Anda di halaman 1dari 26

BAB 1 : Kawan Baik Saya

Nurul Fatin Sarahah adalah seorang murid Darjah 4 di

S.K Cempaka Sari. Dia seorang murid yang bijak dan cerdas.

Dia selalu mendapat markah terbaik dalam peperiksaannya.

Kami kagum dan berbangga mempunyai kawan sepertinya. Dia

bukan sahaja bijak dan cerdas tetapi juga peramah dan baik

hati. Dia sering menepati masa dan tak pernah datang lewat

ke sekolah. Di sekolah dia sentiasa cergas menjalankan

aktiviti-aktiviti sekolah meskipun dari pagi sampai ke petang.

Dia tidak pernah mengeluh mengatakan aktiviti-aktiviti sekolah

meletihkan. Semua kerja sekolah yang cikgu beri dibuatnya

dengan baik. Dia juga aktif dalam ko-kurikulum. Dia banyak

mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan. Dia juga

1
pernah mewakili bahagian ke peringkat negeri dalam beberapa

pertandingan yang disertainya. Kami rakan-rakannya selalu

bertanya apakah petua yang menjadikan dia seorang yang

bijak,cerdas dan cergas.

Dia tidak pernah lokek dengan apa sahaja. Dia

menceritakan kepada kami bagaimana dia boleh menjadi

seorang yang cerdas dan cergas. “Kita mestilah sentiasa

menjaga kesihatan,” katanya. “Bagaimana awak menjaga

kesihatan awak,” tanya Sabirah. “Alah nanti saya

2
ceritakan,”katanya lagi. Kami sama-sama ketawa keriangan

dengan gelagat dan caranya bercakap. Kami berjalan menuju

ke satu tempat di kawasan sekolah kami untuk mendengar

cerita Nurul Fatin Sarahah. Kami duduk di satu bangku.

Beberapa kawan kami yang lain pun datang dan turut serta

ingin mendengar ceritanya. “Ceritalah cepat kami ingin sangat

mendengar rahsia awak ni,” desak Sabirah. “Tak ada yang

rahsianya. Kita semua tahu tentang kebersihan terutamanya

kebersihan diri,tempat tinggal dan kawasan persekitaran

kita”,katanya memulakan cerita.Dia mengatakan bahawa

kebersihan diri itu yang utama.Kita sendiri yang

bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri. Orang lain tak

boleh nak mandikan kita setiap hari walaupun mak kita sendiri.

Tak malu ke dah besar panjang mak masih mandikan kita.

BAB 2 : Kebersihan Diri

Nurul Fatin Sarahah tersenyum kepada kami semua.

Kami masih dalam dilema. Apa yang dia maksudkan. “Eh, Nurul

ceritalah dengan jelas tentang kebersihan diri itu, kami tak

sabar nak tahu ni,” Kata Farzan. Dia tersenyum lagi dan mula

3
menjelaskan tentang kebersihan diri. Kebersihan diri itu bukan

saja kita mandi tetapi merangkumi semua yang ada pada diri

kita. Kita perlu menjaga kebersihan badan, kaki, tangan, kuku,

gigi dan semua anggota badan kita. Kita juga perlu menjaga

kebersihan pakaian dan kasut kita.”Yalah, tapi bagaimana nak

nak menjaga semua tu,tak laratlah kita.” Kata Sabirah.

Nurul menjawab, “sebab itulah kita mesti tanamkan sikap rajin

dan tanggungjawab dalam diri kita. Bila kita ada sifat-sifat

itu, kita akan tahu membahagikan masa untuk melakukannya

bukannya memberi alasan untuk mengelak daripada

melakukannya dan mengharapkan orang lain melakukannya untuk

kita. Cucilah kasut tu sendiri sampai bersih. Begitu juga

pakaian, janganlah dipakai berulang kali hingga baunya boleh

membunuh sekandang kambing,”. Kami semua ketawa gelihati

dengan kata-kata Nurul.

