Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 6

1. Nyatakan perubahaan dari segi i yang berlaku dalam diri seseorang idividu ketika melalui proses

akil baligh dari segi:

i. Emosi

Setiap remaja akan mengalami proses akil baligh sama ada cepat atau lambat semasa akil
baligh . Antara perubahan emosi yang akan di alami oleh setiap remaja semasa melalui proses akil
baligh ialah remaja akan mengalami emosi yang tidak stabil dan gejolak emosi. Remaja akan
cenderung unruk merasa sensitif, cepat marah, cepat sedih dan rasa tidak puas hati. Hai ini
disebabkan oleh, hormone yang telah dirembeskan oleh remaja lelaki dan perempuan pada ketika
itu . Lebih-lebih lagi kepada emosi seorang remaja perempuan yang sedang didatangi haid. Keitka
itu, emosinya amat tidak stabil seperti dia mudah berasa marah jika sesuatu yang tidak disukainya
terjadi, berasa ingin mennagis walaupun disebabkan hal kecil dan “badmood” pada setiap masa.
Bagi remaja lelaki pula sifat cepat marah dalam diri akan menonjol serta sifat tidak boleh dicabar
oleh orang lian. Contohnya, bergaduh di sekolah shingga bertumbuk disebabkan ditegur dan
dimarah oleh rakan yang lain. Perubahan emosi ini merupakan cara seorang remja akan matang dan
membesar tetapi remaja perlu pandai mengawal dan mencari nasihat dari pakar jika tidak dapat
mengawal emosi yang teruk.

Selain itu, perasan yang berminat kepada lain jantina. Hal ini sudah menjadi normal kepada
kalangan remaja untuk mencari pasangan dan bercinta pada fasa itu dan sebahagian daripada proses
kematangan. Namun seorang remaja itu perlu bijak mengawal perasaan mereka kerana adakalanya
perkara ini mampu memberi risiko kepada mereka. Oleh itu, khususnya kepada remaja perempuan,
mereka perlu tahu menjaga kehormatan diri dan batas–batas pergaulan sosial. Hal ini secara tidak
langsung membantu remaja untuk mampu mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial
yang negatif seperti hamil luar nikah. Seseorang remaja perlu pandai mengawal perasaan tersebut
supaya tidak tersasar sehingga mengikut teman lelaki lari dari rumah kerana dikongkong oleh ibu
bapa. Hal ini menyebabkan, pelajaran remaja pada ketika itu akan terganggu serta emosi tidak akan
stabil.

Oleh itu, ibu bapa dan guru-guru adalah pihak yang perlu memainkan peranan dan
tanggungjawab masing-masing untuk membimbing golongan remaja agar mereka dapat memahami
diri mereka sendiri dan mampu membuat pilihan yang bijak dalam kehidupan mereka.

ii. Fizikal

Perubahan fizikal berlaku kepada lelaki dan perempuan apabila megalami akil baligh. Perubahan
ketinggian , bahu akan melebar dan badan menjadi tegap. Selain itu, bulu di muka, dada dan
kemaluan akan mulai tumbuh dan juga zakar dan buah zakar membesar. Muka juga akan mula
berminyak dan jerawat akan mula muncul sama seperti remaja perempuan dan bau badan dan
tumbesaran akan mendadak. Suara lelaki akan menjadi garau, otot lengan remaja lelaki membesar,
dan berat badan akan berubah kerana pengambilan kuantiti pemakanan yang banyak bagi mereka.
Pada bahagian ketiak akan ditumbuhi bulu dan zakar akan membesar. Remaja yang baligh akan
mengalami mimpi basah.
Kemudian bagi remaja perempuan, bahagian payu dara akan membesar dan punggung akan
melebar.Permulaan akil baligh berbeza antara individu. Remaja perempuan kebiasaanya mula akil
baligh selepas didatangi haid. Jerawat pada muka akan tumbuh dan muka berminyak. Seterusnya,
tumbuh bulu pubis, tumbuh bulu pada bahagian ketika serta rambut kulit akan berminyak. Suara
remaja perempuan akan berubah daripada suara keanak-anakan kepada suara matang. Bentuk
badan remaja perempuan akan bertambah.

iii. Psikologi

Psikologi remaja lelaki pempuan juga akan berubah jika emosi tidak dapat dikawal dengan
sebaiknya. Psikologi seseorang remaja dipengaruhi oleh faktor sekeliling. Seseorang remaja akan
mengalami kecelaruan dalaman dan kecelaruan luaran. Kecelaruan dalaman adalah sesuatu
perasaan yang terjadi akibat dari pemikiran dan perasaan. Perkara ini disebabkan oleh remaja
tersebut terlalu memikirkan tentang sesuatu hal disebabkan oleh ibu bapa, rakan . Jika perasaan
tersebut tidak dapat dikawal remaja akan mengalami kemurungan, rasa cepat bersalah dan rasa diri
tidak berguna. Contohnya, remaja akan mengalami fasa dimana dia melakukan perkara yang salah,
dia akan berasa diri tidak berguna dan jika tidak mendapat sokongan daripada orang sekeliling, dia
akan berasa dirinya tidak berguna dan menyusahkan orang lain. Kemudian, jika remaja mengalami
kecelaruan luaran, dia kan mengalami gangguan tingkah laku seperti penyalahgunaan dadahm
alcohol dan ponteng sekolah. Kebanyakkannya adalah disebabkan oleh perasaan ingin tahu dan
gangguan emosi.

2. Hasilkan sebuah peta minda atau peta i-think untuk merangkan perubahaan akil abligh dalam

diri seseorang.
Tertarik kepada
berlawanan jantina

Emosi yang tidak


EMOSI
stabil

PERUBAHAN
AKIL BALIGH
REMAJA Perubahan fizikal lelaki

FIZIKAL
Peruabahn fizikal
perempuam

PSIKOLOGI Kecelaruan Dalaman

Kecelaruan Luaran

Anda mungkin juga menyukai