Anda di halaman 1dari 8

BAB 4 : MAKANAN DAN PEMAKANAN

4.3 Diet Seimbang


Standard Murid boleh:
Pembelajaran 4.3.1 Menjelaskan maksud Diet dan Diet Seimbang.
4.3.2 Menerangkan faktor yang mempengaruhi pengambilan diet individu.
4.3.3 Menerangkan konsep Piramid Makanan dan kegunaannya
4.3.4 Menyediakan maklumat pengambilan makanan harian kendiri.
4.3.5 Menilai dan merumuskan corak pengambilan makanan harian kendiri
borang yang disediakan.
4.3.6 Mencadangkan menu yang sesuai untuk pelbagai kumpulan individu
berdasarkan diet seimbang.

NOTA
Diet dan Diet Seimbang
DEFINISI (TP1)
Diet pengambilan makanan oleh individu untuk meningkatkan dan memelihara
kesihatan tubuh badan.
Diet Seimbang pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti protein,
karbohidrat, lemak, garam mineral, vitamin, air, dan pelawas dalam kuantiti
yang diperlukan oleh tubuh badan.
https://www.youtube.com/watch?v=4ZmC6zcYdmY&t=7s( VIDEO DIET SEIMBANG)

VIDEO DIET Keperlua Fisiologi


SEIMBANG
1 seperti umur, jantina, saiz badan, aktiviti yang dijalankan dan
tahap kesihatan.

Pendidikan
2 Pengetahuan terhadap pemilihan diet dan mempunyai ilmu
mengenal pola pemakanan
.

Geografi

8 3 .
dipengaruhi oleh iklim dan kemudahan infrastruktur

Faktor yang
Mempengaruhi Pendapatan keluarga
Pengambilan
Diet
4 .
Pendapatan keluarga mempengaruhi pemilihan makanan

Budaya
5 Kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia
mempengaruhi pemilihan makanan dalam sajian harian

5
6 Agama
Perbezaan agama mempengaruhi pemilihan diet seseorang

Keperluan sosial
7 Keperluan sosial di negara kita telah mengubah corak pengambilan
diet

Kemajuan teknologi
8 Kemajuan teknologi bukan sahaja memudahkan cara penyediaan
makanan tetapi juga telah mengubah corak pengambilan diet
Piramid Makanan membantu kita untuk merancang diet

PIRAMID MAKANAN

Kita seharusnya bijak memilih makanan harian kendiri yang dapat memenuhi kriteria seperti yang
dicadangkan dalam piramid makanan agar pengambilan diet menjadi seimbang.

Mencegah
Memastikan
Masalah
Tumbesaran
Kekurangan
Seimbang
Nutrien

5 Kepentingan
Pengambilan Mengekalkan
Memastikan
Perkembangan Diet Seimbang Berat Badan
Mental yang yang Normal
Sihat

Mengurangkan
Risiko Penyakit
Berkaitan
Pemakanan

Untuk memastikan diet yang seimbang guna tips di bawah


Makan Nasi dan
Produk Bijirin
Secukupnya
Makan Banyak
Buah-Buahan
Tepu dan
Kolesterol dan Sayur-
Sayuran Setiap
Hari

TIPS DIET YANG


Kurangkan
SEIMBANG Ambil Susu dan
Produk
Pengambilan
Tenusu
Minyak Secukupnya

Makan Ikan, Daging, Kurangkan


Ayam, Telur Pengambilan
dan Kekacang Secara Garam, Gula dan
Sederhana Sos

LATIHAN
ARAS RENDAH

1. Pernyataan di bawah adalah tentang istilah dalam bidang makanan dan pemakanan.

Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti protein, karbohidrat,


lemak, garam mineral, vitamin, air, dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan oleh
tubuh badan

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah istilah itu ?


……………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

2. Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi pengambilan diet.

W : …………………………………………………………………………………………………………………

X : ………………………………………………………………………………………………………………..

Y : ………………………………………………………………………………………………………………..

Z : ………………………………………………………………………………………………………………..
[4 markah]
3. Jadual 1 menunjukkan faktor yang mempengaruhi pengambilan diet. Nyatakan faktor itu di
ruang yang disediakan berdasar penerangan yang diberi.

FAKTOR YANG PENERANGAN


MEMPENGARUHI
PENGAMBILAN DIET
Pengambilan makanan bergantung kepada umur, jantina, saiz
(i)
badan, aktiviti harian dan tahap kesihatan

Alatan penjimat masa menjadikan kerja memasak menjadi lebih


(ii)
mudah, cepat dan bersih.

Diet dipengaruhi oleh iklim dan kemudahan infrastruktur.