4
Betul apa dia katakan. Kita perlu mandi sekurang-

kurangnya tiga kali sehari. Mandi mestilah menggunakan sabun

dan syampu rambut supaya ia bersih dan badan kita berasa

segar.

Di samping itu kita jangan lupa menjaga kebersihan gigi dan

mulut kita. Gosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Gunakan ubat gigi. Jumpalah doktor sekiranya terdapat gigi

yang rosak. Doktor akan menampal gigi yang berlubang dan

membersihkan gigi yang terdapat plak yang sukar dibersihkan

dengan berus gigi.

5
Kenapa gigi perlu diberus?

Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari

permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk gigi

mendapat fluorida yang membantu menguatkan gigi. Penjagaan

awal memastikan kita mempunyai kesihatan mulut yang baik

sepanjang hayat.

Mengapa memberus gigi itu penting?

Memberus gigi sehingga bersih penting untuk:

 Mencegah penyakit gusi

 Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi

(sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).

6
Kita juga perlu membersihkan kaki dan juga tangan. Kuku

hendaklah bersih dan pendek. Potong kuku sekurang-kurangnya

seminggu sekali. Jika kuku kita kotor kuman yang ada pada

kuku akan masuk ke dalam perut kita apabila kita memegang

makanan dengan tangan kita. Bersihkan tangan dengan sabun

selepas ke tandas atau selepas bermain di luar rumah.

Sebelum makan juga kita perlu mencuci tangan dengan bersih.

Kalau tangan kita bersih,kita akan selamat daripada jangkitan

penyakit yang disebabkan oleh kuman.

“Bukan itu saja kawan-kawan, “ kata Nurul Fatin

Sarahah.”kita juga perlu menjaga pakaian kita supaya sentiasa

7
bersih. Pakaian yang kotor juga terdapat kuman yang mungkin

menyebabkan kita mendapat penyakit kulit. Jadi pakaian kita

hendakalah bersih sentiasa, kalau kotor janganlah dipakai

lagi.” Kata Nurul Fatin lagi. Kami seronok mendengar Nurul

Fatin Sarahah bercerita. Dia Memang bijak dan berkebolehan.

BAB 2 Kebersihan Kawasan

Suatu pagi saya pergi ke rumah Nurul Fatin Sarahah.

Emaknya yang menjemput saya masuk dengan sopan. Emaknya

seorang guru. Dia mengajar di seklah tempat kami belajar. Dia

juga seorang guru yang baik dan lemah-lembut. Kami seronok

kalau dia yang mengajar di kelas kami.Dia pandai mengambil

hati kami. Dia seorang guru yang gigih dan rajin.

Saya terpegun melihat kawasan rumah mereka. Bukan

kerana rumahnya besar dan mahal. Sebenarnya rumah mereka

sederhana sahaja tetapi bersih dan teratur. Di luar kawasan

rumah mereka kelihatan cantik dan bersih. Begitu juga di

bahagian dalamnya. Kemas dan teratur. Sungguhpun perabut

8
yang terdapat dalam rumah itu sederhana tetapi bersih dan

kemas.Ia disusun rapi di ruang-ruang yang sesuai. Bijak

sungguh emak Nurul menyusun-atur perabutnya. Hiasan yang

sederhana menambah lagi seri dalam rumah tetrsebut. Terasa

ketenangannya bila duduk di ruang tamu rumah tersebut. Saya

terus memerhati ruang tamu itu dengan penuh minat. Tiba-

tiba Nurul Fatin muncul dan menyapa saya,”Assalamualaikum

dah lama sampai?’. “Waalaikummussalam, baru sebentar tadi,’

saya menjawab. “Maaflah, saya lambat sikit jumpa awak, saya

tengah berkemas di bilik tadi,”kata Nurul Fatin lagi.’Rumah

awak ni cantiklah, saya suka. Bersih dan kemas lagi,” saya

terus memuji. “Tak ada yang cantiknya, biasa saja,” Katanya

merendahkan diri.” Yang penting rumah kita bersih dan kemas.

