Anda di halaman 1dari 14

Elemen-Elemen Yang Mencabar Penghayatan Dan Amalan Nilai-nilai Murni

Topik 6:
Elemen-Elemen Yang Mencabar Penghayatan Dan Amalan Nilai-nilai Murni

Elemen Dalam Sekolah

Elemen-elemen dalam Komuniti/Masyarakat Persekitaran

Elemen-elemen di peringkat Global

PENGENALAN

Pendidikan Moral adalah proses di mana sesuatu masyarakat mengajar ahli-ahlinya


standard-standard tingkah laku yang betul.

Ia memberi peluang kepada pelajar mengahayati nilai-nilai moral supaya dapat


mengenal, menerima, mengamal dan membuat keputusan yang bertanggungjawab
mengenai berbagai situasi dalam kehidupan serta tidak melanggar elemen-elemen
yang boleh mencabar nilai-nilai moral seperti mementingkan kebendaan,
berketerlaluan, tamakkan kuasa, tidak bertanggungjawab, jurang generasi dan
perbezaan kelas dan status.
6.1 MEMENTINGKAN KEBENDAAN

Di dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti negara kita, unsur
kebendaan kerap ditekankan.

Dengan berkembangnya sains dan teknologi, aspek kebendaan lebih


dititikberatkan berbanding dengan perkembangan rohani.

Oleh itu, sikap kebendaan atau materialistik anggota-anggota masyarakat juga


semakin bertambah.

Contohnya, seorang ayah yang bertugas sebagai seorang guru mungkin banyak
mengendalikan kelas-kelas bimbingan untuk menambahkan pendapatannya.

Di manakah masanya untuk bergaul serta berinteraksi dengan anak-anaknya?

Setelah selesai mengajar kelas-kelas bimbingan, dia akan merasa letih serta
kurang berupaya untuk melayani anak-anaknya dari segi sosio emosi dan intelek.

Seorang ibu yang bersikap materialistik pula sentiasa merancang cara-cara


menambahkan pendapatan dengan menjual insurans nyawa, alat-alat solek, jualan
langsung (direct selling) seperti Amway, CNI, Shaklee, Coasway dan lain-lain, pelbagai
jenis barangan kegunaan rumah dan sebagainya.

Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut tidak dapat memberikan asuhan dan
didikan sebaik-baiknya kepada anak-anaknya.

Pengajaran nilai-nilai moral secara langsung memang tidak dapat dilakukan oleh
kedua-dua ibu bapa yang amat sibuk itu.

Keluarga yang ibu bapanya sibuk memang tidak dapat memupuk nilai kejiranan.

Ini nyata dilihat di kalangan penghuni di kawasan perumahan di mana sapamenyapa jarang berlaku, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

Unsur produktiviti ditekankan di firma, kilang dan pejabat. Produktiviti yang tinggi
membawa kepada pendapatan yang tinggi.

Jika boleh setiap majikan cuba menggantikan tenaga buruh dengan jentera
tanpa memikirkan soal belas kasihan terhadap pekerja yang diberhentikan.

Pekedai runcit cuba memaksimumkan keuntungannya. Dia cuba menggunakan


beberapa penipuan seperti membekalkan barangan dengan timbangan berat yang tidak
mencukupi, mencampurkan gred beras yang kurang baik dengan yang baik serta
menyorokkan sesuatu barangan yang dijangka harganya akan naik

Nyatalah pekedai itu tidak mempunyai sikap belas kasihan, tidak bertimbang
rasa serta tidak jujur. Dalam sebuah masyarakat kebendaan, anggota-anggotanya

bersaing untuk memiliki rumah yang lebih besar, jenis kereta yang lebih besar dan lebih
berjenama, dan kerap pergi melancong.

Oleh itu, kita dapati terdapat kes-kes seperti doktor yang mengenakan beribuberibu ringgit setiap kali mengendalikan kelahiran bayi, penguam yang menipu dan
menyalahgunakan wang pelanggannya serta pengurus-pengurus yang
menyalahgunakan wang ahli-ahli koperasinya yang terdiri di kalangan orang miskinmiskin, kerani-kerani bank, akauntan-akauntan bank dan ahli-ahli politik menggelapkan
wang dan sebagainya.