(iii)

Mempunyai ilmu tentang pola pemakanan yang sihat


(iv)
menjadikan seseorang lebih prihatin untuk menjaga kesihatan
Jadual 1 [4 markah]

4. Rajah 1 menunjukkan piramid makanan. Nyatakan jumlah sajian harian bagi setiap aras pada
piramid makanan itu di ruang yang disediakan.

Rajah 1

[4 markah]
ARAS SEDERHANA

5. Lengkapkan Jadual 2 di bawah dengan menyatakan contoh satu sajian bagi setiap aras
piramid makanan.

ARAS CONTOH SATU SAJIAN

Aras 1

Aras 2

Aras 3

Jadual 2 [3 markah]

6. Pernyataan di bawah, merupakan panduan pengambilan makanan sihat di dalam Piramid


Makanan.

Kita digalakkan mengambil jenis makanan ini dengan bilangan yang


sedikit sahaja .

Nyatakan nutrein yang terdapat dalam aras Piramid Makanan tersebut.

[ 1 markah ]
ARAS TINGGI

SOALAN BENTUK ANALISIS


7. En. Amir berusia 40tahun. Beliau telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit kencing
manis. Apabila dibuat pemeriksaan selanjutnya, didapati beliau juga menghidapi penyakit
kardiovaskular.
Berikut adalah menu yang dihidangkan oleh pakar pemakanan untuk beliau.

Nasi putih 1 cawan


Ayam goreng berempah 1 ketul
Sayur kangkung belacan
Buah jambu batu
Jus oren tanpa gula

a) Berdasarkan situasi di atas, jelaskan kesesuaian menu terhadap En. Amir.


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
( 6 markah )
b) Cadangkan sumber protein dan kaedah memasak yang sesuai untuk dihidangkan.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
( 2 markah )
c) Berikan dua cadangan sumber protein lain yang boleh digantikan dengan ayam.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
( 2 markah )
SKEMA

1. Diet seimbang

2. Keperluan Fisiologi
Pendidikan
Geografi
Pendapatan keluarga
Budaya
Agama
Keperluan social
Kemajuan teknologi

3. Keperlua Fisiologi
Kemajuan teknologi
Geografi
Pendidikan

4. ARAS 4 (Makan sedikit) – minak, lemak dan gula


ARAS 3 (Makan sederhana) – makanan berasaskan protein
ARAS 2 (Makan banyak) – sayur-sayuran dan buah-buahan
ARAS 1 (Makan secukupnya) – makanan berasaskan karbohidrat

5. Makan sedikit
Dua hidangan sehari
Lima sajian

6. Lemak

7. a) Nasi putih - Pastikan saiz hidangan yang sederhana. / Gantikan beras putih kepada beras
perang. / Nasi dari beras yang di kukus mempunyai nilai Indeks Glisemik yang rendah (GI) .
Ayam goreng berempah - Pilihlah minyak tidak tepu, seperti minyak zaitun berbanding jenis
minyak lain sepeti mentega. Jangan gunakan banyak minyak kerana semua jenis minyak dan
lemak mengandungi kalori yang tinggi.
Sayur kangkung belacan - Kurangkan sodium (yang terkandung dalam garam)
* bergantung kepada jawapan murid
b) Mengukus – Boleh mengurangkan kehilangan khasiat makanan. Makanan dimasak
dengan menggunakan haba daripada wap. Cara ini sesuai untuk memasak ikan dan ayam
serta dapat mengekalkan kebaikan khasiat dan kelazatan semula jadi makanan. Mengukus
biasanya tidak menggunakan minyak.
Membakar – Kaedah paling ideal untuk memasak daging, ayam dan ikan tanpa penggunaan
banyak minyak. / Berbanding kaedah menggoreng dalam minyak, kaedah ini menghadkan
minyak dalam makanan. Sebahagian lemak daripada daging mencair dan hilang melalui
proses ini.
Memanggang – Kaedah ini juga tidak memerlukan penggunaan lemak atau minyak. Daging
ialah makanan terbaik yang boleh dipanggang untuk hidangan.
Merendidih (braising) – Merendidih adalah teknik yang baik untuk memasak daging yang
liat, seperti daging ayam atau lembu tua, atau daging yang secara semula jadi mengandungi
lebih banyak tisu penghubung (lebih berurat).
Merenih/sup – Salah satu cara mudah untuk memasak ialah dengan memasukkan pelbagai
bahan makanan dan ramuan ke dalam periuk tanah atau periuk masak perlahan (slow cooker)
dan biarkan direnih (stew) selama beberapa jam tanpa perlu menunggu. Masakan stew ini
adalah satu kaedah yang boleh digunakan untuk melembutkan makanan liat seperti daging.
c) - daging merah
- ikan
- telur
- tauhu

Anda mungkin juga menyukai