Anda di halaman 1dari 5

TEORI KEPERLUAN MCCLELLAND

KEUTAMAAN KEPADA TIGA KEPERLUAN UTAMA:

Pencapaian

• Individu cenderung untuk mecapai kejayaan di mana mereka


besemangat untuk mencapai kepuasan melalui
penyempurnan sesuatu matlamat.

• Seseorang yang suka pada cabaran lebih mengharapkan


kejayaan yang lebih baik (mengelakkan diri dari tugas-tugas
yang terlalu mudah atau terlalu sukar)

• Mereka ini gemarkan kepada sesuatu perkara yang lebih


khusus, kritikan yeng kena pada masanya dan maklumbalas
mengenai pencapaian mereka.

• Mereka berusaha untuk penyelesaian masalah, membentuk


matlamat dan sanggup menangung risiko serta sanggup
menerima maklumbalas yang konkrit tentang prestasi
mereka.

• Mempunyai sifat seperti :

- Mereka mahu dicabar.

- Menetapkan matlamat yang agak sukar (tetapi bukan


mustahil) untuk diri mereka sendiri.

- Mengambil pendekatan yang realistik terhadap risiko.

- Lebih kepada penganalisis dan menilai masalah.

- Lebih gemar memikul tanggungjawab peribadi untuk


melaksanakan sesuatu tugas.
- Menyukai maklumbalas yang tepat dan cepat terhadap
prestasi mereka.

- Seringkali gelisah.

- Gemar bekerja hingga larut malam.

- Sering kali tidak risau jika gagal (jika benar-benar terjadi)

- Cenderong untuk melakukan sesuatu seorang diri.

Kuasa / Power

• Mereka yang mempunyai keperluan yang kuat tehadap


kuasa berkeinginan untuk mempengaruhi orang lain

• Boleh atau berupaya mengemukakan cadangan, pendapat


dan penilaian mereka mengenai sesuatu perkara.

• Mereka gemarkan peranan yang memerlukan mereka


memujuk atau menyakinkan orang lain.

• Mempunyai sifat seperti:

- Lantang bersuara.

- Bersifat tegas dan tidak mudah mengalah

- Banyak tuntutan.

- Gemar mengajar orang.

- Bercakap di depan umum.


Perhubungan / Penggabungan / Affiliation

• Mereka yang mempunyai keperluan ini dimotivasikan untuk


memelihara perhubungan yang kuat dan mesra dengan
seseorang kawan.

• Motivasi perhubungan boleh dikatakan wujud apabila mahu


dihubungkan dengan orang lain atau seseorang yang
mempunyai perasaan yang sama terhadap orang lain.

• Seseorang boleh meluahkan perasaan dan mempunyai


aktiviti yang dapat eratkan ikatan hubungan dan tidak mahu
dikeluarkan dari kumpulan sosial mereka.

• Mempunyai sifat seperti :

- Berusaha memelihara hubungan sosial yang baik

- Menikmati perasaan mesra.

- Saling memahami.

- Bersedia untuk menghibur.

- Membantu orang dalam kesusahan.

- Menyenangi hubungan ramah dengan orang lain.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BELAJAR TERUS BELAJAR

DR.NORLIZA ABDUL MAJID


UPSI/2022
Teori ERG
(Existence-Relatedness-
Growth)

• Telah diperkenalkan oleh Clayton Alderfer seorang ahli


psikologi AS.

• Teori ini merupakan penambahan dari teori Hierarki


Keperluan Maslow.

• Teori ini menekankan bahawa semua keperluan adalah


sama aktifnya.

• Tiga kategori keperluan :

A. Keperluan Kewujudan (Existence Needs) iaitu keperluan


untuk “physical well-being”.

Existence atau kewujudan adalah suatu keperluan untuk


hidup sesuai dengan tingkat keperluan rendah dari Hierarki
Keperluan Maslow yang meliputi keperluan fisiologi.

B. Keperluan Hubungan (Relatednes) iaitu keperluan terhadap


kepuasan hati dalam hubungan dengan orang lain atau
keperluan berinteraksi dengan orang lain.

C. Keperluan Pertumbuhan (Growth) iaitu memfokuskan


terhadap pelbagai potensi manusia yang mendorong
seseorang untuk memiliki pengaruh yang kreatif dan
produktif terhadap diri sendiri atau lingkungannya. Asasnya
dari keperluan penghargaan hierarki keperluan Maslow
Clayton Alderfer.

Alderfer berpendapat bahwa ketiga ERG ini tidak bersifat hierarki.

Berasaskan teori Hierarki Maslow:

seseorang akan memenuhi keperluan di peringkat yang rendah


sebelum mencapai peringkat yang tinggi

Sedangkan menurut teori ERG, jika keperluan yang diperoleh di


peringkat tinggi itu tidak mendatangkan kepuasan, seseorang
akan beralih semula ke peringkat yang rendah semula.

Ini disebut frustasi-regresi dari aspek teori ERG. Teori ERG


didapati lebih fleksibel.

-----------------------------------------------------------------------------------------

BELAJAR TERUS BELAJAR

DR.NORLIZA ABDUL MAJID


UPSI/2022

Anda mungkin juga menyukai