Anda di halaman 1dari 81

Psikologi Sosial KSL 6213

1
Psikologi Sosial KSL 6213
SUBJEK : PSIKOLOGI SOSIAL
KOD SUBJEK : KSL 6213
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING
PENSYARAH : PN. NURUL HUDA BINTI ZAINAL ABIDIN

Ming. Tajuk Kuliah


Bab 1 : Latar Belakang Psikologi Sosial
Definisi Psikologi Sosial
Psikologi Sosial, Proses Mental dan Tingkah Laku Manusia
Skop Psikologi Sosial
1 Dua jenis Psikologi Sosial
Asas Teori Psikologi Sosial
Bidang Psikologi Sosial
Penerapan Ilmu Psikologi Sosial
Bab 2 : Perkenalan Kendiri
Manusia sebagai Pelakon Sosial
2. Klasifikasi Tingkah Laku Perkenalan Kendiri
Perbezaan Individu dalam Perkenalan Kendiri

Bab 3 Persepsi dan Atribusi Sosial


3. Pengenalan
Memahami sebab-sebab tingkah laku
Atribusi Sebab-Akibat
Bias-bias dalam proses Atribusi
Membentuk Impresi Terhadap Orang Lain
Bab 4 : Sikap dan Tingkah Laku
Definisi Sikap
Komponen-komponen Sikap
4. Ciri-ciri Sikap
Pembentukan Sikap
Fungsi-fungsi Sikap
Hubungan antara Komponen-komponen Sikap
Bab 5 Perubahan sikap
Pendahuluan
Teori-teori ketekalan perubahan sikap
5. Teori pembelajaran dan perubahan sikap
Teori penilaian sosial dan perubahan sikap
Pujukkan dan perubahan sikap
Penentangan terhadap perubahan sikap
Bab 6 : Pengaruh Sosial
Pendahuluan
6. Definisi Pengaruh Sosial
Jenis-jenis Pengaruh Sosial
Bentuk-bentuk Pengaruh Sosial
Penutup
7. Bab 7 Prasangka dan Diskriminasi
Pengenalan
Definisi
Faktor dan Kesan
Cara mengatasi Prasangka dan Diskriminasi
Bab 8 : Tarikan Antara Perseorangan
Pendahuluan
8. Peringkat Perhubungan
Definisi Tarikan Sosial
Kedekatan, Perasaan dan Keperluan Berdamping
Faktor-faktor daripada Individu Lain
Bab 9 :Tingkah laku kelangsangan
9. Pendahuluan
Apa itu langsangan
Pendekatan teoritikal mengenai kelangsangan
Faktor-faktor tingkahlaku langsang
2
Psikologi Sosial KSL 6213
Pencegahan dan pengawalan langsang
Bab 10 : Tingkah Laku Dalam Kelompok Sosial
Pendahuluan
Kesan Kehadiran Orang Lain pada Tingkah Laku Manusia
10. Perpaduan Kelompok
Pengaruh Individu pada Kelompok
Jangkitan Sosial
Keputusan Kelompok
Bab 11 : Psikologi sosial dan gender
Pendahuluan
Identiti gender
11 Stereotaip peranan –jantina
Perbezaan antara jantina
Perkembangan dan pengekalan peranan jantina
Perubahan dalam tingkah laku jenis jantina
Bab 12 : Persekitaran fizikal dan tingkah laku sosial
Pendahuluan tingkah laku wilayah
12 Sumber tekanan dalam persekitaran
Melindungi alam sekitar
Tingkah laku ruang
Bab 13 Psikologi sosial dan kesihatan.
Pendahuluan
13 Kesihatan dan tingkah laku kesihatan
Pengaruh sosial dan budaya pada kesihatan
Kepercayaan, sikap dan kesihatan
Ciri-ciri penyakit
Tekanan dan penyakit

Objektif Kursus 1.Mendedahkan kepada pelajar tentang psikologi sosial yang mencakupi pemikiran sosial dan
(OK) kendiri, interaksi sosial, serta pengaruh sosial.
2.Menganalisis nilai-nilai dan asas-asas berinteraksi sosial dalam masyarakat.
3.Melahirkan pelajar yang peka dengan isu-isu semasa, sikap dan tingkah laku sosial.

Hasil Setelah mengikuti kursus ini, pelajar berupaya ;


Pembelajaran
Kursus (HPK) HPK 1 Menunjukkan kefahaman berhubung dengan konsep psikologi sosial
yang mencakupi pemikiran sosial dan kendiri, interaksi sosial, serta
pengaruh sosial.

Membincangkan psikologi sosial, pandangan semasa, budaya,


HPK 2 kemasyarakatan.

HPK 3 Menghuraikan isu-isu semasa berkaitan sosial masyarakat, sikap dan


tingkah laku manusia.

Kemahiran yang Membentuk kaunselor yang mengaplikasikan konsep psikologi sosial ketika berinteraksi
boleh dengan individu lain.
dipindahkan
PEMBAHAGIAN MARKAH SUBJEK PSIKOLOGI SOSIAL

1. TUGASAN KUMPULAN 1 15%


2. TUGASAN KUMPULAN 2 20%
3. PENGLIBATAN DALAM KELAS 5%
4. UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER 20%
5. PEPERIKSAAN AKHIR 40 %

3
Psikologi Sosial KSL 6213

Bab 1 : Latar Belakang Psikologi Sosial


Definisi Psikologi Sosial
Psikologi Sosial, Proses Mental dan Tingkah Laku Manusia
Skop Psikologi Sosial
Dua jenis Psikologi Sosial
Asas Teori Psikologi Sosial
Bidang Psikologi Sosial
Penerapan Ilmu Psikologi Sosial

Definisi Psikologi
Bidang psikologi sebenarnya
Berasal daripada dua perkataan:
Psyche – jiwa
Logos – Sains
Definisi Sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental individu

Psikologi: Sains mengkaji proses mental dan tingkah laku manusia.


Proses mental: aktiviti mental – pemikiran, emosi, perasaan, motif,
Matlamatnya: menerang, menghurai, meramal dan mempengaruh.

Sains:
Ilmu yang diperolehi melalui kajian saintifik

Tingkah laku:
Apa sahaja pergerakan tubuh badan
manusia (bahagian soma)

Proses Mental:
Aktiviti mental yang berlaku di otak
Pemikiran: ingatan, persepsi, penaakulan, penilaian, kepercayaan.
Emosi: Sedih, gembira, bimbang, risau
Perasaan: Gembira, suka
Motif: niat dan hasrat

Psikologi Sosial, Proses Mental dan Tingkah Laku Manusia

Proses mental kadang kala dicerminkan oleh tingkah laku; walaupun tidak semestinya

Siapa Dia Individu Manusia Yang Menjadi Fokus Psikologi?


1) Makhluk biologi
2) Mempunyai personaliti yang berbeza
3) Difahami dalam konteks budaya dan etnik
4) Mengalami proses pembesaran dan perkembangan

4
Psikologi Sosial KSL 6213
5) Tingkah lakunya digerakkan
6) Haiwan sosial
7) Berperanan membentuk diri sendiri
8) Bertingkah laku adaptif dan maladaptif
9) Tingkah laku punyai pelbagai sebab

SEJARAH PERKEMBANGAN BIDANG PSIKOLOGI SOSIAL.

Bidang psikologi sosial adalah satu bidang sains tetapi menjurus kepada bidang sains sosial. Sejak
bermulanya displin ini pada tahun 1897, bidang psikologi sosial telah berkembang dari sudut teori dan
juga metodologi (Deaux & Wrightsma, 1984)

Kajian eksperimental psikologi sosial tentang tingkah laku manusia yang pertamelah dijalankan di
makmal Universiti of Indiana pada tahun 1897 oleh Norman Triplett. Norman Triplett mengkaji kesan
persaingan ke atas tingkah laku manusia lebih bersifat deskriptif dan spekulasi. Ruang lingkup bidang
psikologi sosial masih lagi tidak jelas pada tahap awal perkembanganya.

Awal abad ke-20

Terdapat dua aliran pemikiran yang mendominasi bidang psikologi sosial. Pertama aliran psikoanalisis
yang dipelopori oleh Sigmund Freud.

Psikoanalisis menumpukan kepada unsur-unsur dalaman manusia. Pada peringkat ini bidang psikologi
sosial mula memperlihatkan ruang lingkupnya. Kedua-dua aliran ini sesungguhnya memberi kesan
kepada perkembangan bidang psikologi sosial moden.

Kedua, aliran behaviorisme (tingkah laku). Aliran ini menumpukan perhatian kepada aspek pembelajaran
dan peranan rangsangan luaran terhadap tingkah laku manusia.

Tahun 1930

Bidang psikologi sosial semakin berkembang dengan penumpuan kepada perbezaan tingkah laku sosial
manusia.

Pada tahun1934 ahli sosiologi George Herbert Mead telah membentuk asas kepada Teori Simbolik
Interaction. Teori ini cuba memerihalkan kepentingan interaksi manusia dengan orang lain.

Tahun 1936 Muzafar Sherif telah menerbitkan buku The Psychology of Social Norms yang
memperlihatkan secara saintifik proses keakuran individu di dalam kelompok.

Kurt Lewin pula mengemukakan Teori Field yang menekankan kepentingan perhubungan di antara
manusia dan persekitaran dalam menerangkan tingkah laku manusia.
5
Psikologi Sosial KSL 6213
Pada tahun 1939 Teori kekecewaan-kelangsangan telah diperkenalkan dalam bidang psikologi sosial.
Teori ini cuba memerihalkan tingkah laku kelangsangan manusia dengan menggunakan konsep-konsep
dalam teori psikoanalisis.

Kebanyakan ahli psikologi sosial berpendapat Kurt Lewin adalah pengasas kepada bidang psikologi
sosial moden.

Menurut Lewin tingkah laku sosial manusia adalah fungsi manusia dengan persekitaran. Kedua-dua
aspek ini penting dalam memahami fungsi manusia dan persekitaran.

Tahun 1960

Bidang psikologi sosial semakin ketara di mana semakin banyak penelitian dilakukan terhadap interaksi
sosial manusia. Antara topik yang mendapat perhatian meluas ialah persepsi sosial, kelangsangan,
penarikan dan percintaan, membuat keputusan kelompok dan tingkah laku prososial.

Tahun 1970

Banyak topik mengenai tingkah laku manusia telah dikaji dengan menggunakan perspektif yang lebih
canggih. Antara yang menjadi tumpuan ialah topik atribusi, peranan jantina dan diskriminasi seks,
pengaruh sosial dan aspek kendiri manusia.

Pada akhir 1970-an minat terhadap aspek kognitif seperti sikap, kepercayaan dan nilai mula muncul dan
telah menggunakan pendekatan yang baru dalam penyelidikan tingkah laku sosial manusia.

Markus & Zajonc (1985) menyatakan tingkah laku sosial manusia telah mula dikaji dengan menggunakan
pendekatan kognitif untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai tingkah laku sosial
manusia.

Tingkah laku seperti stereotaip, penilaian kendiri, pembuat keputusan berkelompok dan pembujukan
telah dikaji dengan menggunakan perspektif kognitif. Melalui perspektif kognitif ini proses mental yang
kompleks dikaji seperti fungsi memori penaakulan dan bagaimana maklumat diintergerasikan dalam
pemikiran manusia kepada proses-proses sosial yang kompleks.

Tahun 1980-an

Isu yang berkaitan dengan kesihatan personal, proses perundangan dan kefungsian organisasi telah mula
mendapat perhatian. Ahli psikologi sosial telah mengenalpasti faktor sosio-budaya terhadap tingkah laku
manusia. Tumpuan yang sewajarnya telah mula diberi perhatian khususnya dalam bidang kajian yang
bersifat silang budaya.

6
Psikologi Sosial KSL 6213
Definisi Psikologi Sosial
Gordon Allport: Psikologi Sosial adalah menerangkan bagaimana fikiran, perasaan dan tingkah laku
individu dipengaruhi kehadiran orang lain, sama ada secara sebenar atau hanya dijangkakan.
Dipengaruhi: suara, tingkah laku, ciri-ciri fizikal, ciri-ciri personaliti, norma sosial.
Robert S.Feldman pula, psikologi ialah satu kajian mengenali individu lain. Ahli psikologi sosial
mengambil kira kebiasaan dan sebaba-sebab bagi tingkah laku individu dalam situasi dan
bagaimana pemikiran, perasaan dan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh orang lain.

Psikologi sosial adalah sebahagian daripada bidang psikologi yang menumpukan perhatian kepada
tingkah laku sosial manusia. Ahli psikologi sosial nampaknya menumpukan perhatian kepada usaha
untuk memahami tingkah laku manusia dalam konteks sosial

Kenneth J.Gergeu dan Mary M Gergeu (1981) menyataka bahawa psikologi sosial adalah satu displin
yang kekal merujuk kepada kajian yang sistematik terhadap hubungan interaksi sesama manusia.
Takrifan ini adalah asas kepada psikologi. Kajian yang sistematik ini biasanya mengandungi tiga
komponen utama, iaitu perkembangan teori, pendokumentasian teori dan galakan reaksi.
Perkembangan teori
Ahli psikologi cuba untuk menjelaskan tentang beberapa aspek termasuk kehidupan bersosial dengan
menggunakan kenyataan yang logik. Kenyataan ini bukan sahaja membantu manusia memahami dunia
seperti yang tertera malah mereka dapat menjelaskan sebab musabab sesuatu itu berlaku. Penjelasan ini
berkait rapat dengan konsep psikologi itu sendiri iaitu idea, perasaan, tingkah laku, jangkaan dan juga
peraturan.

Pendokumentasian teori
Ahli psikologi bukan sahaj menjelaskan sesuatu yang mereka kaji, malah mereka cuba untuk
mendokumentasikan idea teori mereka dengan cara mengutip data. Usaha memperoleh data melibatkan
penggunaan pelbagai teknik penyediaan yang dikaitkan dengan eksperimen pemerhatian, dan
menganalisis sejarah dokumen terdahulu.

Galakan reaksi
Psikologi sosial juga didefinisikan sebagai perkara yang mengandungi sesuatu kajian. Ini bermaksud
psikologi sosial adalah suatu penyelidikan saintifik tentang suatu ruang lingkup sosial yang tetap (Kench,
John W. Mcbraw, 1973). Sains adallah satu proses yang mengesahkan kenyataan tentang kaitan antara
sebab dan akibat sesuatu hubungan. Pengesahan ini dibuat melalui ujian empirikal. Untuk melakukan
ujian tentulah melibatkan idea dan penjelasan. Melalui proses inillah, munculnya displin saintifik.

Tumpuan utama bidang psikologi sosial ialah untuk memahami mengapa dan bagaimana manusia
bertingkah laku, berfikir dan merasa di dalam situasi yang melibatkan kehadiran orang lain sama ada
secara nyata atau simbolik.

7
Psikologi Sosial KSL 6213
Definisi kerja bidang sosial ialah bidang saintifik yang cuba memahami sifat dan sebab manusia
bertingkah laku dalam situasi sosial ( Baron, Byrne & Suls, 1989)

Istilah tingkah laku disini merujuk kepada perasaan, pemikiran serta tindakan tampak manusia.

Konsep saintifik pula melibatkan kaedah dan teknik penyelidikan yang mempunyai ciri sains yang
dijalankan untuk memahami tingkah laku manusia. Orientasi penyelidikan yang digunakan hampir sama
dengan bidang sains.
Empirikal, keesahan, kebolehpercayaan adalah antara ciri saintifk yang digunakan untuk mengkaji
tingkah laku manusia.

Tumpuan bidang psikologi sosial adalah untuk memahami tingkah laku manusia yang melibatkan segala
tindakan dan pemikiran manusia dalam situasi sosial.
Situasi sosial ini dipengaruhi oleh faktor sosiobudaya seperti nilai, norma dan standard.
Bidang ini berusaha untuk memahami apakah faktor yang membentuk dan mempengaruhi segala
tingkah laku dan tindakan manusia dalam latar sosial yang pelbagai

Intipati bidang psikologi sosial adalah untuk memahami faktor-faktor yang membentuk dan
mempengaruhi tingkah laku sosial manusia beragam khususnya segala tindakan, perasaan dan pemikiran
manusia.
Tingkah laku sosial manusia dipengaruhi oleh pembolehubah yang banyak.
Baron, Byrne & Suls, 1989 telah mengkategorikan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku
manusia dalam lima kategori utama bagi memudahkan pengkajian ke atas bidang psikologi sosial.
i. Tingkah laku dan ciri-ciri individu lain.
ii. Kognisi sosial
iii. Pembolehubah ekologikal yang mempengaruhi persekitaran fizikal sama ada secara langsung
atau tidak langsung
iv. Konteks sosiobudaya di mana tingkah laku sosial itu berlaku
v. Aspek-aspek sosiobudaya yang bersesuaian dengan tingkah laku sosial.

Faktor-faktor
• Tingkah laku sosial dipengaruhi oleh tingkah laku tindakan dan ciri indvidu lain.
• Tingkah manusia sebenarnya turut dipengaruhi oleh kognisi sosial yang meliputi pemikiran,
kepercayaan, sikap dan ingatan.
• Kesan persekitaran fizikal terhadap tingkah laku sosial tidak dapat diketepikan sebagai faktor
yang turut mempengaruhi tingkah laku manusia. Cth : cuaca yang panas, lembab, kering atau
terlalu sejuk menghasilkan suasana yang tidak selesa. Di sini tingkah laku turut berubah
• Pembolehubah persekitaran seperti kebisingan, pencemaran, kesan kepadatan dan cuaca
semuanya mempengeruhi suasana rasa (mood), proses kognitif dan tindakan ( Rotton & Frey,
1985; Anderson, 1087 dalam Baron, Byrne & Suls, 1989)

8
Psikologi Sosial KSL 6213

• Tingkah laku sosial manusia turut dipengaruhi oleh faktor budaya dan fizikal. Norma sosial
seperti tingkah laku yang sesuai untuk tempat-tempat tertentu, keahlian di dalam kelompok,
• standard dan nilai masyarakat, pengaruh politik, pemilihan pasangan hidup adalah antara faktor-
faktor yang turut sama mempengaruhi tingkah laku manusia.
• Peranan unsur biologikal seperti pengaruh genetik dari segi fizikal, kecerdasan turut juga
mempengaruhi tingkah laku sosial dalam situasi sosial.
KESIMPULAN
Psikologi sosial menumpukan perhatian kepada usaha untuk memahami tingkah sosial manusia. Ini
dilakukan dengan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perasaan, pemikiran dan tingkah
laku manusia dalam situasi sosial. Dengan menggunakan kaedah-kaedah saintifik di dalam penyelidikan,
ahli-ahli psikologi sosial telah berupaya mengenalpasti gabungan pelbagai faktor yang mempengaruhi
tingkah laku sosial manusia.

Skop Psikologi Sosial


• Ahli psikologi sosial umum biasanya mengkaji indvidu secara terpisah daripada konteks sosial:
mereka lebih menumpukan kepada pelbagai proses dalaman seperti perspesi, pemikiran,
pembelajaran, motivasi dan emosi indvidu.

• Ahli sosiologi pula lebih menumpukan kepada tingkah laku manusia dalam konteks unit sosial
yang lebih besar seperti kelas sosial, kelompok sosial, organisasi dan institusi sosial.

• Ahli-ahli psikologi sosial pula, menggunakan kedua-dua aspek sekali. Unsur-unsur individu dan
unsur-unsur sosial dalam menerangkan sesuatu tingkah laku. Mereka percaya bahawa proses-
proses mental mempunyai peranan yang penting dalam mempengaruhi tingkah laku manusia.

9
Psikologi Sosial KSL 6213

Rajah 1: Dua Jenis Psikologi Sosial

Psikologi sosial psikologi Psikologi sosial sosiologi


Fokus utama ialah pada individu Fokus utama : kelompok
Penyelidik cuba memahami tingkah laku Penyelidik cuba memahami tingkah laku dengan
dengan menganalisis rangsangan segera, menganalisis pembolehubah masyarakat,
keadaan psikoloi dan tret personaliti. seperti status sosial, peranan sosial dan norma
sosial
Ramalan tingkah laku merupakan matlamat Penerangan tingkah laku merupakan matlamat
asas penyelidikan asas penyelidikan
Eksperimen merupakan kaedah penyelidikan Kajian tinjauan dan pemerhatian ikut serta
asas diikuti dengan kajian tinjauan merupakan kaedah asas penyelidikan
Journal saintifk : Journal of Personality and Journal saintifik : Social Psychology Quarterly
Social Psychology

DUA JENIS PSIKOLOGI SOSIAL


Unsur yang ditekankan oleh ahli psikologi sosial yang berorientasikan psikologi ialah pemikiran,
persepsi, motivasi dan proses pembelajaran individu.
Sementara mereka yang berorientasikan sosiologi pula memberikan penekanan pada kelompok
organisasi, norma sosial dan peranan serta interaksi sosial.
Kedua-dua jenis psikologi sosial ini juga berbeza dari segi kaedah penyelidikan yang digunakan.
• Ahli-ahli psikologi lebih menyukai kajian di makmal yang persekitarannya dapat dikawal.
• Ahli-ahli sosiologi biasanya menjalankan kajian psikologi sosial dengan menggunakan kaedah
tinjauan atau siasatan di lapangan.

TEORI UTAMA PSIKOLOGI SOSIAL

Teori adalah alat yang dapat digunakan untuk memahami manusia dunia persekitaran/ psikologi sosial
agar kita dapat menerang, meramal dan mempengaruhiya. Penghuraian sesuatu teori adalah bertujuan
untuk memahami satu set data dengan jelas. Secara lebih khusus lagi teori memainkan beberapa peranan:

1. Membolehkan kita mengorganisasi pemerhatian dan mengendalikan dengan cara yang paling
bermakna berdasarkan maklumat yang telah ada. Jika pemerhatian tidak diorganisasi dengan
sempurna fakta atau data yang diperolehi menjadi kucar kacir dan tidak berguna.
2. Teori membolehkan kita melihat perhubungan antara fakta dengan implikasi yang terselindung
antara data yang bertaburan.

10
Psikologi Sosial KSL 6213
3. Merangsang munculnya persoalan-persoalan mengenai pelbagai aspek tingkah laku manusia
yang tidak mudah untuk difahami.

TEORI TINGKAH LAKU.


Teori ini melihat bagaimana organisma mempelajari dan membuat gerak balas terhadap
persekitarannya. Diperkenalkan oleh sekumpulan ahli psikologi behavioral ini
Pelopor teori ini ialah John B.Watson dan kemudian dikembangkan antara lainnya oleh Edward
L. Thorndike, Edward C. Tolman, Edwin

R.Guthrie, Clarke Gull dan B.F Skinner. Watson percaya bahawa psikologi hanya mengendalikan
aktiviti-aktiviti-aktiviti organism yang boleh diperhatikan – iaitu organisma lakukan dan katakan.

Teori tingkah laku juga mengemukakan hujah bahawa intropeksi (iaitu memerhati persepsi dan
perasaan diri) tidak boleh dipercayai dan ahli psikologi tidak wajar menumpukan perhatian
kepada peristiwa dalaman atau peristiwa mental.
Sebaliknya teori ini melihat dan membahagikan tingkah laku kepada unit-unit yang dipanggil
rangsangan. Ini merupakan intipati kepada teori tingkah laku dan sekaligus dirujuk sebagai
psikologi rangsangan-gerakbalas atau ringkasnya R-G

Teori tingkah laku ini menekankan sesuatu rangsangan itu akan diikuti dengan satu
gerak balas.

Menurut Saiful Ariff (2008) lagi teori behaviorisme pula mengatakan bahawa sikap agresif sangat
bergantung pada keadaan luaran yang menginginkan seseorang itu untuk bersikap destruktif
ataupun menyerang. Ini adalah selari dengan kaedah yang dilakukan oleh Box Skinner di mana
ianya memperkatakan bahawa perilaku manusia itu lahir sebagai akibat upaya terus menerus
secara mencuba serta cenderung untuk diulangi.

Sebagai contoh, seseorang yang mahu membunuh orang lain jika ia diberi upah. Menurut
pendekatan ini, tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya
rangsangan. Pendekatan ini dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-
G (rangsangan – gerakbalas). Selain J.B Watson, ahli-ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah
B.F Skinner, Ivan Pavlov dan E.L. Thorndike.

Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan berlaku
pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pelaziman
bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.

11
Psikologi Sosial KSL 6213
Menurut Mahani Razali (2002), Pelaziman klasik pula adalah pembelajaran yang berlaku akibat
daripada dua rangsangan ini. B.F. Skinner (1904-1990) bersetuju dengan pendapat Pavlov tetapi
menyatakan bahawa tingkah laku dapat diperhatikan dalam jangka panjang supaya dapat
mengubah perlakuan yang mudah kepada perlakuan
kompleks.

Menurut beliau, bimbingan, latihan, ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan
adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan. Bagi E.L. Thorndike,
walaupun pembelajaran berlaku hasil gabungan antara stimulus (rangsangan) dan response
(gerak balas) seperti pendapat Pavlov dan Skinner, beliau memberi penekanan terhadap
pembelajaran cuba jaya dan pengulangan.

Teori ini juga menggalakkan pembelajaran melalui galakan dan rangsangan. Rangsangan boleh
berbentuk pujian dan penghargaan. Dalam sesi pembelajaran, galakan dan rangsangan akan
mendorong pelajar mempelajari sesuatu bidang dengan lebih tekun. Peneguhan negatif seperti
denda dan hukuman tidak digalakkan, kerana ia membawa kesan emosi dan menghalang
perubahan tingkah laku.

Ulangan sesuatu rangsangan dan tindak balas yang bermakna dapat mengukuhkan pembelajaran
terutamanya di dalam akitiviti membina kemahiran.
Pembelajaran berasaskan teori ini menyediakan pelajar terlebih dahulu daripada segi
keupayaan, kematangan dan melibatkan mereka secara sukarela dalam aktiviti. Pendekatan ini
memberi kepuasan kepada pelajar. Schuman (1996) pula menambah bahawa dalam proses
pembelajaran ini, kemudahan yang lengkap dan persekitaran yang baik adalah perlu kerana ia
memberi kesan kepada latihan dan peneguhan perubahan tingkah laku.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL (ALBERT BANDURA)
"Teori Pembelajaran Sosial" yang telah diperkenalkan oleh Albert Bandura (1977). Di dalam teori
ini menekankan tentang aspek interaksi antara manusia dengan persekitarannya. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku anti sosial pelajar remaja, iaitu kelakuan
pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif.

Namun menurut Bandura (1977) latihan pemerhatian atau modeling adalah amat penting dalam
pembentukan tingkah laku agresif. Teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh Bandura
(1973) juga merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan
remaja ialah melalui pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang
signifikan dengan mereka.

