Anda di halaman 1dari 2

1.0 Proses Pembentukan Undang-undang.

Proses pembentukkan undang-undang boleh dibahagikan kepada empat proses. Iaitu


proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan yang terakhir adalah proses politik.
Dalam proses individu ketika membentuk undang-undang ia melibatkan norma individu,
kepercayaannya serta nilai di dalam undang-undang terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi norma, kepercayaan dan nilai pada seseorang individu itu. Perkara-perkara
yang berada di sekelilingnya seperti keluarga, sahabat, serta pengalaman dalam kehidupan
mampu memberi kesan yang tertentu. Norma adalah kriteria kelakuan yang menunjukkan
bagaimana seseorang itu menjangka semua orang akan bertindak apabila menghadapi sesuatu
keadaan. Kepercayaan pula adalah kriteria pemikiran yang mana melibatkan satu permikiran
abstark yang biasanya menyokong norma individu. Hal ini merupakan cara seseorang
individu memikirkan menjangka orang lain akan berfikir tentang konsep-konsep tertentu
contohnya, jika seseorang itu yakin tentang konsep demokrasi yang berasakan rakyat, maka
orang itu juga akan menjangkakan orang lain turut mengenali nilai konsep tersebut dan
menerimanya sebagai saatu bentuk kerajaan. Seterusnya nilai pula adalah suatu peringkat
keutamaan yang diberikan seseorang terhadap norma dan kepercayaannya. Ramai orang yang
menganggap norma dan kepercayaan tidak ada beza dari sudut kepentingannya. Sesetengah
manusia percaya bahwa norma dan kepercayaan yang penting merupakan nilai-nilai yang
diletakkan kepada suatu perkara.

Proses pembentukan undang-undnag yang kedua adalah proses kumpulan. Konteks dalam
proses kumpulan ini bermaksud latar belakang umum atau persekitaran sekeliling sesuatu
keadaan. Ia memberikan kesan yang bermakna dalam norma, kepercayaan dan nilai
seseorang individu. Setiap individu akan membentuk norma, kepercayaan dan nilainya
sendiri berdasarkan budaya atau agama, sosial atau politik dan juga ekonomi atau teknologi.
Namun, bagi setiap masyarakat pula, mereka mempunyai enam faktor konteks yang
berhubungkait iaitu ajaran agama, tradisi budaya, keadaan ekonomi, pembangunan teknologi
dan organisasi sosial dan juga proses-proses politik. Sifat konteks yang saling berhubung kait
ini adalah untuk memastikan kesemua faktor berhubung antara satu sama lain.

Proses sosial merupakan proses pembentukan undang-undang yang ketiga. Individu


dalam sesebuah masyarakat tidak terdedah kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial,
politik, budaya dan agama secara sama berpunca daripada kedudukan individu, unit keluarga,
rakan sebaya, dan juga organisasi-organisasi formal. Dalam kalangan masyarakat demokrasi,
norma kepercayaan dan nilai seseorang itu berubah-ubah mempunyai impak yang nyata
walaupun lambat. Impak ini terhasil daripada kedua-dua proses sosial dan politik dan pada
dasarnya proses sosial melibatakan perhimpunan kuasa. Jika seseorang itu berpegang kepada
norma, kepercayaan dan nilai yang sama, kebiasaannya cenderung untuk bersatu dalam
kumpulan-kumpulan kecil kerana mudah bagi seseorang itu untuk menyertai kumpulan yang
mempunyai pandangan yang sama. Kumpulan itu adalah seperti parti politik, badan amal dan
institusi agama. Selaras dengan perubahan masa, organisasi ini akan mencapai satu
kompromi dalam norma, kepercayan dan nilai yang mereka pegang.

Perkara keempat yang terdapat didalam pembentukan undang-undang adalah proses


politik. Proses politik dimana norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh organisasi,
kumpulan atau individu yang diwartakan menjadi undang-undang boleh dianggap sebagai
cara untuk mengatasi konflik. Hal ini adalah kerana organisasi, kumpulan, dan individu ini
jelas mempunyai pendapat yang berlainan tentang apa yang mereka harus lakukan dan apa
yang harus dicapai pada masa akan datang. Pandangan yang berbrza ini haruslah disesuaikan
menjadi peraturan yang konsisten dan menyeluruh supaya berkesan. Bagi wakil-wakil rakyat
contohnya, mereka diberi amanah untuk menggubal undang-undang dalam sesuatu sistem
perwakilan. Namun, isu-isu yang timbul berbeza-beza mengikut kawasan dalam negara,
penduduk dan juga sektor ekonomi. Disebabkan hal ini gabungan perlu dibentuk bagi
meluluskan kebanyakkan undang-undang. Masyarakat awam yang lain secara langsung boleh
mencadangkan idea mereka terhadap undang-undang dengan mengundi sesetengah pegawai
pentdabir dan kesemua ahli penggubal undang-undang.

Anda mungkin juga menyukai