Anda di halaman 1dari 24

PERUBAHAN SIKAP

NURUL HUDA BINTI ZAINAL ABIDIN


PSIKOLOGI SOSIAL
KSL 6213
JABATAN SAINS KEMANUSIAAN
BAB 5
PERUBAHAN SIKAP

Teori-teori ketekalan perubahan sikap


Teori pembelajaran dan perubahan sikap
Teori penilaian sosial dan perubahan sikap
Pujukkan dan perubahan sikap
Penentangan terhadap perubahan sikap
PERUBAHAN SIKAP

 Kelman (1958) dalam Bringham (1991) menggariskan


terdapat tiga proses yang terlibat dalam perubahan
sikap:
Identifikasi
Kepatuhan (tujuan untuk
patuh)

Pembatinan
(Personal/nilai)
Perubahan sikap

Kepatuhan
 Individu dipengaruhi oleh seseorang
lain kerana ia mahu dirinya diterima
oleh kelompok atau di kalangan mereka
yang berkuasa.
 Di sini individu akan bertindak di
bawah pengawasan seseorang yang
berkuasa.
 Dalam hal ini individu hanya mengubah
tingkah laku tetapi tidak sikapnya.
Perubahan sikap

Identifikasi
 Berlaku apabila individu menerima pengaruh
orang lain semata-mata untuk mengekalkan
kepuasan perhubungannya dengan orang lain
atau kelompok.
 Dalam konteks ini individu memang
mempercayai sikap baru yang diperkenalkan.
Tetapi prinsip di sebalik sikap ini tidak begitu
dipersetujui.
 Kepuasan untuk mengubah sikap hanya
diperoleh melalui keakuran.
Cth : pemilihan seseorang ketua pelajar di
dalam kelompok misalnya mendapat
sokongan di kalangan pelajar senior.

Pelajar yang baru juga turut menyokong


pemilihan itu kerana tindakan sedemikian
merupakan satu cara untuk
mengidentifikasi diri dengan kelompok
yang ia menganggotai.
PERUBAHAN SIKAP

Pembatinan
 Pembatinan berlaku apabila seseorang
sanggup menerima sikap baru kerana ia
memberi ganjaran instrinsik dan selari
dengan sistem nilai seseorang.
 Apabila sikap baru dibatinkan ke dalam
diri, proses penerimaan sikap baru
berlaku.
 Dalam kebanyakan perubahan sikap,
proses pembatinan merupakan kaedah
yang dapat mengubah tingkah laku.
Teori penilaian sosial

 Teori ini bersifat kognitif dan individualistik


yang menekankan persepsi individu dan
penilaiannya dalam perubahan sikap.
 Teori penilaian sosial ini mengandaikan
bahawa manusia tahu akan sikapnya,
kedudukan sikapnya serta mengetahui jenis
sikap yang individu akan terima atau tolak.
 Teori ini mengandaikan, penilaian kognitif
akan mendahului sebarang perubahan
yang akan berlaku.
 Faktor emosi merupakan faktor yang boleh
mempengaruhi sikap dan perubahan sikap.
TEORI KETEKALAN
 Menekankan kepada proses kognitif.
 Kesedaran terhadap sikap dan tingkah
laku lebih penting antara ketekalan
antara sikap dan tingkah laku.
 Istilah psiko-logik diperkenalkan dalam
merujuk kepada proses di mana kita
akan mengubah kepercayaan agar ia
tekal secara psikologikal tanpa
mengikuti peraturan logik.
TEORI KETEKALAN
 Sebagai contoh, doktor perubatan tahu
merokok boleh mengakibatkan penyakit
barah tetapi doktor masih terus merokok.
 Dalam kes ini kepercayaan dan tingkah
laku doktor tersebut tidak tekal. Untuk
mengubah ketidakseimbangan ini doktor
menafikan bahawa merokok tidak ada
kena mengena dengan penyakit barah.
 Ketekalan antara kepercayaan tentang
punca penyakit barah dengan tingkah laku
merokok dapat dilihat dalam contoh ini.
TEORI FUNCTIONAL
 Teori ini menekankan perbezaan individu
kerana perbezaan ini menghasilkan keperluan
dan kehendak yang berbeza.
 Andaian asas kepada teori ini, manusia
mempunyai sikap yang hanya memenuhi
keperluan dirinya sahaja.
 Cara untuk mengubah sikap ialah dengan
mengenal pasti apakah keperluan-keperluan
mereka.
 Pendekatan functional ini hanya boleh difaham
dalam konteks keperluan individu dan
personalitinya sahaja
Pembujukan :
Proses mengubah sikap
 Pengalaman seharian memperlihatkan bagaimana
sikap , pendapat serta pandangan dalam pelbagai
isu cuba diubah melalui iklan-iklan di televisyen,
akhbar, majalah dan seumpamanya.
 Melalui iklan, ia meminta kita membeli sesuatu
barangan.
 Ahli politik cuba memancing undi, organisasi
sukarela cuba mempengaruhi orang ramai agar
tidak merokok atau memandu laju.
 Cth diatas menunjukkan percubaan mengubah
sikap kita daripada setiap segi. Kadang-kadang
percubaan begini berjaya dan tidak kurang juga yang
gagal.
Pembujukan :
Proses mengubah sikap
 Antara faktor-faktor yang telah dikenal pasti bagaimana pembujukan
dapat mengubah sikap ialah:
➢ Ciri sumber
 Kredibiliti
 Daya penarik komunikator
 Kuasa
➢ Ciri mesej
 Susunan mesej
 Membuat kesimpulan
 Bentuk mesej
➢ Ciri khalayak (masyarakat)
 Faktor personaliti
 Umur khalayak (masyarakat)
➢ Faktor saluran
Antara faktor-faktor yang telah dikenal pasti
bagaimana pembujukan dapat mengubah sikap
ialah

