Anda di halaman 1dari 18

BACHELOR OF INFORMATION TECHNOLOGY WITH HONOURS

SEPETEMBER 2021

OUMH1603

<TAJUK KURSUS>

NO. MATRIKULASI : 840528035036001


NO. KAD PENGENALAN : 840528035036
NO. TELEFON : 01110708467
E-MEL : suza8384@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA BHARU


ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK
dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open University Malaysia
(OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.
SOALAN 1

1
Tugasan ini banyak membantu penulis dalam mempelajari kemahiran kolaboratif
untuk menjadi seorang pelajar cemerlang. Kolaboratif adalah aktiviti yang kita lakukan
dengan berinteraksi bersama individu lain untuk mencapai matlamat atau objektif tertentu.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat empat kemahiran utama yang perlu
dicapai. Empat kemahiran tersebut ialah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis
Kemahiran mendengar dapat melatih pelajar mendengar dengan baik apa yang
disampaikan oleh pengajar melaui e-tutorial pada setiap minggu. Kemahiran bertutur pula
dapat dilatih semasa kelas bermula, semasa kelas ini berlangsung pelajar boleh berbincang
dengan pengajar apa yang tidak difahami. Kemahiran membaca adalah aspek yang paling
penting kerana melului pembacaan seseorang boleh berjaya, dalam konteks ini, pelajar boleh
membaca terlebih dahulu nota atau modul yang disediakan sebelum kelas bermula.
Kemahiran menulis dapat dilatih melalui perbincagan di ruangan FORUM, ruangan ini
membenarkan pelajar lain untuk komen atau memberi pendapat. Melalui pendekatan
kolaboratif, pengajar memberi peluang kepada pelajar untuk memahami kandungan pelajaran
yang telah diajar dalam ruang lingkup yang ditetapkan. Pengajar menggalakkan pelajar untuk
menggembleng dan menggunakan pengalaman mereka sendiri, berkongsi strategi dan
pengetahuan yang dimiliki, menghormati pelajar lain dengan menyokong dan menggalakkan
penglahiran idea-idea yang bernas. Pengajar juga memupuk dan menggalakkan pelajar-
pelajar mengambil bahagian secara terbuka dalam menjana pemikiran yang kreatif dan kritis
melalui ruangan forum yang disediakan.
Melalui tugasan ini juga penulis banyak membaca dan berkongsi pendapat dengan
kawan – kawan yang lain. Selain itu, penulis dapat memantapkan kemahiran asas pelajar
iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran
menulis. (157)

2
SOALAN 2

3
Berdasarkan skor yang diperolehi, penulis adalah seorang komunikator yang
berkebolehan, tetapi kadangkala mengalami masalah komunikasi. Penulis perlu luangkan
masa untuk memikirkan pendekatan terhadap komunikasi, dan fokus pada menerima mesej
dengan berkesan, sama seperti menghantarnya. Ini akan membantu meningkatkan keupayaan
penulis untuk berkomunikasi.
Kemahiran komunikasi yang baik sangat mustahak untuk membolehkan orang lain
dan diri penulis memahami maklumat dengan lebih tepat dan cepat. Komunikasi adalah salah
satu kemahiran terpenting yang di perlukan untuk berjaya di tempat kerja, kehidupan harian
atau dalam bidang perniagaan. Manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan
pengalaman. Bentuk biasa komunikasi manusia ialah percakapan, bahasa isyarat, penulisan,
sikap, dan broadcasting. Komunikasi boleh berbentuk interaktif, transaktif, disengaja atau
tidak disengajakan. Ia juga boleh jadi lisan atau tanpa lisan.
Komunikasi ialah satu proses pertukaran maklumat, perasaan, idea dan fikiran yang
berlaku antara seseorang individu kepada individu yang lain dan kadang-kala melibatkan
kumpulan yang ramai. Ia merangkumi dua hubungan iaitu hubungan linguistik dan bukan
linguistik. Hubungan linguistik ialah komunikasi yang terhasil melalui percakapan,
ppenulisan, dan bahasa isyarat. Hubungan bukan linguistik pula bermaksud komunikasi yang
melibatkan pegerakan anggota badan seperti tangan, kaki, kepala, muka, dan sebagainya. Ia
juga dikenali sebagai bahasa tubuh.
Penulis perlu lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi dan perlu mecari kaedah
atau cara untuk meningkatkan keupayaan dalam berkomunikasi, lagi pun penulis adalah
seorang ahli perniagaan melalui atas talian. Oleh itu, penulis perlu berdaya kreatif dalam
menghasilkan iklan yang kreatif dan berkesan. Hal ini bertujuan dapat menarik perhatian
audians dan secara tidak langsung dapat memastikan audians memahami mesej yang hendak
disampaikan.(194)

