Anda di halaman 1dari 7

ULRS1102

NILAI DAN JATI DIRI

TUGASAN INDIVIDU

PENSYARAH:
DOKTOR SITI SARAH BINTI SAFAAI

PREPARED BY:

NAME MATRIX NUMBER


FARHANAN BINTI ROSDI A22EB0024

1
ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN MUKA SURAT


.
1 Latar Belakang Situasi 2-3
2 Nilai- nilai Jati Diri yang Hilang 3-4
3 Nilai Sejagat 4
4 Sumbang Saran 4-5
5 Kesimpulan dan Refleksi Diri 5
6 Rujukan 6

LATAR BELAKANG SITUASI


Zalin seorang yang amanah. Dia merupakan bendahari Kelab Kewangan di
sekolahnya. Suatu hari, adik Zalin terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Keluarganya memerlukan wang untuk merawat adiknya itu. Dalam keadaan
terdesak Zalin telah menggunakan duit kelab. Pada penghujung bulan, Zalin
memulangkan wang tersebut.

Menurut pada situasi ini, menjelaskan bahawa Zalin terpaksa menggunakan wang kelabnya
untuk membiayai rawatan adiknya yang mengalami kemalangan jalan raya. Zalin yang
memegang jawatan sebagai bendahari bagi Kelab Kewangan sekolahnya, menggunakan
kesempatan ini untuk menggunakan wang tersebut memandangkan keluarganya juga dalam
keadaan terdesak memerlukan wang. Hal ini dapat kita lihat bahawa Zalin terpaksa, demi
memastikan adiknya dirawat dan kembali pulih seperti biasa, bukan kerana kepentingan
dirinya. Jelas terbukti bahawa dia seorang yang sangat bertanggungjawab terhadap
keluarganya. Pada penghujungnya, kita dapat lihat bahawa Zalin seorang yang amanah
kerana dia berusaha untuk membayar duit yang digunanya pada penghujung bulan. Dengan
ini, dia tidak patut dipersalahkan kerana usahanya untuk membayar balik wang yang
dipinjam.

2
Pada pandangan saya, hal ini pernah terjadi pada diri saya sendiri. Saya pernah memegang
jawatan sebagai bendahari dalam sesebuah kelab sewaktu sekolah menengah. Saya
dipertanggungjawab untuk menjaga wang persatuan tersebut. Saya amat memahami keadaan
Zalin yang terdesak menggunakan wang kelabnya kerana saya juga pernah mengalami waktu
terdesak seperti yang dihadapi oleh Zalin. Namun saya bernasib baik kerana saya masih ada
saudara mara yang sudi menghulurkan bantuan kewangan ketika itu. Hal ini, dapat
meringankan beban saya dan menyebabkan saya tidak perlu menanggung risiko untuk
meminjam wang persatuan saya. Lebih- lebih lagi kerana saya risau, jika tidak sempat
membayar wang tersebut dalam masa yang terdekat. Kesimpulannya, saya amat berbangga
dengan tindakan Zalin yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarganya, sanggup
menanggung risiko demi keluarganya dan juga tindakannya yang amanah, tidak mengambil
kesempatan atas peluang yang dia ada, sebagai bendahari untuk menggunakan wang kelabnya
secara haram.

NILAI- NILAI JATI DIRI YANG HILANG

Merujuk pada situasi di atas, nilai jati diri yang hilang dalam diri Zalin, atas situasi yang
dihadapinya ialah nilai kejujuran. Kejujuran amat penting dalam menangani situasi ini agar
tidak mendatangkan mudarat pada mana-mana pihak.

Zalin gagal berlaku jujur terhadap ahli-ahlinya bahawa dia dalam keadaan terdesak dan
memerlukan wang untuk membantu keluarganya. Hal ini mungkin kerana Zalin malu untuk
berlaku jujur terhadap ahli kelabnya bahawa keluarganya menghadapi kekangan wang. Bagi
pendapat saya, jika Zalin jujur terhadap ahli- ahlinya, kemungkinan besar ahli-ahlinya akan
cuba untuk turut membantu meringankan beban yang dihadapi Zalin dengan mengadakan
kutipan derma kilat untuk rawatan adik Zalin.