➢ Ciri sumber
 Kredibiliti
Bergantung kepada dua faktor – kepakaran dan
kepercayaan.
Kepakaran dilihat sejauh mana sumber maklumat benar-
benar mengetahui isu yang cuba disampaikan
Kepercayaan pula merujuk kepada niat sumber yang
menyampaikan maklumat itu.
Faktor masa dilihat memberi kesan kepada perubahan
sikap.
 Daya penarik komunikator
Bergantung kepada komunikator seperti rupa wajah fizikalnya, sifat-
sifatnya yang menyenangkan seperti pelakon, artis dan sebagainya.
Individu yang menarik dari segi rupa wajah fizikalnya dipersepsikan
sebagai individu yang disukai dan berkebolehan berbanding dengan
mereka yang kurang menarik.
Di samping itu, masyarakat yang mempunyai beberapa persamaan
dengan komunikator juga menyebabkan ia disukai.
Individu yang tidak disukai atau tidak mempunyai persamaan dengan
masyarakat sukar untuk mengubah sikap masyarakat. (kesan
boomerang)
Merujuk kepada jika mesej yang disampaikan datang daripada
sumber yang tidak disukai, khalayak akan mengubah sikap mereka
dengan cara yang bertentangan.
Kesan faktor daya penarik komunikator juga
bergantung kepada jenis mesej yang cuba
disampaikan.
Mesej yang disalurkan melalui pita video dan pita
audio berkecenderungan untuk memujuk
masyarakat berbanding dengan mesej yang ditulis.

➢ Kuasa
 Jika komunikator mempunyai kuasa untuk
memberi ganjaran atau dendaan, kemungkinan
perubahan sikap boleh berlaku pada individu atau
kelompok sasaran.
➢ Ciri mesej
 Susunan mesej
Mereka yang memberi pendapat atau pandagan terlebih dahulu dari
orang lain, memberi impak yang lebih kepada masyarakat. (kesan
primasi)
Kesan resensi.
 Membuat kesimpulan
Apabila ciri masyarakat terdiri dalam kalangan mereka yang kurang
berpelajaran atau mesej yang disampaikan itu rumit sifatnya, wajar
komunikator membuat kesimpulan untuk membujuk.
Jika tidak masyarakat tidak memahami apa yang ingin disampaikan.
Bentuk mesej
Patutkah komunikator menyatakan sokongan atau
bantahan terhadap mesej yang ingin disampaikan?

Keadaan ini bergantung kepada ciri masyarakat,


jika masyarakat telah menyetujui atau menyokong
pandangan komunikator terhadap sesuatu isu,
tugas komunikator dalam hal ini adalah untuk
menguatkan lagi sokongan masyarakat terhadap
sesuatu isu.
➢ Ciri khalayak (masyarakat)
Faktor personaliti
 Harga diri yang merupakan komponen personaliti juga berkaitan
dengan personaliti juga berkaitan dengan perubahan sikap.
 Mereka yang mempunyai harga diri yang tinggi secara umum sukar
untuk dipujuk. Ini disebabkan penilaian kendiri mereka lebih tinggi
sama ada dengan masyarakat yang berkredibiliti atau kurang
berkredibiliti.
 Keadaan ini disebabkan mereka begitu yakin dengan pendapat
peribadi dan mereka mengetahui apa yang komunikator ketahui.
Umur khalayak (masyarakat)
Lingkungan umur peringkat remaja
dan awal dewasa lebih mudah
dipengaruhi dalam usaha untuk
mengubah sikap.
Selepas umur awal dewasa semakin
sukar untuk mengubah sikap dan
keadaan ini berterusan hingga di
peringkat umur tua.
➢ Faktor saluran
Mesej komunikasi boleh disalurkan melalui
pelbagai saluran seperti media cetak,
elektronik.
Mesej yang paling berkesan untuk
difahami ialah apabila ia dipersembahkan
melalui media audiovisual(televisyen, pita
video)
Tetapi bagi mesej yang sukar untuk
difahami ia lebih efektif jika ia mula-mula
dipersembahkan dalam bentuk cetakan
dan kemudian melalui saluran audiovisual.

Anda mungkin juga menyukai