Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

LOG PEMENTORAN
Tarikh: 26 Mac 2015 Bil. Pertemuan : 7

AKTIVITI

I. Rancangan Pelajaran Tahunan perlu disediakan sebelum mula mengajar dan perlu
memastikan sukatan pelajaran dapat diselesaikan dalam tempoh hari persekolahan
tahun tersebut.
II. Menyediakan rancangan pengajaran harian bagi setiap subjek dan mengajar
mengikut apa yang dirancangkan, ia mesti disediakan sebelum mengajar.
III. Rancangan pengajaran harian disediakan dengan menggunakan komputer
seterusnya mencetak dan masuk ke dalam satu fail.
IV. Pelaksanan Pembelajaran dan Pengajaran bagi setiap mata pelajaran perlu
mengandungi set induksi, kemahiran komunikasi, teknik penyoalan, sumber
pendidikan dan juga tugasan bagi murid.

ISU / PERBINCANGAN

-Pendedahan kepada pengurusan dan pelaksanan bidang kurikulum di sekolah.


-Pelaksanan dalam menyediakan rancangan pengajaran harian.

ULASAN

Rancangan pengajaran harian dapat disediakan dengan mengikut Rancangan


Pelajaran Tahunan yang dirancangkan. Selain itu juga dapat disediakan dalam masa
yang ditetapkan iaitu sebelum mula mengajar. Fail rekod pengajaran dapat disediakan
secara teratur dan kemas. Proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan
dengan lancar di dalam kelas.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. …………………………………
( ) ( )
Tarikh : 29/03/2015 Tarikh : 29/03/2015
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
LOG PEMENTORAN
Tarikh: 2 April 2015 Bil. Pertemuan : 8

AKTIVITI

I. Menghadiri diri dalam Program Guru Muda 1 Malaysia (GM1M)


II. Belajar bagaimana menggunakan peralatan yang terdapat dalam frogvle.
III. Mengetahui cara membina “site” sendiri dan dikongsikan kepada murid-murid dan
juga guru-guru.
IV. Dalam membina “site”, belajar juga fungsi setiap “widget” yang digunakan
contohnya “Ab” digunakan untuk menambahkan teks.
V. Selepas “site” dibina dan dikongsikan kepada murid-murid dan guru-guru, ia boleh
didapati dengan menggunakan YesID murid atau guru yang lain.
VI. Dalam frogvle, juga boleh mendapatkan buku teks dan buku cerita yang lain dari
“frogstore”.

ISU / PERBINCANGAN

-Pendedahan kepada mengaplikasikan frogvle dalam pembelajaran dan pengajaran.

ULASAN

Kegunaan frogvle adalah pelbagai dan juga boleh menarik perhatian murid-murid dalam
pembelajaran dan pengajaran. Frogvle dapat memudahkan guru dalam menyediakan
bahan bantu mengajar semasa hendak menyampaikan suatu pengajaran. Contohnya ia
dapat memasukkan video yang menarik, bahan bacaan yang pelbagai, membuat
soalan kuiz dan sebagainya. Semua ini dapat menjadi pembelajaran dan pengajaran
yang disampaikan menjadi menarik. Jadi, harapkan semua guru dapat menggunakan
frogvle dalam pembelajaran dan pengajaran mereka.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. …………………………………
( ) ( )
Tarikh : 05/04/2015 Tarikh : 05/04/2015
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
LOG PEMENTORAN
Tarikh: 9 April 2015 Bil. Pertemuan : 9

AKTIVITI

I. Setiap guru akan diberi tugas dalam salah satu aktiviti kokurikulum.
II. Aktiviti kokurikulum di sekolah termasuklah persatuan, kelab, permainan dan juga
badan beruniform.
III. Saya diberi tugas sebagai guru penasihat bagi kelab catur.
IV. Sebagai guru penasihat perlulah menjalankan tugas seperti menyediakan satu
portfolio untuk menyimpan segala berkaitan dengan kelab catur.
V. Selain itu, perlu mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli kelab catur untuk
melantik ahli jawatankuasa bagi kelab catur.
VI. Setiap perjumpaan, guru penasihat perlu mencatat kehadiran ahli, mencatat aktiviti
yang dijalankan dan membuat laporan bagi setiap perjumpaan.
VII. Aktiviti kokurikulum adalah dijalankan pada setiap hari Rabu selepas tamat waktu
persekolahan dan selama satu jam.

ISU / PERBINCANGAN

-Pendedahan kepada pengurusan kokurikulum.

ULASAN

Semua guru dan semua murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum setiap
hari Rabu. Dalam setiap aktiviti kokurikulum, murid-murid dapat belajar kemahiran yang
lain yang tidak dapat dipelajari dalam waktu pembelajaran dan pengajaran.
Portfolio yang disediakan oleh guru penasihat adalah sistematik disebabkan mengikut
kandungan yang ditetapkan seperti carta organisasi kelab catur, senarai ahli kelab
catur, senarai AJK kelab catur, senarai kehadiran ahli, surat-surat berkaitan dengan
kelab catur dan laporan kelab catur.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. …………………………………
( ) ( )
Tarikh : 12/04/2015 Tarikh : 12/04/2015
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
LOG PEMENTORAN
Tarikh: 16 April 2015 Bil. Pertemuan : 10