Contoh-contoh ini menyatakan bahawa penekanan terhadap kebendaan telah


menyebabkan nilai moral dan keagamaan diketepikan.

6.2 SIKAP KETERLALUAN

Dalam sesebuah masyarakat, biasanya terdapat individu-individu yang


berbeza dari segi fizikal, mental, rohani dan sosio ekonomi

Keseimbangan setiap aspek tersebut mewujudkan individu yang hamonis


serta bersopan

Keterlaluan yang berlaku dalam mana-mana satu aspek yang menanggu


keseimbangan tersebut lalu menyebabkan tingkah laku seseorang individu melanggar
norma-norma masyarakat

Kalau dikaji kes-kes jenayah di akhbar-akhbar memanglah nyata bahawa


setengah-setengah kes itu berlaku kerana sifat keterlaluan.

Cuba kita ambil conoh seorang wanita yang telah dilaporkan kehilangan
sebelah tangannya kerana bergaduh dengan jirannya berpunca daripada seekor ikan
temenung

Jelas bahawa jiran yang mencederakan wanita itu memang kehilangan


akal lalu bertindak secara keterlaluan.

Segala unsur kemoralan tidak dipentingkan lagi apabila emosi jiran itu
tidak dapat dikawal.

Begitu juga keadaannya apabila seseorang itu bersikap keterlaluan ketika


menghukum anaknya kerana-satu-satu kesalahan.

Dalam keadaan penuh emosi marah, ibu atau bapa mungkin akan
merotan anaknya sehingga menyebabkan keadaan menjadi parah

Ada bahagian yang bengkak selama berminggu-minggu dan ada pula


bahagian tubuh badan yang dibakar dengan punting pkok.

Nilai moral seperti belas kasihan dan bertimbang rasa mungkin telah
dulupakan apabila siibu atau siayah berada dalam keadaan marah.

Sifat keterlaluan boleh juga menyebabkan seseorang perkerja itu


mengabaikan tanggungjawab terhadap rumahtangganya.

Miasalnya, seseorang yang terus bekerja dan hanya mementingkan


produktiviti dirmanya kerap kali balik lewat ke rumahnya. Setiba sahaja di rumah dia
berasa letih lesu.

Lantaran itu, dia kurang berupaya menunjukkan kasih sayangnya serta


perhatiannya terhadap anak-anak serta isteri.

Dalam masyarakat yang materialistik seperti Jepun, sikap keterlaluan


seperti lebih mementingkan firma daripada keluarga telah mencabar nilai0nilai murni
seperti kasih saying dan bertimbang rasa. Ini pula akan meningkatkan lagi bilangan
keretakan keluarga.

Seseorang ayah atau ibu yang terlalu saying kepada anaknya akan
memberikan anaknya seberapa banyak wang yang dikehendaki semasa ke sekolah.

Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai wang


saku yang banyak cenderung untuk menghabiskan masanya di pusat-pusat membelibelah, hiburan dan disko. Pelajar-pelajar seperti ini lebih terdedah kepada nilai-nilai
yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat seperti membazir dan tidak
menggunakan masa dengan bijak. Ada pula yang menyalahgunakan dadah. Dalam kes
seperti ini, jelaskan bahawa sikap ayah dan ibu yang keterlaluan, iaitu terlalu kasih
saying kepada anak mereka telah menyebabkan kerunuhan akhlak anak mereka

sendiri. Daripada contoh-contoh di atas telah menunjukkan kepada kita bawaha sifat
keterlaluan di dalam satu-satu situasi boleh mencabar nilai-nilai moral seseorang itu.
6.3 TAMAK KUASA

Kuasa digunakan apabila A mengambil sesuatu keputusan yang


membawa kesan kepada B, dan dihalang daripada mengambil apa-apa tindakan yang
boleh menggugat keputusan A.

Dalam bidang politik kuasa diberi oleh rakyat kepada pemimpinnya


melalui pilihanraya untuk mentadbir. Biasanya kuasa yang ada pada pemimpin
digunakan dengan baik untuk kepentingan rakyat jelata. Kebanyakan pemimpin
menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka secara adil untuk membangunkan
negara.

