Anda di halaman 1dari 11

SKRIP PENGACARA

SKRIP PENGACARA
MAJLIS BICARA EKSEKUTIF KHAS DAN SESI SERAH TUGAS & CLOCK OUT
SEMPENA PERSARAAN PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
PADA 13 NOVEMBER 2020 / 27 RABIULAWAL 1442H / BILIK MESYUARAT UTAMA, JPNS

PENGACARA: CIKGU MUHAMMAD AZIZI RAHIM


Bil Aturcara Teks Pengacara

Pendaftaran Masuk Peserta Secara Atas Talian Melalui Pautan Google Meet Dan Pendaftaran
Persembahan Akustik/ Buskers
Program Melalui Pautan Splkpm
1. Sementara Menunggu Ketibaan
Kehadiran Bersemuka Di Bmu Berdasarkan Had Maksimum Yang Ditetapkan Oleh Urusetia.
Vvips , (15 – 20 Minit) Di Tepi
Jk Sambutan Dan Protokol Menunjukkan Tempat Dan Tempat Duduk Di Dalam Bmu
Kanan Stag
SOP

Ketibaan Yang Berusaha


Tuan Haji Abang Mat Ali Bin Abang Masagus
Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak
Dengan Diiringi Oleh:
2. Ketibaan Yang Berusaha
Pengarah Pendidikan Sarawak
Yang Berusaha Dr. Abang Hut Bin Abang Engkeh
Timbalan Pengarah
Sektor Perancangan Dan Pengurusan Ppd
Serta Timbalan-Timbalan Pengarah, Jpn Sarawak
3. Lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku Hadirin Dan Hadirat Dimohon Terus Berdiri Dan Bersama-Sama Menyanyikan Lagu Negaraku &
SKRIP PENGACARA
Ibu Pertiwiku

Terima Kasih, Para Hadirin Dipersilakan Duduk.


(Tunggu Keadaan Tenang)
4.

Salam Sejahtera, Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak, Dan Salam Ibu Pertiwiku, Fly
Salutasi Dan Aluan Pengacara
Kenyalang Fly, Fly High.

Menatang Intan Beralas Rotan


Gemerlap Sinar Hiasan Diri
Selamat Datang Kami Ucapkan
Semoga Diiringi Restu Ilahi

( Salutasi )
SELAMAT DATANG KE MAJLIS BICARA EKSEKUTIF KHAS DAN SESI SERAH TUGAS &
CLOCK OUT SEMPENA PERSARAAN PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK , JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
Terlebih Dahulu, Pihak Majlis Ingin Mengalu-Alukan Kehadiran Yang Diraikan, Yang Berusaha
Tuan Haji Abang Mat Ali Bin Abang Masagus, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak. 
Terima Kasih Yang Berusaha Pengarah Kerana Sudi Meluangkan Masa Untuk Bersama-Sama
Kami Dalam Majlis Pada Petang Ini.

Terima Kasih Juga Kepada Semua Warga Pendidikan Yang Sedang Menonton Secara Langsung
SKRIP PENGACARA
Ketika Ini Melalui Live Facebook Dan Google Meet Di Seluruh Negeri Sarawak.
Marilah Kita Merafak Sembah Memohon Keberkatan, Keselamatan Dan Kesejahteraan Bersama
Dengan Bacaan Doa.

Dipersilakan Al-Fadhil
5. Bacaan Doa Tn. Hj. Hossen Bin Hj. Mahrip
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pendidikan Islam Untuk Memimpin Bacaan Doa,
Dengan Segala Hormatnya Majlis Mempersilakan .....

Amiin… Aamiin… Yarabbal Alamin…


Majlis Mengucapkan Terima Kasih Kepada Al-Fadhil Tn. Hj. Hossen Bin Hj. Mahrip ..... Atas
6. Selesai Doa Bacaan Doa Itu Tadi. Semoga Kerahmatan Dan Kesejahteraan Melimpahi Hidup Kita Semua.
Segala Yang Baik Kita Mulai, Yang Baik Jua Kita Akhiri, Insya-Allah.

7. Persembahan 1 Majlis Pada Petang Ini Kita Serikan Dengan Persembahan Deklamasi Sajak. Untuk Itu, Majlis
Mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mostaffa Bin Sidek, Ketua Kaunselor Negeri,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Untuk Menyampaikan Sajak Yang Bertajuk:

Terima Kasih Diucapkan Atas Deklamasi Saja Sebentar Tadi.

Kuning Emas Masaknya Padi


Mawar Merah Dalam Jambangan
Terima Kasih Daun Keladi
SKRIP PENGACARA
Budi Tuan Jadi Kenangan

Sebagai Pembuka Tirai Ucapan Hari Ini, Majlis Mempersilakan


Yang Berusaha Dr. Abang Hut Bin Abang Engkeh
8. Ucapan Alu-Aluan Timbalan
Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Dan Pengurusan Ppd, Jpn Sarawak
Untuk Menyampaikan Ucapan Alu-Aluan. Dipersilakan.

