : NURAIN ZULAIKHA BINTI KHAIRUL NIZAR
No. K/P : 021424-14-1172
Angka Giliran : 2021242340173
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : W10
Nama Pensyarah : ENCIK SAIFUL BAHRI
BIN MAT
Tarikh Hantar : 10 SEPTEMBER 2021

TUGASAN 1 – PENULISAN 3 LAPORAN AMALI

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasilMODERATOR
kerja saya sendiri kecuali
nukilan
Markah dan ringkasan yang setiap satunya saya
PENGESAHANMarkah jelaskan
PELAJAR sumbernya.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
Tandatangan
Tandatangan
rujuki Pelajar:__________________________Tarikh
dan fahami. Tandatangan : _____________________

Cop
Tandatangan Cop
Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

Tarikh Tarikh

Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah


S.W.T, kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan kerja kursus
ini dengan jayanya walaupun menghadapi pelbagai masalah dan rintangan sepanjang saya
menyiapkan laporan amali ini, Alhamdulillah.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih
yang tidak terhingga kepada Encik Saiful Bahri Bin Mat selaku guru subjek PJMS3043 di
atas pengajaran, kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang diberikan telah banyak
membantu saya dalam penghasilan laporan ini.

Tidak lupa juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan - rakan
seperjuangan yang telah banyak memberi bantuan, idea serta sokongan moral sepanjang
saya menyiapkan laporan ini. Sesungguhnya segala pengorbanan yang telah dilakukan
amat saya sanjungi dan akan saya ingati sepanjang hayat ini.

Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam
menyiapkan tugasan laporan ini. Semoga penyelidikan dan laporan ini dapat dijadikan
wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang.
LAPORAN AMALI PJMS3043 ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

Nama Pembentang: Muhammad Amin Bin Ismail

Tarikh Pembentangan: 28 Jun 2021

Tajuk: Posisi, satah, arah dan region anatomi

Objektif:

i) Mengenal pasti posisi, satah, arah dan juga region anatomi


ii) Dapat mengenal pasti kedudukan pembahagian struktur luaran anatomi manusia
dan pembahagian dalaman struktur dalaman anatomi manusia
iii) Mengenal pasti pergerakan asas berdasarkan satah sagital, satah frontal dan
satah melintang.

Idea Utama:

Pembentang menjelaskan mengenai posisi anatomi. Selain itu, pembentang juga telah
menjelaskan bahawa satah dibahagikan kepada tiga iaitu satah sagital, satah frontal dan
satah transverse. Seterusnya, pembentang telah menjelaskan bahawa arah pula
dibahagikan kepada lapan bahagian. Selain daripada itu, region anatomi pula merujuk
kepada anggota badan manusia yang terdapat pada badan. Akhir sekali pembentang ada
menjelaskan sembilan jenis regions of abdominal pain.

Implikasi Idea Utama:

Melalui sesi pembentangan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai posisi
posisi anatomi merujuk kepada individu yang berada dalam keadaan berdiri tegak, mata,
kepala dan kaki menghadap ke hadapan. Selain itu, posisi juga rujukan anatomi terdiri
daripada superior, inferior, medial, lateral, proksimal, distal, anterior dan posterior. Di
samping itu, pembentang juga telah menjelaskan bahawa satah dibahagikan kepada tiga
iaitu satah sagital, satah frontal dan satah transverse. Seterusnya, arah pula dibahagikan
kepada lapan bahagian iaitu anterior, posterior, superior, lateral, medial, proksimal dan
distal. Selain daripada itu, region anatomi pula dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu
kepala, leher, badan (axial parts), anggota atas dan anggota bawah. Akhir sekali, saya
dapat mengenal pasti beberapan jenis kawasan kesakitan perut iaitu, umbilical, hypogastric,
epigastric dan lain-lain.
Rumusan:

Pembentang dapat menjelaskan bahagian-bahagian yang terdapat di dalam posisi, satah,


arah dan region anatomi dengan baik. Oleh itu, memudahkan para pelajar untuk
mengenalpasti posisi, satah, arah dan region anatomi dengan lebih baik. Selain itu,
komponen-komponen yang terdapat di dalam satah, arah dan region anatomi dapat
diterjemahkan dengan mudah dan tepat. Akhir sekali, dapat membantu pelajar untuk
menerang secara terperinci mengenai setiap organ yang terdapat pada tubuh badan
manusia.