Menurut Mahmood (2001), tingkah laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti
interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan konsep kendiri individu. Oleh kerana

12
Psikologi Sosial KSL 6213
manusia dipengaruhi oleh persekitaran mereka, maka remaja akan memilih salah satu daripada
pengaruh persekitaran mereka untuk ditauladani.

Jika tingkah laku negatif ditunjukan oleh ibu bapa, maka remaja akan terikut-ikut kepada tingkah
laku ibu bapa tersebut dan jika ia ditunjukan oleh rakan sebaya remaja, ia juga akan menjadi
ikutan remaja.
Menurut Bandura (1977), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku anti sosial
pelajar remaja, iaitu kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif.
Pendekatan teori pembelajaran sosial juga menekankan kepentingan penilaian kognitif dan
emosi. Teori ini memperlihatkan pengaruh-pengaruh sedar dan penentu-penentu sosial ke atas
personaliti.

Menurut Bandura (1977), latihan pemerhatian atau modeling adalah amat penting dalam
pembentukan tingkah laku agresif. Ibu bapa merupakan model utama bagi kanak-kanak. Jika ibu
bapa menunjukkan tingkah laku devian yang agresif di hadapan kanak-kanak, maka kanak-kanak
akan mudah meniru tingkah laku tersebut. Begitu juga ibu bapa yang sering bertingkah laku
devian akan mewariskan tingkah laku tersebut kepada anak-anak mereka.

TEORI KEKECEWAAN-AGRESIF

Teori ini seterusnya yang membincangkan tentang perkembangan tingkah laku negatif remaja ini
adalah Teori Kekecewaan-Agressif oleh Sigmund Freud (1950). Teori Kekecewaan-Agresif ini
menyatakan bahawa tingkah laku devian agresif ialah salah satu tindak balas semula jadi
terhadap kekecewaan yang dialami oleh manusia.

Menurut Sigmund Freud (1950) melalui teori psikoanalisisnya, menyatakan bahawa setiap
manusia secara semula jadinya menginginkan keseronokan dan cuba mengelak kesakitan.
Apabila kedua-dua keinginan itu tidak dapat diperolehi oleh manusia, manusia akan bertindak
agresif. Setiap individu mempunyai kecenderungan secara semula jadi atas faktor biologi
menjadi agresif bila kecewa.

Kenyataan ini disokong melalui hipotesis kekecewaan-agresif yang menyatakan bahawa tingkah
laku agresif adalah disebabkan kekecewaan. Pernyataan ini telah disokong oleh Kenneth dan
Moyer (1961) yang telah mengemukakan hipotesis kekecewaan-agresif.

Durkheim (1987) berpendapat perasaan kecewa yang dialami oleh pelajar merupakan satu
faktor penyebab kepada perlakuan gengsterisme di sekolah. Penyelidik ini berpendapat tekanan
yang dialami oleh pelajar untuk mencapai gred yang baik dalam peperiksaan dan tindakan
disiplin yang keras membangkitkan perasaan kecewa dan seterusnya perlakuan gengsterisme
berlaku di sekolah.

13
Psikologi Sosial KSL 6213

Berdasarkan teori psikoanalisis, Kenneth dan Moyer (1961) telah mengemukakan hipotesis
kekecewaan-agresif. Menurut teori kekecewaan-agresif, tingkah laku agresif adalah disebabkan
oleh kekecewaan. Setiap individu mempunyai kecenderungan secara semula jadi atas faktor
biologi menjadi agresif bila kecewa.

Teori Psikoanalisis telah diasaskan oleh Sigmud Frued. Teori ini menyatakan tabiat manusia
pada asalnya jahat kerana dipengaruh oleh unsur-unsur rangsangan seksual, kuasa agresif dan
tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga survival perkembangan
hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak di dalam diri manusia secara tidak sedar. Kombinasi unsur-
unsur itu dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akan
menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan.

Menurut Othman Mohamed (2000), Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan
naluri yang semulajadi (inborn drives). Berdasarkan kepada pandangan ini lahirlah konsep
antirasionalisma dalam segala gerak-geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak
rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai
individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya.

TEORI FIELD
Pengasas teori ini ialah Kurt Lewin.
Pendekatan teori ini berdasarkan kepada konsep field atau konsep ruang kehidupan (life
space). Bagi Lewin, semua peristiwa psikologikal sama ada tindakan, pemikiran, mimpi, harapan
dan seumpamanya adalah fungsi kepada ruang kehidupan
Manusia dan persekitaran sekeliling dilihat sebagai satu gugusan tenaga yang saling berkaitan
Ruang kehidupan ini mengandungi semua peristiwa yang telah berlalu, masa kini dan masa
hadapan. Ini kerana ketiga-tiga aspek kehidupan ini boleh mempengaruhi tingkah laku pada
suatu situasi.
Penekanan terhadap perkaitan antara individu dan persekitaran ini merupakan sumbangan
Lewin yang paling penting di dalam bidang psikologi.
Lewin telah menekankan bahawa kefahaman terhadap tingkah laku manusia memerlukan
maklumat dari manusia sendiri. Maklumat ini bukan sahaja datang dari pengalaman masa
silamnya tetapi juga pada sikap masa kini dan pada masa hadapan.
Faktor-faktor situasi atau konteks semasa harus juga diberikan tumpuan dalam usaha untuk
memahami tingkah laku manusia.

TEORI PERTUKARAN SOSIAL


Teori ini berkembang daripada bidang psikologi dan juga sosiologi. Tokoh utama teori ini ialah
John W. Thibaut dan Harold H.Kelly.
Manakala George C.Homans dan Peter M.Blav adalah dua tokoh dari bidang sosiologi.

14
Psikologi Sosial KSL 6213
Teori ini membuat percubaan untuk menintegrasikan teori tingkah laku di mana
pembelajaran dibentuk melalui ganjaran dan dendaan berdasarkan prinsip-prinsip
ekonomi klasik.
Menurut teori ini, manusia terlibat dalam pertukaran sosial kerana menerima ganjaran
dengan melakukannya.
Ahli-ahli teori pertukaran sosial telah meluaskan konsep ekonomi di mana pertukaran sosial
seperti keizinan, kasih sayang, keselamatan, pengiktirafan dan sebagainya.
Teori pertukaran sosial ini telah meluaskan perspektif teori pembelajaran di mana individu
memuaskan kehendak dan keperluan orang lain dengan memberi ganjaran dan dendaan.

TEORI SIMBOLIK INTERACTIONISM


Teori ini bertolak dari bidang falsafah terutamanya di bawah William James dan John Dewey.
Teori ini mempunyai tiga asas utama:
Manusia bertindak ke arah arah perkara berdasarkan makna yang ia ada untuk diri mereka.
Makna sesuatu perkara itu di perolehi dari atau muncul dalam interaksi sosial.
Makna perkara-perkara ini dikendalikan dan diubah melalui proses interaksi yang digunakan
oleh manusia sewaktu ia mengendalikan segala apa yang ia tempuhi.

Ahli-ahli simbolik interactionism telah menganjurkan pendapat bahawa manusia adalah makhluk
sosial yang hidup dalam satu kelompok.
Manusia secara semulajadinya mempunyai mekanisme naluri untuk berhubung dengan orang
lain dalam masyarakat.
Teori ini menyatakan bahawa simbol-simbol bahasa dan bukan bahasa adalah kunci untuk
memahami kehidupan manusia.

Bidang Psikologi Sosial (Matlamat)


• Psikologi sosial ialah hubungan individu dengan masyarakat.
• Matlamat bagi psikologi sosial adalah untuk berjumpa dan menerangkan tentang hubungan
antara masyarakat dengan individu.
• Mengambil kira hubungan antara individu dengan kumpulan dan antara kumpulan dengan
masyarakat.
• Matlamat psikologi sosial adalah untuk meramal, memahami dan menerangkan.
• Memudahkan urusan antara individu dengan individu lain.
• Psikologi sosial menunjukkan Corak yang berlaku dalam interaksi sosial dan membolehkan kita
memahami bahawa konsep perhubungan sebenarnya adalah tidak sama.

15
Psikologi Sosial KSL 6213
Penerapan Ilmu Psikologi Sosial
Semua bidang saintifik psikologi sosial mengandungi empat ciri penting iaitu:
Satu set fenomena atau proses psikologi sosial berlaku
Ciri ini dikaitkan dengan pengaruh sosial. Fenomena atau ciri ini melibatkan interaksi antara individu
dengan individu yang lain. Selain itu fenomena ini mewujudkan hubungan antara kumpulan atau seluruh
masyarakat, malah hubungan antara individu dengan sosial entiti yang luas.
Antara contoh pengaruh fenomena ini dapat dilihat dalam perubahan tingkah laku atau kelakuan,
sosialisasi (pemasyarakatan), penyesuaian, dan kepimpinan.
Teori utama atau konsep dan idea tentang psikologi sosial
Umumnya, teori mengandungi satu atau lebih pernyataan fungsi tentang perhubungan dengan fenomena
penglibatan. Contohnya, tanggapan penyataan kesepaduan kelompk dalam penyataan tersebut. Selain itu,
penyesuaian dalam kelompok juga adalah positif.

Kaedah penyelidikan
Bagi mendapatkan bukti tentang fenomena tersebut, matlamat perlu dipastikan terlebih dahulu.
Kepastian ini membolehkan jenis data yang perlu diperoleh diketahui. Data ini diperoleh secara
sistematik dari makmla atau perlu dijalankan eksperimen, soal selidik, dan pemerhatian yang berterusan.

Penemuan dikumpulkan
Hasil yang diperoleh daripada fenomena tersebut dikumpul sebagai data. Data ini akan disokong dengan
kenyataan yang ada dijadikan satu contoh.

16
Psikologi Sosial KSL 6213
Bab 2 : Perkenalan Kendiri
Manusia sebagai Pelakon Sosial
Perbezaan Individu dalam Perkenalan Kendiri

PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan bagaimana memperkenalkan kendiri kita kepada orang lain. Kita biasanya
cuba memperoleh maklumat tentang diri seseorang yang baru hadir di kalangan kita.
Misalnya ketika kita baru masuk universiti, kita mempunyai perasaan ingin tahu tentang sifat orang-
orang yang berada di sekitar kita seperti teman sebilik asrama, pensyarah, teman-teman kuliah dan
sebagainya

Dengan kata lain kita ingin tahu siapakah mereka. Kita mungkin berminat tentang latar belakang mereka
seperti kelulusan, sikap, kemahiran, kepercayaan, dan sifat-sifat yang lain.

Melalui maklumat yang berkaitan dengan sifat-sifat mereka membolehkan kita menentukan cara
bertindak atau berinteraksi dengan mereka, dan juga jangkaan mereka terhadap kita.
Tanpa maklumat tersebut tentunya agak sukar bagi kita menentukan cara bertindak atau berinteraksi
dengan mereka.

Dengan kata lain, cara kita berinteraksi dengan seseorang itu dipengaruhi oleh ciri-ciri tersebut. Cara kita
berinteraksi dengan kawan rapat kita berbeza dengan cara kita berinteraksi dengan orang baru yang kita
kenali.
Dalam keadaan tertentu kita seperti haiwan sumpah-sumpah, sebagaimana yang kita ketahui haiwan ini
mengubah warna tubuh badannya mengikut latar belakang persekitaran di mana ia berada.
Begitu juga dengan manusia ‘sumpah-sumpah’ kita cuba memperkenalkan diri kita bergantung kepada
siapakah orang itu.

Dengan kata lain kita cuba menyesuaikan diri kita atau identiti kita kepada orang lain yang berada di
sekitar kita. Tujuannya ialah kita mahu diri kita diterima, disukai dan diberi ganjaran oleh orang lain.
Kita memanisfestasikan diri kita dalam cara yang berbeza-beza untuk orang yang berbeza-beza kerana
kita biasanya ingin menyenangkan hati orang lain, dan mahukan mereka mempunyai persepsi yang baik
terhadap kita.

Kita memainkan pelbagai ‘lakonan’ untuk mendapat atau menghasilkan reaksi-reaksi khusus daripada
orang lain. Dengan demikian kebanyakan manusia mempersembahkan pelbagai identiti mereka sebagai
sebahagian daripada pola-pola biasa tingkah laku sosial mereka.

Ahli-ahli psikologi sosial menggunkan istilah ‘perkenalan kendiri’ untuk merujuk tingkah laku seseorang
yang bertujuan mempengaruhi impresi orang lain terhadap dirinya.

17
Psikologi Sosial KSL 6213
Dengan kata lain, ia merujuk kepada bagaimana manusia memperkenalkan kendiri kepada orang lain,
agar orang lain itu menerimanya.

Dalam kehidupan seharian manusia cuba memperkenalkan identiti dirinya kepada orang lain dengan
tujuan tertentu. Misalnya semasa temuduga seseorang akan menunjuk atau menonjolkan dirinya sebagai
seorang yang berpengetahuan, berkelayakan dan berkemahiran.

KONSEP KENDIRI
Siapa saya?
Ke mana saya akan tuju?
Kenapa?
Bila kita menjawab soalan di ata s, bermakna kita telah menerangkan tentang ‘Konsep Kendiri’ iaitu:
matlamat kita, nilai kita, kekuatan dan kelemahan kita cara hidup kita atau ‘gaya hidup’.Bagaimana kita
dan orang lain melihat kita bergantung bagaimana kita jawab soalan ini(Hamachek. 1971)

Menurut Brown (1998), ‘Konsep Kendiri’ ialah ‘Tanggapan kita terhadap diri kita sendiri.’ Apabila kita
memulakan pernyataan dengan menggunakan kata ‘saya’ atau ‘aku’, seperti katanya, ‘ Aku ialah seorang
yang cantik , peramah, gagah....dan sebagainya, maka ini telah menerangkan tentang maksud konsep
kendiri.

Konsep Kendiri(Pengenalan diri)


Bermaksud tanggapan seseorang terhadap fizikal, psikologikal, dan ciri-ciri sosial; serta sikapnya,
kepercayaan dan fikiran.

Konsep Kendiri terdiri daripada imej diri dan Estim kendiri(Ainon Mohd, 2003). Dikenali juga sebagai
imej diri. Setiap individu mempunyai imej tentang siapa dirinya. Imej ini terdiri daripada segala perasaan
dan fikirannya terhadap segala bakat, keupayaan, keistimewaan, kekuatan, kelemahan dan kekurangan.
Seringkali disamakan juga dengan ‘estim kendiri’.

Namun sebenarnya estim kendiri ialah penilaian yang menyeluruh tentang perasaan yang dirasai
berkenaan nilai diri sendiri atau mudahnya adalah maruah

Konsep kendiri dibentuk hasil daripada interaksi kita dengan orang lain dan penyeseuaian kita dengan
alam sekitar. Lazimnya, penyesuaian yang berjaya akan membawa kepada konsep kendiri yang positif
manakala kegagalan akan membawa kepada konsep kendiri yang negatif.
Disamping itu, tanggapan orang lain terhadap diri kita juga mempengaruhi konsep kendiri seseorang itu.
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif biasanya akan dapat menghadapi masalah dan
cabaran dengan tabah. Individu sebegini dilihat bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya serta bersedia
menerima pendapat dan kritikan dari orang lain.

18
Psikologi Sosial KSL 6213
Seseorang itu juga akan kelihatan lebih relaks atau tenang, mudah berinteraksi dengan orang lain, senang
dihampiri. Keadaan emosinya juga lebih stabil.Individu yang sentiasa mengalami kegagalan dalam
kehidupannya, kerajaya atau bidang akademiknya lazimnya mempunyai konsep kendiri yang negatif.
Kanak-kanak yang sentiasa dimarahi, dikritik, kurang menerima perhatian dan kasih sayang sering
mempunyai konsep kendiri yang negatif.

Mereka akan bersifat tidak gembira, tidak berpuashati, cepat merajuk serta mudah tersinggung akan
menyebabkan diri mereka kurang diterima oleh orang lain, misalnya rakan sebaya. Keadaan ini akan
memburukkan lagi imej kendiri mereka.Pandangan Erikson tentang perkembangan konsep kendiri
dilihat lebih menjurus kepada perkembangan psikososial seseorang itu sejak lahir hinggalah ke alam
dewasa dan ke akhir hayat. Tahap-tahap perkembangan sebagaimana yang diutarakan oleh Erikson
dilihat ada persamaan dengan Teori

Psikoseksual Freud terutamanya pada empat peringkat pertama perkembanganyang beliau utarakan. Apa
yang menarik mengenai pandangan beliau disamping fenomena perkembangan moral dan personaliti
ialah fenomena perapatan dan identifikasi. Perapatan didefinisikan sebagai kemahuan bayi mendekati
individu yang signifikan seperti ibu bapa atau penjaga sewaktu dia memerlukan makanan atau
keselesaan. Ia juga membawa maksud kanak-kanak berkehendakkan supaya ia dijaga dan disayangi oleh
sesetengah individu.

Manakala identifikasi merupakan satu proses asas pengenalan kendiri seseorang


Pendek kata, perinsip dalaman teori Erikson merangkumi identiti, ego, prinsip epigenetik dan prinsip
psikososial. Teori Erikson merupakan satu huraian bagaimana personaliti dan konsep kendiri yang sihat
berfungsi dan berkembang sepanjang kehidupan manusia. Ia juga ada menjelaskan tentang bagaimana
ego mengadaptasi dirinya kepada urutan krisis-krisis psikososial.

Epigenisis dan konflik psikososial merupakan satu mekanisma perubahan yang memandu ke arah
perkembangan identiti ego seseorang individu itu. Yang penting di sini, teori Erikson banyak
menyumbangkan kita tentang pemahaman semulajadi manusia, di samping personaliti dan konsep
kendiri serta mengenai krisis identiti keremajaan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan kognitif dan peranan perkembangannya dalam
pembentukan konsep kendiri begitu penting sekali. Kognitif secara amnya merupakan satu proses
intelektual yang melibatkan proses-proses mental, pemikiran, tindakbalas atau tindakan manusia
berasaskan otak terhadap sesuatu situasi. Aspek kognitif yang sihat dari segi perkembangannya sudah
pasti menjamin pembentukan konsep kendiri yang positif. Walaubagaimanapun, aspek kognitif bukanlan
faktor tunggal yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang itu, bahkan aspek jasmani
(psikomotor/fizikal), afektif (perasaan/emosi), sosial, baka dan persekitaran juga dilihat berpotensi
dalam mencorakkan konsep kendiri seseorang insan itu

19
Psikologi Sosial KSL 6213
JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri
negatif. Berikut akan dibincangkan dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua konsep kendiri tersebut.
1. Konsep Kendiri Positif
Jika kita perhatikan seseorang yang sering di kaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah mereka yang
dapat membina konsep kendiri yang positif. Mereka yang mempunyai konsep kendiri yang positif ini
sentiasa menerima layanan dan perhatian yang baik sama ada daripada ibu bapa sendiri, keluarga, guru,
rakan-rakan mahupun orang yang berada di persekitarannya. Individu ini akan sentiasa mengalami lebih
banyak kejayaan berbanding dengan kegagalan.

Individu ini juga sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap
dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu. Individu ini juga tidak mudah melatah atau mengalah dan
sanggup menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dan sekiranya berlakunya kegagalan, akan di
terimanya dengan tenang dan tabah. Selain itu individu ini bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya
serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Dia juga bersifat lebih relak, mudah berinteraksi
dengan orang lain serta senang didampingi. Individu ini sentiasa tenang dan stabil serta seimbang dari
segi emosi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi terbentuknya konsep kendiri yang positif di dalam diri
seseorang individu.
Pertamanya ialah sentiasa memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian yang membina, hadiah dan
sebagainya sejak dari kecil apabila melakukan sesuatu sama ada mendapat kejayaan mahupun kegagalan.
Peneguhan yang paling berkesan adalah datangnya dari ibu bapa kerana mereka merupakan orang yang
paling dekat dengan individu tersebut. Di antara peneguhan yang positif ialah: bagus cuba lagi yang lebih
baik, Pandai anak ibu dan sebagainya. Individu yang sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan yang
baik daripada ibu bapa dan keluarga juga berkemungkinan besar akan dapat membentuk konsep kendiri
yang positif. Ini kerana individu tersebut tidak akan merasa kekurangan dan kekosongan dalam
hidupnya. Mereka akan sentiasa merasa di hargai da merasa ada orang yang ada bersama-samanya dalam
melakukan sesuatu. Keadaan dan persekitaran keluarga juga turut mempengaruhi seseorang individu
dalam membentuk konsep kendiri yang positif. Keadaan keluarga yang stabil dan harmoni akan
membantu seseorang membina konsep kendiri yang baik. Sekiranya keluarga berada dalam keadaan yang
harmonis dan ceria, setiap daripada ahli keluarga akan berasa selamat dan gembira dilahirkan dalam
keluarga tersebut.

Selain itu individu yang sering mendapat pengiktirafan sama ada dari ibu bapa, guru dan rakan-rakannya
berjaya membentuk konsep kendiri positif. Individu ini akan sentiasa dalam keadaan riang dan gembira
kerana dapat membuatkan orang yang berada di persekitarannya mempercayai dan yakin dengan
kebolehannya.

20
Psikologi Sosial KSL 6213
Selain dari itu keyakinan yang tinggi yang ada dalam diri individu sendiri juga dapat membentuk konsep
kendiri yang positif dalam dirinya. Ini kerana kepercayaan yang kuat dan teguh kepada diri sendiri akan
menyebabkan individu terbabit akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa
merasa takut dan malu apabila mengalami kegagalan.

2. Konsep Kendiri Negatif


Jika dilihat pula individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam apa bidang sekali pun
biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif. Berbeza penampilannya dengan
individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di mana individu jenis ini akan sentiasa berasa
tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti ini
sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakanrakan dan sesiapa sahaja yang
berada di persekitarannya. Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya
kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan memburukkan lagi
keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah.
Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat rendah diri dalam
dirinya.

Akibat daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan yang
muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau tidak mahu bersosialisasi dengan
persekitarannya. Mereka yang tergolong dalam golongan individu yang mempunyai konsep kendiri
negatif ini lazimnya suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan.
Mereka juga suka bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda darinya dan yang mempunyai
kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang amat menyedihkan, individu ini amat mudah
dipermainkan oleh orang lain.

Faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif


Seperti mana yang kita ketahui seorang individu yang baru dilahirkan masih belum mempunyai konsep
kendiri. Konsep kendiri yang kita ketahui terbentuk daripada proses berinteraksi dengan orang lain sama
ada konsep kendiri positif ataupun negatif. Di sini akan dibincangkan mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi konsep kendiri negatif.
Konsep kendiri yang negatif lahir daripada kurangnya kasih sayang, perhatian dan belaian daripada ibu
bapa, guru ataupun orang dewasa yang lain. Ini mengakibatkan wujudnya perasaan tidak dipunyai serta
kekurangan dalam diri individu tersebut. Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang
negatif dalam diri dan akhirnya akan membentuk satu yang di namakan konsep kendiri yang negatif.
Suasana keluarga juga merupakan faktor yang boleh mendorong kepada pembentukan konsep kendiri.

Sekiranya suasana keluarga yang bahagia dan harmoni akan dapat membentuk konsep kendiri yang
positif maka keadaan keluarga yang sebaliknya pula akan membentuk konsep kendiri yang negatif. Ini
kerana keadaan keluarganya yang kucar kacir serta dengan keadaan ibu bapa yang sering bergaduh dan
tidak memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak akan menyebabkan
anak-anak yang sedang membesar berasa tidak selamat berada dalam keluarga tersebut.

21
Psikologi Sosial KSL 6213
Perasaan ini pula akan menyebabkan anak-anak sentiasa dalam keadaan ketakutan serta kerunsingan
dan seterusnya akan terbentuklah konsep kendiri yang negatif.

Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah berbanding dengan keluarga lain juga merupakan satu
punca yang mengakibatkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif. Individu tersebut akan berasa
rendah diri kerana keperluan dan kehendaknya. tidak dapat dipenuhi oleh keluarganya seperti keluarga
yang lain. Seterusnya aspek fizikal yang tidak sempurna juga dapat membentuk konsep kendiri yang
negatif. Kecacatan yang dimiliki akan dirasakan sebagai penghalang kepadanya untuk bergaul dan
menyertai aktiviti-aktiviti seperi orang lain. Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut akan
berasa rendah diri dan merasakan bahawa dirinya tidak berguna kepada orang lain.

KESIMPULAN
Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep kendiri bergantung kepada interaksi
sosial seseorang yang mempengaruhi persekitaran. Dalam hal ini semakin banyak seseorang bergaul,
pengalamannya juga bertambah. Rogers (1951) telah menyatakan bahawa manusia itu memang
mempunyai potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri dengan syarat seseorang itu harus
mempunyai keyakinan terhadap dirinya. Dengan ini adalah penting untuk seseorang memiliki konsep
kendiri yang baik yang akan membantunya menuju ke arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin
kehidupan yang lebih bermakna. Usaha meningkatkan konsep kendiri perlu terus dijalankan agar pelajar
dapat menempuh masa depan dengan penuh cemerlang.

MANUSIA SEBAGAI PELAKON SOSIAL

Kehidupan manusia diibaratkan sebagai lakonan.


Pelakon biasanya cuba memperkenalkan watak-watak yang dilakonkannya.
Sehubungan dengan ini ahli psikologi sosial percaya bahawa sebab mengapa kita terlibat dalam
perkenalan kendiri adalah untuk mengawal interaksi-interaksi kita dengan orang lain.
Biasanya orang lain lebih cenderung memberi ganjaran kepada kita sekiranya mereka mempunyai
impresi baik terhadap anda. Misalnya dengan memberitahu ibu bapa bahawa anda adalah pelajar terbaik
di universiti mungkin membolehkan anda memperolehi lebih banyak wang saku untuk dibelanja di
kampus.

KLASIFIKASI TINGKAH LAKU PERKENALAN KENDIRI


Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas perkenalan kendiri terdiri daripada percubaan seseorang
manusia untuk menguasai impresi orang lain terhadap dirinya. (pengurusan impresi)
Dalam percubaan ini kadang kala sesetengah individu yang menggunakan kaedah menipu, yakni
mengemukakan identiti palsu kepada orang lain.
Sesuatu perkenalan kendiri tidak semestinya dilakukan secara tidak langsung (tanpa disedari)
Misalnya cara kita berpakaian dan bertingkah laku secara tidak langsung yang dapat mengambarkan
identiti mereka

22
Psikologi Sosial KSL 6213

Tedeschi (1985) telah mengkategorikan tingkah laku perkenalan kendiri kepada :


• Perkenalan kendiri asertif (tegas) yang terjadi apabila seseorang secara aktif cuba untuk
mengukuhkan sesuatu identitinya, untuk tujuan mendapatkan kelulusan atau penerimaan dan
ganjaran-ganjaran daripada orang lain.
• Perkenalan kendiri defensif (bertahan) yang melibatkan usaha-usaha seseorang untuk
melindungi, mengekal atau mengukuhkan semula identitinya yang telah dicabar, diancam atau
dihancurkan oleh orang lain.