Itulah yang menyebabkan ia nampak cantik.Rumah saya ni,

bukannya banglo mewah,” katanya lagi.Emak Nurul fatin

menghidangkan air dan sedikit kuih untuk kami.

Selepas minum saya membantu Nurul Fatin mencuci

cawan yang kami gunakan minum tadi. Di dapur rumahnya juga

bersih dan kemas. Semua peralatan tersusun dengan baik dan

kemas.

9
Setelah itu Nurul Fatin mengajak saya masuk ke biliknya

untuk mengulangkaji pelajaran. Katanya,”Saya lebih selesa

belajar dalam bilik, tiada gangguan.Marilah”.

Saya mengikutnya masuk ke dalam biliknya. Di biliknya pun

kemas dan bersih. Saya bertanya, “siapa yang kemaskan bilik

awak ni?” “Saya sendirilah, takkan saya nak tunggu mak saya

kemaskan. Mak saya banyak kerja yang nak dibuatnya. Saya

kena tolong dia kemaskan bilik sendiri. Bukan itu saja kadang-

kadang saya tolong mak dan abah membersihkan seluruh

kawasan rumah kami. Abah kata kawasan rumah mesti

dibersihkan selalu. Kalau tidak nanti nyamuk dan pelbagai

serangga seta binatang lain akan mudah membiak di kawasan

kita. Bahaya tu,” terangnya panjang lebar. “Betul juga, kalau

tin-tin kosong dibiarkan berselerak ia akan menakung air dan

di situlah nyamuk eadis membiak.” Saya mencelahnya. Sungguh

apa yang Nurul Fatin katakan, memang selesa belajar di dalam

biliknya dengan suasana yang tenang dan bersih itu. Patutlah

10
dia selalu mendapat tempat pertama dalam kelas.

Setelah kami tamat belajar dan berbincang, saya pun

balik dan berazam untuk menjadikan bilik saya seperti bilik

Nurul Fatin Sarahah agar saya selesa belajar.

11
BAB 3 Pemakanan

Pagi-pagi lagi saya dan Nurul Fatin Sarahah sama-

sama pergi ke sekolah. Hari saya menaiki kenderaan mereka

kerana emak saya sedang bertugas di luar kawasan. Dia tidak

dapat menghantar saya. Kami berbual-bual dalam perjalanan.

Emak Nurul Fatin bertanya kepada saya “Dah sarapan ke

belum?’. Saya menjawab,”Dah,saya makan roti dan telur hari

ni”. “Baguslah, sarapan itu penting untuk kita,” kata emak

Nurul Fatin lagi.

Kebetulan hari ini kami belajar tentang pemakanan.

Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk tubuh badan

kita. Nurul Fatin Sarahah amat berminat dengan apa yang

cikgu bincangkan hari ini terutama tentang piramid makanan.

12
Cikgu menayangkan tentang pyramid

Makan dan meminta salah seorang

daripada kami bercerita

mengenainya. Nurul Fatin

menawarkan dirinya untuk bercerita.

Apa itu piramid makanan?

Nurul Fatin mula bercerita dengan petahnya, ”Untuk

pengetahuan kawan-kawan, piramid makanan ialah panduan

pengambilan makanan pada kadar tertentu mengikut kumpulan

dan jenis makanan. Kawan-kawan suka makan makanan ringan

dan minum air berkabornat tak? Saya pun suka tapi, jangan

makan dan minum terlalu banyak kerana dapat menjejaskan

kesihatan diri kita. Lebihkan makan seperti yang saya katakan

13
tadi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Banyakkan minum air

mineral, sekurang-kurangnya 5 hingga 8 gelas sehari. Saya

tidak suka makanan ringan”.

Selain itu kita juga perlu mengambil sarapan pagi dan

makan pada waktu yang tepat. Jangan lewatkan masa makan

kita kerana ia akan menjejaskan kesihatan kita.

14
BAB 4 Saya Suka Bersukan

Untuk menjadi lebih sihat dan cergas Nurul Fatin

Sarahah juga aktif dalam sukan. Dia sering bersenam dan

beriadah bagi mengekalkan kecergasannya. Itulah yang dia

ceritakan kepada saya. Tapi itulah hakikatnya. Dia juga aktif

mewakili sekolah dalam pasukan bola jaring sekolah kami. Dia

memang seoang yang cergas.