Rujukan

Nelfianty Binti Mohd Rasyid, Jeffrey Low Fook Lee, Normah Binti Jusah dan Ruaibah Yazani
Binti Tengah. (2017). Sains Sukan Tingkatan 5. Bandar Sri Damansara, Kuala
Lumpur: Mudah Urus Enterprise Sdn. Bhd.

Ameerul Sarief. (t.t.). Satah dan arah anatomi. Diakses dari


https://qdoc.tips/satah-dan-arah-anatomi-pdf-free.html

Anatomi Manusia. (2015). Sains Sukan MAAR. Diakses dari


http://sainssukanmaar.blogspot.my/2015/01/anatomi-manusia.html
Nama Pembentang: Muhammad Ferdaus Bin Zakaria

Tarikh Pembentangan: 26 Julai 2021

Tajuk: Struktur neuron dan tindakan pantulan

Objektif:

i) Membincangkan terminologi dalam sistem saraf


ii) Menganalisis koordinasi saraf
iii) Membuat urutan aliran impuls dalam tindakan terkawal dan juga luar kawal
iv) Mewajarkan kepentingan rangkaian sistem saraf manusia dalam kehidupan

Idea Utama:

Pembentang menjelaskan mengenai definisi saraf dengan juga neuron. Selain itu,
pembentang juga telah menjelaskan mengenai sistem saraf manusia yang terdiri daripada
dua iaitu sistem saraf pusat dan juga sistem saraf periferi serta menerangkan mengenai
fungsi dan strukturnya. Seterusnya, pembentang ada menunjukkan gambar rajah mengenai
keratan rentas saraf tunjang dan menjelaskan perbezaan antara sistem saraf
somatif(voluntari) dengan sistem saraf autonomik(involuntari). Selain daripada itu,
pembentang ada menjelaskan mengenai jenis-jenis dan fungsi neuron yang terdiri daripada
tiga iaitu neuron deria, neuron perantaraan dan neuron motor serta menjelaskan lintasan
penghantaran impuls melalui neuron. Akhir sekali, pembentang telah menjelaskan mengenai
tindakan pantulan yang melibatkan contoh dua atau tiga jenis neuron di dalam tindakan
pantulan.

Implikasi Idea Utama:

Melalui pembentangan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai koordinasi
badan menentukan cara badan memberi tindak balas terhadap rangsangan. Selain itu, saya
juga dapat mengetahui bahawa sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang
manakala sistem saraf periferi terdiri daripada saraf kranium dan saraf spina. Seterusnya,
neuron adalah suatu unit asas bagi sistem saraf dan terdapat tiga jenis neuron iaitu neuron
deria, neuron perantaraan dan neuron motor. Selain daripada itu, saya juga dapat
membanding bezakan ciri-ciri antara sistem saraf somatif dengan sistem saraf autonomik.
Dimana sistem saraf somatif ialah tindakan terkawal yang melibatkan pemikiran manakala
sistem saraf autonomik pula ialah tindakan luar kawal yang tidak melibatkan pemikiran.

Akhir sekali, saya pempelajari mengenai tindakan pantulan iaitu merupakan gerak balas
yang tidak terkawal dan berlaku secara automatik dan pantas terhadap sesuatu rangsangan
luar tanpa kawalan otak. Seterusnya mempelajari contoh tindakan pantulan yang melibatkan
dua neuron seperti sentakan lutut manusia dan contoh tindakan pantulan yang melibatkan
tiga neuron seperti penarikan tangan daripada objek panas.

Rumusan:

Pembentang telah dapat menjelaskan dengan terperinci mengenai struktur-sturuktur neuron


dan tindakan pantulan dengan baik dan juga jelas. Oleh itu, para pelajar dapat mengenal
pasti bahagian dalam sistem saraf manusia serta dapat mengenal pasti fungsi serta
membezakan jenis-jenis neuron. Seterusnya, para pelajar juga dapat mengilustrasikan
pengaliran impuls dalam arka refleks. Akhir sekali, dapat membantu para pelajar untuk
mengenal pasti mengenai maksud serta memberikan contoh tentang sistem saraf somatif
dan sistem saraf autonomik. Dengan itu, pembentang juga telah menyediakan beberapa
soalan di akhir pembentangan bagi menunjukkan kefahaman para pelajar mengenai topik
yang dibentang.