PERKENALAN KENDIRI ASERTIF


Seseorang itu menggunakan taktik asertif ini pada kebiasaannya untuk memperkukuhkan sesuatu
identitinya yang mana bertujuan membangkitkan beberapa emosi dalam diri orang lain terhadap dirinya.
Seperti rasa cinta, takut, hormat atau simpati. Emosi ini pula dijangka dapat mendorong orang lain
mengambil tindakan yang menguntungkan orang yang berkenaan.
Misalnya seorang calon pilihan raya yang berpura-pura menonjolkan diri sebagai seorang pemimpin yang
baik berharap orang ramai akan menyukainya dan mengundinya di dalam pilihan raya nanti.

Perkenalan kendiri dibahagi berdasarkan tujuan sama ada untuk mencapai matlamat jangka masa
panjang atau jangka masa pendek
Perkenalan kendiri bertaktik : Tindakan yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah-masalah
khusus yang wujud dalam situasi khusus yang terbatas, dan muncul secara tiba-tiba.
Perkenalan kendiri berstrategik : merujuk kepada tindakan yang mempunyai kesan kepada indentiti
jangka panjang seseorang. Ia merupakan usaha-usaha sedar dan sengaja seseorang untuk mempengaruhi
impresi orang lain dengan tujuan memperolehi kuasa, simpati atau penerimaan.

PERKENALAN KENDIRI ASERTIF


Ugutan pada orang lain- pengugut mengambarkan dirinya seorang yang kuat dan berbahaya.
Rayuan kepada orang lain – mendapat perhatian (kanak-kanak mendakwa kepada ibunya sakit perut,
akan memperoleh perhatian istimewa daripada ibu bapanya.
Promosi diri sendiri – mencapai objektif segera (mendapatkan hak)
Pencontohan – terdiri daripada tindakan seseorang untuk memenangi penghormatan dan sanjungan
daripada orang-orang lain dengan cara mengambarkan integriti dan moraliti kepada orang lain.

Apabila identiti seseorang telah dipersoalkan atau dinafikan oleh orang lain, beliau mungkin akan
bertindak untuk mempertahankan identiti tersebut, atau memulihkan identiti yang telah rosak itu.
Perkenalan kendiri defenisf bertujuan mengembalikan identiti kepada asal.
Contohnya seseorang berasa malu atau janggal. Manusia mungkin berasa malu dihadapan orang-orang
yang tidak dikenali berbanding jika berada dihadapan rakan mreka.

23
Psikologi Sosial KSL 6213
PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PERKENALAN KENDIRI
Keperluan bergabung dan diterima-mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk memperkenalkan kendiri
mereka, cuba menyembunyikan kelemahan diri dengan tujuan untuk diterima oleh sosial.
Aktif dalam memperkenalkan kendiri mereka secara mesra dan disukai.
Cenderung menjadi seorang pengakur.
Pengawasan kendiri – prihatin terhadap kesesuaian sosial tingkah laku, memberi tumpuan kepada tingkah
laku orang lain, mempunyai kemahiran dalam mengubah suai dan mengawas perkenalan kendirinya.
Machiavelliannisme – dikaitkan dengan pandangan hidup yang bersifat sinis dan manipulatif.
Ciri Machia ini menunjukkan individu tidak keberatan untuk menggunakan taktik yang tidak jujur seperti
menipu, berbohng atau mencuri, mempunyai cita-cita untuk menjawat jawatan yang membolehkan mereka
memerintah orang lain.
Kesedaran kendiri Awam – mengenakan pakaian yang menarik, bersolek untuk tujuan perkenalan kendiri.
Mempunyai keinginan yang tinggi untuk bergabung dengan sosial.
Contoh : seseorang yang akan menemui kekasihnya tentunya beliau akan mengenakan pakaian yang cantik,
bersolek dan sebagainya.

Perbezaan Individu dalam Perkenalan Kendiri


Front
Dalam kehidupan seharian sememangnya kita menyedari adalah menguntungkan untuk menyalurkan da
mengarahkan tingkah laku orang lain agar ia selari dengan keperluan dan harapan kita. Proses untuk lain agar
ia selari dengan keperluan dan harapan kita.
Proses untuk menyalurkan tandasaran ini dilakukan dengan menggunakan front iaitu alat ekspresif yang
digunakan sama ada secara sengaja atau tidak dalam usaha untuk mempersembahkan diri.
Menurut Vander Zanden (1984) front mengandungi elemen-elemen latar, rupawajah dan adab.
Latar
Latar merjuk kepada item fizikal yang digunakan untuk memperlihatkan sesuatu tingkah laku. Misalnya bilik
menunggu sesuatu pejabat dihiasi dengan peralatan seperti perabot, permaidani, lampu yang kesemuanya
memperlihatkan latar sesuatu bilik menunggu seperti bilik menunggu di klinik persendirian. Dan di dalam bilik
doktor dipenuhi dengan pelbagai peralatan yang digunakan untuk merawat pesakit. Item yang terdapat dalam
latar sebegini memperlihatkan bentuk-bentuk latar yang mempengaruhi tingkah laku manusia
Rupawajah
Rupawajah merujuk kepada item-item personal yang membentuk identiti seseorang. Pakaian, lencana dan
gelaran yang menyatakan pengkat seseorang adalah elemen-elemen rupa wajah. Kot labuh putih, steteskop,
beg hitam memberikan tandasaran tentang identiti seseorang doktor. Sementara, seseorang jurujual
mempunyai matlamat untuk menunjukkan imej yang baik melalui rupa wajah yang dikehendaki dalam suasana
perniagaan.
Adab
Adab pula memerihalkan gaya individu melalui tingkah laku, suasana rasa (mood) pembawaannya. Adab
seorang doktor misalnya memperlihatkan gaya percakapan yang serius. Berbanding dengan doktor, seorang
jurujual profesional memperlihatkan ciri-ciri menarik seperti tersenyum, ramah, sopan. Adab ini penting
kerana ia akan menentukan sama ada sesuatu interaksi itu wajar diteruskan atau tidak.

24
Psikologi Sosial KSL 6213
Bab 3 Persepsi dan Atribusi Sosial
Pengenalan
Memahami sebab-sebab tingkah laku
Atribusi Sebab-Akibat
Bias-bias dalam proses Atribusi
Membentuk Impresi Terhadap Orang Lain

Pengenalan
Persepsi merujuk kepada proses apabila kita membuat
penilaian terhadap tingkah laku orang lain.
Disini kita cuba membuat pelbagai impresi atau pandangan dan kemudian mengkategorikan serta
membentuk tentang individu lain.
Deaux & Wrightsman (1988) telah mengenal pasti bagaimana kita membuat persepsi sosial melalui
pandangan pertama.

Pandangan pertama

Satu aspek yang penting dalam pandangan


pertama ialah penilaian.
Penilaian yang dibuat sama ada kita suka atau
tidak suka kepada seseorang atau sejauh
manakah kita suka atau tidak suka terhadap
orang lain.
Salah satu proses utama bagaimana kita
membuat impresi adalah trait utama.

Trait utama
Dalam kajian Asch (1946) apabila kita membuat impresi terhadap orang lain, ada setengah maklumat diri
seorang individu itu lebih diutamakan dari lain adalah dikenali sebagai trait utama.
Dalam kajian ini mendapati dimensi ramah atau tidak ramah dan mesra tidak mesra merupakan trait
utama yang paling berpengaruh dalam membuat pandangan pertama.
Dimensi ini penting kerana ia menentukan reaksi kita terhadap orang lain dan bagaimana ia digunakan
untuk menilai seseorang dengan trait yang berkaitan

Kecantikan fizikal seseorang sering dikaitkan dengan trait personaliti seperti ramah, baik, sopan dan
seumpamanya,
Hakikat yang sebenar seseorang yang mempunyai kecantikan fizikal tidak semestinya memiliki
personaliti ramah, baik dan sopan.
Generalisasi yang kita buat ini mempengaruhi keseluruhan pandangan kita terhadap trait seseorang itu.
Keadaan ini dikenali sebagai kesan halo (bayangan, imaginasi)

25
Psikologi Sosial KSL 6213
Atribusi

Maklumat yang tepat dengan suasana rasa (mood) dan perasaan semasa seseorang itu amat berguna di
dalam interaksi sosial.
Kadangkala kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut akan trait atau ciri yang lebih stabil mengenai
seseorang dalam situasi yang berlainan.
Dengan kata lain kita ingin mengetahui dengan lebih tepat sebab-sebab mengapa seseorang itu
bertingkah laku sedemikian, dan bertindak dalam keadaan tertentu

Proses di mana kita cuba untuk mendapatkan maklumat ini dikenali sebagai atribusi.

Atribusi Sebab dan Akibat

Kadangkala kita perlu mengetahui sebab kenapa individu bertindak ke atas sesuatu.
Maklumat ini penting dan perlu diketahui kerana jika kita dapat memahami apakah yang menyebabkan
mereka bertindak kita dapat menyusun tingkah laku kita sebagaimana yang dikehendaki.
Tetapi apa yang ketara ialah terdapat banyak sebab khusus yang menyebabkan mereka bertindak kita
dapat menyusun tingkah laku kita sebagaimana yang dikehendaki.
Proses maklumat ini perlu diuruskan oleh sistem kognitif kita.
Kelly (1972) telah mencadangkan bahawa tingkah laku orang lain disebabkan oleh sebab dalaman
seperti ciri-ciri individu itu, motif, niat dan juga faktor luaran seperti faktor sosial dan fizikal atau
gabungan kedua-dua faktor ini.
Cth: kenaikan gaji pekerja mungkin disebabkan oleh sebab dalaman seperti ketua adalah seorang yang
baik, bertimbang rasa atau disebabkan oleh sebab luaran seperti dia diarahkan oleh pihak pengurusan.
Atau disebabkan kedua-dua faktor diatas.
Atas dorongan faktor ‘kenapa’ ini, Kelly telah mengemukakan teori atribusi sebab-akibat ini untuk
mendapatkan kefahaman bagaimana kita membuat atribusi.

Kelly (1972) terdapat tiga faktor utama yang digunakan dalam percubaan untuk mendapatkan jawapan
kepada persoalan ‘kenapa’ individu bertingkah laku begini.
Tiga faktor tersebut ialah penyesuaian (concensus), ketekalan (consistency) dan perbezaan
(distinctiveness)
Penyesuaian – sejauh manakah orang lain menunjukkan reaksi dalam cara yang sama kepada beberapa
rangsangan atau peristiwa
Ketekalan – sejauh mana individu tersebut menunjukkan reaksi dalam cara yang sama kepada satu
rangsangan atau peristiwa yang berlainan.
Perbezaan – sejauh mana seseorang individu menunjukkan reaksi yang sama kepada orang lain,
rangsangan dan peristiwa yang berlainan. Jika seseorang individu menunjukkan reaksi yang sama kepada
pelbagai bentuk rangsangan, maka perbezaanya adalah rendah

26
Psikologi Sosial KSL 6213
Kelly berpendapat kita akan membuat atribusi tingkah laku orang lain kepada sebab dalam keadaan di
mana penyesuaian adalah rendah, ketekalan tinggi dan rendah perbezaannya.
Berbanding pula dalam keadaan di mana penyesuaian tinggi, ketekalan tinggi dan perbezaan tinggi.
Secara umumnya kita akan membuat atribusi dengan menggabungkan pelbagai faktor dalam keadaan di
mana penyesuaian rendah, ketekalan tinggi dan perbezaan tinggi
Bias Dalam Proses Atribusi

Terdapat faktor bias yang melibatkan motivasi atau had pemprosesan kognitif yang antaranya
meliputi:

Ralat asas atribusi- merujuk kepada mentafsir dengan lebih terhadap pelaku sebagai sebab-akibat di
mana kita lebih menekankan diri individu yang bertanggungjawab di atas tingkah lakunya dan kita
mengenepikan atau mengabaikan faktor situasi yang mempengaruhi tingkah lakunya.

Kesan pelaku dan pemerhati-kita cenderung untuk mengatribut tingkah laku orang lain kepada trait
personaliti atau dirinya.
Sebaliknya kita cenderung untuk mempercayai bahawa tingkah laku diri kita ditentukan oleh faktor
situasi atau faktor luaran.

27
Psikologi Sosial KSL 6213
Bab 4 : Sikap dan Tingkah Laku
Definisi Sikap
Komponen-komponen Sikap
Ciri-ciri Sikap
Pembentukan Sikap
Fungsi-fungsi Sikap
Hubungan antara Komponen-komponen Sikap

Definisi Sikap
Sikap dapat didefinisikan sebagai penilaian umum yang kekal yang dibuat oleh individu terhadap diri
sendiri, individu lain, objek atau isu.
Kekal disini bermaksud sikap cenderrung untuk berterusan merintangi faktor masa.
Sikap juga adalah representasi mental yang tidak berubah terhadap dunia sosial atau fizikal. Ia diperolehi
melalui pengalaman dan begitu mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Robert K.Merton dan Robert Nisbet (1976), sikap merujuk kepada penilaian umum yang kekal, dibuat
oleh individu terhadap dirinya sendiri, individu lain, objek atau isu.
Kekal disini bermaksud sikap cenderung untuk tegar sepanjang masa. Sikap bersifat abstrak.

Cth : Bayangkan seorang lelaki yang mempunyai sikap negatif terhadap satu model kereta. Keadaan itu
disebabkan oleh pengalaman buruknya. Ia telah membentuk representasi mental terhadap model kereta
yang dimaksudkannya.
Representasi ini menunjukkan model kereta yang pernah dimiliki selalu rosak dan memerlukan kos yang
tinggi untuk dibaiki.
Oleh itu, sikap terhadap model kereta ini mengandungi komponen emosional atau afektif iaitu ia tidak
menyukai kereta yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta tersebut dan ia mempunyai perasaan negatif
terhadap model kereta yang dimaksudkan.
Representasi mental ini menunjukkan semua maklumat yang ia tahu tentang kenderaan yang dibuat oleh
pengeluar yang sama (rupa bentuknya, laporan, rungutan dan komen orang lain)
Akibatnya representasi mental terhadap kereta jenis

• Manusia sentiasa bermaklum balas terhadap sesuatu: benda dan bukan benda.
• Maklum balas tersebut adalah dalam bentuk:
– Pengetahuan (kognitif)
– Perasaan suka atau benci (afektif)
– Tingkah laku (psikomotor)
• Ini adalah berkaitan dengan sikap: suka atau benci terhadap sesuatu.
• Sikap merupakan salah satu tumpuan utama dalam psikologi sosial, kerana pengaruhnya yang
kuat ke atas tingkah laku.
• Sikap merupakan penilaian umum terhadap sesuatu objek (sasaran sikap); penilaian sama ada
dalam bentuk positif atau negatif.

28
Psikologi Sosial KSL 6213
SIKAP MERUPAKAN PENILAIAN TERHADAP SESUATU.
• Sikap merupakan gabungan tiga unsur (kognitif, afektif dan psikomotor) yang ditujukan ke arah
sesuatu sasaran.
• Objek – apa sahaja yang menjadi sasaran sikap, yang menimbulkan tindak/maklum balas.
• Sikap ini secara relatifnya tahan lama, dan bukan bersifat sementara.

Kajian Zamrah (1999) juga menunjukkan bahawa sikap yang positif dapat melahirkan insan manusia
yang cemerlang dan berwawasan. Menurut Azrul (1988), salah satu kejayaan murid dalam bidang
pembelajarannya ialah pembentukan sikap belajar, di mana sikap tersebut mempunyai hubungan yang
erat dengan tanggungjawab untuk belajar memahami dan menyelesaikan tugasan yang diberikan guru.
Seseorang murid yang bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan sentiasa menyiapkan kerja atau
tugasan yang diberi oleh guru, sentiasa hadir ke kelas, bersemangat untuk belajar dan sentiasa berusaha
dalam pelajarannya (Kamaruddin, 1997). Selain itu, Suradi (1987) mendapati bahawa sikap terhadap
guru akan mempengaruhi minat dan usaha ke arah kejayaan murid. Sikap negatif terhadap guru boleh
melemahkan minat dan motivasi murid dalam mata pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.

KOMPONEN-KOMPONEN SIKAP
1. Komponen Kognitif
Komponen kognitif merujuk kepada permikiran, kepercayaan, idea, fakta, pengetahuan terhadap
sesuatu.
• Penilian mental terhadap objek
• Dalam bentuk kepercayaan, pengetahuan, stereotaip
2. Komponen Afektif
Melibatkan keadaan emosi positif atau negative terhadap sesuatu. Ia meliputi unsur-unsur
menghormati, menyukai dan simpati yang merupakan perasaan emosi positif.
Manakala perasaan emosi negatif pula melibatkan menghina, takut dan reaksi berubah-ubah.
• Penilaian perasaan terhadap objek
• Dalam bentuk suka atau benci
• Wujud apabila seseorang itu mengetahui tentang objek
3. Komponen Psikomotor
Komponen tingkah laku memerihalkan kepada niat untuk bertindak dalam cara yang tertentu
agar tingkah laku selari dengan sikap.
• Kecenderungan tingkah laku
• Bergerak balas terhadap sesuatu objek

Berdasarkan ketiga-tiga komponen sikap, dapat dirumuskan di sini bahawa sikap merupakan satu
himpunan perasaan, suka atau tidak, niat, pemikiran dan idea.

29
Psikologi Sosial KSL 6213
KETIGA-TIGA BERHUBUNGAN ANTARA SATU DENGAN LAIN

Ciri-ciri Sikap
• Sikap merupakan elemen personaliti yang khusus, teguh dan berterusan (relatifnya tahan lama)
terhadap objek.
• Sikap boleh dibezakan dengan unsur-unsur personaliti yang lain (mood etc.)
• Apakah ciri-cirinya
1. Perhubungan yang relatifnya stabil antara subjek dengan objek.
2. Hubungan tersebut merupakan hubungan bermotivasi
3. Tidak semulajadi
4. Relatifnya tahan lama

Pembentukan Sikap
Kita tidak lahir dengan satu set sikap dipelajari melalui proses pembelajaran sosial. Proses sosialisasi
bermula pada peringkat umur yang masih muda dalam lingkungan keluarga dan mereka yang terdekat
dengan anak-anak. Proses sosialisasi ini meliputi interaksi dengan ibu bapa, adik-beradik, guru, media,
teman-teman dan seumpamanya.
Terdapat tiga proses yang terlibat di mana sosialisasi membentuk sikap manusia.
Pelaziman Klasik
Melalui teori pelaziman klasik, sikap dipelajari melalui perkaitan. Kita dilazimkan dengan tingkah laku
orang lain dan kita mengikutinya. Misalnya, sikap ibu bapa terhadap kelangsangan secara tidak disedari
membentuk sikap anak-anak terhadap tingkah laku langsang melalui sikap mereka.
Pelaziman Instrumental
Memerihalkan bahawa tingkah laku yang menghasilkan kesan positif akan diperkuatkan oleh faktor
ganjaran dan dendaan dalam pembentukan sikap. Ibu bapa memberi ganjaran kepada anak-anak yang
memberikan keputusan yang baik dan dendaan jika sebaliknya berlaku.
Modeling
Ini merujuk kepada pembelajaran melalui pemerhatian. Kita memerhati tingkah laku orang lain dan cuba
mengikut atau menjadi sepertinya.
• Sikap adalah tidak semula – tidak diwarisi melalui genetik.
• Sikap adalah diperolehi.
• Pengalaman manusia membentuk sikap – pendedahan manusia kepada objek-objek sikap.
• Pelbagai cara sikap terbentuk: Boleh diterangkan melalui teori.

30
Psikologi Sosial KSL 6213
Fungsi-fungsi Sikap
• Penyesuaian
• Ketahanan diri
• Harga kendiri
• Pengetahuan
• Penyempurnaan kehendak
• Penerimaan kelompok
• Lambang personaliti
• Pengutuhan personaliti
• Memberi makna kepada pengalaman

Hubungan antara Komponen-komponen Sikap

• Pentingnya sikap dalam psikologi sosial kerana sikap (perasaan) mempengaruhi tingkah laku.
• Kita boleh menjangkakan tingkah laku seseorang berdasarkan kepada sikapnya.
• Walaupun ketiga-tiga komponen itu berkait rapat/berhubungan – namun hubungannya tidak
semestinya jelas.
• Perasan seseorang terhadap sesuatu objek tidak semestinya selari dengan tindakanya terhadap
objek tersebut.
• Dengan demikian, bilakah kedua-duanya selari?

Kepentingan Sikap
• Sikap dapat membantu membuat keputusan dengan mengurangkan beban maklumat. Ini dapat
memudahkan kehidupan sosial manusia, yang mana maklumat boleh bersifat rumit atau terlalu
banyak maklumat.
• Sikap juga membantu manusia untuk memproses maklumat dengan cepat dan mudah.
Memahami
• Sikap boleh bertindak sebagai skemata iaitu dengan cara menstrukturkan dunia persekitaran
dapat difahami. Sikap terhadap isu politik misalnya membentuk rangka rujukan dengan menilai
calon-calon politik yang bakal bertanding. Jika calon yang bertanding itu memperjuangkan isu-
isu yang berkaitan dengan sikap positif, kecenderungan untuk menyokong calon yang
bertanding itu adalah tinggi.

Penyesuaian sosial
Dalam kebanyakan situasi, sikap yang bersesuaian membolehkan kita untuk mengenal atau mendapatkan
pengesahan daripada mereka yang ada di sekeliling. Pernyataan sikap tertentu boleh mendatangkan
ganjaran (pelaziman instrumental) daripada individu-individu yang penting seperti ibu bapa, guru,
majikan dan kawan-kawan. Sikap membolehkan seseorang mendapatkan ganjaran identifikasi atau
pengesahan. Ia memainkan peranan dalam penyesuaian sosial manusia.

31
Psikologi Sosial KSL 6213
Pertahanan ego
Sikap mencerminkan masalah peribadi tidak selesai seperti kelangsangan yang tidak diluahkan atau takut
kehilangan status bertindak untuk mempertahankan ego. Sebagai mekanisme pertahanan, sikap
membolehkan manusia melindungi diri sendiri.

Pernyataan nilai
Nilai adalah sebahagian daripada initi personaliti manusia. Nilai dapat dikategorikan kepada nilai
terminal dan nilai instrumental.
Nilai terrminal meliputi persamaan, kebebasan atau penyempurnaan kendiri.
Nilai instrumental pula melibatkan budi pekerti seperti kejujuran dan ketabahan.
Dalam hal ini sikap dapat memperlihatkan nilai utama seseorang individu. Nilai berbeza daripada sikap
kerana nilai yang didokong terhadap sesuatu isu lebih teguh tertanam di dalam diri dan ia tidak
dipersoalkan. Malah nilai juga tidak mempunyai objek-objek khusus yang dapat dikaitkan dengan nilai
yang ada. Oleh itu nilai lebih bersifat umum dari sikap. Seseorang boleh mempunyai beberapa nilai
sahaja.
Sikap dan Tingkah laku
Sikap adalah penentu kepada tingkah laku.
Walaubagaimanapun sikap dan tingkah laku tidak selalunya selari. Ini adalah disebabkan sikap
berinteraksi dengan ciri lain peribadi seperti motif, trait personaliti dan kemudian berinteraksi pula
dengan faktor persekitaran dalam menentukan tingkah laku. Berdasarkan hakikat ini, maka adalah tidak
wajar untuk mengaitkan tingkah laku dari satu sikap sahaja.

Tekanan perasaan jugar turut mempengaruhi tingkah laku. Dalam kebanyakan kes tekanan situasi begitu
kuat menyebabkan berlakunya sesuatu tindakan. Kajian mengenai tingkah laku ketaatan mendapati
faktor situasi menyebabkan individu patuh kepada tekanan persekitaran. Pada hal ini dalam keadaan
yang sebenar individu mungkin tidak mahu mematuhi.

Tidak semua sikap boleh digunakan untuk meramal tingkah laku. Cara bagaiman sesuatu sikap itu
terbentuk turut mempengaruhi perhubungan antara sikap dan tingkah laku.

Sikap yang dibentuk atas dasar interaksi tingkah laku dengan sesuatu objek lebih cenderung untuk
memperlihatkan ketekalan dengan tingkah laku berbanding dengan sikap yang dibentuk dengan cara
lain.

Terdapat dua alasan mengenai perkara ini.


• Pertama, sikap yang dibentuk melalui pengalaman langsung lebih dekat dengan imej kendiri. Ia
juga lebih mudah digunakan secara kognitif dan lebih cenderung untuk mempengaruhi tingkah
laku.
• Sikap menjadi lebih cukup dalam diri apabila sesuatu isu itu benar-benar diberi tumpuan, lebih
mudah digunakan secara kognitif dan lebih ketara hubungannya dengan tingkah laku.

32
Psikologi Sosial KSL 6213

Teori sikap
Teori Behaviorisme
Menurut Saiful Ariff (2008) lagi teori behaviorisme pula mengatakan bahawa sikap agresif sangat
bergantung pada keadaan luaran yang menginginkan seseorang itu untuk bersikap destruktif ataupun
menyerang. Ini adalah selari dengan kaedah yang dilakukan oleh Box Skinner di mana ianya
memperkatakan
bahawa perilaku manusia itu lahir sebagai akibat upaya terus menerus secara cuba jaya, serta cenderung
untuk diulangi.
Sebagai contoh, seseorang yang mahu membunuh orang lain jika ia diberi upah.

Pendekatan behaviorisme ini dipelopori oleh John B. Watson yang berpendapat bahawa tingkah laku
dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman. Menurut Bernstein (1994), idea-idea
Watson inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkah
laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran.

Menurut pendekatan ini, tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya
rangsangan. Pendekatan ini dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-G
(rangsangan – gerakbalas). Selain J.B Watson, ahli-ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah B.F Skinner,
Ivan
Pavlov dan E.L. Thorndike.

Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan berlaku pembelajaran
apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pelaziman bermaksud pembelajaran yang
berlaku apabila ada perkaitan
antara rangsangan dan gerak balas.

Menurut Mahani Razali (2002), Pelaziman klasik pula adalah pembelajaran yang berlaku akibat daripada
dua rangsangan ini. B.F. Skinner (1904-1990) bersetuju dengan pendapat Pavlov tetapi menyatakan
bahawa tingkah laku dapat diperhatikan dalam jangka panjang supaya dapat mengubah perlakuan yang
mudah kepada perlakuan kompleks. Menurut beliau, bimbingan, latihan, ganjaran, pengukuhan dan
tunjuk ajar yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan.

Bagi E.L. Thorndike, walaupun pembelajaran berlaku hasil gabungan antara stimulus (rangsangan) dan
response (gerak balas) seperti pendapat Pavlov dan Skinner, beliau memberi penekanan terhadap
pembelajaran cuba jaya dan pengulangan.

