Anda di halaman 1dari 6

Majlis Konvensyen Juruteknik Komputer Sektor Awam Negeri Sabah Tahun 2022

26 April 2022
The Palace Hotel, Kota Kinabalu

Text Pengacaraan

SESI PETANG
Pengumuman Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum warahmutallahi wabarakatuh
Selamat Petang, salam Sabah Maju Jaya dan salam keluarga
Malaysia

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan


izinnya, dapat kita berkumpul sekali lagi bagi meneruskan
majlis kita pada petang ini.
Team Building Hadirian sekalian..

Seterusnya dengan ini majlis menyerahkan acara ini kepada


pengacara seterusnya

Majlis dengan hormatnya dipersilakan


Acara TEAM BUILDING: Penerapan kerja berpasukan dalam
organisasi oleh , UMS Investment Holdings Sdn Bhd

Terima kasih diucapkan Kepada UMS Investment Holding


Sdn Bhd atas Pelaksanaan Program Team Building sebentar
tadi..
Pengumuman Untuk makluman tuan tuan dan puan puan acara diteruskan
dengan majlis perasmian penutupan Konvensyen Juruteknik
Komputer Sektor awam Negeri Sabah Tahun 2022

Mohon kerjasama para hadirin sekalian untuk berada di


dalam dewan sementara menunggu kehadiran Yang
Berhormat Menteri
Mohon Kerjasama Hadirin Dan Hadirat Sekalian Untuk
Mematikan Telefon Bimbit Atau Meletakkannya Dalam
Mode Senyap Bagi Melancarkan Lagi Majlis Kita Pada
Petang Ini.

Dan Mohon Juga Para Hadirin Sekalian Untuk Berdiri


Sejurus sahaja pengacara majlis mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat Menteri

Kerjasama daripada para hadirin amatlah kami hargai


Ketibaan VVIP Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Yakub
Khan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
diiringi dif-dif jemputan
Nyanyian lagu Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menghormati
Negaraku, lagu Sabah Lagu Negaraku, Sabah Tanah Air ku dan Lagu Sabah Maju
Tanah AirKu dan Jaya,
Sabah Maju Jaya
NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU SABAH TANAH
AIR KU DAN SABAH MAJU JAYA…

Hadirin dipersilakan duduk.


Salutasi Assalammualaikum warahmutallahi wabarakatuh

Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam


penuh kemesraan

Yang Berhormat Datuk Hj Yakub Khan


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah

Yang Berbahagia
Puan Ernywati Dewi Abas
Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Yang Berbahagia
Tuan Kamaltan Bin Karimin
Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
Yang Berusaha
Puan Fauziah Dani,
Pengerusi Penganjur Konvensyen Juruteknik Komputer
Sektor Awam Negeri Sabah Tahun 2022

Yang Dihormati
Ketua-ketua Penolong Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

yang di alu-alukan..

Tuan-tuan dan Puan-puan yang diraihkan sekalian.

Dan seterusnya
Para wartawan yang hadir pada hari ini..
Bacaan Do'a Yang Berhormat, Dato'-Dato', Datin-Datin, tuan-tuan dan
puan-puan hadirin yang dimuliakan.

Petik Kenanga indah disemat,


Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada petang yang penuh


bermakna ini, marilah kita bersama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan.

Oleh itu, majlis dengan ini mempersilakan Encik Irwin bin


Usman untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

BACAAN DOA…

Aamiin Aamiin. Ya Robbal 'Aalamiinn.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Encik Irwin bin Usman Atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan
dilimpahi berkat.,
Bacaan Ikrar Hadirian dan hadirat..

Seterusnya marilah kita sama-sama berdiri membacakan


ikrar aku janji di bawah pimpinan Encik Alexius Robert

Majlis mempersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Alexius


Robert atas bacaan ikrar sebentar tadi
Ucapan Sidang hadirin sekalian,
Penutupan/Perasmia
n Majlis seterusnya dengan ini menjemput dan
mempersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Yakub Khan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah untuk
menyampaikan ucapan dan sekaligus, merasmikan Majlis
Konvensyen Juruteknik Komputer Sektor Awam Negeri
Sabah bagi Tahun 2022

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan yang berhormat datuk.

UCAPAN..

TAYANGAN VIDEO MONTAJ..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berhormat Datuk Haji Yakub Khan Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi Sabah atas ucapan dan kesudian
merasmikan Majlis Konvensyen Juruteknik Komputer
Sektor Awam Negeri Sabah bagi Tahun 2022 sebentar tadi.
Cendera kenangan Mohon kerjasama yang berhormat datuk untuk terus berada
di atas pentas,

Dengan ini majlis menjemput Yang Berbahagia Puan


Ernywati Dewi Abas Pengarah, Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri , diiringi oleh Yang Berbahagia Tuan
Kamaltan Bin Karimin Timbalan Pengarah Jabatan
Perkhidmatan Komputer Negeri, untuk menyampaikan
cendera kenangan kepada Yang Berhormat Datuk

Oleh itu Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan

PENYAMPAIAN CENDERA KENANGAN..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berhormat


Datuk dan Yang Berbahagia Puan Pengarah, serta Timbalan
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri atas
kesudian menyampaikan cendera kenangan kepada Yang
Berhormat Datuk Hj Yakub Khan Menteri Sains, Teknologi
dan Inovasi Sabah
Slot Juruteknik yang Hadirin dan Hadirat Sekalian
sudah bersara
Seterusnya Majlis di teruskan dengan tayangan video
‘JASAMU DIKENANG’ bagi mengingati perkhidmatan
Juruteknik yang bersara
Sesi Bergambar Majlis di teruskan dengan Sesi bergambar,

Mohon yang berhormat Datuk dan dif dif jemputan berada


di posisi masing masing.

SESI BERGAMBAR..
Minum Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
Petang/Penutup
Kita telah sampai dipenghujung acara. Saya Shafeeqa Binti
Belman bagi pihak urusetia majlis Konvensyen Juruteknik
Sektor Awam Negeri Sabah bagi Tahun 2022
mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua tetamu
kehormat dan para hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama meraihkan majlis kita pada petang ini..

Dari Mana Asal Usah Diusul


Molek Budinya Menambat Hati
Dua Tiga Bicara Salah Tersasul
Jangan Disimpan Di Dalam Hati

Dijemput Yang Berhormat Datuk Hj Yakub Khan, Menteri


Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah,Yang Berbahagia Puan
Ernywati Dewi Abas Pengarah, Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri dan yang berbahagia Tuan Kamaltan Bin
Karimin Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri serta semua tetamu jemputan untuk
menikmati hidangan yang telah disediakan di lobi hotel di
restaurant __________________.

Majlis mempersilakan.

Untuk sesi sidang media bilik berada _______

Sekian sahaja, salam hormat, wa billahit Taufiq walhidayah


wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Disediakan Oleh:

Shafeeqa Binti Belman


Juruteknik Komputer JPKN
0109308730

Anda mungkin juga menyukai