Anda di halaman 1dari 11

DCA2022 - LANDSCAPE

CONSTRUCTION SITE
PREPARATION

2.0 IMPLEMENTATION OF LANDSCAPE SITI NABILAH BT MOHD SARLAN


ACTIVITIES
Rekabentuk adalah proses menzahirkan
idea kreatif dalam bentuk lukisan pelan dan
lakaran perspektif mengambarkan apa yang
anda inginkan pada taman yang akan dibina.
Proses rekabentuk akan membantu anda
memahami keadaan tapak dengan lebih
mendalam dan mengeluarkan idea-idea
untuk membentuk taman idaman.

APA ITU
REKABENTUK
TAMAN?
PERALATAN ASAS DALAM PENYEDIAAN PELAN
LANGKAH-LANGKAH
MEREKABENTUK TAMAN

1 2 3 45 ANALISIS
TAPAK KONSEP
REKABENTUK PELAN INDUK
INVENTORI TAPAK TAPAK PEMBINAAN
TAPAK
1. INVENTORI TAPAK
Inventori bertujuan merekodkan elemen-elemen fizikal dan bukan fizikal yang ada di tapak. Elemen fizikal
seperti pokok dan struktur sedia ada manakala elemen bukan fizikal seperti arah ufuk utara dan naungan.
Maklumat-maklumat ini akan direkod di dalam Pelan Inventori.
1. INVENTORI TAPAK
Pengukuran akan dilakukan untuk mengetahui keluasan
dan menentukan sempadan tapak.
Maklumat pengukuran tapak akan dilukis di atas kertas
mengikut skala yang sesuai dan ini akan dikenali
sebagai Pelan Asas Tapak.
Pelan Asas Tapak ini akan digunakan untuk
menghasilkan lain-lain pelan seperti Pelan Inventori,
Pelan Analisis, Pelan Konsep dan Pelan Induk
2. ANALISIS TAPAK
Berdasarkan inventori tapak, satu Pelan Analisis
tapak dihasilkan. Apa yang perlu dianalisis?
Sebagai perekabentuk, kita perlu mengetahui
apakah kekuatan (strength), kelemahan (weakness),
peluang (opportunity) dan ancaman (threat) yang
ada pada tapak. Analisis ini dinamakan Analisis
SWOT.
CONTOH ANALISIS SWOT
3. KONSEP REKEBANTUK
Berdasarkan inventori, analisis tapak dan hasrat
atau apa yang dimahukan oleh perekabentuk,
beberapa pelan konsep taman dihasilkan.
Pelan konsep merupakan lakaran ruang yang mahu
diwujudkan dalam taman yang akan dibina.
Lakaran ruang ini berbentuk diagram berbuih
(bubble diagram) yang menggambarkan kedudukan,
saiz dan orientasi kepada taman yang akan dibina.
Selain itu, pernyataan ringkas perlu ditulis untuk
membantu perekabentuk menggambarkan apa yang
dihasratkan
4. PELAN INDUK
Daripada beberapa pelan konsep yang telah dihasilkan, perekabentu perlu memilih satu (1) yang paling
sesuai dengan:
keadaan tapak
tujuan pembinaan taman dan
peruntukan kewangan

Pelan konsep yang dipilih akan diperincikan dengan gabungan landskap lembut dan landskap kejur
mengikut keperluan dan kesesuaian untuk menghasilkan Pelan Induk (Master Plan).

Sepertimana Pelan Konsep, beberapa pilihan Pelan Induk boleh dihasilkan untuk menzahirkan rekabentuk
terbaik. Pelan Induk yang dihasilkan mesti mengikut skala yang menggambarkan keadaan sebenar di tapak.
5. PENANAMAN & PEMBINAAN

RUJUK MODUL LANDSKAP M/S


241 - 253

MODUL 5MPV LANDSKAP

Anda mungkin juga menyukai