Mohd Azhar et al. (2004) pula menyatakan bahawa melalui teori behaviorisme pembelajaran berlaku
apabila pelajar memperlihatkan tingkahlaku secara konsisten seperti yang diingini iaitu pelajar memberi
maklumbalas terhadap peristiwa-peristiwa yang dirangkakan. (Newby et al, 1996).

33
Psikologi Sosial KSL 6213

Teori ini juga menggalakkan pembelajaran melalui galakan dan rangsangan. Rangsangan boleh berbentuk
pujian dan penghargaan. Dalam sesi pembelajaran, galakan dan rangsangan akan mendorong pelajar
mempelajari sesuatu bidang dengan lebih tekun. Peneguhan negatif seperti denda dan hukuman tidak
digalakkan, kerana ia membawa kesan emosi dan menghalang perubahan tingkah laku. Ulangan sesuatu
rangsangan dan tindak balas yang bermakna dapat mengukuhkan pembelajaran terutamanya di dalam
akitiviti membina kemahiran.

Pembelajaran berasaskan teori ini menyediakan pelajar terlebih dahulu daripada segi keupayaan,
kematangan dan melibatkan mereka secara sukarela dalam aktiviti. Pendekatan ini memberi kepuasan
kepada pelajar.

Schuman (1996) pula menambah bahawa dalam proses pembelajaran ini, kemudahan yang lengkap dan
persekitaran yang baik adalah perlu kerana ia memberi kesan kepada latihan dan peneguhan perubahan
tingkah laku.

Penutup
• Sikap merupakan elemen penting personaliti – kuat pengaruhnya kepada tingkah laku
• Ia diperolehi melalui berbagai cara (pembelajaran)
• Sikap adalah berfungsi kepada individu.
• Sikap adalah selari dengan tingkah laku, namun dalam kes tertentu ianya tidak selari/konsisten.
• Sikap yang negatif seharusnya diubah.

34
Psikologi Sosial KSL 6213

Bab 5 Perubahan sikap


Pendahuluan
Teori-teori ketekalan perubahan sikap
Teori pembelajaran dan perubahan sikap
Teori penilaian sosial dan perubahan sikap
Pujukkan dan perubahan sikap
Penentangan terhadap perubahan sikap

Bab 5 Perubahan sikap


Pendahuluan
Kelman (1958) dalam Bringham (1991) menggariskan terdapat tiga proses yang terlibat dalam
perubahan sikap:

i. Kepatuhan
ii. Identifikasi
iii. Pembatinan

i. Kepatuhan
Kepatuhan
Individu dipengaruhi oleh seseorang lain kerana ia mahu dirinya diterima oleh kelompok
atau di kalangan mereka yang berkuasa.
Di sini individu akan bertindak di bawah pengawasan seseorang yang berkuasa.
Dalam hal ini individu hanya mengubah tingkah laku tetapi tidak sikapnya.

ii. Identifikasi
Berlaku apabila individu menerima pengaruh orang lain semata-mata untuk mengekalkan
kepuasan perhubungannya dengan orang lain atau kelompok.
Dalam konteks ini individu memang mempercayai sikap baru yang diperkenalkan. Tetapi
prinsip di sebalik sikap ini tidak begitu dipersetujui.
Kepuasan untuk mengubah sikap hanya diperoleh melalui keakuran.

Cth : pemilihan seseorang ketua pelajar di dalam kelompok misalnya mendapat sokongan di
kalangan pelajar senior.

Pelajar yang baru juga turut menyokong pemilihan itu kerana tindakan sedemikian
merupakan satu cara untuk mengidentifikasi diri dengan kelompok yang ia menganggotai.
iii. Pembatinan
Pembatinan berlaku apabila seseorang sanggup menerima sikap baru kerana ia memberi
ganjaran instrinsik dan selari dengan sistem nilai seseorang.
Apabila sikap baru dibatinkan ke dalam diri, proses penerimaan sikap baru berlaku.
Dalam kebanyakan perubahan sikap, proses pembatinan merupakan kaedah yang dapat
mengubah tingkah laku.

Teori-teori ketekalan perubahan sikap


Teori penilaian sosial

Teori ini bersifat kognitif dan individualistik yang menekankan persepsi individu dan penilaiannya dalam
perubahan sikap.
Teori penilaian sosial ini mengandaikan bahawa manusia tahu akan sikapnya, kedudukan sikapnya serta
mengetahui jenis sikap yang individu akan terima atau tolak.
Teori ini mengandaikan, penilaian kognitif akan mendahului sebarang perubahan yang akan berlaku.
Faktor emosi merupakan faktor yang boleh mempengaruhi sikap dan perubahan sikap.

Teori ketekalan
Menekankan kepada proses kognitif.
Kesedaran terhadap sikap dan tingkah laku lebih penting antara ketekalan antara sikap dan tingkah laku.

35
Psikologi Sosial KSL 6213
Istilah psiko-logik diperkenalkan dalam merujuk kepada proses di mana kita akan mengubah
kepercayaan agar ia tekal secara psikolologikal tanpa mengikuti peraturan logik.

Teori functional

Teori ini menekankan perbezaan individu kerana perbezaan ini menghasilkan keperluan dan kehendak
yang berbeza.
Andaian asas kepada teori ini, manusia mempunyai sikap yang hanya memenuhi keperluan dirinya
sahaja.
Cara untuk mengubah sikap ialah dengan mengenal pasti apakah keperluan-keperluan mereka.
Pendekatan functional ini hanya boleh difaham dalam konteks keperluan individu dan personalitinya
sahaja

Teori pembelajaran dan perubahan sikap

Teori penilaian sosial dan perubahan sikap

Pujukkan dan perubahan sikap

Pengalaman seharian memperlihatkan bagaimana sikap , pendapat serta pandangan dalam pelbagai isu
cuba diubah melalui iklan-iklan di televisyen, akhbar, majalah dan seumpamanya.
Melalui iklan, ia meminta kita membeli sesuatu barangan.
Ahli politik cuba memancing undi, organisasi sukarela cuba mempengaruhi orang ramai agar tidak
merokok atau memandu laju.
Cth diatas menunjukkan percubaan mengubah sikap kita daripada setiap segi. Kadang-kadang percubaan
begini berjaya dan tidak kurang juga yang gagal.

Antara faktor-faktor yang telah dikenal pasti bagaimana pembujukan dapat mengubah sikap
ialah:
➢ Ciri sumber
• Kredibiliti
• Daya penarik komunikator
• Kuasa
➢ Ciri mesej
• Susunan mesej
• Membuat kesimpulan
• Bentuk mesej
➢ Ciri khalayak (masyarakat)
• Faktor personaliti
36
Psikologi Sosial KSL 6213
• Umur khalayak (masyarakat)
➢ Faktor saluran

Ciri sumber
Kredibiliti
Bergantung kepada dua faktor – kepakaran dan kepercayaan.
Kepakaran dilihat sejauh mana sumber maklumat benar-benar mengetahui isu yang cuba disampaikan
Kepercayaan pula merujuk kepada niat sumber yang menyampaikan maklumat itu.
Faktor masa dilihat memberi kesan kepada perubahan sikap.

Daya penarik komunikator


Bergantung kepada komunikator seperti rupa wajah fizikalnya, sifat-sifatnya yang menyenangkan seperti
pelakon, artis dan sebagainya.
Individu yang menarik dari segi rupa wajah fizikalnya dipersepsikan sebagai individu yang disukai dan
berkebolehan berbanding dengan mereka yang kurang menarik.
Di samping itu, masyarakat yang mempunyai beberapa persamaan dengan komunikator juga
menyebabkan ia disukai.
Individu yang tidak disukai atau tidak mempunyai persamaan dengan masyarakat sukar untuk mengubah
sikap masyarakat. (kesan boomerang)
Merujuk kepada jika mesej yang disampaikan datang daripada sumber yang tidak disukai, khalayak akan
mengubah sikap mereka dengan cara yang bertentangan.

Kesan faktor daya penarik komunikator juga bergantung kepada jenis mesej yang cuba disampaikan.
Mesej yang disalurkan melalui pita video dan pita audio berkecenderungan untuk memujuk masyarakat
berbanding dengan mesej yang ditulis.

Kuasa
Jika komunikator mempunyai kuasa untuk memberi ganjaran atau dendaan, kemungkinan perubahan
sikap boleh berlaku pada individu atau kelompok sasaran.

Ciri mesej
Susunan mesej
Mereka yang memberi pendapat atau pandagan terlebih dahulu dari orang lain, memberi impak yang
lebih kepada masyarakat. (kesan primasi)
Kesan resensi.
Membuat kesimpulan
Apabila ciri masyarakat terdiri dalam kalangan mereka yang kurang berpelajaran atau mesej yang
disampaikan itu rumit sifatnya, wajar komunikator membuat kesimpulan untuk membujuk.
Jika tidak masyarakat tidak memahami apa yang ingin disampaikan.

Bentuk mesej
Patutkah komunikator menyatakan sokongan atau bantahan terhadap mesej yang ingin disampaikan?

Keadaan ini bergantung kepada ciri masyarakat, jika masyarakat telah menyetujui atau menyokong
pandangan komunikator terhadap sesuatu isu, tugas komunikator dalam hal ini adalah untuk
menguatkan lagi sokongan masyarakat terhadap sesuatu isu.

Ciri khalayak (masyarakat)


Faktor personaliti
Harga diri yang merupakan komponen personaliti juga berkaitan dengan personaliti juga berkaitan
dengan perubahan sikap.
Mereka yang mempunyai harga diri yang tinggi secara umum sukar untuk dipujuk. Ini disebabkan
penilaian kendiri mereka lebih tinggi sama ada dengan masyarakat yang berkredibiliti atau kurang
berkredibiliti.

37
Psikologi Sosial KSL 6213
Keadaan ini disebabkan mereka begitu yakin dengan pendapat peribadi dan mereka mengetahui apa yang
komunikator ketahui.

Umur khalayak (masyarakat)


Lingkungan umur peringkat remaja dan awal dewasa lebih mudah dipengaruhi dalam usaha untuk
mengubah sikap.
Selepas umur awal dewasa semakin sukar untuk mengubah sikap dan keadaan ini berterusan hingga di
peringkat umur tua.

Faktor saluran
Mesej komunikasi boleh disalurkan melalui pelbagai saluran seperti media cetak, elektronik.
Mesej yang paling berkesan untuk difahami ialah apabila ia dipersembahkan melalui media
audiovisual(televisyen, pita video)
Tetapi bagi mesej yang sukar untuk difahami ia lebih efektif jika ia mula-mula dipersembahkan dalam
bentuk cetakan dan kemudian melalui saluran audiovisual.

Penentangan terhadap perubahan sikap

Teori Tindakan Beralasan (TTB) telah dibangunkan oleh Fishbein dan Ajzen (1975) untuk menerangkan
proses psikologi dengan andaian bahawa setiap tingkah laku bermula dari niat tingkah laku dan diikuti
kepercayaan seseorang individu terhadap hasil dan tekanan sosial Nur Riza Mohd Suradi, Nur Atiqah
Alias, Zalina Mohd Ali & Norkisme Zainal Abidin 78 tingkah laku. Ini turut disokong oleh Vallerand et al.
(1992) yang menyatakan tingkah laku ditentukan oleh niat dan niat tersebut dipengaruhi oleh faktor
sikap dan normatif. Faktor sikap merupakan keyakinan seseorang bahawa setiap tingkah laku akan
menghasilkan keputusan tertentu dan penilaian orang lain terhadap hasil tersebut. Faktor normatif pula
merupakan persepsi atau cara berfikir individu terhadap hasrat pihak lain yang dianggapnya penting
untuk dia menentukan apa yang perlu dilakukan. Ini turut disokong oleh Lada et al. (2009) yang
menyatakan bahawa niat terhadap tingkah laku seseorang adalah fungsi kepada dua penentu asas, iaitu
pengaruh peribadi dan pengaruh sosial

Teori Tindakan Beralasan (theory of reasoned action) merupakan suatu model teoretikal psikologi sosial
yang popular dan sering diguna pakai dalam menerangkan pelbagai situasi gelagat. Fokus utama teori ini
adalah konsep niat (intention). Teori ini menegaskan bahawa niat untuk melaksanakan sesuatu gelagat
dipengaruhi oleh sikap terhadap gelagat dan norma subjektif.

Niat gelagat merujuk kepada keinginan seseorang untuk melaksanakan sesuatu gelagat dan ianya
merupakan anteseden sebelum berlakunya gelagat. Ajzen (1991), mendefi nisikan sikap terhadap gelagat
sebagai penilaian yang baik (favorable) atau tidak baik (unfavorable) yang ada pada seseorang individu
ke atas sesuatu gelagat. Antara faktor-faktor yang menentukan sikap termasuk kepercayaan gelagat
(behavioral belief) yang merupakan penilaian ke atas hasil atau akibat sesuatu gelagat. Menurut Ajzen

38
Psikologi Sosial KSL 6213
(1991), sikap dipengaruhi oleh kepercayaan ke atas hasil atau akibat (outcome belief) yang pemberatnya
diukur melalui penilaian ke atas sesuatu hasil (outcome evaluation).

Norma subjektif pula merujuk kepada tekanan sosial yang ditanggap (perceived) oleh individu sama
untuk melakukannya atau tidak bagi sesuatu gelagat. Kepercayaan yang menggariskan norma subjektif
dikenali sebagai kepercayaan normatif (normative belief). Kepercayaan normatif ini dipengaruhi
kepercayaan ke atas individu atau kumpulan yang dirujuk (reference belief) apabila seseorang akan cuba
untuk melaksanakan sesuatu tindakan ketika ianya melihat atau menerima bahawa penting bagi orang
lain untuk melaksanakan tindakan tersebut. Norma-norma sosial ini akan memberi kesan kepada
kepatuhan kerana individu cenderung untuk mencari persetujuan orang lain.

Bab 6 : Pengaruh Sosial


Pendahuluan
39
Psikologi Sosial KSL 6213
Definisi Pengaruh Sosial
Jenis-jenis Pengaruh Sosial
Bentuk-bentuk Pengaruh Sosial
Penutup

Pendahuluan
Defenisi Pengaruh Sosial
• Pengaruh sosial adalah sebarang tindakan yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan
orang untuk mengubah sikap, tingkah laku, atau perasaan orang lain.
• Ia boleh berlaku secara dua hala.
• Ia berlaku dalam hidup seharian manusia.
• Pada hari ini cuba senaraikan tingkah laku- tingkah laku, sikap, perasaan anda yang dipengaruhi
oleh orang lain?
• Pengaruh sosial merupakan satu proses di mana seseorang itu dapat mengubah sikap, perasaan
atau tingkah laku individu lain. Hasil daripada pengaruh sosial ini lahir tiga bentuk reaksi atau
tingkah laku sama ada disedari atau tidak iaitu akur kepada kelompok, patuh kepada permintaan
orang lain dan taat kepada yang berkuasa.

Jenis-jenis Pengaruh Sosial

• Kes-kes pengaruh sosial yang ekstrim: di Guyana, Texas etc. (kes ajaran sesat di Malaysia)
• Jenis-jenis pengaruh sosial berdasarkan kepada kaedah mempengaruhi:
◦ Kawalan persekitaran
◦ Kawalan sistem peneguhan
◦ Kawalan maklumat
◦ Pujukan
Bentuk-bentuk Pengaruh Sosial
• Pengaruh sosial boleh berlaku dalam tiga bentuk.
• Bentuk-bentuk boleh dibezakan berdasarkan kepada keseriusan pengaruh.
– Pengakuran (conformity): terpengaruh akibat daripada kepercayaan yang diterima
umum (seperti dalam norma: folkways).
– Tingkah laku keakuran berlaku apabila individu menukar tingkah lakunya dalam usaha
untuk mengikuti norma sosial yang sedia ada. Norma sosial ini merupakan peraturan
dalam masyarakat yang diterima secara meluas, dipraktikkan dalam kehidupa seharian
dan kita mesti mengikutinya dengan cara yang betul dalam situasi tertentu.
• Terpengaruh kepada norma sosial, tiada arahan langsung dibuat – sama ada bertulis atau tidak
bertulis.
• Norma menentukan bagaimana ahli masyarakat harus bertingkah laku dalam keadaan tertentu.
• Merupakan perekat/gam sosial (semua manusia akur – masyarakat setabil).
• Mengapa manusia akur? Diterima, disukai, tidak mahu dihukum.
• Manusia yang tidak akur dianggap menyeleweng, dan ditolak.

40
Psikologi Sosial KSL 6213
• Apa akan berlaku kalau manusia tidak akur dengan norma sosial?

Faktor-faktor pengakuran

• Saiz kelompok.

• Darjah kerahsiaan.

• Kehadiran orang lain yang tidak akur.

• Tarikan untuk akur.

• Peranan maklumat.

• Peranan norma sosial.

• Perbandingan sosial.

• Persamaan latar belakang dan nilai.

41
Psikologi Sosial KSL 6213

• Jantina.

• Budaya.

Keakuran dan saiz kelompok


• Satu daripada faktor penting yang memberi kessan kepada kecenderungan untuk akur ialah saiz
kelompok. Kajian mendapati tingkah laku untuk akur meningkat dengan bertambah besar saiz
kelompok, tetapi keadaan berlaku hanya pada satu tahap sahaja. Di dapati darjah untuk akur
kepada tekanan sosial berlaku dalam bilangan ahli di antara tiga atau empat orang ahli di dalam
sesuatu kelompok.
• Dengan bertanbahnya ahli melebihi tiga atau empat orang, kesan untuk akur semakin
berkurangan. Salah satu daripada sebab kepada bentuk perhubungan ini, ahli di dalam kelompok
tidak lagi mengutarakan pandangan mereka secara peribadi atau bertingkah laku mengikut
pilihan masing-masing. Tetapi sebaliknya, ahli dalam kelompok sama-sama berusaha untuk
menggunakan pengaruh masing-masing.

• Kesan kelompok dalam keakuran dilihat dari satu unit yang kecil, contohnya, jika empat ahli
dalam suatu kelompok memberi jawapan yang salah terhadap suatu isu, jawapan tersebut
dilihat sebagai satu dan bukannya jawapan secara beransingan. Tingkah laku keakuran ini
sebenarnya tidak selalu mencerminkan penerimaan peribadi ahli di dalam kelompok. Ahli di
dalam kelompok mungkin akur dengan pandangan majoriti tanpa mempercayai atau menerima
sesuatu pandangan itu secara peribadi.

Perbezaan Jantina Dalam Keakuran


• Kajian di antara jantina yang dilakukan telah mendapati tidak ada perbezaan yang ketara antara
jantina dalam kecenderungan untuk akur. Namun masih ramai mempercayai yang perempuan
mudah untuk dipengaruhi berbanding daripada lelaki.
• Keadaan ini disebabkan oleh kepercayaan kepada status dan hubungannya dengan pengaruh dan
jantina. Antara sebab berlakunya fenomena ini, kebanyakan kita mempercayai individu yang
statusnya rendah lebih mudah untuk dipengaruhi daripada individu yang tinggi statusnya.
42
Psikologi Sosial KSL 6213
• Kedua, secara umumnya lelaki dilihat mempunyai status yang lebih tinggi daripada wanita,
khususnya dalam masyrakat dan dalam dunia pekerjaan. Kedua-dua kepercayaan ini
mencetuskan andaian bahawa wanita lebih akur daripada lelaki.

Sebab keakuran berlaku


• Akur kepada norma sosial, akur kepada peraturan yang ada dalam masyarakat atau norma
kelompok di mana kita adalah sebahagian dari kelompok tersebut. Sememangnya terdapat
banyak faktor yang menyebabkan kecenderungan yang kuat untuk akur.
Terdapat dua faktor asas yang dimiliki oleh semua manusia. Pertama keinginan untuk disukai dan kedua,
ingin betul
Keinginan untuk disukai berlaku apabila kita menyetujui apa yang orang lain kata dan lakukan. Dalam
kehidupan seharian memperlihatkan bahawa ibu bapa, guru, kawan-kawan dan yang lain selalu memberi
pujian dan pengiktirafan kepada yang akur dengan mereka.
Sau sebab mengapa keadaan itu berlaku ialah kita telah mempelajari bahawa keakuran menyebabkan kita
diterima dan diiktiraf.
Keakuran yang datang dari faktor ini dikenali sebagai pengaruh normatif sosial di mana individu
mengubah tingkah laku untuk memenuhi harapan orang lain.

Keinginan untuk betul


Dapat dilihat dalam kehidupan seharian di mana kita sering meminta pendapat atau pandangan orang
lain mengenai pelbagai perkara yang melibatkan dunia persekitaran.
Dengan menggunakan pendapat dan melihat tindakan orang lain ia menjadi panduan kepada diri kita
untuk bertingkah laku dengan betul.
Fenomena ini dikenali sebagai pengaruh maklumat sosial. Dalam banyak situasi, kita memilih untuk
bertindak dan berfikir seperti orang lain kerana dengan berbuat demikian ia menunjukkan bahawa kita
bertingkah laku dengan cara yang betul atau sekurang-kurangnya tidak jauh daripada apa yang orang lain
lakukan.
Kedua-dua pengaruh normatif sosial dan pengaruh maklumat sosial ini memberikan asas yang kukuh
untuk kita akur iaitu bertindak sejajar dengan norma sosial dan dengan peranan sosial sedia ada.

Penurutan (compliance): terpengaruh akibat daripada permintaan daripada orang lain,


• Makna: perubahan tingkah laku akibat daripada permintaan – tekanan langsung daripada orang
lain.
• Kawan meminta kita berbuat sesuatu; jurujual meminta kita membeli barangannya.
Sebab-sebab Penurutan
• Tanpa fikir – menurut tanpa memikirkan konsekuennya.
• Tekanan sosial: French dan Raven menyenaraikan 6 kuasa sosial:
1. Kuasa paksaan
2. Kuasa ganjaran
3. Kuasa kepakaran

43
Psikologi Sosial KSL 6213
4. Kuasa maklumat
5. Kuasa rujukan
6. Kuasa sah

Pematuhan (obedience). Terpengaruh akibat daripada arahan daripada orang lain (ketua, ibu-bapa etc).

• Penurutan akibat daripada arahan – berkaitan dengan ketaatan.


• Merupakan bentuk tingkah laku pengaruh sosial yang lebih langsung dan bersifat personal.
• Patuh disini merujuk untuk menyetujui permintaan yang dibuat oleh orang lain
• Ia juga selalu berlaku dalam situasi di mana individu mengubah tingkah lakunya hasil daripada
permintaan orang lain.
• Permintaan ini berlaku dalam kehidupan seharian dan selalunya kita patuh pada pelbagai
permintaan tanpa kita sedari.
• Arahan daripada pelbagai pihak – ibu bapa, polis, ketua, etc.
• Beberapa kes ekstrim (membunuh) – William Calley, Adolf Eichmann dan Jim Jones.

TAKTIK KEPATUHAN
• Ingrasiasi merupakan teknik yang digunakan
agar individu patuh kepada sesuatu permintaan.

• Inti pati konsep ingrasiasi ini melibatkan usaha individu untuk meningkatkan tahap penarikan
kepada individu yang menjadi sasaran agar ia lebih mudah dipengaruhi kepada permintaan.

TEKNIK FOOT-IN-THE-DOOR
• Tingkah laku kepatuhan ini berkembang daripada bidang perniagaan dengan andaian apabila
jurujual berada di muka pintu, ia tidak akan menghadapi masalah jualan.
• Andaian teknik ini : individu yang patuh pada satu permintaan yang kecil berkemungkinan besar
akan patuh pada masa akan datang.
• : Walaupun permintaan adalah besar atau berat, individu masih ingin untuk memenuhi menolong
kerana ia mengekalkan imejnya sebagai individu yang suka menolong.

TEKNIK DOOR-IN-THE-FACE
• Bertolak daripada pelbagai permintaan.
• Cialdini (1985) mendapati ada beberapa ketika individu pada mulanya enggan untuk memenuhi
permintaan yang pertama. Tetapi mungkin akan setuju pada permintaan kedua dan seterusnya.

44
Psikologi Sosial KSL 6213
• Dikaitkan dengan prinsip bertolak ansur.
• Keengganan ini boleh diterima dan ia tidak akan menjejaskan imej diri. Tetapi jika kita tetap juga
menolak permintaan yang kecil dari orang yang sama kita kelihatan seperti seorang yang tidak
bertimbang rasa.
• Oleh itu, kita mungkin akan mengalah kerana kegagalan untuk menunaikan permintaan yang
kecil menyebabkan kita dilihat sebagai individu yang tidak boleh bertolak-ansur.

TEKNIK LOW-BALL
• Melalui tenik ini kita diminta untuk menyetujui sesuatu atas dasar maklumat yang tidak lengkap
dan hanya kemudian dinyatakan dengan maklumat yang lengkap.
• Teknik kepatuhan ini didapati berjaya kerana setelah individu bersetuju pada awalnya terhadap
sesuatu tawaran atau komitmen, ia enggan untuk menarik diri daripada membuat komitmen tadi
walaupun setelah mendapat maklumat yang lengkap.
• Teknik low-ball walaupun mempunyai beberapa kesamaan dengan teknik foot-in-the-door
namun terdapat satu perbezaan yang ketara.

TEKNIK THAT’S-NOT-ALL.
• Mula diterokai melalui kajian oleh Burger.
• Inti pati teknik ini ialah dengan meletakkan harga yang tinggi pada sesuatu barang dan memberi
ruang kepada pelanggan untuk memikir tentang harga tersebut. Di samping itu, memperbaiki
harga tawaran tersebut sama ada dengan menambah barangan sampingan atau dengan
merendahkan harga barangan.
RUMUSAN
• Di samping keempat-empat teknik kepatuhan di atas, melalui persembahan diri juga boleh
membawa kepada tingkah laku kepatuhan pada pihak lain.
• Selain itu, dapat menarik perhatian orang lain walaupun mereka enggan patuh kepada satu
permintaan yang besar dan sukar untuk dilakukan.
• Keengganan ini boleh diterima dan ia tidak akan menjejaskan imej diri. Tetapi jika kita tetap juga
menolak permintaan yang kecil dari orang yang sama kita kelihatan seperti seorang yang tidak
bertimbang rasa.
• Oleh itu, kita mungkin akan mengalah kerana kegagalan untuk menunaikan permintaan yang
kecil menyebabkan kita dilihat sebagai individu yang tidak boleh bertolak-ansur.

KETAATAN
Tingkah laku ini memperlihatkan usaha untuk mengikuti arahan kepada yang berkuasa.
Ketaatan selalu berlaku dalam situasi di mana perubahan tingkah laku individu itu adalah hasil daripada
arahan langsung yang diterima terima terus daripada individu yang berkuasa.

