Anda di halaman 1dari 12

SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PEGAWAI KANAN KPM

SABTU | 19 FEBRUARI 2022 | HOTEL PULLMAN, KUCHING SARAWAK

PENGACARA MAJLIS :
MUHAMMAD AZIZI & ANISA SYAHIDA

SKRIP PENGACARA MAJLIS


CUE (7.30 p.m. KETIBAAN PARA JEMPUTAN)

Umum apabila tetamu Assalamualaikum dan selamat petang diucapkan kepada tuan-tuan
sudah agak ramai. dan puan-puan serta para tetamu yang hadir.

Sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19, saya


dengan rendah hati ingin mengingatkan kepada semua tetamu yang
hadir untuk sama-sama menjaga penjarakan fizikal 1 meter,
menggunakan pelitup separuh muka, tidak bersalaman dan juga
menggunakan sanitasi tangan jika perlu.

Mohon kerjasama para hadirin untuk memastikan telefon pintar anda


dalam keadaan mod senyap bagi memastikan kelancaran majlis yang
akan berlangsung sebentar lagi.

Sebaik sahaja diumumkan ketibaan tetamu VVIP, mohon semua


hadirin untuk sama-sama berdiri dan sejurus itu kita akan
menyanyikan Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.

** (mention tempat surau & tandas)


** baca atur cara majlis

CUE (7.35 p.m. KETIBAAN VVIP & VIP)

* selepasnya Hadirin sekalian,


Tarian Selamat
Datang (3 min). Ketibaan, Yang Berbahagia Datuk Hajah Nor Zamani binti
Abdol Hamid,
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Diiringi oleh dif-dif kehormat.

TARIAN PEMBUKAAN
(Tamsilan)
Dif-Dif kehormat dan
para jemputan Dari Perlis hingga ke Sabah
mengambil tempat Singgah Berambeh di Bumi Kenyalang
duduk Selamat bertandang kamek nak madah
1
KPM – ‘Lan Berambeh Ngan
Kamek’2022
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PEGAWAI KANAN KPM
SABTU | 19 FEBRUARI 2022 | HOTEL PULLMAN, KUCHING SARAWAK

Merami majlis malam gemilang.

CUE (7.35 p.m. NYANYIAN DUA BUAH LAGU)

Penari keluar Terima kasih diucapkan. Persembahan pembukaan yang


meninggalkan pentas mencerminkan kepelbagaian dan keunikan budaya Malaysia sebentar
persembahan. tadi telah dijayakan oleh Kumpulan .. Sekolah Seni Malaysia
Sarawak.

Seterusnya para Hadirin dipersilakan untuk berdiri bagi sama-sama


menyanyikan, Lagu Kebangsaan, Negaraku dan Lagu Kebesaran
Negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku.

- selesai nyanyian –

Majlis mengucapkan terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

CUE (7.50 p.m. SALUTASI)

Semua hadirin sedang ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


duduk.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera,
Salam Keluarga Malaysia, Salam Pendidikan, Salam Menjulang
Pendidikan Negeri Sarawak, Fly Kenyalang Fly, Fly High.

SENARAI SAPAAN

1) YBhg. Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

2) YBhg. Dato' Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali


Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor
Dasar dan Kurikulum)

3) YBrs. Encik Zainal bin Abas


Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian -
Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia (Sektor Operasi Sekolah)

4) YBrs. Dr. Norisah binti Suhaili


Pengarah Pendidikan Sarawak

5) Yang Diraikan, Dr. Hajah Roziah binti Abdullah


Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
2
KPM – ‘Lan Berambeh Ngan
Kamek’2022
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PEGAWAI KANAN KPM
SABTU | 19 FEBRUARI 2022 | HOTEL PULLMAN, KUCHING SARAWAK

6) Yang Diraikan, Encik Salim bin Ab Ghani


Mantan Pengarah Pendidikan Terengganu

7) YBrs. Pengarah-Pengarah Bahagian

8) YBrs. Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri

9) YBrs. Timbalan-Timbalan Pengarah


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

10) Tuan-Tuan dan Puan-Puan Serta Hadirin Sekalian

CUE (7.55 p.m. ALUAN EMCEE)

Sambung terus Menatang intan beralas rotan,


Selepas Sapaan Gemerlap sinar hiasan diri;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga diiringi restu Ilahi.

