Anda di halaman 1dari 17

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KAEDAH MENGAJAR (KPD5046) Projek Amali Ladang


SEMESTER 2 AMBILAN JULAI 2009 KUMPULAN: P

Nama Ahli Kumpulan 1) Nur Ahmad Rizal bin ............. 2) Siti Kholijah binti Kassim 3) Wan Muna Leza binti Wan Mohd Isa

No. Matrik L20092003273 L20092003258 L20092003251

NAMA PENSYARAH: En. Abu Bakar bin.........

ISI KANDUNGAN

Tajuk

Muka Surat

Pengenalan Laporan Minggu Pertama Laporan Minggu Ke -2 Laporan Minggu Ke-3 Laporan Minggu Ke-4 Laporan Minggu Ke 5 & 6 Laporan Minggu Ke-7 Laporan Minggu Ke-8 Refleksi: Siti Kholijah binti Kassim Nur Ahmad Rizal bin Wan Muna Leza binti Wan Mohd Isa

1- 3 4 5 6-7 8-9 10 11 - 12 13 -14

15 16 17

PENGENALAN

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada penanaman sayuran daripada peringkat permulaan sehingga peeringakt penuaian. Pengetahuan secara teori disampaikan menerusi kerja amali ladang merangkumi aspek-aspek termasuk penyediaan tanah, penyediaan tapak, teknik pengubahan anak-anak pokok, pembajaan, perlindungan tanaman dan merumput.

Di sini pelajar akan mengendalikan penanaman sayuran di dalam kumpulan. Pelajar akan didedahkan kepada situasi yang sebenarnya daripada proses penanaman sehingga penuaian.

Kursus ini akan memberi keyakinan kepada para pelajar tentang penanaman sayuran yang betul dan selepas latihan ini mereka sudah pasti boleh mengusahakan di tapak -tapak tanah sendiri.

Pokok Bayam Merah Keluarga: Amaranthacea. Nama saintifik: Amaranthus gangeticus. Nama Inggeris: Red Spinach. Ciri-ciri: tinggi batang 0.4 1 mtr dan bercabang, batang lemah dan berair, daun bertangkai, berbentuk bulat telur, lemas, panjang 5-8 cm, pangkal runcing serta berwarna merah. Ia adalah pokok berbunga tahunan yang mempunyai bunga ungu gelap. Ia mampu tumbuh setinggi 2-3 kaki tinggi. Tanaman bayam berasal dari Amerika tropik dan mudah tubuh dan tersebar di dae tropis rah dan subtropics di seluruh dunia. Di Indonesia sendiri bayam dapat tubuh sepanjang tahun dan ditemukan pada ketinggian 5 2.000 m dpl, tumbuh di daerah panas dan dingin, tetapi tumbuh lebih tumbuh subur di dataran rendah pada tanah terbuka yang udaranya agak panas. Ada tiga varieti bayam iaitu bayam hijau biasa, bayam merah (Blitum rubrum), yang batang dan daunnya berwarna merah dan bayam putih (Blitum album), yang daun dan batangnya

berwarna hijau keputih-putihan. Ada pula jenis bayam lainnya misalnya bayam duri, bayam kakap, bayam kotok atau tahah. Bayam selain digunakan sebagai sayuran pelengkap hidangan juga mempunyai banyak manfaat dan khasiat,termasuk bayam merah (Blitum rubrum). Bayam jenis ini mempunyai Bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga mer upakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium. Sekurang-kurangnya terdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Malah disebabkan ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam yang dikhususkan bagi digunakan dalam kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat. Bayam juga dikatakan mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira -kira 200 peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang yang lain seperti kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang memakannya. Bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin C dan A. Kedua-dua khasiat ini adalah antioksidan yang bertindak untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas ini melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung. Bayam Penambah darah Bayam yang telah dimasak juga dikatakamerupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat hail kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan. Dibandingkan dengan memakan daging merah yang juga kaya dengan zat besi, bayakurang kalori dan bebas lemak. Secawa bayam dikatakan menyediakan kira-kira 3E peratus nilai zat besi untuk sehari. Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah mengalami pendarahan dan mereka yar menghadapi masalah ginjal.

Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi disebabkan kekurangafolat. Vitamin A yang ditawarkan oleh bayam amat baik untuk diambil oleh ibu mengandung kerana vitamin A ini amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru fetus dan juga bagi ibu semasa menyusui bayi. Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat bayam. Namun begitu tetap perlu mendapat nasihat pengetahuan perubatan bagi mengelakkan kemudaratan kemudian hari. Kandungan Kimia dari Bayam Merah : Bayam merah banyak mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin dan vitamin (A, B, C).