45
Psikologi Sosial KSL 6213
Selalunya individu yang mengarah itu mempunyai satu kaedah untuk mendapatkan ketaatan.
Mereka selalunya mempunyai kuasa ke atas individu lain.
Selalunya arahan langsung mempunyai kesan yang efektif untuk mengubah tingkah laku individu lain.
Arahan ini menghasilkan satu bentuk tekanan untuk taat kepada mereka yang berkuasa. Simbol autoritu
seperti ibu bapa, polis dan lampu isyarat berupaya mengubah tingkah laku kita.
Ketaatan yang melulu tanpa pertimbangan yang wajar boleh membawa kepada tindakan melampau dan
boleh membawa kepada kemusnahan.
Contoh : Adolf Eichman salah seorang pengikut setia Hitler semasa Perang Dunia Kedua telah membunuh
berjuta-juta orang Yahudi. Apabila Adolf di hantar ke mahkamah tentera selepas tamatnya Perang Dunia
Kedua, Adolf dituduh mengenepikan faktor moral dan kemanusiaan. Jawapan Adolf ialah dia hanya
menjalankan tugas yang datang daripada arahan oleh ketuanya iaitu Hitler.

Perbezaan antara keakuran, kepatuhan dan ketaatan.


Keakuran adalah satu faktor apabila seseorang individu itu melakukan sesuatu tingkah laku dengan
matlamat agar ia diterima dalam sesebuah kelompok. Perlakuan ini tidak dipaksa. Walau bagaimanapun,
tingkah laku yang dibuat itu mungkin mengesahkan kehadirannya dalam sesebuah kelompok.

Kepatuhan pula adalah satu proses apabila seseorang individu itu menyetujui atau membenarkan apa
yang orang lain katakan. Oleh itu, konsep kepatuhan adalah satu proses secara langsung dan bersifat
personal dalam melakukan tingkah laku itu.

Ketaatan pula adalah satu proses apabila individu mengikut arahan yang diberikan oleh individu lain
yang mempunyai kuasa atau autoriti. Perubahan tingkah laku yang dilakukan oleh individu adalah hasil
daripada arahan yang diberikan secara langsung daripada individu yang berkuasa. Individu terbabit
terikat dengan arahan yang diberikan.

Ketiga-tiga tingkah laku keakuran, kepatuhan dan ketaatan ialah bentuk pengaruh sosial yang lazim
terjadi dalam kehidupan. Dengan memahami proses berlakunya ketiga-tiga pengaruh sosial ini, kita
mendapat kefahaman bahawa tingkah laku ini dapat dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara
sedar atau tidak. Kesimpulannya, ketiga-tiga proses ini berbeza dari segi proses perlaksanaannya
walaupun hampir mempunyai persamaan.

Bab 7 Prasangka dan Diskriminasi


Pengenalan
Definisi
Faktor dan Kesan

46
Psikologi Sosial KSL 6213
Cara mengatasi Prasangka dan Diskriminasi

Prasangka dan Diskriminasi


Pengenalan
• Menurut Paplia & Olds menyatakan prasangka dan diskriminasi wujud dalam kalangan manusia.
Ia berlaku merentasi faktor bangsa atau kelompok etnik yang membawa kepada corak tingkah
laku seperti perkauman, anti-semitism, diskriminasi terhadap golongan tua, cacat, miskin atau
diskriminasi jantina serta mereka yang mengamalkan cara gaya kehidupan yang tidak popular
atau disukai.
• Daripada segi makna kedua-dua konsep prasangka dan diskriminasi membawa pengertian yang
berbeza.
• Prasangka merujuk kepada satu bentuk sikap negatif yang ditujukan kepada ahli sesuatu
kelompok.
• Diskriminasi pula merupakan tindakan negatif ditujukan kepada ahli kelompok tersebut.

• Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu


kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan
warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka melaui perilaku
atau tindakan. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan
keturunan bangsanya. Fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling
unggul. Rasisme wujud pada dua tahap. Tahap Individu merupakan kepercayaan dan sikap
individu pada suku kaumnya. Tahap Institusi pula melibatkan dasar dan pelaksanaan yang
bersifat diskriminasi.

Definisi
• Prasangka dirujuk sebagai sikap yang negatif, ia bermaksud individu yang prasangka terhadap
sesuatu kelompok cenderung menilai individu di dalam kelomok dalam cara yang sama semata-
mata kerana individu itu tergolong dalam kelompok tersebut.
• Dalam hal ni trait atau tingkah laku peribadi itu tidak memainkan peranan yang penting.
• Dalam erti kata lain, mereka tidak disukai kerana mereka tergolong dalam sesuatu kelompok
sosial yang khusus.

Prasangka didefinisikan sebagai satu bentuk sikap membawa dua implikasi.


1. Sikap selalunya adalah fungsi kepada skema yang merupakan kerangka kognitif .untuk
mengorganisasi, menginterpretasi dan mengingati semula maklumat. Maklumat yang kekal
dengan pandangan individu yang prasangka menerima lebih perhatian, sering diulang dan
hasilnya ia cenderung diinagti dengan lebih tepat berbanding dengan maklumat yang tidak tekal
dengan pandangan mereka.
Prasangka merupakan satu bentuk lingkaran kognitif yang tertutup.
2. Prasangka adalah satu bentuk sikap, komponen afektif, tingkah laku dan kognitif.
Komponen afektif merujuk kepada perasaan atau emosi yang dialami oleh individu yang
berprasangka. Emosi negatif ini boleh muncul sama ada individu yang tidak disukai itu wujud di
depan mata atau dengan hanya memikirkan individu tersebut.
Komponen kognitif pula, melibatkan kepercayaan dan jangkaan terhadap ahli sesuatu kelompok
serta cara maklumat tentang ahli kelompok tersebut diproses disimpan dan diingati semula.
Komponen tingkah laku pula melibatkan kecenderungan untuk bertindak secara negatif atau
mempunyai niat untuk melakukan keganasan terhadap ahli dari sesuatu kelompok. Apabila
cenderung dan niat ini diterjemahkan ke dalam tingkah laku nyata, maka muncullah tingkah laku
diskriminasi.

47
Psikologi Sosial KSL 6213
Dalam konsep prasangka kita cenderung untuk memusatkan perhatian kepada komponen afektif.
Reaksi negatif memainkan peranan utama dalam munculnya pelbagai bentuk tingkah laku prasangka.

Diskriminasi
Istilah ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Dalam keadaan yang paling sederhana tingkah
laku diskriminasi boleh melibatkan penghindaran. Pada tahap yang melampau, ia boleh
mengakibatkan tidak mendapat pekerjaan, peluang pendidikan atau pengasingan tempat
tinggal.
Contoh yang paling ketara ialah dasar apartheid yang pernah diamalkan di Afrika Selatan.
Dalam keadaan yang lebih melampau, diskriminasi boleh membawa kepada tindakan langsung
dan keganasan terhadap kumpulan sasaran. Tujuan asalnya adalah untuk merosak atau
membinasakan kelompok tersebut dengan apa cara sekalipun.

PREJUDIS

Konsep Prejudis merupakan pandanan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang
tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan secara
terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.
Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang ain. Kesannya semakin mdah
dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam
aspek politik, ekonomi atau sosial. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

STEREOTAIP
Konsep Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu
kumpulan etnik seperti semua orang tidak bersifat kasar dan sebagainya. Stereotaip ialah
gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan
kepada sesuatu etnik oleh etnik yang lain. Hal ini terhasil daripada pertembungan dua atau
lebih komuniti etnik.

Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat
khususnya masyarakat majmuk diMalaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu
kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yang lain dan seterusnya
membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

DISKRIMINASI

Konsep Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh
seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lainnya yang
mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan
membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri
etnik semata-mata. Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan
kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah
masyarakat. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk iaitu individu atau kumpulan etnik dan
mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka
atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik

Faktor Prasangka & Diskriminasi.


1. Faktor sejarah dan ekonomi
Penentangan terhadap golongan kulit hitam di Amerika bermula daripada zaman perhambaan
lagi. Keadaan ini berlanjutan hingga masa kini dalam bentuk yang berbeza. Dari segi ekonomi
pula, Karl Marx melihat prasangka dan diskriminasi adalah hasil eksploitasi pemerintah terhadap
golongan pekerja.

48
Psikologi Sosial KSL 6213

2. Faktor sosiobudaya
Ini melibatkan peningkatan urbanisasi, mobiliti ke atas beberapa kelompok tertentu, faktor
kecekapan dan latihan, pekerjaan dan persaingan, peningkatan kadar penduduk berbanding
dengan keluasan tanah dan perumahan, serta perubahan di dalam peranan dan fungsi keluarga.
Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan serta sumber ekonomi menyebabkan berlakunya
penentangan menerusi tingkah laku prasangka dan diskriminasi.

3. Faktor situasi
Faktor ini menekankan aspek sosio-psikologikal di mana faktor persekitaran menyebabkan
berlakunya prasangka dan diskriminasi. Keakuran dengan orang lain juga merupakan pengaruh
kuat terhadap prasangka yang merujuk kepada persetujuan sosial untuk akur terhadap
pandangan kawan-kawan.

4. Faktor psikodinamik
Faktor ini melihat prasangka dan diskriminasi adalah hasil daripada konflik dan masalah
penyesuaian yang dialami oleh seseorang. Aspek kekecewaan yang dihadapi menimbulkan
keupayaan sesuatu kelompok .
Pendekatan tingkah laku lempar yang salah yang bermaksud memindahkan keganasan kepada
objek atau simbol psikodinamik melihat daripada segi struktur personaliti individu yang
dikatakan lemah. Prasangka adalah hasil daripada kebimbangan dan rasa tidak selamat di
kalangan individu yang neurotik.
Teori psikoanalisis melihat personaliti begini adalah hasil daripada superegoa yang tegar, id yang
primitif dan struktur ego yang lemah. Ketiga-tiga komponen personaliti ini membawa kepada
corak tingkah laku yang dapat diramalkan terhadap gologan minoriti. Pendekatan ini juga
melihat tingkah laku prasangka dan diskriminasi sebagai tingkah laku tidak normal.

5. Peranan dalam kelompok


Sejarah telah membuktikan bahawa manusia membentuk pelbagai bentuk kelompok: kelompok
kita (ingroup) dan kelompok mereka (outgroup). Kriteria yang digunakan untuk membahagikan
kelompok ini antaranya meliputi faktor bangsa, jantina, kewarganegaraan, agama, sikap dan
seumpamanya. Dalam hal ini, pelbagai proses kognitif beroperasi apabila kelompok terbentuk.
Kecenderungan untuk menyukai ahli dalam kelompok kita dikenali sebagai etnosentrism.
Individu cenderung untuk menganggapi kelompok sendiri dengan lebih baik daripada kelompok
lain semata-mata untuk meningkatkan harga diri sendiri.
Apabila berlaku persaingan di antara satu kelompok dengan kelompok lain, setiap kelompok
melihat kelompoknya lebih baik dan ini mencetuskan prasangka. Proses inni dikenali sebagai
persaingan sosial.
Sekiranya identiti sesuatu kelompok sosial tidak memuaskan, individu yang menganggotai
kelompok tersebut boleh bertindak sama ada meninggalkan kelompok yang di anggotainya itu
atau berusaha menjadikan kelompok tersebut lebih baik daripada kelompok yang lain.

Kesan Prasangka & Diskriminasi

Cara mengatasi Prasangka dan Diskriminasi

1. Menggalakkan kerjasama

49
Psikologi Sosial KSL 6213
Paplia & Olds telah membentuk satu pendekatan yang dikenali sebagai teknik jigsaw. Di dalam
bilik darjah di mana terdapat kanak-kanak pelbagai bangsa dan keturunan belajar, guru boleh
menggalakkan mereka sama-sama melakukan pelbagai aktiviti. Kanak-kanak dapat membuat
aktiviti berkelompok dengan lebih baik dan lebih mudah lagi jika mereka saling bertanya,
mengajar dan mendengar pendapat kanak-kanak lain. Teknik jigsaw ini dapat menghasilkan
kesan positif di kalangan kanak-kanak yang antara lainnya suka untuk ke sekolah dan
berinteraksi sesama sendiri.

2. Mengajar untuk berfikiran terbuka


Ini dapat dilakukan dengan mengubah mesej yang disalurkan kepada masyarakat. Fungsi media
massa dapat membantu dengan menyalurkan mesej dan pandangan yang positif. Di samping itu,
peranan sekolah dapat mengatasi atau mengurangkan tingkah laku prasangka dan diskriminasi
dengan tidak mengasingkan pelajar yang datang dengan pelbagai latarbelakang dan bangsa ke
dalam kelompok tertentu. Ini dapat mengurangkan nilai negatif di antara pelajar.

3. Membesarkan anak-anak untuk berdikari dan berfikiran adil.


Cara mendidik anak-anak dan pembentukan personaliti autoritarian menunjukkan bahawa
banyak yang dapat dilakukan agar anak-anak tidak mempunyai sikap prasanga dan tingkah laku
diskriminasi. Harga diri didapati menjadi faktor utama menentukan kesejahteraan individu
khususnya di kalangan mereka yang hidup secara kelompok. Individu yang memikirkan dirinya
lebih baik daripada orang lain mudah untuk taat secara melulu, ganas dan melakukan
diskriminasi. Keadaan sebaliknya boleh berlaku jika individu yang menyayangi diri sendiri
cenderung menyayangi dan tidak memandang rendah terhadap orang lain.

4. Kempen media massa (Penerapan Nilai Murni)


Media sewajarnya berperanan menerapkan nilai- nilai Islam atau nilai murni yang diterima.
Menghormati ibu bapa dan orang tua, berkasih sayang, menepati masa, menjaga kebersihan, dan
seumpamanya merupakan antara nilai-nilai murni dan akhlak yang sewajarnya di tonjolkan
untuk mendidik masyarakat agar mereka turut sama-sama menghayati nilai- nilai ini. Amat
malang apabila akhlak yang buruk yang kerap ditonjolkan oleh media. Menurut pakar Psikologi
Islam, Prof. Dr. Malik Badri, masyarakat semakin hilang sensitiviti terhadap perkara keji ini dan
merasakan ‘jika orang lain boleh buat, apa salahnya aku buat, bukan aku seorang sahaja’.
Realitinya ternyata benar apabila media massa sering memaparkan cerita-cerita kejadian
membuang bayi di negara kita juga semakin menjadi-jadi sehingga kita sendiri sudah mula
menganggapnya sebagai lumrah. Umat semakin hilang rasa sensitif dan kepekaan.

Konsep Perpaduan adalah sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh


masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

KONSEP DALAM MENANANI PRASANGKA & DISKRIMINASI


Konsep Integrasi pula adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-
ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan budaya
50
Psikologi Sosial KSL 6213
hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.Proses mencapai sesebuah
masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah satu proses yang amat
kompleks.

Konsep Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari
serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain dan tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing. Formula: A+B+C = A+B+C. A, B dan C merujuk kepada budaya.
Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk
menghentikan dan mengelak konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik
untuk sementara atau selam-lamnya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-
kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan.

Konsep Asimilasi adalah satu proses percantuman dan penyatuan diantara kelompok atau
individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli
kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan proses asimilasi
bergantung kepada beberapa faktor penting seperti kesanggupan golongan minoriti untuk
menghilangkan identiti mereka, kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain,
terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.

Konsep Akulturasi adalah satu penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya
kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yang
berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yang berterusan dan
perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. Hasil
daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yang bakal terjadi terhadap individu atau
kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.
Akulturasi lebih mudah dicapai dalam budaya yang bersifat kebendaan.

Konsep Kontrak Sosial merupakan satu persetujuan yang dicapai diantara pelbagai kaum
untuk mencapai sesuatu matlamat yang dapat menjaga kepentingan semua pihak. Contohnya, di
Malaysia kontrak sosial antara kaum Melayu, Cina dan India tentang perkara penting dalam
perlembagaan iaitu kedudukan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak Kerakyatan, Islam
sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

KESIMPULANNYA
Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan dan
kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti Malaysia
memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat mnghormati, setiakawan, tolong menolong
sama ada negara diwaktu senang atau pun susah.
Trens konsep Satu Malaysia yang diamalkan masakini amat sesuai untuk menyatu padukan
rakyat tanpa mengenal etnik, agama dan anutan ideologi politik.

Akta baru diskriminasi


Fairul Asmaini Mohd Pilus & asmaini@hmetro.com.my

51
Psikologi Sosial KSL 6213
Kuala Lumpur: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) akan mengkaji untuk
menggubal satu akta baru bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap sebarang
diskriminasi yang melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hal itu memandangkan akta sedia ada di bawah kementerian berkenaan tidak mempunyai
peruntukan sedemikian untuk membolehkan tindakan dikenakan terhadap individu yang
melakukan perbuatan berkenaan.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sekiranya akta itu diwujudkan dan
menyatakan perbuatan diskriminasi tidak boleh dilakukan, baru tindakan boleh diambil.

“Justeru, jika perlu kita boleh bawa perkara ini untuk dibincangkan. Ia bagi mewujudkan akta
baru untuk membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana individu atau perbuatan yang
melanggar Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sesi soal jawab waktu pertanyaan
menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) yang meminta MOTAC
menjelaskan tindakan yang boleh diambil terhadap hotel yang melaksanakan prosedur operasi
standard (SOP) diskriminasi selain mahu mengetahui sama ada MOTAC bercadang mewujudkan
peraturan khas bagi menangani isu berkenaan.

Menurutnya, pihaknya turut mencadangkan supaya hotel menyelaraskan pakaian seragam


kakitangan di kaunter hadapan selaras tuntutan agama dan budaya semua masyarakat bagi
mengelakkan berlaku diskriminasi.

Selain itu, menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang), Mohamed
Nazri berkata, pengurusan hotel juga perlu mengambil kira aspek pakaian tradisional pelbagai
kaum dan agama di negara ini termasuk sari bagi wanita India serta serban yang dipakai lelaki
Sikh.

Menurutnya, sebagai negara yang berbilang kaum, tidak salah memakai satu uniform sama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 5:27 AM

Bab 8 : Tarikan Antara Perseorangan


Pendahuluan
Peringkat Perhubungan
Definisi Tarikan Sosial
Kedekatan, Perasaan dan Keperluan Berdamping
Faktor-faktor daripada Individu Lain
52
Psikologi Sosial KSL 6213

Pendahuluan
• Hubungan adalah sambungan, rangkaian, perkaitan, dan talian.
• Manakala intim pula didefinisikan sebagai sangat mesra, rakan karib, perhubungan dan
persahabatan.
• Manusia adalah haiwan sosial – ingin berdampingan dengan orang lain.
• Perhubungan antara manusia didasari oleh daya tarikan.
• Apakah tarikan yang menyebabkan kita berdampingan dengan orang lain (menjadi kekasih,
kawan etc).
• Faktor-faktornya datang daripada diri orang yang kita tertarik, dan juga dari diri kita sendiri
• Menurut Iman Al-Ghazali, hubungan sesama insan terjalin berpunca daripada hati. Kadangkala
hati itu boleh membawa kebahagiaan dan ada kala boleh membawa kepada kehancuran.

Peringkat Perhubungan
• Bagaimanakah sebelum terjadinya perhubungan yang intim?
• Levinger menyatakan terdapat tiga peringkat
1. Pertama: peringkat kesedaran
2. Kedua: peringkat kontak permukaan
3. Ketiga: peringkat saling membalas.

• Peringkat ini diperkembangkan:


1. Peringkat saling tarikan
2. Peringkat pembentukan hubungan
3. Peringkat penerusan
4. Peringkat pemburukan
5. Peringkat penamatan

Tahap-tahap dalam pembentukan dan perhubungan cinta


Terdapat empat tahap dalam pembentukan dan perhubungan cinta
i. Kontek sifar
Ini mewakili pelbagai contoh dalam kehidupan seharian di mana tidak wujud sebarang
hubungan dengan sesiapa.
ii. Tahap kesedaran
Individu sedar akan kehadiran orang lain disekitar dirinya dalam bentuk impresi yang
melibatkan faktor verbal dan visual, sikap, personaliti dan sebagainya.
iii. Kontak permukaan
Interaksi sebenar bermula tetapi terhada dan bersifat kasual di mana individu
berkenalan seperti mengenali dirinya.
iv. Kesalingan

53
Psikologi Sosial KSL 6213
Mewakili kontak dan perhunbungan yang berterusan di mana individu berkongsi
sebahagian daripada dirinya dengan orang lain dan lama - kelamaan mula berkongsi
dengan lebih mendalam pengalaman perasaan yang di alami. Interaksi sebenarnya mula
berlaku tapi terhad dan bersifat santai. Dalam situasi ini individu akan mula berkenalan
dengan lebih mendalam dan mula berkongsi rahsia dan sesuatu perhubungan akan
melibatkan perasaan dan rasa tolong bantu.

Definisi Tarikan Sosial


• Penilaian cara yang positif pada orang lain (tertarik terhadap orang lain).
• Merupakan penilaian, dan penilaian ini dalam bentuk positif (menyukai)
• Faktor tarikan antara perseorangan:
– Faktor persekitaran
– Faktor diri sendiri
– Faktor orang lain
Kedekatan, Perasaan dan Keperluan Berdamping
• Faktor di luar daripada diri individu.
• Tarikan diasaskan oleh kedekatan fizikal.
• Kedekatan fizikal membolehkan antara manusia bertemu.
• Kedekatan fizikal membolehkan kekerapan kontak/pendedahan berlaku.
• Kekerapan pendedahan menyebabkan tarikan positif.
• Kedekatan menyebabkan interaksi menjadi kerap – dan kekerapan interaksi boleh
mempengaruhi pengetahuan dan perasaan kita.
• Sebab itu orang yang menjadi kawan rapat ialah mereka yang dekat dengan kita – kawan sekerja.
• Kedekatan ada kaitan dengan jarak fungsional – jarak yang punyai fungsi untuk membolehkan
kita berkontak dengan seseorang (secara bersemuka).
Dengan demikian persekitaran memainkan peranan penting dalam membawa kontak bersemuka – taman
permainan, rekabentuk rumah pangsa, tempat pejalan kaki dan sebagainya.

Faktor-faktor daripada Individu Lain


Perkaitan
Menerusi prinsip perkaitan, kita menyukai orang lain disebabkan oleh pengalaman menarik yang dapay
dikongsi bersama. Faktor perkaitan ini penting kerana pengalaman menarik yang dapat dikongsi bersama
memang berupaya merapatlan seseorang individu dengan individu yang lain.
Walaubagaimanapun dalam kes tertentu, perkaitan antara satu individu dengan individu yang lain juga
boleh dicetuskan pada waktu susah atau derita. Derita yang dihadapi oleh seseorang dapat meningkatkan
perhubungan dengan individu yang lain. Ini bermaksud, detik derita yang dilalui bersama membentuk
rasa bersatu yang menyediakan asas kepada ikatan persahabatan.

Peneguhan
Faktor peneguhan ini adalah asas kepada teori pembelajaran. Kita menyukai seseorang yang memberi
ganjaran dalam satu atau beberapa cara. Satu daripada ganjaran yang penting ialah pengiktirafan sosial.

54
Psikologi Sosial KSL 6213
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kita cenderung menyukai mereka yang menilai diri kita secara
positif. Penilaian yang positif ini merupakan peneguhan yang akan merapatkan diri kita dengan mereka
yang membuat penilaian positif.

Pertukaran sosial
Tertariknya kita pada seseorang itu dapat dilihat dari segi kos dan keuntungan yang individu tawarkan
kepada kita. Menurut teori pertukaran sosial, kita menyukai seseorang itu apabila kita membuat
tanggapan bahawa interaksi kita dengan seseorang itu menguntungkan iaitu apabila ganjaran yang kita
dapat dalam suatu perhubungan. Sebagai contoh, kita menyukai Ali kerana ia seorang yang menarik dan
seronok untuk didampingi.

Penutup

PERSPEKTIF CINTA MENURUT PANDANGAN ISLAM DAN ILMUWAN ISLAM


• Cinta menurut Kamus Dewan memberi maksud sebagai perasaan yang teramat sayang kepada
keluarga, Negara, masyarakat dan lain-lain (Kamus Dewan 2014). Menurut pandangan Islam,
kasih sayang adalah identiti dan asas dalam pembentukan iman, kerana pembentukan akidah
manusia juga adalah bermula melalui kesaksiannya kepada Allah sebagai pencipta, mengabdikan
diri kepadaNya dan beri’tiqad bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruhNya. Pembuktian cinta
kepada Allah dan Nabi ini juga menunjukkan keunggulan dan tahap iman yang tertinggi pada
pandangan Allah.
• Dari konteks Islam, cinta boleh ditakrifkan sebagai pandangan hidup Islam dan persaudaraan
universal yang boleh digunakan untuk semua orang yang beriman iman. Konsep Cinta
menyeluruh menurut Islam dapat dilihat di dalam 99 nama-nama Allah, di antaranya ialah Al-
Wadud (Maha Pengasih), sebagaimana yang disebut di dalam Surah [Quran 11:90 ] dan juga
Surah [Quran 85:14 ]. Allah juga sentiasa dirujuk di awal setiap ayat dalam Al-Quran sebagai Ar -
Rahman dan Ar -Rahim, atau "Maha Pengasih" dan "Maha Penyayang", menunjukkan bahawa
tiada siapa yang lebih penyayang, belas kasihan dan ihsan daripada Allah. Al-Quran merujuk
kepada Tuhan sebagai "penuh dengan kasih sayang."