Salah guna kuasa berlaku apabila orang yang berkuasa bercita-cita tinggi,
pendendam, tamak atau merasakan pengaruhnya berkurangan.

Untuk menjamin ia dapat terusa kekal sebagai pemimpin ia akan


mengeksploitasi orang lain dengan menggunakan segala kuasa yang masih ada
padanya dengan berbagai cara. Untuk tujuan ini seseorang pemimpin yang tamakkan
kuasa sanggup membelakangkan nilai-nilai moral, agama atau undang-undang yang
ada.

Ia akan menggunakan kuasanya untuk memaksa, mengancam orangorang bawahan supaya terus patuh kepadanya.

Walaubagaimanapun daripada pengalaman sejarah, pemimpin yang


tamak kuasa dan memerintah secara kuku besi tidak kekal lama dan akan disingkirkan.

Sikap tamakkan kuasa di kalangan pemimpin-pemimpin negara


telahmendatangkan berbagai penderitaan kepada rakyat.

Peperangan Dunia dan peperangan antara negara-negara berlaku akibat


daripada sikap pemimpin negara yang tamakkan kuasa. Orang-orang yang berkuasa
dalam politik, pertubuhan, persatuaan, syarikat atau institusi juga kadang-kadang
tamakkan kuasa. Oleh kerana kuasa memberikannya status, kekayaan dan kedudukan
yang istimewa berbanding rakyat atau ahli biasa, mereka ingin terus memilikinya.

Oleh yang demikian tidak hairanlah jika terdapat perbuatan fitnah


menfitnah atau memburuk-burukkan antara satu sama lain berlaku. Dalam kes yang
serius perbuatan mencedera atau membunuh kerap dilakukan oleh orang yang
berkuasa demi mempertahankan kuasa yang dimilikinya.

Perebutan kuasa kerap berlaku antara pemimpin politik negara. Kadangkadang perbuatan yang melanggar nilai moral dan ajaran agama di atas bukan sahaja
dilakukan oleh pemimpin atau orang yang berkuasa demi mengekalkan kedudukannya
sebagai ketua, mereka yang belum berkuasa dan ingin berkuasa juga sanggup
melakukan jenayah untuk mendapatkan kuasa. Daripada contoh-contoh di atas, nyata
orang yang tamakkan kuasa tidak mengambil kira kebajikan dan kebaikan orang lain.

Kebanyakan mereka membelakangkan nilai-nilai moral atau ajaran agama


semata-mata untuk menjaga temolok diri sendiri.

Mereka sanggup menggunakan apa saja cara dan menghalalkan apa saja
cara hatta sampai kepada mencederakan dan membunuh sekalipun, asalkan matlamat
mereka tercapai.
6.4 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita dapati pelbagai situasi yang


menonjolkan sikap tidak bertanggungjawab. Telefon awam yang dicabut gagangnya
serta membuang sampah sarap merata-rata tempat jelas menunjukkan sikap tidak
bertanggungjawab.

Amalan-amalan seperti ini juga dikaitkan dengan kegiatan pelajar-pelajar


yang bertingkah laku anti sosial. Di samping amalan tersebut, pelajar juga didapati
menconteng dan menulis tidak tentu arah di atas meja dan kerusi mereka.

Lakaran-lakaran lucah, mengutuk, mengeji, menghina dan mengata guru


dan pensyarah kadangkala terdapat di dinding-dinding tandas. Kertas pembalut coklat,
gula-gula dan keropok sentiasa terdapat di bahagian bawah meja mereka.

Pelbagai garisan didapati di permukaan meja dan kerusi mereka.


Sesetengah pelajar tidak berusaha untuk memadamkan lampu dan kipas apabila
bertukar kelas atau keluar daripada kelas.

Air paip di tandas dan di bilik air kadang kala sengaja tidak ditutup selepas
digunakan.

Amalan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab dan membazirkan api


dan air.

Ada pula pelajar yang meludah di merata-rata tempat atau mengesat


hingus merka di penjuru-penjuru atau dinding-dinding bilik kuliah

Satu amalan yang juga tidak bertanggungjawab dan kerap berlaku kepada
pelajar ialah cara di atas kerusi

Mereka gemar duduk secara menonggengkan kaki kerusi menyebabkan


kaki kerusi mudah rosak.

