Anda di halaman 1dari 2

JENIS-JENIS PERENGGAN ISI KARANGAN

Perenggan : Deduktif

Kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu untuk menggalakkan orang ramai
menggunakan pengangkutan awam. (Ai) .
Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak yang mengatakan bahawa kepelbagaian
sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat
mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan
awam (M). Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk
menguruskan pengangkutan di negara kita (Hb). Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses
pelaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian(Hb). Selain itu, kerajaan juga harus
mengambil contoh negara barat seperti Melbourne yang penumpangnya hanya perlu membeli satu tiket
untuk menaiki kereta api dan bas( C). Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekatan ini bukan
sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur perjalanan laluan
(Hb). Jikalau langkah ini dapat direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang
telah diramalkan oleh pengendali.(P)

Perenggan : Induktif

Langkah kerajaan memasang televisyen dalam bas awam telah mendapat banyak komen yang
baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka (HM). Para
penumpang berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka HB).
Banyak program yang boleh disiarkan antaranya ialah berita, laporan cuaca, perkembangan sukan,
maklumat kewangan dan lain-lain ( c). Sepanjang perjalanan, para penumpang tidaklah membuang masa
begitu sahaja, sebaliknya akan mendapat informasi yang terkini dan secara tidaak langsung mereka juga
dapat meningkatkan pengetahuan. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan
awam kerana langkah ini telah memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan
yang berkualiti tinggi dengan bayaran yang minimum. Manifestasinya, langkah memasang televisyen
memang dapat menggalakkan para penumpang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Oleh itu
jelaslah bahawa memasang televisyen dalam bas awam juga boleh menjadi daya tarikan untuk orang
ramai menggunakan pengangkutan awam.

Perenggan : Gabungan Deduktif dan Induktif

Pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan
menaiki pengangkutan awam.(Ai) Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur
buluh biarlah dari rebungnya..Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan
menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanamkan konsep yang mendalam dalam minda
pelajar bahawa menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. (Hm).
Didikan sejak kecil akan meninggalkan kesan yang mendalam berbanding pendidikan yang diberikan setelah
seseorang itu telah dewasa.(Hm).Tambahan pula,terdapat masyarakat yang menganggap bahawa
pengangkutan awam hanyalah untuk golongan miskin dan kurang berkemampuan untuk memiliki kereta
sendiri .Oleh itu pendidikan awal perlu didedahkan kepada pelajar agar dapat mengubah tanggapan buruk
tersebut(Hm). Pihak sekolah boleh memberi kesedaran terhadap pelajar tentang kebaikan menggunakan
pengangkutan awam melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas(Hb), misalnya melalui
mata pelajaran Bahasa Melayu, dan Pendidikan Moral ( C).Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan
golongan yang bergantung pada perkhidmatan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama mereka
(Hb) . Walaupun memiliki kenderaan sendiri, mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti
kereta api , LRT, bas dan sebagainya.( C). Sudah terang lagi bersuluh , pendidikan sejak kecil penting
sebagai langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Anda mungkin juga menyukai