YBhg. Datuk, dif-dif kehormat, tuan-tuan puan-puan serta hadirin


sekalian,

Selamat datang ke MAJLIS “LAN BERAMBEH NGAN


KAMEK”.

Saya Muhammad Azizi dan Saya Anisa Syahida akan “berambeh”


bersama anda sepanjang majlis pada malam ini yang berlangsung di
Hotel Pullman Kuching Sarawak. Tidak terlambat juga untuk kami
ucapkan Selamat datang ke Sarawak buat semua.

Baiklah, majlis pada malam ini diadakan bagi meraikan kehadiran


Barisan Kepimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia
sekaligus Meraikan Persaraan Pegawai-Pegawai Kanan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kita juga berasa amat bertuah dengan kehadiran YBhg Datuk


KPPM, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan pada malam ini.

Cikgu Anisa, boleh kongsikan secara ringkas maksud Lan


Berambeh Ngan Kamek untuk makluman para hadirin?

Ya Cikgu Azizi, Lan Berambeh Ngan Kamek ialah kata-kata Dialek


Melayu Sarawak yang Bermaksud Mari atau mengajak ke
sesuatu lokasi. Manakala berambeh bermaksud bersantai,
3
KPM – ‘Lan Berambeh Ngan
Kamek’2022
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PEGAWAI KANAN KPM
SABTU | 19 FEBRUARI 2022 | HOTEL PULLMAN, KUCHING SARAWAK

melawat, makan, minum dan berkumpul mesra. Dan dalam


situasi kini pastinya kita terus mematuhi prosedur operasi Standard
yang ditetapkan.

CUE (8.00 p.m. BACAAN DOA)

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Marilah kita merafak sembah memohon keberkatan, keselamatan
dan kesejahteraan bersama dengan bacaan doa.

Untuk itu, majlis menjemput Al-Fadhil Tuan Haji Sulaiman bin


Haji Hasim, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk memimpin bacaan
doa. Majlis dengan takzimnya, mempersilakan.

-selesai bacaan doa-

Aamin ya rabbal ‘alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas


bacaan doa itu tadi.

CUE (8.10 p.m. PERSEMBAHAN HIDANGAN)

- Lampu YBhg. Datuk, dif-dif kehormat, tuan-tuan & puan sekalian,


dimalapkan.
- Muzik dimainkan. Kini, Terimalah santapan istimewa dari pramu saji “Hotel Pullman,
Kuching!”
Para Hadirin Dipersilakan menjamu selera dengan hidangan
istimewa masyarakat Tiong Hua yang sedang disajikan.

Terbang sekawan si burung merbah


Terbang selisih angkasa jingga,
Padamu tuan kami persembah;
Santapan kasih juadah mesra.

CUE (8.15 p.m. PERSEMBAHAN SEGMEN 1)

- Persembahan - selesai persembahan –


masuk TANPA
pengumuman Hadirin sekalian, begitulah tadi telah sama-sama kita saksikan
- Selepas persembahan
persembahan baru - Sape Solo
umum
- Ngajat Tampi - Aishah

4
KPM – ‘Lan Berambeh Ngan
Kamek’2022
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PEGAWAI KANAN KPM
SABTU | 19 FEBRUARI 2022 | HOTEL PULLMAN, KUCHING SARAWAK

- Tarian - Odi Kobun (Bidayuh)


- Semina duduk berimbai - Kiki
- Sinaran - Aishah
Majlis mengucapkan terima kasih.

CUE (8.45 p.m. UCAPAN ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN


SARAWAK)

Hadirin sekalian,

Sebagai pembuka tirai ucapan, majlis dengan penuh sukacitanya


menjemput dan mempersilakan,

Yang Berusaha Dr. Norisah binti Suhaili


Pengarah Pendidikan Sarawak

Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

-selesai ucapan-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YBrs. Dr atas


ucapan alu-aluan yang telah beliau sampaikan sebentar tadi.

