Anda di halaman 1dari 5

Keganasan jalan raya merujuk kepada kegiatan

mencederakan orang lain malah membunuh orang lain


secara segaja dan sedar yang berlaku di antara pengguna
jalan raya atas perselisihan yang berkaitan dengan masalah
pengangkutan. Biasanya pemangsa dalam kes keganasan
jalan raya dikenali sebagai samseng jalan. CARA-CARA
MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA

Kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku


jalan raya akan akan membawa kerugian besar kepada
masyarakat dan negara. Oleh kerana itu pihak yang
berkenaan seharusnya mengambil tindakan untuk mengatasi
masalah ini.

Secara pokoknya, masalah salah laku jalan raya merupakan


satu masalah yang berpunca daripada sikap pemandu jalan
raya. Bertolak dari situ maka saluran penyelesaian masalah
salah laku boleh berbunyi “3 P” iaitu

 Pendidikan
 Perundangan
 Penyelidikan

Huraian mengenai ketiga-tiga pekara ini adalah seperti


berikut.

PENDIDIKAN

Oleh kerana masalah salah laku jalan raya merupakan satu


masalah sikap, maka pendidikan memainkan peranan yang
terpenting untuk membentuk sikap pengguna yang baik dan
sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya.
Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku jalan raya,
pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai
kesedaran keselamatan jalan raya, dan juga mempunyai
sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya.

Pendidikan untuk mengurangkan salah laku jalan raya perlu


dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum
seseorang itu menjadi pemandu, semasa dia menerima
latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu.
Maka pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran
iaitu:

 melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral,


 melalui sekolah memandu
 melalui komunikasi awam seperti televisyen.

Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh


pendidikan moral di sekolah untuk mengurangkan salah laku
jalan raya ialah memberikan pendidikan moral yang dasar
supaya ia akan diterapkan dalam penggunaan jalan raya.
Contohnya, pelajar boleh menerapkan prinsip hormat-
menghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam
penggunaan jalan raya dengan sentiasa menghormati hak
pengguna jalan raya yang lain. Bagi sekolah memandu ia
boleh memainkan fungsi dalam pekara ini dengan
memberikan pendidikan memandu yang lebih berkhusus dan
membentuk sahsiah diri yang betul, khusus bagi seorang
pemandu. Manakala bagi komunikasi awam pula ia
berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan raya
mengenai moral jalan raya dari semasa ke semasa.

PERUNDANGAN

Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk


menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa
perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan “tidak
masuk ajar” akan terus mengancam keselamatan jalan raya.

Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu:

 Pembentukan undang-undang
 Penguatkuasaan undang-undang

Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada


perundangan. Undang-undang yang dibentuk seharusnya
mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya
yang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk
dilaksanakan. Dengan ada undang-undang yang membawa
hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar
pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku.
Bagi sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala
dan mengancam keselamatan awam maka dibawah undang-
undang ia boleh dihalang untuk terus demikian dengan
mekanisme kepenjaraan.

Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak


dilengkap dengan penguatkuasaan undang-undang.
Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh
meningkatkan kewibawaan undang-undang dan kesannya
terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa
haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

PENYELIDIKAN

Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku


jalan raya secara langsung. Tetapi ia boleh membantu kita
menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka
masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang
harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan
raya adalah di bawah bidang seperti di bawah.

 Ilmu kaji kejenayahan (criminology)


 Pengurusan jalan raya

Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah


laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya.
Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara
ini maka, adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan
masalah ini.

Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas.


Ilmu ini diyakini boleh membantu mengurangkan salah laku
pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus,
maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan
seterusnya salah laku mereka juga akan kurang.

[sunting] Kesimpulan

Salah laku jalan raya merupakan pekara yang berkaitan


dengan sikap pengguna jalan raya. Dari segi etika pekara ini
berpunca daripada keperibadian pengguna jalan raya yang
buruk, penyusunan tatatingkat nilai yang bermasalah dan
juga pelbagai masalah psikologi yang memecahkan benteng
moral pemandu. Bagi menyelesaikan masalah salah laku
jalan raya, pihak yang berkenaan seharusnya tidak
mengambil pendekatan penyelesaian mudah seperti
berkempen. Sebaliknya, pihak berkenaan seharusnya
mengambil pendekatan menyeluruh seperti mengambil
pendekatan “ 3 P”, iaitu pendidikan, pengundangan dan
penyelidikan. Akhir sekali, pengguna jalan raya disaran
supaya lebih berbudi bahasa dan sentiasa mengelakkan diri
daripada terlibat dalam salah laku

Anda mungkin juga menyukai