Khasiat Bayam Merah : Khasiat dari bayam secara umum adalah dapat meningkatkan kerja ginjal dan melancarkan pencernaan. Akar bayam merah berkhasiat sebagai obat disentri. Bayam termasuk sayuran berserat yang dapat digunakan untuk melancarkan proses buang air besar. Makanan berserat sangat dianjurkan untuk dikonsumsi oleh penderita kanker usus besar, penderita kencing manis (diabetes mellitus), kolesterol, darah tinggi dan menurunnya berat badan. Infus daun bayam merah 30% per oral dapat meningkatkan kadar besi serum, hemoglobin dan hematokrit kelinci yang dibuat anemia secara nyata. Memakan bayam juga dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan boleh juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia. Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia. Khasiat bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan usia. Semuanya kerana kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayam bertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran uH ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

LAPORAN MINGGU PERTAMA Tarikh: 12/11/2009 Masa: 8.00 11.00 pagi Hari: Khamis Tempat: Dewan kuliah Aktiviti: 1. Perjumpaan kali-1 dengan En. Abu Bakar mengenai amali pertanian di dawah subjek Kaedah Mengajar. Kesemua ahli kumpulan O berkumpul dan diberi penerangan mengenai tugasan amali berkumpulan yang akan dijalankan bermula pada 19/11/2009 di tapak pertanian yang disediakan. Pada permulaannya En. Abu Bakar menceritakan serba ringkas mengenai kelebaran dan ketinggian batas yang betul iaitu 1 kaki lebar dan 1 kaki tinggi. 2. Selepas itu kelas bersurai dan pelajar diberi peluang untuk meninjau kawasan tapak.

LAPORAN MINGGU KE-2 Tarikh: 19/11/2009 Masa: 8.00 11.00 pagi Hari: Khamis Tempat: Tapak pertanian, UPSI Aktiviti: Setiap kumpulan terdiri daripada 3-4 orang ahli dan diberi batas untuk penanaman sayuran. Terdapat beberapa aktiviti ataupun langkah yang dilakukan antaranya adalah:

1)

2)

Membersihkan kawasan dengan membuang rumput dan batu-batu besar.

Membentuk batas dan meratakan pasir bagi memastikan tiada rumput dan batuan pada batas yang sudah dibersihkan.

3) Batas yang sudah terbentuk dipastikan mempunyai kelebaran dan ketinggian yang dikehendaki. Sekali lagi pembersihan batas dilakukan.

4) Apabila sudah selesai aktiviti pembersihan dan penyediaan batas, kapur diletakkan bagi mengurangkan keasidan tanah.

Alatan/bahan yang digunakan: cangkul, serampang tiga mata, pencakar dan kapur.

LAPORAN MINGGU KE-3 Tarikh: 24/11/2009 Masa: 8.00 11.00 pagi Hari: Selasa Tempat: Tapak pertanian, UPSI Aktiviti:

1) Selepas seminggu, batas yang telah diletakkan kapur digembur semula untuk proses yang berikutnya.

2) Batas yang telah digemburkan kemudiannya dicangkul dibahagian tengah membentuk lurah.

3) Baja kompos kemudiannya diletakkan ke bahagian tersebut dengan kuantiti yang bersesuaian dengan saiz dan panjang batas.

4) Selepas itu, sedikit tahi arnab di letakkan bersama-sama campuran baja kompos tadi.

5) Setelah selesai, bahagian yang diletakkan baja tadi ditimbus atau ditutup supaya kandungan baja dapat diserap rata oleh semua bahagian batas. Alatan/bahan yang digunakan: cangkul, serampang tiga mata, baja kompos, tahi arnab.

LAPORAN MINGGU KE-4 Tarikh: 03/12/2009 Masa: 8.00 11.00 pagi Hari: Khamis Tempat: Tapak pertanian, UPSI Aktiviti:

1) Selepas seminggu baja diletakkan, tanah digemburkan semula bagi tujuan meratakan permukaan batas mengikut ukuran yang sesuai dan ditetapkan.

2) Tanah yang sudah diratakan kemudiannya digariskan menggunakan tali bagi proses meletakkan biji benih. Pengunaan tali adalah bagi memastikan anak benih yang tumbuh adalah mengikut baris yang dibuat supaya lebih teratur. Ini juga bagi memudahkan proses meletakkan baja setelah anak pokok mula membesar.