9. Selesai Ucapan Terima Kasih Yang Berusaha Dr. Atas Ucapan Sebentar Tadi …..

Hadirin Hadirat Sekalian


Seterusnya Majlis Mempersilakan .…
Encik Radin Foji Bin Radin Abdul Rahim
10. Ucapan YDP PPD
Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Sarawak
Untuk Menyampaikan Ucapan ….. Dipersilakan.
********************************

11. Selesai Ucapan


Terima Kasih YDP Majlis PPD Atas Ucapan Itu Tadi.

12. Ucapan Pengarah Pendidikan Menjadi Resam Pahlawan Sejati


Berani Berjuang Pertahan Diri
Menyerah Kalah Pantang Sekali
SKRIP PENGACARA
Bukan Setakat Kata Dan Puji
Jasa Dan Budi Kekal Abadi
Menjadi Kenangan Tersisip Di Hati

Kini, Saat Yang Ditunggu-Tunggu Oleh Seluruh Warga Pendidikan Negeri Sarawak. Sama-Sama
Kita Hayati Amanat Dan Bicara Yang Akan Diungkapkan Dalam Sesi Bicara Eksekutif Khas Oleh
Yang Berusaha Tuan Haji Abang Mat Ali Bin Abang Masagus
Pengarah Pendidikan Sarawak.

Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Atas Madah Bicara Sebentar Tadi. Semoga Nasihat
13. Dan Amanat Yang Diberikan Akan Menjadi Penguat Semangat Kepada Kami Seluruh Warga
Selesai Ucapan
Pendidikan Di Bumi Kenyalang Ini Dalam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak.

14. Montaj Jasamu Dikenang Budimu Tak Terbilang


Semangatmu Dijulang Kepimpinanmu Gemilang
Begitulah Yang Boleh Kita Perkatakan Atas Segala Bakti Dan Kepimpinan
Yang Disempurnakan Oleh Yang Diraikan
Tuan Haji Abang Mat Ali Bin Abang Masagus Sepanjang Perkhidmatan Beliau Di Dalam Dunia
Pendidikan Yang Berakhir Sebagai Pengarah Pendidikan Sarawak

Hadirin Sekalian Seterusnya Sama-Sama Kita Saksikan Rakaman Momen-Momen Indah


Kenangan Yang Berusaha Tuan Haji Abang Mat Ali Bin Abang Masagus, Pengarah
SKRIP PENGACARA
Pendidikan Sarawak Sepanjang Perkhidmatan Dalam Dunia Pendidikan.

Silakan.

Begitulah Tadi Seimbas Kenangan Perjalanan Tuan Pengarah Yang Penuh Warna Warni Dalam
Duni Pendidikan.

Bagi Memeriahkan Lagi Majlis Kita Pada Hari Ini, Marilah Sama-Sama Kita Saksikan
Persembahan Daripada Kumpulan Buskers Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dengan Lagu
15. Persembahan 2
……………….
Dipersilakan. Terima Kasih Diucapkan.
Tuan Bagaikan Intan Permata
Memberi Sinar Isi Semesta
Tuan Bagaikan Kasturi Di Laman
Harum Nama Sebutan Zaman
16. Persembahan Khas
Baiklah Acara Pada Petang Ini Diteruskan Dengan Satu Persembahan Khas Dan Istimewa Yang
Mungkin Sangat Jarang Dapat Kita Saksikan Daripada Beliau. Untuk Itu, Majlis Mempersilakan
Yang Berusaha Pengarah Pendidikan Sarawak Untuk Menyampaikan Sebuah Lagu Yang
Berjudul Berita Kepada Kawan. Sama-Sama Kita Hayati Dan Saksikan.
17. Pemotongan Kek Isteri PPS masuk di tengah lagu
Kek Disurung Masuk Sambil Lagu Dimainkan.

Terima Kasih Tuan Pengarah Dan Majlis Juga Turut Mengalu-Alukan Kehadiran Yang Berbahagia
Hajah Siti Hajar Bt Abang Mon, Isteri Yang Berusaha Tuan Pengarah Ke Majlis Pada Petang Ini.
SKRIP PENGACARA
Dipersilakan Yang Berusaha Tuan Pengarah Untuk Memotong Kek Hari Lahir.
Dipersilakan Yang Berbahagia Puan Hajah Untuk Menyuapkan Potongan Kek Kepada Tuan Haji.

Kami Doakan Agar Yang Berusaha Pengarah Dikurniakan Kesihatan Yang Baik Dan Usia Yang
Diberkati Allah Hendaknya.