CUE (9.00 p.m. PERSEMBAHAN SEGMEN 2)

- UMUM tentang YBhg Datuk, dif-dif kehormat, tuan-tuan & puan-puan,


persembahan ini. Majlis kita akan diteruskan lagi dengan persembahan seterusnya.
Tanpa melengahkan masa, sama-samalah kita saksikan.
Dipersilakan.

- selesai persembahan –

Terima kasih atas persembahan yang begitu memukau sebentar tadi.


Untuk makluman hadirin, persembahan kugiran sebentar tadi telah
dipersembahkan dengan menampilkan lagu-lagu:
- Perfect - Jack
- Tunggu Sekejap - Kiki
- Kasih - Aishah
5
KPM – ‘Lan Berambeh Ngan
Kamek’2022
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PEGAWAI KANAN KPM
SABTU | 19 FEBRUARI 2022 | HOTEL PULLMAN, KUCHING SARAWAK

- Medley Lagu Rakyat Sarawak - Ajk


- Flora - Jack
*Oleh Guru-guru dan Jurulatih Kesenian Sekolah Seni Malaysia
Sarawak
CUE (9.20 p.m. TAYANGAN MONTAJ PERSARAAN PENGARAH
ERPD)

- Semua Hadirin YBhg, Datuk, dif-dif kehormat, tuan-tuan puan-puan serta hadirin
Bertenang sekalian,

Seterusnya “Lan” sama-sama kita saksikan rakaman memori abadi


sepanjang karier dalam perkhidmatan Yang Diraikan, Dr. Hajah
Roziah binti Abdullah Pengarah Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar PendidikanKementerian Pendidikan Malaysia.

-selesai tayangan montaj-

“Selamat bersara Srikandi Pendidikan Kebanggaan Pertiwi”

CUE (9.25 p.m. UCAPAN PERSARAAN PENGARAH EPRD)

- sharp selesai Hadirin yang dimuliakan,


MONTAJ
Tuai padi di hujung bendang,
Hinggap seekor si kunang-kunang;
Belai budi disanjung datang,
Jasa yang baik dikenang-kenang.

Hadirin sekalian, majlis dengan penuh rasa terharu ingin menjemput


dan mempersilakan

Yang Diraikan, Dr. Hajah Roziah binti Abdullah Pengarah Bahagian


Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

untuk menyampaikan ucapan, sebagai amanat terakhir sepanjang


karier dalam dunia pendidikan. Majlis menjemput dan
mempersilakan.

- selesai ucapan –

Hadirin sekalian, sama-sama kita hadiahkan tepukan yang paling


gemuruh buat yang diraikan.

Majlis mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas ucapan beliau


6
KPM – ‘Lan Berambeh Ngan
Kamek’2022
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PEGAWAI KANAN KPM
SABTU | 19 FEBRUARI 2022 | HOTEL PULLMAN, KUCHING SARAWAK

yang menyentuh hati sebentar tadi.

CUE (9.40 p.m. MONTAJ PERSARAAN MANTAN PENGARAH


JPN TERENGGANU)
Hadirin yang dimuliakan,
- tunggu sehingga
Pengarah EPRD Seterusnya kita alihkan perhatian semula ke skrin tayangan untuk
duduk. menyaksikan seimbas kenangan perjalanan karier penuh warna warni
dalam dunia Pendidikan Yang diraikan, Encik Salim bin Ab. Ghani,
Mantan Pengarah Pendidikan Terengganu

Sama-sama kita saksikan.

- selesai montaj –

Selamat Bersara Cikgu Salim Ab. Ghani,


Adiwira Pendidikan Nusa Bangsa.

CUE (9.45 p.m. UCAPAN MANTAN PENGARAH JPN


TERENGGANU)
Hadirin sekalian,
- sharp selesai Seterusnya, majlis dengan bangganya ingin menjemput dan
MONTAJ mempersilakan

Yang diraikan, Encik Salim bin Ab. Ghani,


Mantan Pengarah Pendidikan Terengganu

Untuk menyampaikan ucapan persaraan beliau. Majlis dengan segala


hormatnya, mempersilakan.

