Karangan 2
Karangan 2
Pencemaran alam sekitar akibat pembuangan bahan buangan boleh dibahagi kepada :-
a) pencemaran air - bahan buangan dibuang ke dalam sungai, tasik, kolam dan laut.
b) pencemaran udara - bahan buangan seperti asap, debu dan gas berasid dilepaskan ke atmosfera.
Pencemaran air.
Air yang tercemar menjadi kotor, berkuman dan beracun. Pencemaran air disebabkan oleh :
i. pembuangan sampah-sarap, tin kosong, botol kosong, tayar lama, plastik dan kertas ke
dalam sungai.
ii. pembuangan sisa-sisa kilang dan bahan-bahan kimia ke dalam sungai, laut dan tasik.
iii. tumpahan minyak dari kapal minyak ke dalam laut atau sungai.
3. Masalah kekurangan bekalan air untuk kegunaan seharian. Manusia dan haiwan tidak boleh
meminum air yang tercemar kerana membawa penyakit.
Pencemaran udara.
Apabila udara mengandungi bahan-bahan asing yang tidak diperlukan oleh benda-benda hidup maka
dikatakan udara itu tercemar. Udara tercemar adalah kotor dan beracun. Bahan-bahan asing ini dipanggil
bahan pencemaran. Bahan-bahan pencemar di udara adalah seperti asap, jelaga, debu, gas-gas seperti
hidrogen sulfida, karbon monoksida dan sulfur dioksida.
b) pembuangan asap,jelaga dan gas beracun yang dibebaskan oleh kilang-kilang. Apabila
arang batu dan minyak dibakar, gas-gas beracun seperti sulfur dioksida dan karbon
dioksida dihasilkan.
c) pembakaran sampah-sarap membebaskan asap, jelaga, habuk dan gas-gas beracun ke
udara. Semasa pembakaran sampah-sarap, kandungan karbon dioksida meningkat.
d) asap rokok yang mengandungi bahan beracun seperti nikotina dan tar tembakau juga
mencemarkan udara. Bahan-bahan ini berbahaya kepada kesihatan perokok dan jiga
kepada kesihatan orang yang berada di sekeliling perokok.
e) penggunaan racun serangga perosak secara berleluasa tanpa kawalan juga mencemarkan
udara. Manusia dan haiwan-haiwan lain selain haiwan perosak turut menjadi mangsa.
1. Gangguan kesihatan.
Pencemaran udara boleh mengganggu kesihatan manusia. Kita akan merasa sesak nafas dan letih
jika kita tersedut udara yang tercemar.
3. Hujan asid.
Air hujan akan melarut gas-gas seperti nitrogen oksida dan sulfur dioksida di udara membentuk
sejenis larutan berasid. Air hujan ini akan turun ke bumi dipanggil hujan asid. Hujan asid mengkakis harta
benda seperti bangunan secara perlahan-lahan. Hujan asid juga akan mencemari sungai-sungai dan
tasik-tasik.