Anda di halaman 1dari 1

Kemalangan jalan raya sering menjadi buah mulut masyarakat

kerana sering dipaparkan dalam media arus perdana. Hal ini


berpunca daripada pelbagai sebab terutamanya sikap cuai pemandu
(Bhn2) kenderaan itu sendiri. Persoalannya, apakah kaedah terbaik
meningkatkan pematuhan peraturan jalan raya oleh rakyat
Malaysia?

(T)Cara terbaik untuk meningkatkan pematuhan peraturan jalan raya


adalah dengan mengubah sikap pemanduan(bhn3) dalam kalangan
pemandu.(H)Hal ini demikian kerana, ada dalam kalangan pemandu
yang suka memandu kenderaan secara tidak berhemah. (C)
Contohnya, ada pemandu memandu kereta tidak mematuhi arahan
lampu isyarat sehingga menyebabkan berlaku kemalangan.(Bhn1)
(T)Tegasnya, kemalangan dapat dikurangkan jika kita mengubah
sikap ketika memandu kenderaan.

Selain itu, pihak kerajaan hendaklah mengadakan kempen kesedaran


(bhn3) secara besar-besaran di media massa. Hal ini demikian kerana
kempen ini diharapkan dapat menyedarkan masyarakat agar lebih
berhati-hati semasa memandu kenderaan di jalan raya. (C)
Contohnya, kempen “Pandu Cermat Jiwa Selamat” bertujuan untuk
mendidik masyarakat agar lebih berhemah ketika memandu
kenderaan. (T) Jelaslah bahawa kempen perlu untuk mendidik
pemandu ketika di jalan raya agar lebih berhati-hati.

Kesimpulannya, kadar pematuhan peraturan jalan raya dalam


kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah. Diharapkan agar
pelbagai usaha yang dilakukan oleh semua pihak seperti Polis Diraja
Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengurangkan kadar
kemalangan mendapat sokongan daripada semua rakyat. Secara
tidak langsung, kadar kemalangan dapat berkurangan dan hidup
akan lebih harmoni.

Anda mungkin juga menyukai