SOALAN 3

99 SPEEDMART KK SUPER MART


terletak 2 km jauhnya dari rumah Yana membayar kadar per jam yang lebih tinggi
lebih dekat dengan pusat jagaan anaknya lebih dekat kepada rumahnya
4
bekerja syif 24 jam
Jadual : kriteria yang di tawarkan
Yana merupakan keluarga golongan B40 yang tinggal diperumahan Flat. Yana
tinggal berjauhan dari kedua-dua belah keluarga. Suami Yana pula sering bekerja di luar
kawasan. Yana mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Beliau juga merupakan seorang
pelajar separuh masa dan hanya mempunyai motosikal sebagai kenderaan untuk ulang alik
dari tempat kerja. 99 Speedmart berada dekat dan sehala dengan rumah Yana. Terdapat juga
pusat rawatan dan klinik yang berdekatan dengan 99 Speedmart. Yana juga seorang peniaga
atas talian dan seorang yang suka berjimat cermat.
Pada pendapat penulis, Yana harus menerima tawaran 99 Speedmart sebagai
tempat untuk bekerja. Ini berdasarkan beberapa faktor yang mempegaruhi keluarga Yana.
Memandangkan 99 Speedmart berada lebih dekat pusat jagaan anaknya, Yana tidak perlu
risau akan keselamatan dan kesihatan anaknya. Jika berlaku apa-apa kejadian terhadap
kesihatan anaknya, Yana boleh segera membawa anaknya ke klinik atau pusat rawatan yang
berhampiran. Walaupun 99 Speedmart terletak 2 km jauhnya dari rumah Yana, tidak menjadi
masalah kerana beliau mempunyai motosikal yang membolehkanya berulang dari tempat
kerja dan mengambil anak dari pusat jagaan tersebut.
Yana juga harus memilih dan menerima tawaran bekerja di 99 Speedmart kerana
beliau akan mempunyai masa dan ruang yang lebih untuk anak-anaknya yang masih kecil dan
memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Anak-anak yang masih kecil ini sangat
memerlukan bimbingan, kasih sayang, tumpuan dan perhatian bagi memastikan anak-anak
membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang. Yana tidak boleh menjadai ibu yang
mengabaikankan tanggungjawabnnya terhadap anak-anak.
Walaupun KK Super Mart menawarkan gaji yang lebih tinggi dan berdekatan
dengan rumahnya, beliau perlu bekerja secara syif 24 jam. Hal ini, akan membimbangkan
kasih sayang kepada anak-anaknya terabai. Lagi pun, Yana terpaksa memberi lebih tumpuan
kepada anak-anaknya kerana suaminya sering bekerja di luar kawasan dan kadang-kadang
Yana terpaksa memikul tanggungjawab seorang bapa juga.(269)
Penulis juga mencadangkan Yana menerima tawaran bekerja di 99 Speedmart
kerana Yana merupakan seorang peniaga atas talian, beliau memerlukan masa untuk
menguruskan bahan-bahan iklan dan produknya. Beliau juga perlu mengemaskini produk-
produk yang dipasarkan atas talian sentiasa aktif, jika menerima tawaran bekerja di KK Super
Mart beliau tidak ada masa untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti rutin peniaga atas talian.
Walaupun gaji yang ditawarkan di 99 Speedmart lebih rendah, tidak menjadi alasan kerana
5
beliau seorang peniaga atas talian yang mana boleh menambah pendapatan beliau juga
disamping bekerja makan gaji. Yana juga seorang yang suka berjimat-cermat dan penulis
yakin Yana dapat menguruskan perbelanjaannya dan dapat menjaga kewangannya dengan
baik.

SOALAN 4

Idea yang boleh dianggap kreatif ialah penulis ingin menyambung pengajian di
peringkat lebih tinggi. Era teknologi hari memang bergerak pantas dan tidak dapat tidak
penulis perlu membuat satu keputusan untuk membangunkan diri sendiri dan untuk dunia
pekerjaan. Dunia hari ini sangat memerlukan kepakaran dalam pelbagai bidang untuk kita
boleh berdaya saing terutama dalam dunia teknologi. Sebenarnya, penulis telah lama
memikirkan hal ini, tetapi disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan
meyebabkan berlakunya penangguhan untuk sambung belajar.
6
7
8
9
10
11
12
13
14
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

15
16

Anda mungkin juga menyukai