Selain itu, atas sikap Zalin yang tidak jujur, Zalin telah menggunakan wang kelabnya tanpa
keizinan ahli-ahli kelab tersebut. Sewajarnya, Zalin hendaklah meminta kebenaran terlebih

3
dahulu untuk menggunakan wang kelab tersebut. Hal ini dapat mengelakkan Zalin dituduh
menyeleweng atau melakukan pecah amanah.

Jadi dengan ini, adalah penting untuk Zalin berlaku jujur dalam menjalankan amanahnya
walaupun dia menghadapi keadaan yang terdesak sekalipun. Kejujuran perlu dititikberatkan
dalam menangani masalah lebih lebih lagi apabila seseorang itu adalah sebagai pemimpin
dalam sesebuah organisasi.

NILAI SEJAGAT

Antara nilai universal yang perlu ada dalam diri Zalin supaya dapat mengelakkan perkara ini
berlaku adalah nilai berjimat cermat. Berjimat cermat sangat penting untuk mencegah diri
kita dari berhutang atau meminjam wang.

Dalam situasi Zalin, nilai jimat cermat perlu dipraktikkan dalam dirinya agar dia dapat
bersedia menghadapi waktu kecemasan di mana dia memerlukan wang. Zalin perlu bijak
dalam merancang perbelanjaannya walaupun pada usia yang masih muda. Perkara ini juga
perlu dipraktikkan dalam setiap ahli keluarga. Hal ini dapat meringankan beban kita dalam
menghadapi waktu kecemasan.

Seterusnya, apa yang saya lakukan untuk mengamalkan amalan jimat cermat adalah dengan
menabung di bank atau institusi kewangan. Zalin boleh menggunakan kaedah ini untuk
berjimat cermat. Kaeah ini amat membantu keluarganya menghadapi krisis kekurangan wang.
Adalah amat penting untuk membuat simpanan bagi menjamin masa hadapan.

SUMBANG SARAN

4
Terdapat cadangan bagaimana cara bagi mengelakkan Zalin terlibat dengan situasi ini. Antara
cadangannya ialah Zalin perlu bijak menangani masalah ini dengan berkongsi masalah
dengan orang yang boleh dipercayai seperi teman rapat atau saudara mara yang rapat.
Masalah yang dihadapi Zalin sekeluarga sekurang kurangnya tidak terbeban seorang diri
tanpa bantuan orang lain. Dengan ini, tidak perlulah Zalin melibatkan kelabnya dengan
masalah ini jika dia malu untuk beterus terang terhadap ahli kelabnya. Sudah semestinya
teman rapat atau saudara mara akan cuba untuk membantu sedaya upaya mereka oleh kerana
pertalian darah atau sebagai sahabat. Saya amat mengsyorkan tindakan ini kerana ia lebih
selamat.

Seterusnya, Zalin boleh juga meminta belas ihsan dari pengetua sekolahnya. Sudah pasti,
tanggungjawab sebagai seorang pengetua bagi muridnya, akan cuba cari jalan untuk
membantu muridnya yang dalam kesusahan. Yang paling utama, sifat berani yang perlu ada
dalam diri Zalin untuk meghadapi masalah ini dengan mencari bantuan yang lebih menjamin
integritinya sebagai seorang bendahari kelab.

KESIMPULAN

Akhir kata, sebagai seorang yang berjawatan tidak kira jawatan apa sekalipun, adalah amat
penting untuk sentiasa berfikir wajar dalam setiap tindakannya agar dapat memastikan
tindakannya tidak mendatangkan risiko pada dirinya sendiri dan juga orang lain. Dengan ini,
nilai integriti perlu dititikberatkan dalam diri seorang pimpinan bagi menjamin kedudukannya
daripada difitnah atau diperdaya dengan mudah. Suka di sini untuk saya tekankan bahawa
sifat jujur, amanah, bertanggungjwab dan berani dapat mencerminkan bahawa seseorang itu
mampu mengendalikan masalah dengan tindakan yang wajar. Setiap orang perlu ada sifat
sifat ini dalam diri mereka kerana suatu hari nanti, mereka juga akan menghadapi situasi
begini yang akan menguji mereka untuk membuat pilihan sama ada cara yang betul atau cara
yang salah.

5
RUJUKAN

1.

2.
https://biswardihasbi.wordpress.com/2014/01/03/langkah-jimat-cermat-
kerajaan-tepat-pada-waktunya/

6
7

Anda mungkin juga menyukai