Kerja-kerja kursus yang disuruh oleh pensyarah adakalanya tidak dibuat


atau disiapkan dengan sempurna. Sesetengah pelajar gemar menghabiskan masa di
kompleks-kompleks membeli belah seperti Jaya Jusco, Parkson Grand dan Ipoh
Parade daripada menghadiri kelas dan kuliah, dan masalah ini jugalah yang
menyebabkan mereka tidak membuat dan menyiapkan kerja kursus yang telah
diberikan dengan sempurna.

6.5 PERBEZAAN KELAS DAN STATUS

Dalam sesebuah negara yang sedang membangun, tidak dapat dinafikan


bahawa ada golongan individu yang memperoleh pendapatan yang lebih berbanding
dengan golongan yang lain

Pendapatan yang diperoleh sebenarnya bergantung pada jenis aktiviti ekonomi


yang dikendalikan.

Lazimnya, para peniaga dan pengarah pengurusan tergolong dalam kumpulan


berpendapatan tinggi.

Ahli-ahli professional seperti doktor, penguam, arkitek dan akuantan yang


mengendalikan firma-firma sendiri juga tergolong dalam kumpulan ini.

Sebaliknya, pekerja-pekerja biasa di pejabat dan operator di kilang ataupun


penjaja kecil digolongkan sebagai kumpulan individu yang berpendapatan rendah.

Dengan ini jelaslah terdapat perbezaan kelas yang wujud antara kumpulan
berpendapatan tinggi dan kumpulan yang berpendapatan rendah.

Lazimnya, individu yang berpendapatan tinggi berupaya memakai kereta mewah,


duduk di kawasan perumahan yang eksklusif dan memakai pakaian yang berjenama
dan mahal.

Kesemua ciri ini dikaitan dengan status yang tinggi. Dengan itu, teranglah
bahawa individu yang berpendapatan tinggi juga berstatus tinggi. Dalam kehidupan
seharianm perbezaan kelas atau status sentiasa ditonjolkan sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Keadaan seperti ini kurang sihat dan ia boleh menjejaskan
perpaduan satu-satu komuniti atau masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah
untuk mengatasi masalah perbezaan kelas. Langkah-langkah membasmi kemiskinan
dibahagikan kepada dua kategori berikut:

Kemiskinan di luar bandar

Kemiskinan di bandar

Langkah kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar


menitikberatkan petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, buruh ladang,
penduduk kampong baru dan buruh kasar.

Usaha-usaha ini dilaksanakan oleh beberapa buah badan berkanun seperti


RISDA, FELDA, MADA FELCRA dan KADA.

Selain badan-badan kanun tersebut, Gerakan Koperasi juga menyediakan


bantuan.

Langkah-langkah bantuan ialah pembukaan, penerokaan dan pembangunan


tanah-tanah baru, bantuan alat pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja,
kemudahan kredit, pemasaran dan pembukaan pusat-pusat kemajuan yang baru.
Objektif utama ialah untuk menambahkan pendapatan rakyat. Strategi untuk
mengurangkan kemiskinan di bandar ditumpukan pada perkembangan guna tenaga
yang produktif. Kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang lebih meluas berhubung
dengan peluang-peluang pekerjaan serta memperbaiki untuk memperolehi kemudahan
awam yang asas untuk mempertingkatkan taraf hidup. Melalui langkah-langkah

tersebut, perbezaan kelas dan status sememangnya akan dapat dikurangkan. Apabila
keadaan tersebut dicapai, perpaduan rakyat negara kita akan terus terjamin.

6.6 JURANG GENERASI (GENERATION GAP)

Dalam sesebuah masyarakat yang serba moden, anak-anak muda mudah


dipengaruhi oleh pelbagai fesyen pakaian dan rambut, muzik, gaya perjalanan dan
sebagainya.

Oleh kerana pengaruh-pengaruh seperti ini, maka timbullah jurang generasi di


antara ana-anak dengan ibu bapa.

Tahukah anda apakah jurang generasi? Biasanya jurang generasi merujuk


kepada perbezaan pandangan dan idea yang wujud di antara generasi muda dengan
generasi tua.