Terima Kasih Sekali Diucapkan Dan Dipersilakan Yang Berusaha Pengarah Dan Isteri Untuk
Kembali Ke Tempat Duduk.
18. Upacara Serah Tugas
Kasih Mana Orang Baharu,
Kasih Lagi Orang Lama,
Sedap Mana Kasut Baharu,
Sedap Lagi Kasut Lama,
Sedih Mana Tuan Yang Pergi,
Sedih Lagi Kami Yang Tuan Tinggalkan.
Hadirin Yang Dimuliakan

Umpama Memanjat Dah Sampai Ke Puncak


Yang Ruas Dah Sampai Ke Buku
Yang Kitab Sudah Berkhatam
Yang Terniat Sudah Terkabul
Yang Menyambut Akan Menerima

Tibalah Masanya Ke Sesi .....


Penyerahan Nota Serah Tugas Oleh
SKRIP PENGACARA
Yang Berusaha Tn. Hj. Abang Mat Ali Bin Abang Masagus Pengarah Pendidikan Sarawak.
Kepada .....
Yang Berusaha Dr. Abang Hut Bin Abang Engkeh
Timbalan Pengarah
Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD, JPN Sarawak

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.


Majlis Mempersilakan Tn. Hj. Abang Mat Ali Bin Abang Masagus Untuk Menurunkan
Tandatangan Nota Serah Tugas.

Majlis Mempersilakan Yang Berusaha Dr. Abang Hud Bin Abang Engkeh Untuk
Menandatangani Nota Serah Tugas Sebagai Simbolik Penerimaan Tugas Pengarah Pendidikan
Negeri Sarawak Yang Baharu.

Sebagai Kemuncak Penyerahan Tugas, Dipersilakan


Yang Berusaha Dr. Abang Hut Bin Abang Engkeh
Timbalan Pengarah
Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD
Mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Yang Baharu Untuk Menerima Serahan Nota
Serah Tugas Daripada Yang Berusaha Tuan Haji Abang Mat Ali Bin Abang Masagus Dengan
Disaksikan Oleh Timbalan-Timbalan Pengarah
SKRIP PENGACARA

Terima Kasih Diucapkan.

19. Penyampaian Cenderamata Majlis Diteruskan Dengan Penyampaian Cenderamata Sebagai Tanda Penghargaan Dan
Kenang-Kenangan Kepada Tn. Hj. Abang Mat Ali Bin Abang Masagus Sepanjang Beliau
Menabur Bakti Sebagai Pengarah Pendidikan Sarawak

Oleh Itu Dipersilakan Timbalan-Timbalan Pengarah Untuk Menyempurnakan Upacara


Penyampaian.

Penyampaian Dimulai Dengan..... :


1. Cenderamata Daripada Warga Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Yang Akan
Disampakan Oleh Barisan Timbalan Pengarah- Semoga hadiah ini dapat digunakan untuk
mengekalkan stamina dan kesihatan Tuan Pengarah di hari-hari persaraan kelak. Kita
persilakan juga untuk tuan pengarah mencuba dan memberikan lambaian kasih buat warga
pendidikan yang bersama-sama pada hari ini.
2. Seterusnya cenderamata daripada Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah yang akan diwakili
oleh Ketua Sektor di Jabatan
- Ikut Senarai
3. Berikutnya Cenderamata daripada Persatuan dan pertubuhan pendidikan.
Dimulakan dengan Persatuan….( Ikut Senarai)

Seterusnya….

#Cenderamata lain akan disampaikan oleh ppd/Persatuan masing-masing di luar nanti.


SKRIP PENGACARA

Seterusnya sebagai rakaman rasa ….. santapan nostalgia, dijemput Timbalan-timbalan


20. FOTOGRAFI Pengarah, KPPK dan KPP tampil segak untuk sesi fotografi DENGAN BERPAKSIKAN
PENJARAKAN FIZIKAL SENTIASA DIPATUHI.

21. Kata Penutup Tiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan


Itu Adat, Itu Lumrah Kehidupan
Begitulah Rentetan Perjalanan
Walau Sukar Untuk Ditelan
Tapi Kaki Tetap Mengorak Jalan
Selagi Hayat Dikandung Badan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Yang Berusaha Tuan Haji Abang
Mat Ali Bin Abang Masagus, Pengarah Pendidikan Sarawak kerana sudi untuk bersama-sama
pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang berusaha Pengarah
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian bersama-sama keluarga tercinta.

Mengakhiri acara pada kali ini ialah Sesi “Clock Out” Pengarah Pendidikan Sarawak.

Sesi Clock Out bakal disaksikan Timbalan-Timbalan Pengarah dan pegawai kanan Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak. Untuk itu saya akhiri majlis ini dengan serangkap pantun

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis mempersilakan Yang Berusaha Pengarah serta isteri dengan diiringi BARISAN
PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN bersama-sama menyantuni sesi “Clock Out” dan
seterusnya ke sesi penanaman Pokok Bunga di perkarangan Jabatan.
SKRIP PENGACARA

Saya Muhammad Azizi


Sekian,
Wabillahhitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh
Dan Jumpa Lagi.

Anda mungkin juga menyukai