Rujukan

T. Gopalakrishnan, Ruzana Rosli dan Hasrina Roslani. (2016). Sains, Smart PT3. Petaling
Jaya, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

Khairudin Bin Saidin dan Wan Azmanan Bin Wan Wan Yusoff. (2016). Sains Sukan
Tingkatan
4. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

NOR AZLINA BINTI ABDUL MUTTLIB Moe. (2020). Buku Teks Sains KBSM Tingkatan 4
(Bab
1- 4). Diakses dari
https://anyflip.com/gsuhi/texj/basic
Nama Pembentang: Muhammad Alief Bin Kamarudin

Tarikh Pembentangan: 5 Ogos 2021

Tajuk: Struktur jantung dan sistem kitaran pulmonari dan sistemik

Objektif:

i) Mengenal pasti struktur jantung manusia


ii) Menerangkan perbezaan di antara kitaran sistemik dengan kitaran pulmonari.
iii) Mengetahui mengenai mekanisme kekembalian darah ke jantung

Idea Utama:

Pembentang menjelaskan mengenai struktur jantung serta fungsinya. Selain itu,


pembentang juga menjelaskan mengenai proses peredaran darah melalui sistem peredaran
darah yang terdiri daripada kitaran sistemik dan kitaran pulmunari. Di mana peredaran
pulmonari berfungsi sebagai membawa darah dari jantung ke peparu, dan kembali semula
ke jantung. Manakala peredaran sistemik berfungsi sebagai mengangkut darah beroksigen
keluar dari jantung ke seluruh badan, dan mengangkut darah terdeoksigen kembali ke
jantung. Seterusnya, pembentang ada menjelaskan mengenai salur-salur darah seperti
arteri, vena dan juga kapilari darah. Akhir sekali, pembentang telah menjelaskan mengenai
komponen-komponen darah serta fungsinya seperti sel darah merah, sel darah putih dan
juga sel pembeku darah atau platelet.

Implikasi Idea Utama:

Melalui sesi pembentangan ini, saya dapat mengetahui bahawa struktur jantung adalah
organ yang kuat dan berfungsi seperti pam. Selain itu, saya juga dapat menambah
pengetahuan baharu mengenai sistem kardiorespiratori terdiri daripada sistem
kardiovaskular yang melibatkan organ jantung dan saluran darah. Di samping itu,
mengetahui bahawa fungsi kitaran sistemik adalah membawa darah yang kaya oksigen dan
nutrien ke seluruh badan dan kembali semula ke jantung dengan membawa darah yang
mengandungi kurang oksigen. Manakala kitaran pulmonari pula ialah membawa darah yang
kurang oksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah yang kaya oksigen
dikembalikan semula ke jantung. Seterusnya, saya juga mengetahui mengenai salur-salur
darah seperti arteri yang berfungsi sebagai mengangkut darah keluar dari jantung.
Seterusnya, vena yang berfungsi untuk mengangkut darah ke jantung. Dan akhir sekali
kapilari darah berfungsi untuk menghubungkan arteri dengan vena. Akhirnya, mengetahui
jenis komponen darah serta fungsinya.

Rumusan:

Pembentang telah menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai struktur jantung dengan
baik dan padat. Oleh itu, para pelajar dapat mengetahui bahawa pentingnya jantung kepada
diri dan haruslah dijaga dengan baik. Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui mengenai
proses peredaran darah melalui sistem peredaran darah yang terdiri daripada kitaran
sistemik dan kitaran pulmunari. Selain daripada itu, dapat membantu pelajar mengetahui
mengenai salur-salur darah, fungsi dan komponen darah manusia. Akhir sekali, bagi melihat
kefahaman para pelajar, pembentang telah menyediakan beberapa soalan kepada pelajar
mengenai tajuk yang telah dibentangkan.

Rujukan

Khairudin Bin Saidin dan Wan Azmanan Bin Wan Wan Yusoff. (2016). Sains Sukan
Tingkatan
4. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

T. Gopalakrishnan, Ruzana Rosli dan Hasrina Roslani. (2016). Sains, Smart PT3. Petaling
Jaya, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai