Anda di halaman 1dari 26

PENDUDUK SEBAGAI PENDUDUK SEBAGAI

SUMBER MANUSIA AGEN PERUBAHAN

1
HASIL PEMBELAJARAN

 1.0 Mentakrifkan konsep penduduk sebagai


sumber manusia.
 2.0 Membezakan pengukuran sumber
manusia secara kuantiti dan kualiti.
 3.0 Menjelaskan konsep penduduk sebagai
agen perubahan
a) Perubahan sosioekonomi
b) Perubahan landskap budaya
c) Perubahan landskap fizikal.

2
Penduduk sebagai sumber manusia
merupakan aset, tenaga buruh atau tenaga
kerja dalam sesebuah negara yang diukur
berdasarkan kuantiti dan kualiti. Sumber
manusia diukur berdasarkan kuantiti iaitu
jumlah dan saiz penduduk, struktur umur
dan jantina. Dari segi kualiti pula, sumber
manusia diukur berdasarkan taraf
pendidikan, tahap kemahiran, kesihatan,
sikap keterbukaan dan mobiliti.

3
Secara kuantiti
penduduk sebagai
sumber diukur
berdasarkan kepada :
bilangan
penduduk/saiz
penduduk yang
menentukan jumlah
buruh, jantina dan
struktur umur
penduduk. Kuantiti
penduduk sangat
penting kepada
keupayaan tenaga
buruh dalam
sesebuah negara.
4
Secara kualiti pula
Penduduk sebagai sumber
diukur berdasarkan kpd:

• Tahap kesihatannya
• Tahap pendidikan dan
kemahiran.
• Sikap dan keterbukaan
• Darjah mobiliti buruh –
buruh rentas sempadan
• Kemenjadian.

5
KEPENTINGAN KUANTITI SUMBER MANUSIA

• Jumlah penduduk yang ramai membantu


menyediakan sumber tenaga yang mencukupi
bagi sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian,
pertanian, perkhidmatan dan sebagainya.
Keadaan ini membantu memajukan sesebuah
negara.

• Negara yang mempunyai jumlah penduduk


yang banyak berkemampuan menjana pelbagai
sektor ekonomi, meluaskan saiz pasaran,
meningkatkan kutipan cukai dan memiliki ramai
jumlah anggota keselamatan (tentera).

6
KEPENTINGAN KUANTITI SUMBER MANUSIA

• Selain itu elemen kecergasan, keupayaan dan


ketahanan dengan tugas yang berat juga sangat
dititikberatkan dalam konteks kuantiti tenaga buruh.
Misalnya, bagi membina bangunan yang tinggi, hanya
buruh yang berdaya tahan, cergas dan berani sahaja yang
dapat melakukannya. Oleh itu taraf kesihatan, kekuatan
mental dan ketahanan diri adalah unsur penting dalam
mengukur kuantiti buruh.

•Semakin ramai bilangan buruh lelaki muda yang sihat,


cergas dan berani maka semakin tinggi kuantiti dan
keupayaannya untuk mengerakkan aktiviti ekonomi
sesebuah negara. Oleh itu semakin banyak dan pelbagai
kerja berat yang dapat dilakukannya.

7
KEPENTINGAN KUANTITI SUMBER MANUSIA

• Umur dan jantina penduduk juga menjadi


elemen penting untuk mengukur aspek kuantiti
sumber manusia. Struktur umur dan jantina
boleh mempengaruhi corak guna tenaga yang
ada di sesebuah kawasan atau negara.

•Penduduk muda dan dewasa yang terlatih


boleh menyumbang secara produktif kepada
ekonomi negara. Sementara kehadiran ramai
penduduk tua dan kanak-kanak selalunya
dikaitkan dengan besarnya jumlah tanggungan
keluarga dan negara.
8
KEPENTINGAN KUANTITI SUMBER MANUSIA

• Jantina pula boleh dikaitkan dengan jenis


aktiviti ekonomi, misalnya sektor industri berat
yang memerlukan kekuatan tenaga fizikal
manusia lazimnya mengupah lebih ramai pekerja
lelaki. Contohnya kilang memasang kereta di
Shah Alam, Selangor, kilang membungkus baja
dan kilang petrokimia di Kerteh, Terengganu.

• Manakala industri yang berintensif buruh


yang memerlukan tahap ketekunan dan
kehalusan yang tinggi pula lazimnya mengupah
ramai pekerja wanita. Contohnya kilang produk
barangan elektrik dan elektronik di Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
9
KEPENTINGAN KUALITI
SUMBER MANSIA Banyak elemen yang
digunakan untuk
mengukur kualiti buruh.
Antaranya ialah taraf
pendidikan yang dimiliki
oleh seseorang buruh.
Buruh berijazah sudah
tentu lebih berkualiti
berbanding dengan
buruh lepasan
menengah, dan itupun
bergantung kepada
jenis pekerjaan yang
diceburinya samada
berkolar putih atau
berkolar biru. 10
KEPENTINGAN KUALITI SUMBER MANSIA

• Kemahiran yang dimiliki. Setiap pekerjaan


memerlukan kemahiran yang berbeza. Dalam
konteks ini kualiti manusia sangat bergantung
kepada kecekapan dalam sesuatu bidang yang
diceburinya. Misalnya bidang kedoktoran dan
kejuruteraan sangat bergantung kepada
kemahiran dan kecekapan “doktor dan jurutera”
yang dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi.

• Kemahiran dan kecekapan ini akan diperolehi


dan ditambah-baik melalui pengalaman kerja
yang dilakukan. Semakin berpengalaman maka
semakin berkualitilah sumber manusia itu.
11
KEPENTINGAN KUALITI SUMBER MANSIA

• Selain itu kualiti buruh juga diukur


berdasarkan kepada sikap, keterbukaan, minat
dan kesediaannya untuk bekerjasama sebagai
sebuah pasukan kerja, di samping kejujuran,
kesetiaan dan amanah kepada majikan.

• Justeru itu selain kemahiran, taraf


pendidikan buruh yang baik (daripada segi
akademik dan moral) memungkinkan seseorang
buruh itu lebih bertanggungjawab, terbuka dan
sedia untuk bekerjasama. Ciri-ciri inilah yang
menyebabkan sumber manusia menjadi sumber
yang berkualiti.
12
KEPENTINGAN KUALITI SUMBER MANUSIA

• Kualiti sumber manusia juga diukur berdasarkan


kepada ciri mobiliti buruh. Buruh yang berkualiti juga
seharusnya bersifat “mobile” dan boleh serta mudah
dipindah-pindahkan mengikut keperluan majikannya.
Kesediaan untuk dihantar ke tempat yang jauh atau
ditukarkan ke bahagian lain dalam sesebuah
organisasi/firma adalah antara kualiti yang diukur
dalam sumber manusia.

• Ini amat bergantung kepada sikap keterbukaan


dan daya saing yang dimiliki oleh seseorang buruh.
Buruh yang bersifat global seharusnya bersedia
untuk berkhidmat dimana-mana sahaja mengikut
keperluan majikanya. 13
Nyatakan contoh sikap yang perlu dimiliki
penduduk sebagai sumber yang berkualiti.

i. Mempunyai semangat kerja yang tinggi.


ii. Berdaya saing.
iii. Berinovasi.

14
Jelaskan cara untuk menghasilkan sumber
manusia yang berkualiti di sesebuah negara.

i. Dasar pendidikan tinggi


ii. Memperbanyakkan program kemahiran khas
dalam bidang vokasional, kejuruteraan,
sains, perubatan.

15
Nyatakan langkah untuk meningkatkan kualiti
penduduk disesebuah negara.

i. Dasar kerajaan – menambah sekolah


vokasional, IKBN.
ii. Meningkatkan kemahiran ICT.
iii. Meningkatkan budaya kerja – dasar Bersih
Cekap Amanah dan Dasar Pandang ke Timur.
iv. Meningkatkan taraf pendidikan dan
kesihatan.

16
Jelaskan sebab kualiti penduduk penting dalam
pembangunan sesebuah negara.

i. Mudah dilatih dan dapat mencipta produk


baharu.
ii. Menjamin kualiti produk dan berdaya saing.
iii. Memastikan kualiti dan kuantiti kerja tidak
terjejas.
iv. Mempercepatkan pembangunan negara.
v. Menyumbang tenaga kerja dan kepakaran.

17
Terangkan cara-cara penduduk di sesebuah
kawasan mempengaruhi perubahan alam sekitar
fizikal.

i. Aktiviti pertanian pindah.


ii. Penggunaan baja kimia dan racun serangga.
iii. Pelepasan asap kenderaan dan kilang.
iv. Pembuangan sisa kumbahan.
v. Pembuangan sisa pepejal.
vi. Aktiviti perlombongan pasir.
vii.Aktiviti pengangkutan perkapalan –
tumpahan minyak.