Sebagai contoh, seorang anak gemar memakai seluar yang berfesyen baggy
atau bokat.

Menurut ayahnya, pakaian seperti itu tidak sesuai kerana seluar itu terlalu besar
kakinya.

Dengan itu, perselisihan faham akan timbul di antara ayah dengan anaknya.

Dalam satu contoh yang lain, seorang anak mungkin ingin mengikut fesyen
rambut rakan-rakannya ataupun rambut kumpulan popular yang digemari seperti
berambut panjang ala penyanyi rock.

Ayahnya tidak gemar dan meminta dia menggunting rambut agar panjangnya
tidak melebihi kolar baju.

Tambahan lagi, mungkin si ayah ingin mendengar muzik yang perlahan atau
jenis instrumental dan lagu lama seperti dedangan Saloma dan S.M Salim tetapi si anak
lebih meminati lagu berunsur pop dan rock seperti Siti Nurhaliza dan Awie.

Begitu juga dengan program televisyen. Si ayah mungkin lebih meminati


program seperti Berita Dunia Jam 10 tetapi si anak mungkin lebih gemar menonton
filem-filem Inggeris.

Contoh-contoh di atas memang menunjukkan situasi-situasi di mana


perselisihan faham mudah timbul di antara ibu bapa dengan anak-anaknya.

Ia timbul kerana jurang generasi yang wujud itu.

Sekiranya langkah tidak diambil untuk mengatasi masalah ini, maka timbullah
situasi di mana anak tidak ingin balik ke rumah lagi.

Mereka lebih gemar berfoya-foya di pusat membeli-belah dan pusat-pusat


hiburan.

Dengan itu, ibu bapa haruslah berusaha untuk mengatasi jurang generasi jika ia
wujud.

Ia dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:


Menerangkan kepada anak apa yang dikatakan tidak sesuai sama ada
pakaian, fesyen rambut atau jenis lagu yang dipilih itu.

Cuba timbulkan kesedaran tentang nilai-nilai dan norma-norma


masyarakat kita.

Tingkatkan lagi pengetahuan agama dan pegangan moralnya.

Ambil tahu jenis rakan yang didampinginya.

Izinkan keperluan dan permintaannya yang berpatutan seperti keinginan


untuk menghadiri majlis keraian.

Libatkan diri dalam permainan yang digemari anak-anak seperti


permainan catur, monopoli, badminton, bola sepak dan sebagainya. Ini akan
merapatkan hubungan diantara ayah dengan anak-anak.

Sekiranya usaha-usaha yang sesuai diambil oleh orang dewasa yang lain, maka
jurang generasi akan dapat dirapatkan. Perhubungan ibu-bapa dengan anak yang
mesra akan mewujudkan suasana keluarga yang lebih harmonis. Lantaran itu masalahmasalah antisosial akan dapat dikurangkan

Disusun semula oleh:


Puan S. Allimalai
Penyelaras ELM3043E

1.0

PENDAHULUAN

Kebanyakan ahli sosiologi bersetuju dengan definisi umum yang menyatakan masalah sosial ialah
keadaan sosial (seperti kemiskinan) ataupun satu corak tingkah laku (penyalahgunaan) yang boleh
mendatangkan rasa tidak puas hati kepada masyarakat dan menyebabkan berlakunya sesuatu
perubahan.
Auguste Comte (1798-1857), seorang pengasas sosiologi menyatakan bahawa masyarakat diibaratkan
seperti organisma hidup. Sama seperti otot, tisu, dan organ dalam tubuh manusia yang mengawal
tubuh secara keseluruhan, masyarakat juga terdiri daripada komponen-komponen kecil yang
menyumbang kepada keberlangsungan dan pemeliharaannya. Ini turut diakui oleh Parsons (1951)
yang menyatakan bahawa masyarakat adalah sesuatu yang stabil, suatu sistem tersusun yang terdiri
daripada pelbagai komponen yang menyumbang kepada kestabilannya secara keseluruhan. Komponen
yang terdiri daripada keluarga, ekonomi, pendidikan dan kerajaan sangat penting dalam memastikan
keperluan masyarakat sentiasa terbela. Setiap institusi juga menjalankan fungsi unik dalam menjaga
kestabilan dan melahirkan individu mulia (Merton, 1968).
Ahli sosiologi berpendapat bahawa masalah sosial berlaku akibat daripada institusi sosial yang tidak
berfungsi dengan sebaiknya untuk memenuhi keperluan masyarakat. Inilah yang dinamakan sebagai
disfungsi. Disfungsi adalah akibat-akibat yang tidak diingini ataupun proses sosial yang berlaku dan
memerlukan masyarakat berubah ataupun menanganinya (Merton, 1968). Sebagai contoh, pendidikan
adalah bertujuan untuk memastikan pelajar dapat memiliki pekerjaan, tetapi jika sekolah gagal
mencapat matlamat sedemikian, maka pelajar akan mengalami masalah mencari pekerjaan,
pengusaha pula perlu menghabiskan duit untuk tujuan latihan pekerjaan dan pengguna pula perlu
mengeluarkan belanja yang besar . dalam erti kata lain, disfungsi dalam pendidikan akan memberi
kesan kepada institusi sosial, terutamanya keluarga dan ekonomi.
Kami akan mengupas dengan lebih mendalam tentang isu peras ugut yang mengancam pelbagai
komponen dalam masyarakat iaitu sekolah, masyarakat tempatan dan juga global. Kami juga akan
menerangkan bagaimana isu yang dianggap remeh ini boleh menular dan mengancam nyawa manusia
di seluruh dunia.

2.0

PERAS UGUT SEBAGAI ISU MORAL

2.1

ESEI SATU

Dalam sesebuah institusi persekolahan, disiplin memainkan peranan penting ke arah pembentukan
sahsiah pelajar. Menurut Dictionary of Education, disiplin adalah peraturan secara langsung bagi
mengawal tingkah laku murid-murid melalui hukuman atau ganjaran. Dalam Laporan Jawatankuasa

Kabinet Mengenai Pendidikan (1979), disiplin didefinisikan sebagai kesanggupan seseorang itu bekerja
ataupun membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain dan
kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup
berkhidmat kepada masyarakat.
Walau bagaimanapun, masalah disiplin adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan oleh pihak
sekolah. Isu peras ugut bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah sahaja, malah menular
kepada murid-murid sekolah rendah. Dalam satu kes yang dilaporkan, murid Tahun Satu cedera parah
ditikam di sekolahnya. Dia turut dipukul dengan kayu dan dibaling dengan batu oleh sekumpulan
murid lelaki, dipercayai kerana enggan memberikan mereka wang RM 10 (Utusan Malaysia, 2000).
Masalah peras ugut kian meruncing dewasa ini. Ia adalah salah satu komponen kecil daripada buli
yang bermaksud tingkah laku agresif sama ada fizikal atau psikologikal yang dilakukan berulang kali ke
atas mangsa yang bertujuan mendatangkan perasaan tidak seronok (Noran Fauziah Yaakub, 2006).
Biasanya kumpulan pelajar yang memeras ugut ini mempunyai kumpulan tersendiri yang
disebut gangster. Kumpulan ini mengugut anak orang kaya ataupun pelajar yang menjadi kebencian
mereka. Dalam hal ini, mereka memeras ugut dengan meminta wang, jika tidak mereka pasti
mencederakan mangsa. Hal ini kebiasaannya dirujuk kepada pihak polis untuk diselesaikan.
Mengikut perangkaan pada tahun 1994, seramai 138, 358 pelajar atau 9.82% daripada 1, 408, 672
pelajar sekolah menengah di seluruh negara terlibat dengan pelbagai salah laku jenayah dan tabiat
buruk yang mana 2, 578 kes melibatkan tingkah laku jenayah termasuk peras ugut. Walaupun
perangkaan di atas diambil pada tahun 1994, ia jelas menunjukkan isu moral bukanlah perkara yang
boleh dipandang ringan. Tiada guna kita memekik-mekik slogan masyarakat progresif lagi berdisiplin
sedangkan di sekolah dan di rumah jelas sekali kelonggarannya.
Isu peras ugut yang tidak ditangani dengan sempurna akan terus menular dan menjadi duri dalam
daging bagi masyarakat. Gangsterisme adalah masalah paling sinonim yang dapat dikaitkan dengan
peras ugut. Sekolah menjadi pusat aktiviti geng dan bukan lagi tempat untuk mendapatkan ilmu
disebabkan pengambilan ahli-ahli baru untuk lebih mengukuhkan kumpulan mereka. Trump (1993)
mengatakan kehadiran geng ini akan menyebabkan pelajar dua kali ganda lebih takut menjadi mangsa
keganasan berbanding dengan pelajar di sekolah yang tidak mempunyai geng.
Gangsterisme adalah tingkah laku yang melanggar norma dan batasan undang-undang atau
berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh sosial. Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor
awal tentang kajian gangsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini
berkemampuan untuk mewujudkan geng ataupun persatuan. Golongan remaja ini mudah terdedah
dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam
kumpulan mereka. Thrasher (1961) juga mendefinisikan geng sebagai satu persatuan yang
mempunyai cirri-ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan
secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan. Thraser (1963) menyatakan bahawa
kewujudan gangster adalah hasil daripada perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan
juvenil yang bertukar kepada perlakuan devian (perkumpulan samseng).
Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada tahun 2008, seramai
8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes
jenayah. Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan. Faktor yang menyumbang
kepada tercetusnya gejala ini dan menjadi trend di seluruh dunia masih samar. Beberapa faktor seperti
media, rakan sebaya dan keadaan setempat turut diutarakan. Walau bagaimanapun, Bodinger-deUriarte (1993) mendapati faktor mendapatkan kuasa dan status merupakan penyebab utama para
remaja menyertai gangster jalanan di Amerika Syarikat.
Dalam peringkat global, gangsterisme yang tidak dikawal akan mencetuskan keganasan dan