AKTIVITI

I. Saya diberikan tugas sebagai Setiausaha Sukan dan juga Ketua Panitia Pendidikan
Jasmani Dan Kesihatan.
II. Kerja saya sebagai Setiausaha Sukan haruslah menyelaras semua aktiviti sukan
sekolah seperti mengurus pelaksanaan kegiatan sukan dan permainan di peringkat
MSSD, MSSN dan MSSM, melaksana sukan tahunan, merentas desa dan
sebagainya.
III. Sebagai Setiausaha Sukan, saya juga perlu memastikan kemudahan- kemudahan
asas, perkakasan dan peralatan sukan mencukupi dan selamat untuk kegunaan
murid.
IV. Tambahanpula, menghadiri kursus berkaitan kokurikulum sukan dari semasa ke
semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran guru.

ISU / PERBINCANGAN

-Pendedahan kepada pengurusan sukan.

ULASAN

Saya mesti menjalankan tugas yang diberikan dengan amanah dan penuh
tanggungjawab. Saya pernah mengurus tentang MSSD termasuklah membawa murid-
murid ke luar sekolah untuk menyertai MSSD. Semasa membawa murid ke MSSD,
saya dapat banyak pengalaman baru. Contohnya menjaga keselamatan murid,
memberi perhatian dalam pendaftaran murid, memahami kain nombor yang berlainan
warna adalah menunjukkan kategori peserta dan lain-lain lagi. Bagi pengurusan
peralatan sukan, saya mengemas dan menyusun alat-alat sukan supaya memastikan
alatan tersebut dalam keadaan yang selamat dan senang diambil oleh guru lain atau
murid semasa kelas Pendidikan Jasmani.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. …………………………………
( ) ( )
Tarikh : 19/04/2015 Tarikh : 19/04/2015
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
LOG PEMENTORAN
Tarikh: 23 April 2015 Bil. Pertemuan : 11

AKTIVITI

I. Murid-murid di sekolah ini adanya kurang minat dalam pembelajaran, ini


disebabkan perangai murid-murid agar malas dan tidak suka membaca.
II. Dengan ini pihak sekolah telah menganjurkan beberapa program kepada murid
Tahun 6 seperti Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia UPSR.
III. Program ini dijalankan pada 30 Mac 2015 di dewan sekolah dan pada pukul 2.00
petang.
IV. Pihak sekolah telah menjemput penceramah dari sekolah lain untuk
menyampaikan teknik-teknik menjawab soalan Bahasa Malaysia UPSR bagi
murid-murid Tahun 6.
V. Selain itu, program ini juga disertai oleh murid-murid Tahun 6 dari sekolah-
sekolah lain yang berhampiran dengan SJKC Boon Lim.
VI. Beliau telah menjalankan aktiviti kumpulan bagi menarik minat murid dan
mengajar murid-murid cara membina ayat berdasarkan gambar yang diberi.

ISU / PERBINCANGAN

-Pendedahan kepada pengurusan sahsiah murid.

ULASAN

Program ini dijalankan dapat membina minat murid-murid terhadap pembalajaran


mereka. Selain itu, dapat juga mengubah sikap murid yang malas dan tidak suka
membaca kerana melalui program ini mereka mengetahui menjawab soalan Bahasa
Malaysia tidak begitu susah jika mereka dapat belajar teknik-teknik yang disampaikan
oleh penceramah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. …………………………………
( ) ( )
Tarikh : 26/04/2015 Tarikh : 26/04/2015
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
LOG PEMENTORAN
Tarikh: 30 April 2015 Bil. Pertemuan : 12

AKTIVITI

I. Bagi mengelakkan murid malas membuat kerja sekolah, guru besar telah
mengambil tindakan bahawa sesiapa yang tidak menyiapkan kerja sekolah akan
ditinggalkan di sekolah semasa waktu rehat dan juga selepas waktu
persekolahan. Murid tersebut hanya boleh rehat ataupun pulang ke rumah jika
dia menyiapkan semua kerja sekolah yang dia hutang. Ini merupakan salah satu
denda bagi murid yang malas menyiapkan kerja sekolah di rumah.
II. Bagi menjaga kesihatan dan juga keselamatan murid, mulai minggu ini pihak
sekolah telah menjalankan pemeriksaan kuku murid. Ini disebabkan terdapat
banyak murid mempunyai kuku yang panjang dan kebanyakkannya mempunyai
kuku yang kotor. Dengan ini akan memudahkan mereka mendapat penyakit dan
juga akan mencederakan murid lain semasa mereka bermain bersama
terutamanya masa Pendidikan Jasmani.

ISU / PERBINCANGAN

-Pendedahan kepada pengurusan sahsiah murid.

ULASAN

Kedua-dua tindakan ini harus diteruskan sepanjang tahun sehingga semua murid boleh
mendisiplinkan diri seperti menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru dan hantar
pada masa yang ditetapkan serta mempunyai tabiat memotong kuku apabila mendapati
kuku panjang. Dengan demikian, murid-murid akan belajar bagaimana berdisiplinkan
diri mereka dan bukan bergantung kepada guru-guru ataupun guru besar.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. …………………………………
( ) ( )
Tarikh : 05/05/2015 Tarikh : 05/05/2015

Anda mungkin juga menyukai