”Setiap hari minggu saya dan keluarga saya akan keluar

bersama-sama seawal jam 6.00 pagi untuk bersenam atau

berjoging. Saya seronok kerana ibu dan ayah tidak pernah lupa

15
mengingatkan kami tentang pentingnya senaman. Ada kalanya

kami pergi beriadah di taman bunga atau di pantai. Kami

lakukan ini untuk menenangkan fikiran setelah penat belajar

atau ibu dan ayah penat bekerja. Oleh itu ayah selalu

mengajak kami sekeluarga keluar untuk menenangkan fikiran

agar tidak rasa tertekan.” cerita Nurul Fatin. Memang

seronok mendengar ceritanya.

Bab 5 Tidur Adalah Rehat

“Eh, kenapa menngantuk ni?” Tanya cikgu kepada Szawan

kawan sekelas kami. “Saya tidur lewat malam tadi, cikgu.”

Katanya.” Tulah awak. Kenapa perlu tidur lewat? Apa yang

awak buat? Tanya cikgu lagi. Dia menjawab,”Saya menonton

bolasepak bersama abang saya, cikgu”.” Taukah awak bahawa

jika kita tidur lewat kita akan merasa mengantuk dan malas.

Otak kita menjadi lembab dan malas,” kata cikgu lagi.

Kami mendengar penjelasan cikgu dengan penuh minat.

16
“Berehatlah

secukunya disamping

kita dapat bersama

keluarga, misalnya

kita berehat di

ruang tamu rumah

kita bersama ibu,

ayah dan adik-beradik kita akan mengeratkan

hubungan di antara keluarga kita,”terang cikgu lagi.

BAB 6 pemeriksaan Kesihatan

Cikgu terus mengajar kami tentang pentingnya kesihatan. Kami

mendengar dengan penuh minat.

Mata & Telinga

Masalah mata dan pendengaran tidak mengenal usia tua

mahupun yang muda. Jadi, dinasihatkan supaya pemeriksaan

mata dan telinga dibuat sekurang-kurang setahun sekali

17
terutamanya jika ada sejarah kesihatan berkaitan mata

dengan telinga dikalangan ahli keluarga yang lain.

Cikgu menunjukkan beberapa keeping gambar berkaitan dengan

kesihatan.

Pemeriksaan pergigian awal membolehkan pengamal

pergigian dan penjaga berbincang cara penjagaan kesihatan gigi

yang baik sebelum sebarang masalah berlaku.

Cikgu menerangkan tentang kesihatan mental. Nurul Fatin

Sarahah bertanya kepada cikgu, “Apa itu kesihatan mental,

Cikgu?” Cikgu menerangkan sambil menunjukkan gambar yang

diperolehinya daripada intrnet.

18
Kesihatan mental kanak-kanak yang normal di definisikan

sebagai seseorang itu dapat :

 Memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang

memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak.

 Meneruskan kemajuan perkembangan psikososial.

 Bermain dan belajar untuk mendapat pencapaian yang

setaraf dengan umur dan tahap intelek.

 Merasakan apa yang betul dan salah dari segi normalnya

Gangguan psikososial berlaku antara 12%-29% di kalangan

kanak-kanak sedunia,dan lebih kurang 13% di Malaysia

mengikut The National Health & Morbidity Survey, 1996.

( Mental Health Problem in Children )

Apakah keperluan bagi kesihatan mental kanak-kanak ?

Keperluan kesihatan mental terbahagi kepada dua:

1. Keperluan asas kehidupan

o Tempat berlindung dan keselamatan

o Makanan

o Penjagaan fizikal

o Penjagaan Kesihatan

2. Keperluan psikososial dan rohani

19
o Keyakinan kepada tuhan

o Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi

o Keselamatan dan kestabilan

o Rangsangan yang sewajarnya dan pengalaman baru

o Bermain di bawah pengawasan yang mantap

o Pendidikan

o Bimbingan yang betul

o Ketegasan dan disiplin yang diatur

o Kebiasaan harian yang boleh dijangka

o Sikap keibubapaan yang sihat

Jika keperluan-keperluan asas ini dapat dipenuhi kanak-

kanak akan dapat membina harga diri yang positif.