Bab 9 :Tingkah laku kelangsangan


Pendahuluan
Apa itu langsangan
Pendekatan teoritikal mengenai kelangsangan

55
Psikologi Sosial KSL 6213
Faktor-faktor tingkahlaku langsang
Pencegahan dan pengawalan langsang

Pendahuluan
Apa itu langsangan
Pada awal dekad 1990 an, dunia telah menyaksikan meletusnyaPerang teluk, perang saudara di Bosnia,
perebutan kuasa di Somalia dan Rwanda serta pelbagai tingkah laku langsang manusia.
Tingkah laku langsang manusia telah menarik perhatian banyak ahli psikologi sosial untuk mengkaji dan
mendapatkan kefahaman serta gambaran apakah yang menyebabkan manusia bertindak langsang

Teori Kelangsangan
Aliran psikoanalisa merupakan aliran yang paling terkenal cuba menerangkan tingkah laku kelangsangan
manusia berdasarkan teori naluri Sigmund Freud. Freud tokoh utama yang mempelopori aliran
psikoanalisa mengatakan manusia terdorong untuk bertindak langsang adalah disebabkan oleh naluri
kematian yang juga dikenali sebagai thanatos.
Freud percaya semua manusia memiliki naluri ini. Naluri kematian ini bertujuan untuk memusnahkan
diri sendiri seperti membunuh diri tetapi manusia menyelurkannya keluar dari dalam diri dengan
pelbagai cara. Kelangsangan dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ia bersifat naluri.
Tingkah laku ini juga dilihat sebagai tenaga yang dihasilkan dari proses tubuh manusia. Proses tubuh ini
menghasilkan tenaga yang mesti diluahkan sama ada melalui tingkah laku yang diterima oleh masyarakat
seperti membunuh diri tetapi manusia menyalurkannya keluar dari dalam diri dengan pelbagai cara.
Kelangsangan dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ia bersifat naluri.
Tenaga yang dihasilkan dari proses tubuh manusia.
Proses tubuh ini menghasilkan tenaga yang mesti diluahkan sama ada melalui tingkah laku yang diterima
oleh masyarakat seperti perdebatan, aktiviti sukan atau melalui cara yang tidak dapat diterima dan
dilarang oleh masyarakat seperti maki hamun, pergaduhan fizikal mahupun dalam bentuk peperangan.
Teori ini kemudian telah disemak kembali oleh pengikut aliran Freud yang sering digelar sebagai neo-
Freudian yang melihat kelangsangan sebagai proses yang rational dan bukan sebaliknya. Menurut ahli
neo-Freudian, dorongan kelangsangan ini adalah seseuatu yang sihat. Ia memperlihatkan proses adaptasi
menusia kepada reality persekitarannya. Sebagaimana dengan Freud, ahli neo-Freudian masih
mempercayai kelangsangan berkembang daripada sejadi dan desakan naluri.
Konrad Lorenzs pula berpendapat kelangsangan adalah naluri semulajadi yang diwarisi oleh manusia
yang juga dikenali sebagai naluri perkelahian (fighting instinc).
Bidang Sosiologi
Bidang ini cuba menerangkan tingkah laku langsang di kalangan manusia.
Kesemua aspek tingkah laku sosial manusia termasuk kelangsangan dapat difahami aspek tingkah laku
manusia termasuk kelangsangan dapat difahami melalui proses evolusi. Pendekatan ini melihat tingkah
laku manusia diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui gen atau baka.
Terdapat beberapa ciri penting di dalam definisiyang gariskan. Pertama, kelangsangan didorong oleh
faktor niat untuk menyakiti magsa. Dalam usaha untuk memahami tingkah laku kelangsangan adalah
disebabkan oleh dorongan untuk menyakiti atau merosakan individu. Pendekatan ini telah menghasilkan
beberapa teori dorongan. Teori dorongan ini memerihalkan pelbagai faktor seperti kekecewaan sebagai
motif utama yang menyebabkan menculnya tingkah laku langsang.
Delikuensi dan kelangsangan remaja banyak tercetus hasil daripada ekspresi luaran dari tidak dapat
menyesuaikan diri, tidak diterima dalam sosial dan norma-norma keluarga, serta tindakbalas tekanan
dalaman.

56
Psikologi Sosial KSL 6213
Ramai remaja mempelajari tingkah laku seumpama ini secara psikologikalnya daripada ibu bapa yang
mengamalkan penderaan fizikal.
Delinkuensi secara tipikalnya merujuk kepada mana-mana aktiviti yang salah atau konflik dengan norma
sosial, tetapi ia tidak selalunya ada kait dengan kelansangan.
Kelangsangan pula boleh difahami dalam pelbagai bentuk seperti kumpulan/ geng kelangsangan,
merosakkan harta melalui vandalisme dan kelangsangan dalam mencederakan diri.
Masalah delinkuensi dan kelangsangan sama juga dengan masalah antisosial. Antara tingkah laku yang
kerap melibatkan remaja kita apabila bermasalah dengan delinkuensi mungkin boleh melibatkan tingkah
laku anti sosial adalah seperti:
Kelangsangan dalam keluarga.
Kelangsangan di sekolah seperti bergaduh, bertumbuk, melawan guru, ponteng dan merosakkan harta
sekolah.
Melanggar peraturan seperti vandalisme, mencuri, penyalahgunaan bahan seperti merokok dan lari dari
rumah.
Terjebak dalam jenayah seperti merompak, ragut, rogol, dadah.
Mencederakan diri seperti bunuh diri.
Keahlian dalam kumpulan haram dan samseng.
Kelangsangan keluarga
Menurut kajian dan statistik, ramai remaja yang terjebak dalam tingkah laku antisosial ini ada kaitan
dengan latarbelakang keganasan dalam keluarga itu sendiri.
Contohnya, ibu bapa yang bergaduh, kegunaan hukuman fizikal yang melampau dalam mendidik anak
dan ada juga berlaku penderaan seksual dalam keluarga.
Masalah sekolah
Remaja yang bermasalah di sekolah kebanyakannya akan mendorong kepada tingkah laku antisosial ini.
Harta-harta awam di sekolah dirosakkan oleh perbuatan vandalisme pelajar-pelajar yang tidak
bertanggungjawab.
Penggunaan senjata juga melibatkan remaja yang bermasalah ini dan ini juga memberikan satu cabaran
besar kepada keselamatan guru disiplin, kaunselor dan guru di sekolah.
Jenayah juvenil
Di akhir-akhir ini mengikut statistik polis mendapati keterlibatan kalangan remaja dan kanak-kanak
dalam jenayah seperti mencuri motor, pecah rumah, dadah, ragut, buli, rogol dan samseng jalanan
merunsingkan masyarakat dan kerajaan yang mengharapkan generasi muda akan menjadi pewaris.
Kebanyakan remaja yang terlibat dalam jenayah adalah berpunca dari penyalahgunaan bahan seperti
dadah dan alkohol yang kemudiannya mendorong mereka kepada salah laku jenayah.
Mencederakan diri
Gejala bunuh diri di kalangan remaja walaupun tidak menunjukkan angka yang besar dan belum menjadi
satu budaya masyarakat kita tetapi perlu berwaspada dan diambil kira.
Walaupun begitu, mencederakan diri dalam pergaduhan antara geng dan kemalangan jalan raya seperti
samseng jalanan atau mat rempit telah mengakibatkan kerugian modal insan. Rmaja kita yang cacat
fizikalnya dan mental ini yang bakal menjadi pewaris negara. Kerajaan pula telah banyak menghabiskan
duit dalam membanteras gejala ini.

Gangster, keganasan dan kumpulan minor

57
Psikologi Sosial KSL 6213
Peringkat remaja merupakan tahap yang inginkan perhatian dan mudah terikut-ikut dan remaja yang
diterima oleh mana-mana kumpulan akan merasa megah, berkuasa dan dihargai.
Dengan menjadi ahli dalam kumpulan yang tidak sihat akan mengheret mereka dalam melakukan aktiviti
jenayah dan tumpuan dalam akademik tidak lagi menjadi keutamaan mereka.
Selain itu, kumpulan minor juga sudah banyak terdapat yang merupakan satu pertumbuhan yang tidak
sihat seperti lelaki lembut dan juga pengkid. Walaupun kumpulan minor ini tidak menunjukkan
keganasan tetapi boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah.

Punca awal permasalahan kelangsangan


• Mengikut teori ekologikal berpendapat, bahawa keadaan sosial komuniti dalam konteks sosial
merupakan asas yang kukuh dalam meramalkan masalah gejala kelangsangan dan delikuensi
kalangan remaja.
• Mengikut setengah kajian mendapati remaja yang menghadapi masalah delinkuensi mengalami
empat pengalaman sosial yang menyumbang kepada antisosial:
• Penglibatan awal dengan gejala merokok, penyalahgunaan dadah dan alkohol
• Mempunyai hubungan dan jaringan dengan kumpulan remaja yang terlibat dalam salah laku
antisosial
• Mudah memperolehi senjata bahaya seperti pisau, pistol, parang dan juga mudah akses kepada
tempat-tempat sosial seperti kelab hiburan, judi dan pelacuran
• pendedahan dari media cetak dan elektronik mengenai keganasan.
• Selain daripada teori ekologi juga mendapati ada setengah golongan remaja yang lahir daripada
etnik minoriti yang secara budayanya telah lahir dalam komuniti mereka seperti berpuak-puak,
gangsterisme, kongsi gelap dan kelompok pejuang agama dan etnik yang memperjuangkan hak
yang mereka merasakan mereka ditindas.
• Tidak kurang juga perspektif perkembangan melihat tingkah laku anti sosial ini terjadi adalah
berpunca dari pengaruh sosial seperti:
• Pengaruh keluarga dan persekitaran di rumah
• Tersisih daripada ruang sosial dan kegagalan sekolah atau akademik
• Menjadi ahli kumpulan rakan yang devian

Faktor umur keterlibatan dalam tingkah laku delikuen sekiranya sejak awal umur maka kemungkinan
mudah terjebak dalam tingkah laku jenayah Indikator tingkah laku anti sosial Berdasarkan kepada kajian
dan teoritikal:
Persekitaran keluarga
Ibu bapa menunjukkan tingkah laku agresif, tidak konsisten dalam disiplin dan cara gaya keibubapaan
yang lemah.
Salah seorang dari ibu bapa yang mempunyai personaliti devian atau mempunyai latar sejarah
keterlibatan dalam kelangsangan dan delinkuen.
Ibu bapa yang mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah, tinggal di tempat berisiko, kemiskinan
dan mempunyai pekerjaan yang tidak ada kemahiran.
Tekanan dalam keluarga dan anak-anak terdedah kepada keganasan, dadah, masalah perkahwinan dan
penceraian.

58
Psikologi Sosial KSL 6213
Persekitaran sosial
• *Kejiranan yang tidak sihat
• *Kemiskinan
• *Aktiviti samseng
• *Pengangguran
• *Pendapatan ekonomi keluarga yang rendah
• *Tahap pendidikan yang rendah

Penglibatan gang
• *Mempunyai remaja atau anak yang jarang balik ke rumah
• *terdapat bukti penyalahgunaan dadah
• *Perubahan mendadak dalam tingkah laku dan personaliti
• *Mendapat kemewahan, dan pendapatan tinggi/kewangan secara tiba-tiba
• *Melepak dengan rakan-rakan yang di kenali membawa masalah kepada pihak polis atau
pemerintah
• *Bukti yang menunjukkan ada penderaan fizikal dan mental
• *Berpakaian atau mempunyai lambang atau tatu mirip kumpulan tertentu
Pendekatan dan intervensi
• Pencegahan dan Intervensi Keluarga
• Memberikan pendedahan latihan kemahiran keibubapaan dalam pengurusan keluarga dan juga
cara yang terbaik mengendalikan anak-anak.
• Mendapatkan khidmat nasihat sekiranya perlu dari pakar apabila mendapati ada masalah dalam
keluarga atau tingkah laku anak yang mencurigakan.
• Sentiasa membina hubungan baik dengan sekolah dan kenalilah sekolah, guru dan rakan anak.
• Bina keluarga yang berasaskan agama dan ibu bapa mesti menunjukkan contoh yang terbaik
dalam mentarbiah ahli keluarga.
• Ibu bapa mesti selalu doakan kesejahteraan dan perlindungan daripada Allah SWt.
Pencegahan sekolah
• Mengenalpasti masalah dengan cepat dengan bertindak dengan professional dan cepat, dapatkan
bantuan polis sekiranya perlu.
• Memberikan kemahiran kepada personel sekolah dan guru tentang gejala samseng dengan
menjemput pakar dari luar.
• Berkerjasama dan membina smart partnership dengan pihak polis, komuniti, pemimpin komuniti
(wakil rakyat) dan keluarga pelajar sendiri.
• Membina jaringan dan komunikasi berkesan dengan pelajar. Membina pasukan yang kuat dan
harmoni antara pentadbir sekolah dengan guru.
• Dalam kes disiplin pelajar remaja yang dalam persekitaran yang sungguh mencabar ini perlu
banyak diberikan perhatian dan bimbingan.
• Orang dewasa mesti prihatin membantu tetapi pertamanya setiap dewasa mesti mempunyai
akhlak yang baik.
Dengan akhlak yang baik ini maka remaja akan senang menjadikan kita contoh yang baik dalam menjadi
mereka pewaris kepada generasi kita yang berpegang teguh pada ajaran Islam yang semakin mencabar
dalam mengamalkannya
Pendekatan teoritikal mengenai kelangsangan

Teori pembelajaran sosial melihat keadaan persekitaran yang menyebabkan munculnya tingkah laku
kelangsangan. Teori ini mempercayai kelangsangan dalam kalangan binatang disebabkab oleh naluri
tetapi di kalangan manusia ia tidak ditentukan oleh dorongan dalaman tetapi dipelajari.

Sott (1958) dalam Deaux & Wrightsman (1988) merumuskan daripada beberapa kajian bahawa tidak
terdapat bukti yang menunjukkan faktor dalaman atau fisiologi yang menyebabkan kelangsangan.
59
Psikologi Sosial KSL 6213
Tingkah laku kelangsangan datangnya daripada persekitaran dan dipelajari melalui pembelajaran
instrumental dan pembelajaran pemerhatian.

Prinsip pembelajaran instrumental menyatakan setiap tindakbalas yang diteguhkan atau diberi ganjaran
berkencenderungan untuk diulangi pada masa hadapan. Individu yang langsang dan diteguhkan atau
diberi ganjaran cenderung melakukan semula tingkah laku langsang.

Pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi oleh tentera Nazi semasa peperangan Dunia Kedua di Kem
Tahanan mendatangkan kepuasan yang tidak terhingga kepada pegawai Nazi yang terlibat.

Bandura (1973) mendapati pembelajaran melalui pemerhatian atau modeling merupakan teknik yang
utama dalam membentuk tindakbalas langsang. Dengan memerhati tindak balas model, berlaku dua
bentuk gerakbalas:

1) Mempelajari dan
2) Melakukannya

Apabila melihat tingkah laku model, kita mempelajari dan gerakbalasnya ialah sewaktu berinteraksi
dengan orang lain di mana kita melakukan tindakan langsang hasil daripada gerakbalas yang kita pelajari.
Di kalangan orang dewasa, kesediaan untuk bertindak langsang selalunya berdasarkan kehadiran model
yang langsang. Model tersebut mungkin tidak bertindak sebagai sumber arahan atau boleh bertindak
sebagai penyebab.

Faktor-faktor tingkahlaku langsang

Menurut Baron, Byrne & Suls (1991) terdapat tiga faktor penting yang menyebabkan perbezaan daripada
segi tingkah laku langsang di kalangan individu. Tiga faktor tersebut merangkumi individu yang terlalu
bersaing., selalu ingin cepat, mudah naik radang dan agresif. Ciri ini dikategorikan kepada corak tingkah
laku Type A (Type A behavior Pattern)
Sebaliknya, di kalangan mereka yang tidak mempunyai ketiga-tiga ciri diatas dikenali sebagai Type B.
hasil kajian mendapati wujud perbezaan tingkah laku di antara individu type a dengan Type B yang
ketara.
Individu cenderung untuk berada dalam salah satu kategori tingkah laku ini. Dengan memliki tiga ciri di
atas individu Type A cenderung menjadi lebih agresif dalam situasi yang lebih beragam berbanding
dengan individu Type B. Malah dapatan daripada kajian Baron, Russell & Arm (1985) dan Carver & Glass
(1978) individu Type A memang benar-benar seteru. Type A lebih berkemungkinan daripada Type A
lebih berkemungkinan daripada Type B melibatkan diri dalam kelangsangan berseteru yang mana
matlamat bertindak langsang adalah untuk menyakiti dan membuat mangsa mengalami penderitaan. Juga
didapati Type A berkemungkinan melakukan deraan ke atas anak-anak atau pasangan suami atau isteri
masing-masing. Sementara dalam latar tempat kerja, Type A lebih mengalami konflik dengan orang lain.

Bab 10 : Tingkah Laku Dalam Kelompok Sosial


Kesan Kehadiran Orang Lain pada Tingkah Laku Manusia
Perpaduan Kelompok
60
Psikologi Sosial KSL 6213
Pengaruh Individu pada Kelompok
Jangkitan Sosial
Keputusan Kelompok

Pendahuluan

Pengkajian terhadap kelompok melibatkan tiga perkara utama iaitu, kefahaman tentang kelompok,
tingkah laku kelompok dan tingkah laku kolektif. Shaw (1981) mendefinisikan kelompok sebagai dua
atau lebih individu berinteraksi antara satu sama lain dan setiap individu itu saling mempengaruhi. Usaha
terakhir sesuatu kelompok adalah untuk mencapai matlamat yang sama.

Kelompok juga dapat didefinisikan sebagai interaksi antara ahli, persepsi terhadap ahli lain dalam
kelompok, pembentukan ikatan perasaan serta pembentukan peranan di kalangan ahli kelompok.
Tingkah laku kelompok merujuk kepada gerakbalas ahli di dalam kelompok pada struktur sosial
kelompok dan menerima norma kelompok. Sementara tingkah laku kolektif pula meilbatkan tindakan
individu semata-mata kerana mereka berada di tempat dan masa yang sama dan bertingkah laku dengan
cara yang sama. Contoh biasa yang dapat dilihat melalui tingkah laku kolektif kelompok ialah seperti
orang ramai menyaksikan satu pertunjukan pentas.

Aspek utama dalam pengkajian kelompok ialah faktor apakah yang mendorong individu menganggotai
atau memasuki sesuatu kelompok? Secara amnya individu menganggotai kelompok adalah untuk
mencapai matlamat. Matlamat ini berbentuk ganjaran sama ada ganjaran yang bersifat material ataupun
psikologikal.

Menurut Schalter (1959) dalam Brigham (1991) dengan menganggotai sesuatu kelompok kita dalam
mencapai matlamat yang tidak dapat dicapai juka melakukannya sendirian seperti kerja gotong-royong.
Kedua, kelompok dapat memuaskan kehendak-kehendak manusia dengan menawarkan ganjaran sosial
seperti pengiktirafan, prestij, kasih sayang, pujian ataupun persahabatan.

Ciri kelompok
Kewujudan kelompok dipengaruhi oleh komposisi, struktur dan prestasi kelompok. Ciri ini
penting kerana ia menentukan kelangsungan kewujudan kelompok. Komposisi kelompok
melibatkan beberapa faktor:
Saiz kelompok
Bilangan ahli dalam kelompok kecil adalah dalam lingkungan tiga hingga sepuluh orang. Kesan
saiz penting kerana saiz kelompok mempengaruhi jenis interaksi yang berlaku dalam keputusan
yang dibuat oleh ahli kelompok.

Peluang Komunikasi

61
Psikologi Sosial KSL 6213
Saiz kelompok tidak akan mendatangkan makna jika ahli sukar berkomunikasi antara satu sama
lain. Kedudukan atau lokasi ahli dalam kelompok seperti bangunan atau paras yang berlainan
boleh menghalang komunikasi. Di samping itu rangkaian komunikasi kelompok juga
mempengaruhi tingkah laku dalam kelompok. Hirarki organisasi yang kompleks misalnya boleh
menyebabkan individu di dalam kelompok dipecahkan kepada kelompok yang berbeza hingga
lahir bentuk komunikasi yang berlainan. Rangkaian komunikasi ini penting kerana ia
menghasilkan proses yang berbeza di dalam kelompok.
Kohensif
Merujuk kepada darajah kelekatan ahli di dalam kelompok. Ia merupakan faktor penting yang
menentukan kewujudan kelompok. Kohensif ini dilihat bagaimana ahli kelompok saling
menyukai, dan mempunyai matlamat yang sama. Dengan perkataan lain, tahap kohensif adalah
tinggi apabila ahli ingin terus bersama-sama dengan ahli lain dalam kelompok dan tahap
kohensif rendah jika berlaku sebaliknya.

Oleh sebab ahli kelompok saling tertarik dan mereka bergabung tenaga untuk mencapai
matlamat bersama, kohensif dapat meningkatkan produktiviti.

Walaubagaimanapun, ini bergantung pada norma kelompok jika kelompok mementingkan


produktiviti. Jika norma kelompok adalah untuk mengelakkan diri daripada bekerja, walaupun
kohensif kelompok adalah tinggi, tahap produktiviti tidak semestinya tinggi. Kelompok yang
kohensif mempunyai kesamaan matlamat di kalangan ahlinya yang mana faktor keseragaman
diutamakan. Apabila seseorang ahli menyukai ahli lain dalam kelompok, akan wujud
kecenderungan untuk mengikuti pandangan kelompok dan mempercayai keharmonian dapat
meningkatkan suasana yang baik dalam kelompok.
Perpaduan Kelompok
Perpaduan kelompok merujuk kepada keinginan ahli-ahli kelompok untuk kekal dalam kelompok.
Apabila suatu kelompok berpadu atau kohensif, ahli-ahlinya turut bersatu. Manusia berasa gemmbira
terhadap kelompok yang kohensif dan gembira kerana menjadi ahli dalam kelompok. Kelompok kohensif
mempunyai beberapa ciri seperti berikut:
• Sebilangan besar aktiviti dikongsi bersama
• Komunikasi yang pesat antara ahli-ahli kelompok
• Kepuasan dan moral yang tinggi di kalangan ahli
• Penilaian yang tinggi ahli-ahli kelompok lain terhadap kelompok berkenaan
• Pengaruh ahli-ahli kelompok yang kuat antara satu dengan yang lain.
Jangkitan Sosial
Mengikut Wheeler (1966) jangkitan tingkah laku terjadi apabila seseorang, pertamanya memerhati dan
seterusnya meniru orang lain. Sementara itu jangkitan sosial pula terjadi apabila seseorang mahu
melakukan sesuatu yang dilarang oleh sosial, dengan cara memerhatikan orang lain yang melakukan
tindakan tersebut, menyebabkan lebih mudah untuk melakukan perkara yang sama tetapi orang tersebut
kurang cenderung untuk memperlihatkan tingkah lakunya yang tidak diingini oleh sosial.

62
Psikologi Sosial KSL 6213
Jangkitan tingkah laku merupakan satu bentuk peniruan, tetapi jangkitan sosial memerlukan seseorang
untuk tidak menunjukkan tingkah laku yang ditiru itu.
Contohnya, sekiranya seorang pensyarah anda agak lambat keluar daripada bilik kuliah selepas tamat
kuliah, anda mungkin enggan untuk bangun dan meninggalkan bilik kuliah tersebut. Tetapi sekiranya
orang lain berbuat ddemikian anda akan cenderung juga untuk berbuat demikian.
Jangkitan sosial cenderung untuk menghapuskan tekanan-tekanan ke arah pengakuran, dan
memudahkan seseorangt untuk melencong daripada norma kelompok.

Keputusan Kelompok
Sebahagian besar daripada keputusan mengenai diri kita dibuat dalam kelompok, iaitu mendapat
persetujuan daripada sebahagian besar ahli-ahlinya. Misalnya fungsi kerajaan adalah sebahagian
besarnya, membentuk dan merancang dasar-dasar untuk rakyat . Terdapat satu kecenderungan bagi kita
untuk mempercayai keputusan-keputusan yang dibuat oleh kelompok. Kecenderungan ini nampaknya
berpunca daripada dua faktor berikut
Dalam kelompok terdapat orang-orang yang dijangka berpengalaman dan berkemahiran, dan dengan
demikian diharapkan keputusan yang dibuat adalah lebih baik daripada keputusan kita sendiri.

Terdapat juga pandangan bahawa kelompok secara relatifnya bersifat konservatif dalam tindakan dan
keputusan yang dibuat dan dengan demikian individu akan merasakan lebih selamat dengan keputusan
yang akan dibuat oleh kelompok tersebut, orang lebih bersedia menghadapi risiko yang lebih tinggi
daripada sesetengah orang yang lain. Namun demikina terdapat satu kepercayaan bahawa manusia
dalam kelompok yang lebih konservatif dan lebih akur berbanding apabila ia bersendirian.
Stoner (1961) mendapati bahawa individu yang bersendirian lebih cenderung untuk membuat keputusan
yang berisiko apabila membincangkan sesuatu perkara dengan orang lain.
Mengapakah ahli kelompok menjadi lebih ekstrim dalam proses membuat penghakiman selepas mereka
membincangkan sesuatu isu dengan orang lain dalam kelompok?
Dalam bebrapa kajian subjek-subjek yang pada asalnya berpandangan neutral mengenai sesuatu isu,
telah didengarkan kepada satu perbincangan yang menunjukkan orang-orang lain telah membuat pilihan
yang berisiko berbanding dirinya. Di akhir kajian didapati subjek-subjek telah beralih untuk membuat
keputusan yang lebih berisiko.

Alasan pujukan
Mengikut Vinokur dan Brunstein (1978), teori alasan pujukan menyatakan bahawa dengan memeberikan
sebab yang rasional, iaitu selepas mendengar sesuatu alasan daripada orang-orang lain yang menyokong
pandangannya, seseorang itu akan menjadi lebih yakin bahawa pandangannya adalah betul, dan
akibatnya beliau mengambil pandangan yang lebih ekstrim daripada sebelumnya.
Dengan kata lain, berlakunya sesuatu polarisasi bergantung kepada bilangan, jenis, sokongan dan
tentangan.

Etnosenterisme & Bias Terhadap Orang Lain.

63
Psikologi Sosial KSL 6213
Keahlian sesorang dalam kelompok mempengaruhi persepsidan sikap-sikapnya pada kelompok-
kelompok lain. Tiga kesan kognitif berkaitan dengan keahlian kelompok adalah bias keseragaman,
etnosenterisme kelompok dan bias memihak kelompok.
Bias Keseragaman
Dimanifestasikan apabila individu-individu mempersepsi manusia dalam kelompok lain(kelompok-luar)
adalah lebih kurang seragam atau homogenus dari segi ciri-ciri dan pendapat mereka, tetapi tidak dengan
ahli kelompoknya sendiri (kelompok-dalam).
Misalnya orang-orang Malaysia biasanya membandang orang Komunis sebagai serupa sahaja, iaitu
distereotaipkan sebagai jahat dan perosak masyarakt, dan mengkelompokannya sebagai mereka.
Terdapat juga kecenderungan dalam diri kita untuk membentuk sesuatu impresi terhadap ahli-ahli
kelompok luar. Kecenderungan ini telah membentuk satu kepercayaan yang dipanggil etnosentrisme.
Merupakan satu bias menyebelahi kelompok sendiri, menanggap apa sahaja yang ada kaitan dengan
kelompok sendiri sebagai baik dan sesuai, tetapi tidak apa yang dipunyai oleh kelompok luar.
Dalam bidang sosiologi, etnosenterisme merupakan satu kepercayaan yang mengagungkan budaya
sendiri dan menganggap budaya lain sebagai rendah. Kepercayaan ini cenderung untuk menyumbang
kepada sikap prasangka dan tindakan diskriminasi terhadap ahli-ahli kelompok luar.
Bias untuk Kepentingan Kelompok Sendiri
Mengikut Tajfel dan Turner (1979), teori identiti sosial mencadangkan bahawa melalui keahlian
kelompok seseorang dapat mendefinisikan identitinya.
Kita terdorong untuk mengekalkan harga kendiri yang positif dan mempersepsikan diri kita dalam cara-
cara yang positif atau negatif bergantung kepada bagaimana kita menilai kelompok kita dibandingkan
dengan kelompok lain. memihak kelompok.
Mengikut Tajfel dan Turner (1979), teori identiti sosial mencadangkan bahawa melalui keahlian
kelompok seseorang dapat mendefinisikan identitinya.
Kita terdorong untuk mengekalkan harga kendiri yang positif dan mempersepsikan diri kita dalam cara-
cara yang positif atau negatif bergantung kepada bagaimana kita menilai kelompok kita dibandingkan
dengan kelompok lain.