3) Biji benih bayam merah merupakan biji benih yang halus. Bji benih halus

4) Biji benih yang sudah dicampur dengan pasir, ditabur pada baris yang telah

perlu di gaul dengan pasir sungai ataupun pasir halus sebelum di tabur pada batas.

dibuat tadi tanpa perlu ditimbus semula.

5) Setelah selesai meletakkan biji benih, air perlu disiramkan supaya biji benih tidak terlalu kering dan mudah bercambah.

6) Setelah disiram, sungkupan diletakkan di atas batas bagi mengurangkan kadar sinaran matahari terus mengenai batas dan juga mengelakkan air hujan membawa lari biji benih. Selain itu, sungkupan juga dapat mengekalkan kelembapan pada tanah apabila cuaca panas. Sungkupan yang digunakan adalah daripada daun pokok pisang yang telah dikoyak halus.

Alatan/ bahan yang digunakan: serampang tiga mata, tali, biji benih, sungkupan daun pisang, air yang mencukupi.

LAPORAN MINGGU KE-5 DAN 6 Tarikh: 08/12/2009 & 15/12/2009 Masa: 8.00 11.00 pagi Hari: Selasa Tempat: Tapak pertanian, UPSI Aktiviti:

1) Selepas seminggu, anak benih bayam merah telah mula tumbuh. Aktiviti penyiraman dilakukan sebanyak 2kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang.

2) Kawasan batas turut dijaga dengan memastikan tiada rumput-rumput baru tumbuh dan keadaan tanah sentiasa digembur.

3) Aktiviti penyiraman dilakukan sebanyak 2 kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. penyiraman dilakukan setiap hari bagi memastikan kesegaran anak pokok daripada mati. Alatan/bahan yang digunakan: serampang tiga mata,air yang mencukupi

LAPORAN MINGGU KE-7 Tarikh: 22/12/2009 Masa: 8.00 11.00 pagi Hari: Selasa Tempat: Tapak pertanian, UPSI Aktiviti:

1) Apabila anak benih sudah membesar sekitar 15cm tinggi, penjarangan boleh dilakukan. Namun bagi tanaman bayam penjarangan tidak perlu dilakukan. Penjagaan rumpai dan penjiraman air sahaja perlu dijaga.

2) Kawasan sekitar batas dijaga dengan membuang rumput-rumput liar.

3) Penggunaan baja urea adalah bagi mempercepatkan kadar tumbesaran anak pokok. Anak pokok yang sudah

4) Baja urea yang sudah hancur disiram pada keseluruhan batas dan dibiarkan selama 5 minit dan kemudiannya dibilas

membesar sekitar 15cm tinggi boleh disiramkan dengan baja urea. Baja urea disukat sebanyak 2 genggam dan dihancurkan di dalam tempat penyiram untuk batas panjang.

dengan air dalam kuantiti yang banyak. ini adalah bagi memastikan pokok bayam tidak melecur dan mati.

Alatan/ bahan yang digunakan: tempat penyiram, baja urea, air.

LAPORAN MINGGU KE-8 Tarikh: 30/12/2009 Masa: 8.00 11.00 pagi Hari: Rabu Tempat: Tapak pertanian, UPSI Aktiviti:

1) Setelah mencapai tahap matang iaitu selama 4 minggu, bayam merah sudah mula boleh dituai. Sebelum menuai hasil, batas perlu dibasahkan dahulu bagi memudahkan proses menuai.

2) Kesemua pokok bayam dituai hasilnya.

3) Bayam yang sudah dituai, kemudiannya dibersihkan sebelum ditimbang dan bungkus untuk dijual.

4) Hasil bayam yang sudah di bersihkan akan ditimbang.

Bayam ditimbang sebanyak 500gram seikat dengan harga Rm1.00 bagi setiap ikat. Keseluruhan hasil adalah sebanyak 12kg.

Alatan/bahan yang digunakan: alat penimbang, surat khabar, air

RIFLEKSI Kerja amali berkumpulan merupakan satu aktiviti yang dapat membantu bakal guru menyiapkan diri bagi aktiviti penanaman tanaman yang akan dilalui semasa di sekolah. Pengalaman membersihkan kawasan, penyediaan batas sehinggalah penjagaan tanaman diajar sehinggalah membuahkan hasil yang cukup membanggakan. Di sini, kami juga dapat

mengenali teknik dan tujuan sungkupan, pembajaan, dan penjarangan bagi sesetengah pokok dilakukan. Penanaman tanaman juga memerlukan penjagaan yang rapi dan memerlukan kesabaran serta tahap kerajinan yang tinggi.

Siti Kholijah binti Kassim

Anda mungkin juga menyukai