18
PENDUDUKSEBAGAI
PENDUDUK SEBAGAI
AGENPERUBAHAN
AGEN PERUBAHAN

PERUBAHAN
SOSIO PERUBAHAN
EKONOMI PERUBAHA LANDSKAP
N BUDAYA
LANDSKAP
FIZIKAL

19
SOSIO EKONOMI : Perubahan struktur ekonomi,
pekerjaan, pendapatan perkapita, kualiti hidup,
Pendidikan, kesihatan, infrastruktur dll.

LANDSKAP FIZIKAL : Pandang darat semulajadi


Seperti bukit, lurah. lembah, lembangan saliran,
Pinggir pantai, hutan dll
Contoh Perubahan Landskap Fizikal : Bukit
Tergondol, hakisan dan tanah runtuh, hutan
musnah

LANDSKAP BUDAYA : Pandang darat buatan


Manusia seperti jaringan pengangkutan, guna
Tanah pertanian, pola dan jenis petempatan dll
20
PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Terdapat tiga perubahan yang dilakukan oleh penduduk


melalui aktiviti pembangunan.

a) Perubahan landskap fizikal . Penduduk


bertindak melalui pelbagai cara terhadap persekitaran
fizikalnya . Antara tindakan yang dilakukan oleh
penduduk termasuklah penerokaan tanah untuk kawasan
kediaman, pembinaan petempatan desa dan bandar,
pembukaan kawasan pertanian, perindustrian dan
perniagaan, pembangunan rangkaian perhubungan dan
pengangkutan.

Tindakan ini akan menghasilkan perubahan ruang fizikal


yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti berlakunya
hakisan cerun, tanah runtuh, kesan gegalur,
penggondolan hutan dll
21
PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

b) Perubahan landskap budaya . Menerusi


kegiatan sosioekonomi penduduk maka pandang darat
berikut boleh terhasil:

• Guna tanah pertanian seperti perladangan getah, kelapa


sawit, sawah padi, kelapa, pertanian pindah dll.

• Guna tanah pengangkutan seperti jaringan jalan raya,


jalan keretapi, lapangan terbang dll.

• Pola petempatan seperti berpusat, berjajar, berselerak


berkelompok dll yang mencerminkan petempatan desa
atau bandar.

22
PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
c) Perubahan sosio ekonomi :

• Aktiviti pembangunan sosioekonomi seperti


penerokaan hutan, pembangunan pertanian, perlombongan,
pembuatan dan perkhidmatan telah menyediakan pelbagai
pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan,
meningkatkan pendapatan perkapita seterusnya dapat
mengurangkan kadar kemiskinan, dan meningkatkan taraf
sosial penduduk.

• Kemajuan ekonomi boleh dikesan melalui perubahan


pekerjaan, pendapatan dan pemilikan harta benda. Aktiviti
pembangunan sosioekonomi penduduk telah mengubah
taraf sosial atau kualiti hidup penduduk.

• Kemajuan ekonomi yang dijana melalui berbagai-bagai


kegiatan ekonomi telah membantu kerajaan sesebuah
negara menyediakan pelbagai prasarana sosial.
23
PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

• Prasarana sosial ini telah meningkatkan kadar literasi di


kebanyakan negara, meningkatkan taraf kesihatan
penduduk dan mengubah mentaliti penduduk ke arah lebih
moden.
• Keadaan ini dikenali sebagai perubahan sosial.
Perubahan sosial merupakan fenomena yang sentiasa
berlaku dalam sesebuah masyarakat. Perubahan sosial
bolehlah didefinisikan sebagai perubahan yang berlaku
terhadap masyarakat dari satu tingkat kehidupan ke satu
tingkat kehidupan yang lain.

• Perubahan sosial dapat dilihat melalui peningkatan


kualiti hidup seperti daripada segi taraf pendidikan,
kesihatan, budaya dan pemikiran.

24
SOALAN TUTORIAL 1

a) Bezakan konsep kuantiti dan kualiti sumber


Manusia [ 6 Markah ]

b) Huraikan kepentingan kualiti sumber manusia


Terhadap pembangunan sosio-ekonomi sesebuah
Negara. [ 10 Markah]

c)Jelaskan bagaimana aktiviti manusia telah


Mengubah landskap fizikal sesebuah kawasan.
[ 9 Markah]

25
GEOGRAFI ITU
MUDAH
PASTI DAPAT A 26

Anda mungkin juga menyukai