Penutup
Kelompok biasanya mengenakan kesan-kesan yang kuat terhadap sikap, motif dan tingkah laku individu-
individu ahlinya.
Kesan pemudahan sosial, yang merujuk kepada kesan-kesan terhadap prestasi akibat daripada kehadiran
orang lain. Begitu juga sering berlaku di mana apabila individu berada dalam kelompok yang lebih besar
beliau akan cenderung untuk melakukan tindakan yang ia sendiri tidak akan melakukanya sendirian.
Dengan demikian, kita seharusnya peka kepada jenis kelompok yang kita anggotai sama ada mempunyai
ciri-ciri yang positif dan dapat melahirkan individu yang juga positif.

Bab 11 : Psikologi sosial dan gender

64
Psikologi Sosial KSL 6213
Pendahuluan
Identiti gender
Stereotaip peranan –jantina
Perbezaan antara jantina
Perkembangan dan pengekalan peranan jantina
Perubahan dalam tingkah laku jenis jantina

Pendahuluan
Identiti gender
Stereotaip peranan –jantina
Menyebut perkataan diskriminasi gender, pasti kita terbayang perlakuan yang tidak adil terhadap wanita.
Tidak kira sama ada layanan ibu bapa terhadap anak-anak, majikan kepada pekerja atau masyarakat
keseluruhan terhadap kaum Hawa. Hakikatnya, istilah gender itu sebenarnya merujuk kepada kedua-dua
jantina iaitu lelaki dan wanita. Jika jantina jenis kelamin yang ditentukan oleh Allah taala, gender pula
ditentukan oleh sosial dan budaya masyarakat setempat.
Sebagai contoh, wanita dilabelkan sebagai orang dapur, manakala lelaki pula orang anjung.
Perunding Pembangunan keluarga, Dr. Husna Sulaiman menegaskan, isu gender timbul apabila wujudnya
diskriminasi seperti gaji dan peluang mendapat kerja atau kenaikan pangkat yang berbeza berdasarkan
jantina.
Perkara ini boleh dilihat berdasarkan jumlah wanita yang dipilih menjadi pemimpin politik, pengurusan
peringkat atas sama ada dalam agensi kerajaan mahu pun swasta.
Sebagai contoh, daripada 46 peratus jumlah tenaga kerja wanita dalam perkhidmatan awam, hanya 15
peratus daripada mereka yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).
``Ketidaksamaan yang wujud hari ini ialah status sosial dan politik, peluang-peluang pendidikan dan
latihan serta pekerjaan. Begitu juga akses kepada sumber.
``Lelaki dan wanita tidak mempunyai keupayaan yang sama untuk mendapatkan sumber, malah lelaki
juga lebih tinggi darjat dan berkuasa untuk membuat keputusan, begitu juga dalam menikmati manfaat
atau faedah daripada sesuatu,''jelasnya.
Beliau menekankan perkara tersebut pada Seminar Pembangunan dari Perspektif Gender anjuran
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di Petaling Jaya, baru-
baru ini.
Tidak dapat dinafikan, wanita dan lelaki adalah dua makhluk berbeza yang mana mustahil untuk kedua-
duanya bertukar jantina. Sehubungan itu, pembangunan yang ada perlu mengambil kira keperluan yang
berbeza antara lelaki dan wanita Misalnya, jika isteri boleh berpindah tempat kerja dengan alasan
mengikut suami, tidak ada salahnya jika suami dibenarkan berbuat demikian atas sebab yang sama.
Semua itu tidak memberi wanita darjat yang lebih tinggi daripada lelaki, sebaliknya kesenangan dan
keselesaan untuk kedua-dua pihak. Begitu juga masalah majikan yang kurang senang apabila kakitangan
wanita hamil kerana mereka pastinya akan bercuti dua bulan.
Hakikatnya, cuti tersebut bukan satu kelebihan berbanding lelaki, tetapi ia dibuat untuk menyesuaikan
diri dengan keperluan wanita. Perubahan itu perlu dilakukan dengan mengambil kira situasi semasa yang
mana wanita hari ini tidak hanya berperanan untuk keluarga atau terperap di dapur sahaja.
Sebaliknya, mereka adalah penyumbang besar kepada pembangunan serta ekonomi negara kerana
mereka juga berpendidikan serta berkemahiran. Ini jelas dapat dilihat dengan pertambahan wanita di
institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) mahu pun di dalam sektor pekerjaan.
Jika wanita selalunya dikaitkan dengan tugas sebagai kerani, jurutaip, guru dan jururawat, ia tidak lagi
relevan dengan kelahiran graduan wanita yang melebihi lelaki. Sepatutnya, setiap yang berkelulusan
serta berkemahiran dalam sesuatu bidang perlu diberi peluang yang adil dan saksama tanpa mengambil
kira jenis jantinanya.
Begitu juga amalan keluarga yang lebih mengutamakan anak lelaki serta lebih menekankan peranan ibu
berbanding bapa. Bagi Dr. Husna, budaya gender yang progresif dan positif dapat mengikis segala
rintangan dalam memastikan pembangunan potensi diri setiap individu tercapai.
65
Psikologi Sosial KSL 6213
Malah, hidup lebih harmoni apabila wanita dan lelaki diberi peluang yang sama rata beserta layanan yang
adil dan sesuai mengikut keperluan.
``Kesaksamaan gender bukan dari segi layanan kerana keperluan mereka berbeza, sebaliknya wanita dan
lelaki diberi peluang yang sama untuk merebut kemudahan.
``Begitu juga dalam tujuan membangun dan memajukan diri sebagai sumber manusia yang berkualiti
untuk negara,''ujarnya.
Meneliti situasi ini, Dr. Husna berpendapat ketidaksamaan gender berlaku kerana tingkah laku itu
dipelajari daripada budaya dan jangkaan dalam masyarakat.
Ini kerana budaya kita yang menetapkan peranan wanita dan lelaki yang menyebabkan stereotaip gender,
membawa kepada prejudis gender dan akhirnya menimbulkan diskriminasi gender.
Lebih menakutkan, walau lelaki dianggap sebagai ketua yang bakal memikul tanggungjawab memimpin,
membimbing dan membuat keputusan dalam sebuah keluarga, mereka tidak pula dilatih dari kecil.
Tidak hairanlah jika lebih ramai lelaki di tempatkan di pusat serenti sedangkan wanita membanjiri IPT
kerana mereka tidak diajar bertanggungjawab paling kurang terhadap diri sendiri sejak kecil.
``Pandangan masyarakat, lelaki bukan setakat pemimpin, pembimbing dan pendidik, tetapi juga
pelindung kepada kaum wanita yang lemah.
``Tetapi, kenapa keganasan rumah tangga berlaku kerana kedudukan tidak setaraf antara lelaki dan
wanita yang mana isteri dianggap pasif dan lemah, manakala suami dominan, agresif dan berkuasa,''
katanya lagi.

Perbezaan antara jantina

• SIAPAKAH yang lebih berkaliber menjadi ketua, lelaki atau wanita? Jika ditanya kepada setiap
individu pasti jawapan diberikan mereka berbeza-beza. Ada yang selesa bekerja di bawah ketua
lelaki kerana andaian lelaki lebih tegas dan tidak beremosi malah ada juga memberikan pendapat
sebaliknya. Pada April 2010, satu kaji selidik Dartmouth oleh pelajar jurusan sarjana mengenai
Strategi Untuk Wanita Melayari Landskap Korporat Baru mendapati, 90 peratus pelajar wanita
mengakui suka bekerja di bawah pengurus lelaki. Malah, uji kaji yang dijalankan Forbes Woman
di facebook dan LinkedIn juga menunjukkan keputusan yang sama. Persoalannya, adakah benar
kebanyakan wanita lebih suka bekerja di bawah pengendalian bos lelaki?
• Apakah ciri-ciri lelaki yang menyebabkan mereka dikatakan lebih bagus berbanding wanita
walaupun realitinya wanita lebih berkeupayaan memegang jawatan penting dalam syarikat.
Malah di kebanyakan negara, mereka diangkat sebagai orang penting bagi melaksanakan sesuatu
rancangan. Langkah kerajaan mengumumkan supaya 30 peratus daripada jawatan korporat
terpenting harus dipegang wanita bagi mencapai kesaksamaan gender 2016 adalah satu
cadangan yang harus dipuji bagi mengurangkan jurang perbezaan jantina dalam syarikat.

• Dalam satu perdebatan bertajuk Wanita Lebih Baik Menjadi Ketua yang diadakan sempena
Sidang Kemuncak Wanita 2011 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, di Pusat Konvensyen Sime Darby Kuala Lumpur 25 Julai lalu, setiap ahli panel

66
Psikologi Sosial KSL 6213
memberikan pelbagai hujah bagi menyokong atau membangkang topik diberikan. Pensyarah dan
pakar urologi Universiti Monash Sunway,

• Dr George Lee Eng Geap yang berasal dari Kelantan memberitahu, ia perkara biasa melihat
wanita Kelantan bekerja dan menjadi ketua keluarga manakala lelaki bermain wau atau terbabit
dengan aktiviti dikir barat dan pada masa sama, menjaga anak. “Ini tidak bermakna lelaki
Kelantan malas, tetapi ia lebih kepada budaya yang boleh diterima masyarakat apabila wanita
keluar mencari wang. Tiada isu mengenai wanita sebagai ketua,” katanya yang mengakui wanita
Kelantan mempunyai ciri-ciri pengendali wang yang baik serta mempunyai sikap positif dalam
pekerjaan.

• Menurut Dr Lee, lelaki dan wanita mempunyai ciri-ciri kepimpinan berbeza. Apa yang membuat
wanita menonjol adalah keghairahan mereka bekerja walaupun lelaki dikatakan memiliki sifat
dominan dan dinamik, namun apabila timbul krisis mereka cenderung melarikan diri
daripadanya. “Sebagai pakar urologi, saya seperti pakar sakit puan lelaki. Saya mempunyai
pesakit lelaki yang menafikan apabila diberitahu mengenai masalah kesihatan mereka. Reaksi
tipikal mereka akan lari daripada masalah ini. “Mereka seolah-olah mendengar apa yang
dikatakan, tetapi semua nasihat itu tidak akan kekal dan dilaksanakan. Berbeza dengan wanita
kerana mereka akan merawat penyakit dan menangani krisis dengan baik. Mereka tidak mudah
berputus asa dan menjadi pendengar yang baik dan inovatif dalam semua perkara,” ujarnya. Dr
Lee mengakui, walaupun lelaki gemar mengambil risiko, mereka tidak melihatnya sebagai
sesuatu yang baik. Ini kerana apa yang dilakukan lelaki sukar dijangka walaupun ada kalanya
memecah tradisi, namun akhirnya akan memberi kesan kepada diri mereka sendiri. “Walaupun
wanita dikatakan mempunyai pelbagai kebolehan, lelaki boleh menjadi seperti itu asalkan
mampu mengimbangi antara keluarga dan kerjaya,” ujarnya.

• Tambahnya, wanita sering menerima label sebagai terlalu emosi dan hanya sesuai melakukan
kerja rumah saja. Ada juga mengatakan wanita akan berasa terancam apabila melihat ada lagi
yang lebih baik daripada mereka. Namun dalam hal ini, ia tidak menjurus kepada wanita saja
kerana lelaki juga menghadapi masalah sama. “Ramai yang tidak sedar label yang diberikan
kepada wanita boleh juga digunakan untuk lelaki. Sebagai contoh, lelaki juga berasa terancam
melihat orang lain lebih baik dan menarik daripada mereka,” katanya. Justeru, menurutnya,
sewajarnya kedudukan teratas dalam syarikat perlu diberi kepada individu berdasarkan merit
dan bukannya gender.

• Selain itu media juga tidak harus memaparkan pencapaian wanita sebagai sesuatu yang luar
biasa kerana akan menampakkan pencapaian mereka lebih rendah daripada lelaki. Sama seperti
sistem kuota dalam dunia pekerjaan atau pendidikan. “Wanita sama dengan lelaki dalam dunia
pekerjaan. Saya tidak faham mengapa perlu ada manamana kuota yang diberikan kepada mana-

67
Psikologi Sosial KSL 6213
mana jantina, sekiranya mereka mampu melakukan tugas dengan baik, seharusnya jawatan itu
diberikan kepada individu itu,” katanya yang berharap diskriminasi gender di tempat kerja tidak
lagi dipakai pada hari ini.
• Pakar Perunding Kanak-kanak, Datin Dr Low Pek See, mempunyai pandangan berbeza mengenai
kemampuan wanita menerajui sesebuah organisasi. Menurutnya, wanita dan lelaki mempunyai
fisiologi berbeza, oleh sebab itu dalam hal tertentu lelaki lebih baik menjadi ketua berbanding
wanita. Dalam nada bimbang, Dr Low memberitahu, pandangannya ini mungkin akan
mencetuskan reaksi negatif daripada wanita lain. “Saya akui wanita adalah pelaksana tugas yang
baik sama ada di rumah mahupun di pejabat.

• Namun tugas utama seharusnya diberikan kepada lelaki kerana mereka sangat fokus melakukan
kerja. Sebaliknya, wanita sering dibimbangi dengan masalah rumah tangga seperti anak, suami
serta tugas di rumah. Jadi dengan begitu banyak komitmen dikhuatiri mereka tidak mampu
memberikan 100 peratus tumpuan di tempat kerja,” katanya. Satu lagi perkara yang boleh
membuat wanita kurang berkesan sebagai ketua adalah tabiat membandingkan dirinya dengan
wanita lain.

• Diakui wanita mempunyai kebijaksanaan emosi (EQ) yang lebih baik berbanding lelaki. Ini
bermaksud mereka mampu menangani masalah secara lebih berhemah dan positif terutama
daripada segi perhubungan sesama manusia. “Cara seseorang mengawal emosi adalah sangat
penting berbanding kebijaksanaan fikiran (IQ) kerana emosi membuatkan seseorang itu mampu
menangani tekanan serta mempunyai budi bicara yang baik apabila berurusan dengan manusia
terutama pekerja bawahan,” katanya. Pendapat ini turut dipersetujui Pengarah Global English,
Hamidah Ibrahim yang mengakui wanita lebih bijak menangani emosi dan tekanan kerana
mereka setiap hari dibebani tugas yang banyak sama ada di rumah dan di tempat kerja.

• Tetapi lelaki hanya mampu melakukan tugas pejabat saja yang biasanya diuruskan setiausaha
peribadi mereka iaitu wanita. Perdebatan ini turut disertai ahli panel lain termasuk peguam
daripada Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Thavalingam C Thavarajah; Ketua Serantau
Kumpulan Airasia, Adzhar Ibrahim dan Pengarah Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota
Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Tan Sri Datuk Dr Rafiah Salim sebagai penyelaras
program.

Bab 12 : Persekitaran fizikal dan tingkah laku sosial


Pendahuluan tingkah laku wilayah
Sumber tekanan dalam persekitaran
Melindungi alam sekitar
Tingkah laku ruang

68
Psikologi Sosial KSL 6213
Persekitaran fizikal dan tingkah laku sosial
Pendahuluan tingkah laku wilayah

Bunyi bising yang tidak menyenangkan boleh menjadi satu pencemaran alam sekitar. Pencemaran bunyi
bermaksud bunyi bising keterlaluan yang boleh memekakkan telinga sesiapa yang mendengarnya.
Kesan kesihatan akibat pendedahan bunyi bising yang melampau boleh menyebabkan kerosakan telinga
secara langsung malah memberi kesan buruk kepada kesihatan secara tidak langsung.

Pakar Perunding Pediatrik, Hospital Pantai Klang, Dr Shariza Lukman berkata, kehilangan pendengaran
akibat bunyi bising atau NIHL boleh berlaku secara serta-merta atau kronik atau tempoh lama untuk
menjadi ketara.Hal ini boleh bersifat sementara atau kekal, menjejaskan satu atau kedua-dua telinga dan
memberi kesan kepada semua peringkat umur. Menurut kajian dianggarkan 17 peratus daripada remaja
(12 hingga 19 tahun) mempunyai ciri-ciri masalah pendengaran (NIHL) dan puncanya termasuk aktiviti
seperti menembak, mendengar alat pemain lagu (MP3) dengan bunyi kelantangan yang tinggi, bermain
dalam kumpulan muzik dan menghadiri konsert.

“Pendedahan kepada bunyi yang kuat menyebabkan pengurangan sementara dalam sensitiviti
pendengaran dan tinnitus. Boleh bertahan selama beberapa jam bergantung kepada tahap pendedahan
dan boleh menjadi kekal bergantung kepada tahap dan pendedahan bunyi bising yang berlebihan.
“Jika ia berterusan boleh menyebabkan kehilangan pendengaran sensorineural pada kanak-kanak
menyebabkan penurunan prestasi sekolah dan masalah sosial dan emosi,” katanya.
Katanya, pencemaran bunyi turut memberi kesan buruk kepada kesihatan dan fisiologi secara tidak
langsung antaranya menyebabkan seseorang cepat marah, meningkatkan gula dan kolesterol dalam
darah selain meningkatkan kadar degupan jantung serta tekanan darah tinggi.
Katanya, antara kesan fisiologi lain termasuk peningkatan hormon adrenal (kortisol) sebagai tindak balas
tekanan atau stres, peningkatan berkaitan pembentukan ulser gastrik dan perubahan dalam pergerakan
usus serta peningkatan kekejangan otot.

Kesan bunyi mengikut umur kanak-kanak


Janin
Pendedahan ibu hamil kepada pencemaran bunyi boleh menyebabkan masalah pembesaran dan
pendengaran kepada janin
Bayi (pramatang/cukup bulan)
Pendedahan kepada bunyi bising (rawatan rapi neonatal 24 jam) kepada bayi pramatang yang
mempunyai organ pendengaran, sistem visual atau sistem saraf yang kurang matang boleh menyebabkan
masalah pendengaran
Kesan buruk lain akibat bunyi bising ialah gangguan tidur yang penting untuk tumbesaran.
Prasekolah/kanak-kanak bersekolah
Lebih 20 kajian yang melaporkan kesan buruk bunyi bising kepada prestasi akademik kanak-kanak
kerana kesan kepada pendengaran, gangguan tidur, kesan somatik (tekanan darah tinggi dan perubahan
hormon disebabkan tekanan).
Perubahan psikososial- fungsi kognitif terjejas membabitkan pembacaan, memori jangka panjang,
perhatian dan motivasi.
Remaja
Masalah kehilangan pendengaran mungkin tidak dapat dikesan walaupun setelah bertahun-tahun
terdedah kepada tahap kebisingan yang tinggi. Kajian menunjukkan terdapat kadar peningkatan dengan
masalah pendengaran remaja dalam tiga dekad terkini. Contoh sumber bunyi bising ialah mercun, alat
muzik atau pendedahan kepada disko dan konsert pop.
Biasanya bunyi radio, televisyen dan alat perkakas rumah adalah selamat. Jika sumber bunyi kurang
daripada 75 desibel (db), ia tidak menimbulkan masalah pendengaran, hanya bunyi yang melebihi 85dB
berulang kali dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kehilangan pendengaran.
Kehilangan pendengaran selalunya berlaku dalam tempoh beberapa tahun. Kebanyakan pesakit mungkin
tidak menyedari masalah pendengaran kerana ia berlaku secara beransur-ansur dan tidak mempunyai
sebarang kesakitan.
Mereka mungkin mempunyai masalah tinnitus, iaitu bunyi atau dengungan pada telinga. Ia akibat
daripada pendedahan jangka panjang kepada bunyi yang boleh merosakkan saraf pendengaran.

Kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi


- Janin dan bayi yang baru lahir

69
Psikologi Sosial KSL 6213
- Bayi pramatang dan bayi yang bersaiz kecil untuk usia kandungan
- Kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia, hiperaktif dan autistik
- Kanak-kanak yang memakan ubat ototoksid (ubat yang boleh merosakkan pendengaran)
Implikasi kesan bunyi
- Kemerosotan pembelajaran dan pendidikan (kelewatan perkembangankanak-kanak)
- Defisit/kekurangan pendengaran dalam jangka pendek diikuti dengan penyesuaian
- Kesan secara tidak langsung
- Pendedahan kepada bunyi bising yang melampau dan getaran semasa hamil boleh menyebabkan
peningkatan risiko kehilangan pendengaran pada bayi.
- Ia juga dikaitkan dengan kelahiran pramatang dan pertumbuhan terencat walaupun bukti saintifik
masih tidak meyakinkan.

Langkah pencegahan
Pendidikan: Mengenal pasti sumber bunyi dan mengetahui bunyi yang kuat boleh memberi kesan
negatif kepada kesihatan kanak-kanak dan boleh menyebabkan kerosakan kepada telinga (melebihi
85db).
Gunakan penyumbat telinga atau perlindungan yang lain apabila kanak-kanak terbabit dalam aktiviti
membabitkan bunyi kuat.
Jika kita tidak boleh mengurangkan bunyi bising maka ibu bapa perlu melarikan kanak-kanak dari tempat
yang bising.
Mereka juga perlu peka kepada bunyi bising berbahaya dalam persekitaran dan jika ada kebimbangan
mengenai masalah pendengaran dalam kalangan anak, mereka perlu berjumpa pakar telinga, leher dan
lidah (ENT).
Rawatan
Jika kanak-kanak menunjukkan masalah gejala pendengaran seperti pertuturan terhad (lambat
bercakap), sering tidak memberi perhatian sepenuhnya, kesukaran pembelajaran, memerlukan
kelantangan televisyen yang lebih tinggi dan gagal bertindak balas kepada perbualan atau menjawab
tidak sesuai kepada soalan, anda akan perlu membawanya berjumpa pakar ENT.
Pakar ENT boleh mengenal pasti masalah pendengaran dan mencadangkan cara terbaik untuk
menguruskan mereka.

Pendedahan kepada tahap bunyi bising yang sederhana boleh menyebabkan:


- Tekanan psikologi
- Kegusaran, gangguan dengan aktiviti dan pengasingan diri
- Sakit kepala, keletihan dan cepat marah boleh menjejaskan fungsi intelektual dan prestasi sekolah
Pendedahan kepada tahap bunyi bising yang kuat boleh menyebabkan:
- Perubahan personaliti - tingkah laku agresif dan ganas
- Mengurangkan keupayaan untuk menghadapi keadaan sukar
- Mengubah prestasi kerja dan fungsi intelek
- Boleh menyebabkan kekejangan otot dan mematahkan tulang (apabila bergabung dengan getaran yang
kuat)
- Gangguan tidur
- Perubahan kesihatan mental
Pendedahan kepada bunyi bising yang kuat secara tiba-tiba boleh menyebabkan:
- Reaksi mengejutkan dengan tindak balas tekanan
- Tindak balas tekanan keganasan - kejutan dan panik digambarkan pada kanak-kanak apabila terdedah
kepada boom sonik
- Penjejasan fungsi kognitif
- Pendedahan bunyi kronik merosakkan fungsi kefahaman kognitif- membaca dan memori jangka panjang
- Penjejasan fungsi kognitif bergantung kepada kekuatan dan jangka masa pendedahan kepada
pencemaran bunyi

Sumber tekanan dalam persekitaran


BENCANA alam memberi kesan kepada ekonomi negara sama ada dalam jangka masa pendek atau
panjang dan kesannya sukar diukur dengan tepat kerana ia bukan hanya melibatkan nilai mata wang
tetapi ia juga merangkumi persepsi dan emosi mereka yang terlibat dan juga yang melihat.

70
Psikologi Sosial KSL 6213
Adalah sukar untuk menilai kesan bencana alam terhadap faktor nilai yang terjejas dalam jangka masa
panjang kerana akan wujud pemulihan yang bertentangan dengan kesan kerugian yang berlaku.

Sebagai contoh, tanaman yang musnah mungkin bernilai RM1 juta tetapi dengan RM1 juta tidak mungkin
dapat membayar kerugian tersebut.

Petani mungkin menanam semula di kawasan bencana tersebut maka nilai tersebut sudah terbayar,
tetapi jika petani tidak menanam di kawasan itu, maka nilai kerugian akan meningkat.

Oleh itu kesan bencana alam kepada ekonomi adalah sukar dinilai dan mungkin juga mustahil untuk
dinilai dengan ukuran mata wang. Mungkin pada masa akan datang satu jadual pengiraan yang sesuai
boleh dibangunkan bagi menilai semua bentuk kerugian yang dialami oleh negara kesan dari bencana
alam.

Mungkin pada masa ini kita hanya mempunyai nilai dari ukuran mata wang sahaja, mungkin pada masa
akan datang kita juga boleh mengukur kerugian dari aspek emosi dan persepsi manusia yang terlibat dan
yang melihat.

Supaya nanti, kerugian sebenar dapat dinilai dan seterusnya nilai tersebut dapat memberi kita maklumat
yang menyeluruh dan keputusan yang sepatutnya dapat dibuat bagi menampung kerugian tersebut.

Mungkin dalam keadaan yang lain, maklumat tersebut berguna kepada kerajaan untuk menyediakan
peruntukan dan kemudahan yang bersesuaian bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam
pada masa akan datang.

Maklumat itu penting supaya kerajaan tidak berasa selesa dengan jumlah kerugian yang mungkin kecil
berbanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar. Tetapi mungkin dalam jangka masa panjang ia boleh
melumpuhkan ekonomi negara jika kerajaan tidak memperuntukkan sejumlah dana yang berpatutan bagi
tujuan kecemasan seperti bencana alam dan lain-lain kecemasan pada masa akan datang.

Dalam keadaan sekarang yang mana bencana alam boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, kemampuan
membina semula ekonomi dalam masa yang singkat selepas bencana adalah sangat penting bagi memasti
kelestarian ekonomi tidak terjejas.

Kemampuan untuk bangun semula selepas rebah dilanda bencana alam akan memberi kita satu kelebihan
dalam persaingan ekonomi yang semakin mencabar.

Kita sudah melihat Acheh rebah dibadai tsunami, kita juga sudah melihat Pakistan hanyut dilanda banjir
dan kesannya juga telah kita rasai dengan kenaikan harga barangan yang diimport dari negara-negara ini.

Namun begitu, kita juga melihat Jepun bangun dengan pantas selepas gempa bumi di Kobe dan tidak
terjejas dengan banyaknya gempa bumi atau tsunami yang melanda negara mereka sepanjang tahun.
Ekonomi mereka tidak terjejas sama sekali dengan bencana alam, pengeluaran dan pengeksportan tidak
terjejas dengan perkara yang sama, bahkan bencana alam telah menjadikan mereka lebih tabah, kreatif
dan berinovasi.