-selesai ucapan-

Perigi tuan semarak siratan,


Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Diraikan


Encik Salim bin Ab. Ghani atas ucapan beliau yang cukup
menyentuh jiwa itu tadi.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

7
KPM – ‘Lan Berambeh Ngan
Kamek’2022
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PEGAWAI KANAN KPM
SABTU | 19 FEBRUARI 2022 | HOTEL PULLMAN, KUCHING SARAWAK

Buat kedua-dua tokoh pendidikan yang kita raikan:

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.

CUE (10 p.m. UCAPAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN


MALAYSIA)

- selesai ucapan Hadirin yang dimuliakan,


YBhg. Datuk,
minta kekal Majlis kita pada malam ini akan disempurnakan dengan mendengar
berada di pentas ucapan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Oleh itu,
untuk sama-samalah kita hayati amanat dan bicara yang yang akan
penyampaian disampaikan oleh,
cenderamata.
Yang Berbahagia Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Majlis dengan penuh takzim dan hormat, menjemput dan


mempersilakan YBhg Datuk KPPM untuk tampil menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan.

-selesai ucapan-

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan dan dimohon YBhg. Datuk


- sharp selesai untuk kekal berada di pentas bagi acara seterusnya.
UCAPAN
Majlis turut mempersilakan Yang Berusaha Pengarah Pendidikan
Sarawak untuk menjemput dan mengiringi dif-dif kehormat ke
pentas bagi mengiringi Yang Berbahagia Datuk KPPM untuk
menyempurnakan upacara penyampaian Cenderamata.
Dipersilakan…
(Rujuk Urus setia Sama ada perlu sebut semua nama Dif-dif
kehormat atau tidak)

(10.15 p.m. PENYAMPAIAN CENDERAMATA)


CENDERAMATA 1 Hadirin sekalian,
Upacara dimulakan dengan menjemput dan mempersilakan,

Yang Diraikan, Dr. Hajah Roziah binti Abdullah

8
KPM – ‘Lan Berambeh Ngan
Kamek’2022
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PEGAWAI KANAN KPM
SABTU | 19 FEBRUARI 2022 | HOTEL PULLMAN, KUCHING SARAWAK

Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerima
cenderamata.

Penyampaian dimulakan dengan mempersilakan Yeng Berbahagia


Datuk Hajah Nor Zamani bt Abdul Hamid, Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia, mewakili Pengarah Bahagian-Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Diraikan Dr. Hajah Roziah bt.
Abdullah.

Seterusnya dipersilakan Yang Berbahagia Dato’ Haji Md Fiah bin


Md Jamin, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan mewakili
Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Diraikan Dr. Hajah Roziah bt.
Abdullah.

Berikutnya dipersilakan Yang Berusaha Dr. Norisah binti Suhaili


Pengarah Pendidikan Sarawak mewakili warga pendidikan Negeri
Sarawak untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Diraikan
Dr. Hajah Roziah bt. Abdullah.

Seterusnya, Majlis menjemput dan mempersilakan


CENDERAMATA 2 Yang diraikan, Encik Salim bin Ab. Ghani, Mantan Pengarah
Pendidikan Terengganu
Untuk naik ke pentas bagi menerima cenderamata.

Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Hajah Nor Zamani bt


Abdul Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, mewakili
Pengarah Bahagian-Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang diraikan, Encik
Salim bin Ab. Ghani, Mantan Pengarah Pendidikan Terengganu

Seterusnya dipersilakan Yang Berbahagia Dato’ Haji Md Fiah bin


Md Jamin, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan mewakili
Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang diraikan, Encik Salim bin Ab. Ghani,
Mantan Pengarah Pendidikan Terengganu

Berikutnya dipersilakan Yang Berusaha Dr. Norisah binti Suhaili


Pengarah Pendidikan Sarawak mewakili warga pendidikan Negeri
Sarawak untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang diraikan,
Encik Salim bin Ab. Ghani, Mantan Pengarah Pendidikan
Terengganu