Sekiranya tidak dipenuhi kemungkinan masalah kesihatan

mental akan timbul.

“Sekarang ni, adakah kamu faham apa yang cikgu terangkan

hari ni?” Cikgu bertanya kepada kami. Kami menjawab

serentak, “Faham ,cikgu”.

Kami rasa seronok dan banyak benda beru yang kani pelajari

hari ini. “Saya rasa kita banyak mendapat maklumat daripada

cikgu kita tadi, kan?” Kata Nurul Fatin Sarahah.

20
“ Yalah, rugi kalau kita tak datang ke sekolah hari ini,” saya

menjawab.

Dalam perjalanan pulang kami masih lagi bercerita tentang

kesihatan. Berbagai penyakit boleh dihidapi jika kita tidak

menjaga kesihatan kita.

Oleh itu,

KESIHATAN ADALAH TUNJANG KEJAYAAN.JAGALAH

KEBERSIHAN DAN AMALKAN HIDUP YANG SIHAT.

21
RUJUKAN

1. Zarina Law bt Abdullah,Pengenalan Pendidikan Kesihatan,Versi November


2007,Kuala Lumpur.
2. Gurmit Singh (2007), Let’s learn Science, Year 1, Subang Jaya.
3. Kumara Velu (2000), To Be Healthy, Pustaka Pepada Jaya, Selangor Darul
Ehsan.
4. Rosnah M.D (2005) Usia Senja, ,Siri Kempen Kebersihan, Pustaka Perintis,
Kuala Lumpur.
5. Rosnah M.D (2005) Bahaya Merokok Siri Kempen Kebersihan, Pustaka Perintis,
Kuala Lumpur.
6. http://dranis07.wordpress.com/2008/06/09/penjagaan-kesihatan-pergigian
Kanak-kanak, capaian 21 Februari,2009.

7. http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kesihatan_mental_, capaian 21
Februari,2009.

22
PRAKATA

Penjagaan Kesihatan sering dipandang remeh oleh


masyarakat. Masing-masing mempunyai pelbagai alasan tersendiri
bagi mempertahankan diri mengapa mereka sering mengabaikan
kesihatan.

Oleh itu, diharap cerita yang digarap sebegini rupa dapat


membantu adik-adik menyedari dan memahami betapa pentingnya
kesihatan dalam kehidupan seharian kita.

Buku yang bertajuk KESIHATAN ADALAH TUNJANG


KEJAYAAN mengandungi 6 bab yang memuatkan banyak
pengajaran dan panduan kesihatan.

Penggunaan bahasa yang mudah yang diselitkan dengan dialog


dan juga sedikit unsure lucu diharap dapat menarik minat murid-
murid Tahun 4 sekolah rendah untuk membacanya. Ilustrasi yang
dimuatkan juga akan dapat memberi gambaran tentang plot dan
tema cerita ini. Semoga cerita ini akan memberi manfaat kepada
pembaca, bertepatan dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat.

23
Isi Kandungan:

BAB 1 : Kawan Baik Saya

BAB 2 : Kebersihan Diri

BAB 3 : Pemakanan

BAB 4 : Saya Suka Bersukan

Bab 5 : Tidur Adalah Rehat

BAB 6 : Pemeriksaan Kesihatan

24
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

HBHE 1103
PENGENALAN PENDIDKAN KESIHATAN

Nama : DARA BINTI KOTOT


(700110-13-5158)

Emel : kdarakotot@yahoo.com.my

Telefon : 0138004963

Nama Totur : EN. AMY DUSIN

Pusat Pembelajaran : SARAWAK LEARNING CENTRE

SEMESTER JANUARI 2009

25
26

Anda mungkin juga menyukai