Kerajaan perlu melihat dan belajar bagaimana Jepun menguruskan kesan bencana alam kepada ekonomi,
sosial dan emosi yang mereka hadapi sepanjang tahun. Bencana alam yang berlaku di negara matahari
terbit itu sudah tidak menjadi kudis kepada ekonominya dan mencalar reputasinya di mata dunia.

Melindungi alam sekitar

71
Psikologi Sosial KSL 6213
Dalam mengatasi masaalah alam sekitar ini, ada beberapa cadangan atau pendekatan yang difikirkan
sesuai serta dapat diadaptasikan di Malaysia ini. Pertama sekali ialah penekanan kepada amalan hijau.
Amalan hijau ini sepatutnya bermula dari rumah hingga ke tempat kerja samada di organisasi kerajaan
atau swasta. Amalan hijau ini mencakupi satu ruang lingkup yang luas serta terkait dalam semua bidang
sebagai contoh, bangunan hijau, pemasaran hijau, e-perolehan kerajaan hijau dan lain-lain. Amalan hijau
ini adalah konsep Islam yang menekankan tugas dan tanggungjawab kita terhadap tiga paksi utama iaitu
hubungan dengan Allah, hubungan sesama insan dan hubungan dengan alam.

Kedua ialah berkaitan pencegahan rasuah alam sekitar. Pencegahan ini amat perlu memandangkan
orang-orang yang telah diberi kuasa serta dibayar gaji oleh kerajaan menjadi pengkhianat demi
mendapatkan keuntungan peribadi dan sanggup memusnahkan alam ini.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu direncanakan secara sistematik bagi
menjamin kelangsungannya serta mengawal elemen-elemen luar yang boleh mendatangkan
kemudaratan terhadap alam (Hazura dan Norhaidah. 2007: 32). Hubungan antara manusia dengan
alam sekitar merupakan antara perkara yang diberikan penekanan yang utama oleh Islam. Setiap
individu dalam masyarakat perlu menguruskan sumber alam dengan berhemah dan teliti bagi
mengelakkan berlakunya pembaziran sumber alam secara tidak terkawal.

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menterjemahkan alam sekitar sebagai unsur-unsur fizikal di persekitaran
manusia termasuk tanah, air, atmosfera, cuaca, bunyi, bau, rasa, unsur-unsur biologi haiwan dan
tumbuhan serta unsur-unsur sosial yang estetik. Kepelbagaian biologi yang diterjemahkan oleh Dasar
Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998 merangkumi kepelbagaian genetik, spesies dan ekosistem.

Bab 13 Psikologi sosial dan kesihatan.


Pendahuluan
Kesihatan dan tingkah laku kesihatan
72
Psikologi Sosial KSL 6213
Pengaruh sosial dan budaya pada kesihatan
Kepercayaan, sikap dan kesihatan
Ciri-ciri penyakit
Tekanan dan penyakit

Pendahuluan
Kesihatan dan tingkah laku kesihatan
Penerapan bidang psikologi sosial ke dalam bidang perubatan telah lama dilakukan khususnya di
Amerika Syarikat. John B. Watson tokoh utama aliran behaviorism mula mengenal pasti kepentingan
bidang sains tingkah laku di dalam bidang sains tingkah laku di dalam bidang perubatan sejak awal abad
ini. Malah Persatuan Psikologi Amerika telah menganjurkan simposium pertama psikologi dan
pendidikan perubatan pada 1911.

Pada akhir 70 an, displin psikologi kesihatan mula berkembang. Konsep perubahan tingkah laku
(behavioral medicine) yang mula mendapat perhatian pada tahun 1970. Gabungan antara bidang
psikologi sosial dengan bidang perubatan didapati begitu penting kerana tujuh daripada 10 sebab
kematian dalam kalangan masyarakat Amerika disebabkan oleh tingkah laku. Kesemua ini dapat
dikurangkan jika masyarakat mengurangkan tabiat seperti merokok, serta mengambil pemakanan yang
sihat, melakukan senaman fizikal, kurang minuman alkohol dan lain-lain.

Pengaruh sosial dan budaya pada kesihatan


Terdapat tiga konsep utama yang perlu diketahui apabila menyentuh bidang psikologi kesihatan:
1. Perubahan tingkah laku
2. Model biopsikologikal
3. Psikologi kesihatan

Perubahan tingkah laku


Merujuk kepada ilmu sains dan tingkah laku yang digunakan untuk memahami kesihatan fizikal manusia
dan menggunakan ilmu dalam bidang ini bagi pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit.

Model biopsikologikal
Pula melihat unsur biologikal, psikologikal dan sosial mempengaruhi kesihatan dan penyakit dalam
kalangan manusia.

Psikologi kesihatan
Pula merupakan bidang psikologi yang menumpukan perhatian kepada usaha untuk mencipta teknik
yang tertentu bagi membantu dan mencegah tingkah laku yang boleh mengancam manusia seperti
penyalah gunaan dadah, alkohol dan merokok.
Malah pemakanan dan gaya hidup boleh diubah kerana kedua-dua faktor ini juga memberi kesan kepada
kesihatan manusia.

Menurut Baron&Bryne (1991) terdapat tiga dapatan daripada kajian yang memperlihatkan faktor bukan
fizikal turut memainkan peranan penting dalam menentukan taraf kesihatan manusia.
1. Ada penyakit tertentu cenderung berlaku di kalangan individu yang memiliki ciri personaliti
tertentu.
2. Pemulihan seseorang pesakit sebahagiannya bergantung kepada faktor bagaimana doktor
berinteraksi dengan pesakit.
3. Status sosioekonomi begitu ketara mempengaruhi kesihatan apabila perkhidmatan perubatan
yang diperlukan adalah mahal dan tidak mampu diperolehi.

Tumpuan ke atas bidang psikologi kesihatan dilakukan kerana bidang ini mengkaji dua bentuk perlakuan
kesihatan dan faktor yang mempengaruhinya:
1. Tingkah laku kesihatan (health behaviour) dan tingkah laku berisiko (risk behaviour) melibatkan
tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya sesuatu penyakit seperti penggunaan dadah,
merokok dan alkohol atau tindakan yang boleh menghindarkan diri daripada dihidapi penyakit
seperti memilih makanan seimbang, riadah, mengguna perkhidmatan.

2. Tingkah laku sakit (illness behaviour) di mana tindakan pemikiran dan perasaan individu semasa
diserang penyakit dan sewaktu menjalani rawatan. Ini melibatkan gerak balas emosi kepada

73
Psikologi Sosial KSL 6213
rawatan, pemulihan rawatan dan mengikuti arahan pegawai perubatan. Semua ini dilakukan
dalam usaha untuk pulih dalam keadaan yang sihat.

Berdasarkan kedua-dua faktor ini, bidang psikologi kesihatan mengkaji preventive health behavior,
tingkah laku sakit (illness behaviour) dan sick role behaviour yang saling berkaitan. Ketiga-tiga merujuk
kepada apa yang individu lakukan untuk menghindarkan diri daripada jatuh sakit, bagimana individu
mencari keperluan rawatan dan bagaimana individu bertindak apabila ia jatuh sakit. Ketiga-tiga konsep
ini kesemuanya merujuk kepada health-related behavior.

Ada empat faktor yang perlu dilihat dalam usaha untuk memahami tingkah laku-tingkah laku yang
berkaitan dengan kesihatan dan penyakit.

1. Kesihatan dan jatuh sakit adalah perkara yang universal. Semua manusia pernah jatuh sakit dan
akan berada dalam keadaan sihat atau sakit.
2. Kepercayaan tentang kesihatan dan sakit adalah sebahagian daripada rangka sesuatu budaya.
Misalnya ada budaya mempercayai sebab sesuatu penyakit itu disebabkan faktor institusi,
peranan dan norma yang membentuk tingkah laku kesihatan dan sakit.
3. Kesihatan dan sakit adalah asas kepada perkembangan fzikal, psikologikal dan sosial manusia. Ia
dialami dalam jangka hidup dan mempengaruhi persepsi dan emosi manusia.
4. Kajian ke atas tingkah laku kesihatan dan tingkah laku sakit menggalakkan perhubungan antara
konsep sosial dan psikologikal dengan proses biologikal.

KEPERCAYAAN, SIKAP DAN KESIHATAN

Pengkajian perhubungan di antara pemboleh ubah psikologikal sosial dan kecelaruan fizikal
memperlihatkan ada tingkah laku manusia yang membawa kepada kemerosotan taraf kesihatan.
Terdapat tiga cara di mana tingkah laku boleh menjejaskan kesihatan manusia:
1. Tingkah laku boleh mempengaruhi kesihatan melalui perubahan fisiologikal akibat berlakunya
peristiwa psikologikal sosial. Asas kepada perhubungan ini merujuk kepada konsep tekanan
psikologikal yang melibatkan reaksi emosional, fisiologikal dan tingkah laku atau gangguan
psikik. Sewaktu menghadapi tekanan, manusia menilai sejauh mana tekanan itu mengancam dan
kemudian memilih gerak balas yang bersesuaian untuk menghadapi ancaman ini.
Pada masa yang sama, perubahan biologikal berlaku di dalam tubuh dan membantu individu
untuk menghadapi tekanan. Proses di mana tubuh cuba meredakan tekanan dilakukan melalui
proses daya tindak. Daya tindak dirujuk sebagai usaha untuk menjauhkan diri, mengurang atau
cuba bertoleransi dengan sebab dan akibat daripada tekanan psikologikal.

2. Tingkah laku manusia boleh mempengaruhi taraf kesihatan sama ada secara langsung atau tidak
langsung dengan mengubah fungsi biologikal melalui penggunaan dadah atau merokok yang
berupaya menyebabkan berlakunya kecelaruan kronik pada sistem tubuh.
Tingkah laku lain yang boleh menjejaskan kesihatan ialah seperti penggunaan alkohol, makan
makanan yang tidak seimbang kurang senaman dan kurang menjaga kebersihan diri.

3. Faktor ketiga yang telah dikenal pasti ialah tingkah laku individu sewaktu diserang penyakit.
Tingkah laku ini termasuk reaksi kepada simptom penyakit, keputusan sama ada untuk
mendapatkan rawatan dan pengalaman sewaktu jatuh sakit. Proses ini boleh menyebabkan
individu melengahkan diri daripada mendapat rawatan perubatan tidak mengikut arahan yang
diberikan oleh doktor atau pegawai perubatan.

Tekanan dan penyakit


Perubahan landskap sosial hari ini telah banyak menyumbang kepada wujudnya peningkatan masalah
kesihatan dan gangguan psikologi seperti isu perkahwinan, keluarga, tekanan kerja, penagihan alkohol,
penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebabkan kemurungan, kebimbangan,
stres dan pelbagai kecelaruan psikologi yang memberi impak terhadap kualiti dan kesejahteraan hidup
secaraholistik.

74
Psikologi Sosial KSL 6213
Kesihatan mental seringkali dikaitkan dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Ia merangkumi perasaan, fikiran dan tingkahlaku
dalam diri sendiri, kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan
persekitarannya serta bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, cabaran dan tekanan
yang timbul dalam kehidupan seharian. Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan
yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh
menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO).

Kajian Beban Penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga meramalkan masalah
kemurungan yang menjadi antara punca penyakit mental akan naik ke tangga kedua teratas selepas
penyakit antung iskemia diseluruh dunia menjelang 2020. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan ke-III pada 2006 menunjukkan kewujudan masalah kesihatan mental adalah 11.2 peratus di
kalangan orang dewasa dan 20.3 peratus di kalangan kanak-kanak dan remaja. Kajian ini juga telah
melaporkan bahawa seramai 3 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan
mental.

Daripada statistik tersebut, seramai 20 hingga 30 orang dari setiap 100,000 rakyat didapati membunuh
diri setiap tahun. Peningkatan turut dilihat dalam trend mendapatkan rawatan masalah mental di
hospital-hospital kerajaan sebanyak 15.6 peratus atau 400, 227 pada tahun 2008 berbanding 346, 196
pesakit pada tahun 2007. Ini menggambarkan bahawa kesihatan mental di kalangan masyarakat hari ini
terjejas dan kian merosot.

Apa itu penyakit mental?

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh
menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang
mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Laporan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang
menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini
akan menjadi penyebab kedua tertinggi.

Kesihatan mental vs kesihatan fizikal

Kesejahteraan mental boleh memberikan kesan terhadap kesihatan fizikal. Penyakit mental
yang serius boleh memberikan impak terhadap kehidupan. Individu yang menderita atau
mengalami masalah mental biasanya kurang mengambil berat dari perspektif fizikal mereka.
Berdasarkan kajian, kesan penyakit mental dalam kehidupan adalah lebih besar daripada
risiko-risiko lain seperti merokok, obesiti dan kencing manis.

KECELARUAN MENTAL

Ciri individu mengalami kecelaruan mental;

75
Psikologi Sosial KSL 6213

1. Bertentangan dengan Kebiasaan: Individu memberitahu melihat dan mendengar perkara yang tidak
wujud iaitu halusinasi dan delusi.
2. Tingkah laku bertentangan dengan nilai masyarakat: setiap masyarakat/budaya memiliki tatacara dan
adab yang biasa diikuti
3. Persepsi dan Interpretasi realiti: individu yang berhadapan dengan tekanan dan kesedihan. Selain itu,
mereka cenderung untuk menafikan dan tidak dapat menerima kenyataan.
4. Salah Adaptasi: tingkah laku yang membataskan kefungsian, peranan dan tingkahlaku yang menyebabkan
kesedihan dan ketakutan serta takut berada di tempat yang ramai orang seperti pasaraya dan majlis
keramaian.
5. Kesusahan Peribadi: masalah emosi seperti mengalami kebimbangan, takut dan kemurungan. Emosi
berpanjangan hingga mengganggu individu untuk berfungsi secara normal.
6. Tingkah laku berbahaya: individu yang ingin membunuh diri dan melakukan perkara mengancam nyawa
orang lain akibat tekanan emosi.

JENIS PENYAKIT MENTAL :

Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :

1.Neurosis

Individu yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan terhadap
aspek pemikiran, perasaan dan kelakuan namun ia tidak sampai ke tahap yang boleh menjejaskan
kewarasan. Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar keadaan kesihatan namun
aktiviti harian sedikit terganggu. Contoh penyakit neurosis ialah:

a. Kemurungan

Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang
sering kita alami namun jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan
melebihi tempoh dua minggu serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih yang
lazim tetapi penyakit kemurungan.

b. Kebimbangan

Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah. Seseorang itu akan berasa tertekan,
tegang, berpeluh, berdebar debar dan berasa takut yang melampau akan memberi bahaya yang mereka
tidak ketahui puncanya.

2.Psikosis

Mereka yang mengalami penyakit Psikosis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam aspek
pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas. Penderita akan berasa
keliru dengan mengalami suara-suara ghaib yang berkomunikasi dengan mereka yang dikenali sebagai
Halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan

76
Psikologi Sosial KSL 6213
menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan yang dipanggil Delusi. Antara contoh Delusi ialah
beranggapan ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka
bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan. Mereka mungkin bercakap dengan
merapu atau mengarut, berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada
bersebab. Contoh Psikosis yang sering dialami adalah:

a. Skizofrenia

Antara ciri utama Skizofrenia ialah individu akan mengalami halusinasi, delusi, kecelaruan pemikiran,
kecelaruan pertuturan dan tingkah laku. Selain itu juga prestasi kerja mereka juga merosot dengan
ketara.

b. Kecelaruan Bipolar

Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi mood dan emosi. Mereka
sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa mania) atau terlalu sedih (fasa kemurungan).

3. Kecelaruan Personaliti

Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karakter.
Masalah yang dialami ini boleh memberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang di
sekelilingnya.

PENYEBAB BERLAKUNYA PENYAKIT MENTAL

Terdapat beberapa faktor yang berkemungkinan boleh tercetusnya penyakit mental. Antaranya ialah:

i. Faktor Genetik / Keturunan


Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding
populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

ii. Gangguan Bahan Kimia Dalam Otak

Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala
penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya:
o Skizofrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan.
o Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah.
o Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau.
o Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin.

iii. Jangkitan Virus


Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental.

iv. Sejarah Hidup Yang Getir


Antara contohnya ialah mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil, terlalu
banyak mengalami cabaran hidup yang sukar.

77
Psikologi Sosial KSL 6213

v. Keadaan Sosio-Ekonomi Yang Rendah


Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan
masalah penyakit mental.

ADAKAH PENYAKIT MENTAL BOLEH DIUBATI?


Ya, penyakit mental boleh diubati. Ini kerana kemajuan dalam bidang perubatan moden telah
membolehkan penemuan ubat-ubatan yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental. Hampir
semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya
boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakkan. Selain ubat
psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok,
terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psiko-sosial telah
terbukti sama pentingnya.

ADAKAH UJIAN YANG BOLEH MENGUKUR TAHAP KESIHATAN ANDA

Individu yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka boleh mengambil program
saringan kesihatan mental secara atas talian kerana ianya mudah, cepat dan ringkas.
Walaubagaimanapun ia tidak dapat menggantikan pemeriksaan dan penilaian yang lazim dijalankan oleh
anggota kesihatan mental yang terlatih.

Langkah-langkah ke arah kesihatan mental yang positif

• Menerima kenyataan diri secara realistik.


• Mengendalikan masa dengan baik ( time management ).
• Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
• Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
• Menjaga kesihatan fizikal.
• Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
• Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
• Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
• Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
• Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.

Jaga waktu kerja dan beban kerja

Menurut Dr Shaeraine, dianggarkan 3 hingga 10 pekerja di sesuatu tempat kerja akan mengalami masalah
mental dalam mana-mana setahun. Laporan Pelan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 2016-2020,
78
Psikologi Sosial KSL 6213
menyatakan hanya 10% daripada pesakit berkaitan mental mendapat pekerjaan setelah menjalani
program Sokongan dan Penempatan Individu – Sokongan Pekerjaan( IPS-SE ), yang diperkenalkan oleh
kerajaan.

“Tempat kerja perlu menekankan aspek kepentingan kesihatan mental dengan memupuk
kesedaran dan menolak stigma berkaitan penyakit berkenaan,” katanya.

Beliau menegaskan, tempat kerja mempunyai banyak kelebihan untuk menggalakkan pengetahuan
mengenai kesihatan mental termasuk akses kepada kumpulan sasaran, golongan yang mungkin
mengalami beberapa bentuk kemurungan atau kecelaruan mood manik-depresif.

“Ini termasuk akses bagi kumpulan kerja yang padu seperti pengurusan tekanan, latihan berkemahiran
dan sokongan untuk menggabungkan pesakit berkaitan mental untuk kembali ke tempat kerja,” jelas
beliau. Penyebab utama kebimbangan yang didapati tidak dipertimbangkan atau diberi perhatian adalah
hakikat bekerja untuk jangka masa lama akan memberi kesan mendalam kepada kesihatan mental
seseorang.

“Tubuh menaikkan hormon tekanan, tahap kortisol yang tinggi akan menyebabkan gangguan dalam
pembelajaran, daya ingatan, mengurangkan fungsi imun, kepadatan tulang, peningkatan berat badan,
tekanan darah, kolesterol, penyakit jantung dan mengurangkan jangka hayat,” kata doktor itu.

Kesihatanmentalpekerjasumbangproduktivitiorganisasi
LILIS SURIANI OMAR | 08 September 2016 8:18 PM
0 0 Google +0
KUALA LUMPUR 8 Sept. - Pelaburan dalam kesihatan mental dan kesejahteraan emosi pekerja mampu
memberi keuntungan yang baik kepada organisasi kerana membentuk budaya tempat kerja positif,
mengurangkan bilangan pekerja mengambil cuti sakit serta insiden ketidakhadiran atau 'presenteeism'.

79
Psikologi Sosial KSL 6213
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kesihatan
mental yang baik adalah penting di tempat kerja kerana ia
menyumbang kepada produktiviti dan keuntungan lebih
tinggi.
“Ketidakhadiran adalah apabila seorang pekerja berniat
atau sengaja tidak pergi kerja dengan kerap, manakala
‘presenteeism’ pula apabila pekerja datang bekerja
walaupun sakit atau mengalami tekanan melampau tetapi
kedua-duanya boleh memberi kesan negatif kepada
organisasi dari segi produktiviti dan prestasi.
“Tinjauan Kesihatan Kebangsaan Morbiditi Malaysia
(NHMS) 2015 mendapati, 29.2 peratus orang dewasa di
Malaysia mengalami penyakit mental. Tekanan berkaitan
pekerjaan merupakan satu isu paling mencabar dalam
keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) hari ini,”
katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, beban kerja berlebihan, pengurusan kerja
tidak cekap, peranan kerja yang bercanggah, pekerjaan
tidak stabil, konflik interpersonal, penderaan fizikal dan
psikologi, gangguan seksual, kurang sokongan daripada
LEE LAM THYE pihak pengurusan tinggi serta komunikasi tidak efektif
menyumbang kepada risiko psikososial di tempat kerja.
“Ada majikan dan pengurus yang menyebabkan tekanan di tempat kerja kerana mereka menafikan
keseimbangan antara kerja dan kehidupan amat diperlukan untuk mengekalkan kesihatan mental positif
bagi pekerja,” katanya.
Menurut Lam Thye, majikan perlu menggerakkan jawatankuasa OSH untuk memeriksa dan
mengenalpasti masalah berkaitan kesihatan mental di tempat kerja dan merangka program yang sesuai
bagi menangani masalah tersebut.
“Langkah-langkah pencegahan adalah penting terutamanya apabila majikan dan pekerja mungkin tidak
dapat mengenali tanda-tanda tekanan atau risiko psikososial seperti kemurungan sederhana, contohnya
‘burnout’ dan ‘dysthymia’.
“Dalam masa sama, kerajaan pula perlu memperkenalkan garis panduan untuk menggalakkan kesihatan
mental di tempat kerja melalui kempen dan pendidikan mengenai kesihatan mental, sama ada di
peringkat kebangsaan, negeri atau organisasi,” katanya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kesihatan-mental-pekerja-sumbang-
produktiviti-organisasi-1.380364#sthash.pd3m8YV3.dpuf

JEREBUDANPSIKOLOGI

OLEH PROF. MADYA DR. HAIRUL ANUAR HASHIM


Nasihat-nasihat pencegahan ini perlulah dipatuhi bagi
mengekalkan kesihatan fizikal. Selain kesan terhadap kesihatan
fizikal, jerebu juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan
emosi individu.

80
Psikologi Sosial KSL 6213
Hubung kait keadaan persekitaran seperti cuaca dan emosi telah banyak dikaji. Dapatan-dapatan kajian
jelas menunjukkan bahawa cuaca menyebabkan kesan negatif terhadap emosi diri seseorang. Pada
musim-musim tertentu, seperti musim sejuk, hujan dan panas yang keterlaluan, individu cenderung
untuk mengalami peningkatan emosi negatif seperti kemurungan dan kebimbangan.
Menurut buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders – 5, terbitan Persatuan Psikologi
Amerika, kecelaruan emosi berkaitan perubahan cuaca ini dinamakan Kecelaruan Perasaan Bermusim
atau dalam bahasa Inggerisnya Seasonal Affective Disorder.
CUACA DAN EMOSI
Di negara-negara dengan empat musim, kecelaruan emosi didapati meningkat terutamanya semasa
musim sejuk dan musim panas yang melampau. Cuaca panas melampau didapati mencetuskan
peningkatan sikap agresif individu. Manakala cuaca sejuk dan basah seperti musim salji dan musim hujan
mencetuskan emosi murung.
Terdapat pelbagai penjelasan tentang mengapa seseorang cenderung untuk mengalami kemurungan
semasa musim sejuk dan basah. Salah satu hipotesis yang diutarakan berkait dengan jumlah cahaya
matahari yang diterima oleh otak. Cahaya membantu otak dalam menentukan apa yang dipanggil
circadian rhythms. Ini merujuk kepada proses perubahan dalaman badan mengikut kitaran masa,
terutamanya tindak balas badan terhadap cahaya dan kegelapan atau siang dan malam.

Cahaya itu mencetuskan pelbagai reaksi kimia dalam otak yang menjadikan individu lebih peka dan
gembira. Suasana gelap dan mendung pula cenderung untuk menghasilkan emosi sebaliknya.
Badan bertindak balas terhadap kegelapan dengan menghasilkan hormon melatonin yang merupakan
sejenis hormon menyebabkan rasa letih dan mengantuk. Sebaliknya, cahaya juga membuatkan kita
menghasilkan lebih banyak hormon serotonin dan ini menyebabkan otak kita menghasilkan hormon
tertentu yang membuatkan kita lebih peka dan ceria.

Berdasarkan hipotesis cahaya dan emosi ini, perubahan emosi yang berlaku semasa musim sejuk dan
hujan dipercayai berkaitan dengan pengurangan jumlah cahaya yang diterima oleh otak. Oleh yang
demikian, apa-apa keadaan cuaca yang menyebabkan keadaan gelap dan mendung, seperti keadaan
jerebu sekarang, akan mempengaruhi pengeluaran hormon tersebut.
Seterusnya, ini akan mempengaruhi emosi diri individu. Selain cahaya, perubahan gaya hidup seharian
seperti keterbatasan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan, khususnya aktiviti yang melibatkan interaksi
sosial, turut menyumbang terhadap perubahan emosi. Ini kerana, pergaulan sosial merupakan salah satu
cara yang sangat berkesan dalam mencetuskan emosi positif diri.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Sains Kesihatan Malaysia dalam tahun 2008 yang
melibatkan pelajar-pelajar sebuah universiti di Kuala Lumpur, jerebu menyebabkan peningkatan emosi
yang ketara seperti “merasa tertekan”, “tidak bertenaga”, “malas”, “cemas dan takut”, “gelisah dan cepat
marah”, dan “tidak mempunyai selera makan”.

Selain itu, dalam satu kajian lain yang dijalankan terhadap posting di media sosial Twitter di Singapura,
penyelidik mendapati bahawa terdapat peningkatan emosi negatif melalui posting yang dibuat sewaktu
puncak keterukan jerebu. Peningkatan ketara emosi negatif jelas daripada penggunaan ayat sumpah
seranah, selain paparan perkataan yang menggambarkan emosi bimbang dan marah.
Keadaan cuaca berjerebu yang dialami sekarang jelas mempengaruhi emosi individu ke arah yang lebih
negatif. Oleh yang demikian, selain mematuhi nasihat-nasihat perubatan, kepentingan untuk merangsang
emosi ke arah yang lebih positif adalah sangat jelas.
Pelbagai kaedah untuk merangsang emosi positif yang pernah diutarakan dalam ruangan yang lepas
boleh digunakan untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik secara menyeluruh.

81

Anda mungkin juga menyukai