9
KPM – ‘Lan Berambeh Ngan
Kamek’2022
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PEGAWAI KANAN KPM
SABTU | 19 FEBRUARI 2022 | HOTEL PULLMAN, KUCHING SARAWAK

CENDERAMATA 3

Sebagai tanda apresiasi, sekalung budi seuntai kasih dan kenang-


kenangan, majlis mempersilakan sekali lagi Yang Berusaha Dr.
Norisah binti Suhaili Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak
untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia
Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

CUE SESI FOTOGRAFI


- sharp selesai Seterusnya, Yang Berbahagia Datuk KPPM dan dif-dif kehormat
PENYAMPAIAN serta Yang Diraikan dipersilakan untuk sesi fotografi.

CUE SELESAI FOTOGRAFI DAN KEMBALI KE TEMPAT


DUDUK
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk
Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia
serta dif-dif kehormat atas kesudian menyempurnakan upacara
penyampaian cenderamata sebentar tadi dan dipersilakan untuk
kembali ke tempat duduk.
CUE (10.35 p.m. NYANYIAN LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY
HIGH)

YBhg Datuk, dif-dif kehormat, tuan-tuan puan-puan serta hadirin


sekalian,

Sebagai penutup majlis kita pada malam ini, “Lan” sama-sama kita
menyanyikan Lagu Pendidikan Negeri Sarawak, Fly Kenyalang Fly,
Fly High. Dipersilakan.

-selesai nyanyian-

CUE (10.45 p.m. BERSURAI / PENUTUP)


- sharp selesai
LAGU Hadirin sekalian,
(WE UNITE…)
Umpama belayar telah sampai ke pelabuhan,
Lagu Kurik Kundi Umpama berkayuh telah sampai di muara,
bermula Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Datuk


Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia,
10
KPM – ‘Lan Berambeh Ngan
Kamek’2022
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PEGAWAI KANAN KPM
SABTU | 19 FEBRUARI 2022 | HOTEL PULLMAN, KUCHING SARAWAK

Barisan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,


Pengarah-pengarah Bahagian,
Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri serta para hadirin atas
kesudian Berambeh Ngan Kamek Orang pada malam ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada warga kerja dan semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan majlis
kali ini. Tersilap tersalah harap diampun, Terkasar bahasa maaf
dipohon.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah disini.

Dengan ini, saya Anisa Syahida dan saya Muhammad Azizi selaku
pengacara majlis anda pada malam ini memohon beribu kemaafan
seandainya ada salah tutur bicara sepanjang mengendalikan majlis.

Akhir kata, Terus amal kawalan kendiri, lindung diri, lindung semua
kerana kita keluarga Malaysia.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan Jumpa lagi.

CUE (10.50 p.m. KEBERANGKATAN PULANG VVIP)


Sekiranya ada
keperluan Hadirin sekalian,

Yang Berbahagia Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid,


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan
Malaysia

Diiringi dif-dif kehormat.

Untuk berangkat meninggalkan majlis.

11
KPM – ‘Lan Berambeh Ngan
Kamek’2022
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PEGAWAI KANAN KPM
SABTU | 19 FEBRUARI 2022 | HOTEL PULLMAN, KUCHING SARAWAK

ATUR CARA MAJLIS :

7.30 p. m. - Ketibaan Jemputan

- Ketibaan Pengarah Pendidikan Sarawak

- Ketibaan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

- Ketibaan KPPM

- Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Ibu Pertiwiku

- Bacaan doa

- Persembahan hidangan (Food Presentation)

- Persembahan Segmen 1

- Ucapan Aluan Pengarah Pendidikan Sarawak

- Persembahan Segmen 2

- Montaj Persaraan Pengarah EPRD

- Ucapan Persaraan Pengarah EPRD

- Montaj Persaraan Mantan Pengarah JPN Terengganu

- Ucapan Mantan Pengarah JPN Terengganu

- Ucapan YBhg. Datuk KPPM

- Penyampaian Cenderamata

- Nyanyian Lagu Fly Kenyalang Fly

- Bersurai

12
KPM – ‘Lan Berambeh Ngan
Kamek’2022

Anda mungkin juga menyukai