peperangan. Apa yang dapat kita lihat adalah keganasan merupakan salah satu komponen masalah
sosial yang terdiri daripada tingkah laku jenayah dan keganasan domestik yang berlaku akibat
gangsterisme dalam masyarakat. Peperangan pula merupakan satu bentuk keganasan kolektif yang
melibatkan keganasan secara tersusun oleh mereka yang ingin melaungkan keinginan dan menolak
polisi dan amalan sosial yang dirasakan menekan (Sullivan, 1997).
Kebanyakan individu akan melihat peperangan sebagai konflik bersenjata antara duan buah negara
atau dua pihak dalam sesebuah negara. Walau bagaimanapun, para ahli sosiologi mendefinisikan
peperangan dalam konteks yang lebih luas, bukan hanya yang melibatkan perang yang diisytiharkan
antara negara dan parti malahan juga peperangan yang tidak diisytiharkan seperti perang am, perang
gerila, operasi tertutup dan sebahagian bentuk keganasan (Wright, 1964). Peperangan adalah satu
keadaan yang mengakibatkan keganasan iaitu tingkahlaku dengan niat mendatangkan kesakitan,
kecederaan fizikal dan tekanan psikologi kepada manusia atau merosakkan harta benda (Sullivan,
1997).
Kesan peperangan yang dapat dilihat secara langsung ialah kehilangan nyawa dan meninggalkan
kesan fizikal dan psikologi yang serius kepada mereka yang masih hidup. Sebagai contoh, dalam
Perang Bosnia yang melibatkan pertumpahan darah antara puak Serb dan Muslim, pihak Serb telah
membunuh hampir kesemua penduduk lelaki di Srebrenica ketika mereka mengambil alih kawasan
tersebut pada Julai 1995. 30, 000 penduduk yang masih hidup yang majoritinya kaum wanita dan
kanak-kanak terpaksa tinggal di kem-kem pelarian.
Trend ke arah lebih banyak kehilangan jiwa penduduk awam yang bermula ketika Perang Dunia Kedua
telah berterusan ke beberapa perang yang lain termasuk Perang Vietnam dan Perang Teluk
(Ehrenreich, 1997). Hospital yang dibom pula tidak dapat lagi digunakan untuk merawat pesakit dan
ini menambahkan lagi bilangan kematian.
Dalam konteks keganasan kolektif, terrorisme mempunyai beberapa persamaan dengan peperangan.
Kedua-duanya membawa ancaman kepada kestabilan dunia dan keselamatan domestik. Menurut
Vetter dan Perlstein (1991), pengganas banyak menggunakan taktik seperti pengeboman, penculikan,
menahan tebusan, rampasan kapal terbang, pembunuhan dan penyeksaan. Ini tiada bezanya dengan
peras ugut dan gangsterisme yang melanda negara ini melainkan ianya dilakukan di peringkat global
dan mendatangkan akibat yang lebih buruk.
Ahli psikologi sosial kontemporari secara umumnya percaya bahawa faktor individu dan persekitaran
boleh menjelaskan mengapa individu pergi berperang atau melakukan keganasan. Manusia lebih
cenderung untuk bersikap ganas apabila mereka diletakkan di posisi yang mempunyai kuasa dan hak
yang lebih besar berbanding orang lain (Milgram, 1974).
Untuk mengatasi masalah ini, adalah lebih baik jika kita mula mencegahnya daripada akar umbi, iaitu
sebelum berlakunya peras ugut terutamanya di peringkat sekolah. Penglibatan ibu bapa dalam
menangani masalah sosial adalah penting. Ibu bapa perlu menyedari bahawa pendidikan anak-anak
bermula di rumah dan bukannya di sekolah. Oleh itu, jenis dan corak alam persekitaran yang
disediakan oleh para penjagalah yang menjadi pengajar utama yang dapat menjadi perangsang
kepada anak-anak.
Kawalan ketat ke atas anak-anak dapat menghindarkan mereka daripada terjebah ke kancah sosial.
Selain daripada itu, penglibatan aktif ibu bapa dalam persekolahan anak-anak membolehkan mereka
mengesan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab dalam
mewujudkan suasana yang stabil di rumah supaya anak-anak tidak terganggu dari segi emosi.
Keadaan kucar kacir dan penceraian pasti meninggalkan kesan mendalam ke atas anak-anak (Jagdish
Raj Sharma, 1982).

