Anda di halaman 1dari 15

USN6133 FIQH DAKWAH

(- METODE DAKWAH
KONTEMPORARI
- MESEJ DAKWAH)
NOTA 7

AIDA HARTINI BINTI NAN
JABATAN USULUDDIN
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
Media massa sebagai metode
dakwah

 Media dakwah bererti saluran dakwah atau saluran
sesuatu isi dakwah untuk disampaikan kepada
sasaran.
 Penggunaan media seperti internet yang meluas
melalui laman blog, Facebook, Twitter, Skype,
Instagram
 media massa yang sedia ada seperti akhbar, radio
dan televisyen merancakkan lagi penyebaran
maklumat dan informasi dalam kalangan
masyarakat
 Penggunaan media baru adalah sebagai memenuhi
tuntutan semasa terhadap konsep al-hikmah dalam
dakwah.

 Al-hikmah juga termasuk dalam kaedah merombak
tradisi kebiasaan satu2 kaedah dakwah
 syarat-syarat dalam penggunaan media yang perlu dituruti
oleh media yang selari dengan syariat Islam adalah seperti
berikut:

1. Membetulkan niat melakukan usaha penerbitan media
semata-mata kerana Allah.
2. Perkara yang diterbitkan mestilah yang dibenarkan oleh
syarak
3. Pelaksanaan media hendaklah mengikut lunas-lunas yang
dibenarkan oleh syariat, tidak menyalahi hukum-hakam
4. Natijah daripada usaha itu disalurkan kembali ke jalan
Allah
5. Tidak meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi
teras keimanan seseorang sepanjang proses penyediaan
media berkenaan.
 Peranan media kontemporari:
1. .Menyebarkan Islam dan menjelaskan kebenaran
kepada orang ramai 
2. Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan
kehidupan ummah
3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana
dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan
4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai
salah satu cara dakwah menangkis serangan media
Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di
samping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam
5. Menghadapi perang media propaganda asing serta
melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.
Keperluan media baru sebagai
medium dakwah

 Kepenggunaan media baru sebagai medium
komunikasi yang digunakan lebih kerap oleh
masyarakat
 Media baru bahkan menjadi medium komunikasi
rasmi masyarakat
 Mengubah pendekatan dakwah seiring dengan
kemajuan kehidupan masyarakat
 Mesej dakwah tidak akan terputus kerana hanya
menggunakan medium dakwah yang ketinggalan
/kurang tumpuan
 Keselesaan masyarakat dalam menggunakan media
(mudah mendapat maklumat)


 Sesuai dengan kedudukan masa masyarakat yang
semakin sibuk tapi masih dalam ilmu berkaitan
agama
Cabaran dakwah islam
melalui media baru

 Mengubah sistem dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran Islam (terdedah dengan ilmu-ilmu
yang tidak sohih)
 menjadikan semua penjelasan agama begitu mudah
didapati menyebabkan berlakunya penumpukan
maklumat agama secara berlebihan yang membawa
kepada masalah kebanjiran maklumat
 tidak menggambarkan hubungan langsung adab
berguru antara murid dengan guru sebagaimana
yang ditekankan agama
 Mesej dakwah dalam bahasa Arab ialah maudu’ al-
dakwah

 Isi kandungan atau maklumat yang ingin disampaikan
kepada sasaran dakwah
 ajaran Islam itu sendiri yang diwahyukan oleh Allah SWT
kepada Rasulullah SAW sebagaimana yang terkandung di
dalam al-Quran dan sunah.
 apa yang disebutkan di dalam al-Quran dan sunah itu
adalah mesej dakwah
 a tiga aspek yang penting iaitu aspek akidah, syariat dan
akhlak.
 Mesej dakwah merupakan salah satu faktor penting yang
dapat menarik perhatian sasaran (menarik dan
bersesuaian)
Asas mesej dakwah

 AKIDAH:
 Isi kandungan yang menjelaskan tentang konsep
uluhiyah (ketuhanan)
 Mesej yang boleh meningkatkan nilai kepercayaan dan
ketaqwaan
 Membincangkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan
dengan kekuasaan Allah s.w.t
 Membincangkan tentang nama-nama Allah/sifat wajib
bagi Allah
 Rukun Islam dan rukun iman
Isi kandungan tentang kenabian dan kerasulan
Mukjizat, wahyu, kisah2 nabi yang terdahulu

Isi kandungan tentang perkara2 sam’iyat (qhaibiyat)
Membawa kisah tentang syurga, neraka,dosa,pahala
(israk mikraj), kematian, alam akhirat
 SYARIAT
Isi kandungan yang berkaitan dengan hukum-
hakam syariah
Maqasid syariah

Qawaid fiqhiah
Menjelaskan tentang sumber2 hukum (al-Quran, al-
Sunnah, Ijmak dan Qiyas
Kepentingan ibadah dalam kehidupan
Kaedah dan fadilat satu-satu ibadah
 AKHLAK
Kepentingan ilmu akhlak/ilmu adab

Konsep hubungan antara manusia
Sifat mahmudah dan mazmumah
Cara penyucian hati daripada penyakit-penyakit hati
Cara untuk mendapatkan akhlak yang baik
Ciri pemilihan unsur mesej yang
baik

 Isi dakwah yang tepat dan betul
 Isi dakwah mengikut kepada keperluan semasa
 Isi dakwah yang mudah difahami/jelas dan terang
 Isi yang bersifat berubah dan bergerak (semasa)
 Isi dakwah yang mudah dan tidak membebankan
 Isi dakwah yang memberi nilai takjub
 Isi dakwah yang boleh membuka minda
 Isi dakwah yang indah dan menarik
 Isi yang mempunyai kisah dan cerita
 Isi yang mempunyai tarhib dan targhib

Anda mungkin juga menyukai