Anda di halaman 1dari 5

KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN

78000 ALOR GAJAH, MELAKA


JABATAN KEJURUTERAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL &
PEMBUATAN
PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

SEM3/2022
A033001
MATEMATIK

TAJUK: TRANSFORMASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

NAMA : ZARISH ZUQRI BIN MOHD SA’AY


NO. KP : 050428-04-0587
KELAS : 2 SVM MPI
ANGKA GILIRAN : K371KMPI028
NAMA PENSYARAH : PN NOORLEELA ASMAH BINTI AHMAD
PENGENALAN

Transformasi ialah pergerakan semua titik dari tempat asal ke tempat baru. Objek pada posisi
yang baru dipanggil imej. Setiap titik pada objek akan dipetakan kepada titik yang lain pada
imej objek tersebut.

Jenis-jenis dan ciri-ciri transformasi:

a) Translasi
Pergerakan semua titk objek pada suatu satah mengikut semua garis pada satah itu.
 Objek dan imej adalah kongruen.
 Orientasi objek dan imej adalah sama.
 Kedudukan semua titiknya berubah.
 Setiap titiknya digerakkan dengan jarak dan arah yang sama.
 Setiap garis pada objek adalah sama panjang dan selari dengan imej.

b) Pantulan
Semua titik dipantulkan pada suatu garis lurus yang dipanggil pantulan.
 Paksi pantulan ialah paksi simetri bqgi objek dan imejnya.
 Titik pada paksi pantulan tidak berubah kedudukannya.
 Orientasi objek adalah terbalik.

c) Putaran
Semua titik objek berpusing pada arah yang sama pada satu titik dan sudut yang sama. Setiap
putaran ditentukan oleh pusat putaran dan arah putaran samada ikut arah jam atau lawan arah
jam.
 Setiap titik pada objek diputarkan melalui sudut yang sama.
 Pusat putaran ialah satu-satunya titik yang tidak akan berubah.
1. PANTULAN

1. Cermin adalah permukaan yang


memantul untuk membentuk imej atau
bayangan yang seiras dengan objek.
Pantulan yang dilakukan dengan
mencerminkan suatu objek terhadap suatu
garis. Gambar pokok yang terbentuk pada
cermin adalah pantulan.

2. Gema ialah bunyi yang terhasil apabila


bunyi dipantulkan pada permukaan keras.
Bunyi yang dipantulkan menyerupai bunyi
asal. Permukaan memainkan peranan
dalam memantulkan bunyi.

2. TRANSLASI

1. Eskalator
berguna untuk
memindahkan
orang dari
satu lantai ke
lantai yang
lain.
Perpindahan
orang tersebut merupakan contoh translasi
atau pengeseran. Perpindahan berlaku
sepanjang garis lurus objek.
2. Melancong ialah mengembara atau
pergerakan dari suatu tempat ke tempat
yang lain. Sebagai contoh, perjalanan dari
Malaysia ke Austria.Melancong merupakan
contoh translasi.

3. PUTARAN

1. Bumi berputar pada paksinya sendiri


dengan berputar lawan arah. Pada masa
yang sama ianya juga beredar mengelilingi
matahari mengikut orbitnya. Oleh itu,
kejadian siang dan malam berlaku pada
semua tempat mengikut masa.

2. Roda Ferris adalah sejenis struktur


bukan bangunan yang terdiri daripada roda
tegak yang berputar dengan komponen
yang boleh membawa penumpang
(biasanya dirujuk sebagai kabin
penumpang, kabin, kapsul, atau pod) yang
dipasang pada rim yang mana apabila roda
berputar, ia akan kekal tegak di sebabkan
oleh tarikan graviti. Rim merupakan pusat
putaran bagi roda ferris ini dimana ianya
tidak bergerak. Roda ini boleh berputar 360
darjah sebaik sahaja dihidupkan.

Anda mungkin juga menyukai