Penekanan kepada aspek keagamaan juga perlu diutamakan oleh ibu bapa. Jika ibu bapa tidak
berkesempatan mengajar asas-asas agama kepada anak-anak, wajar bagi mereka untuk menghantar
anak-anak mengikuti kelas fardhu ain. Sekiranya ibu bapa boleh menghantar anak ke pusat tuisyen
untuk berjaya dalam peperiksaan, mengapa pula anak-anak tidak dihantar ke kelas-kelas agama untuk
menjalani kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat?
Menyentuh peranan guru, guru adalah golongan yang paling hampir dengan murid selepas ibu bapa.
Malah dalam Islam, orang kedua yang perlu dihormati selepas ibu bapa ialah guru. Sikap guru yang
penuh dedikasi dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan bukan sahaja dapat menghapuskan
masalah disiplin, malahan meningkatkan tahap akademik murid.
Guru Besar pula harus memastikan hukuman yang dikenakan mestilah bersesuaian dengan kesalahan
yang dilakukan. Murid-murid harus disedarkan bahawa hukuman dikenakan kepada kesalahan,
bukannya kepada mereka. Guru dan Guru Besar haruslah sentiasa bertindak dalam pasukan dan tidak
menikam belakang dalam melaksanakan tugas.
Usaha membentuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah satu bentuk kerjasama yang baik bagi
mengatasi masalah sosial. Namun begitu, peranan yang dimainkan PIBG sering dipertikaikan. Hal ini
kerana kurangnya penglibatan ibu bapa dan minat disebabkan urusan lain. Keadaan ini dapat
diperbaiki jika semua pihak tidak mementingkan diri dan memberi perhatian dan kerjasama dalam
membentuk murid berakhlak mulia.
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu sentiasa mengemas kini pekeliling dan petunjuk tertentu dalam
menangani masalah moral di sekolah. Pihak polis dan Jabatan Kebajikan juga berperanan dalam
menempatkan pegawai-pegawai tertentu bagi menghadapi masalah disiplin, belia dan pelajar.
Kerajaan juga perlu sedar kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai
budaya luar yang kebanyakannya merosakkan fikiran mereka. Paparan di media massa dan elektronik
juga harus dikawal dengan sebaiknya oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dengan nilai Islam

http://imnotyouami.weebly.com/pendidikan-moral.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5668-disiplin-sekolah-semakinmerosot.html

Anda mungkin juga menyukai