Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN MENULIS TUGASAN ULASAN ARTIKEL JURNAL (INDIVIDU)

DR. AMINI AMIR ABDULLAH


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
4 JANUARI 2019

1. Ulasan atau kajian Artikel Jurnal (Individu) mengandungi nilai ilmiah, pemikiran kritis,
menganalisis dan menilai secara akademik. Ulasan itu mengandungi sesuatu yang dapat
menyampaikan pendapat dan menyokongnya dengan bukti daripada mana-mana artikel jurnal
atau artike tersebut sendiri.

2. Adakah anda tahu bagaimana menulis Artikel Jurnal (Individu) yang ilmiah/akademik?
Sebelum membaca, pertimbangkan:

i. Tajuk - Apa yang dicadangkan? Apa yang menarik?


ii. Pengantar atau Pengenalan - Menyediakan maklumat penting mengenai niat pengarang
atau skop Artikel Jurnal. Bolehkah anda mengenal pasti apa-apa skop atau batasan? Adakah
penulis mengabaikan aspek penting dalam subject matter dan perkara fundamental?
iii. Jadual Kandungan - Menunjukkan bagaimana idea - idea utama dan keteraturan Artikel
Jurnal tersebut dan bagaimana ia dibangunkan (secara kronologi, topikal dan sebagainya).

3. Renungkan semasa anda membaca keseluruhan Artikel Jurnal tersebut:

i. Apakah latarbelakang penulis artikel tersebut? Cari biodatanya dan catatkan perkara-
perkara penting mengenai penulis tersebut.
ii. Apakah bidang umum atau genre yang diketengahkan?
iii. Adakah Artikel Jurnal itu sesuai diterbitkan?
iv. Dari sudut pandang apakah Artikel Jurnal itu ditulis? Adakah anda bersetuju atau tidak
setuju dengan pandangan pengarang? Kenapa?

4. Buat nota seperti yang anda baca dan petikan dalam ulasan anda:
i. Ketengahkan isi utama yang dikemukakan oleh penulis?
ii. Apakah gaya pengarangnya? Rasmi? Tidak rasmi? Sesuai untuk pembaca yang
dimaksudkan? Adakah ilmiah atau tidak?
iii. Adakah konsep dan definisi ditakrifkan dengan baik?
iv. Adakah bahasanya jelas dan meyakinkan? Adakah idea-ideanya berkembang? Ulas
seberapa tepat maklumat tersebut.
v. Adakah setiap sub-bahagian menyimpulkan isi utama penulis dan meyakinkan?

5. Sekiranya terdapat catatan kaki atau rujukan, adakah ianya memberikan maklumat
penting? Adakah ianya menjelaskan atau mendetailkan apa yang ditulis dalam buku itu?

6. Sekiranya berkaitan, maklumkan format Artikel Jurnal - susun atur dan sebagainya.
Adakah terdapat peta, ilustrasi, grafik dan seumpamanya? Adakah ia membantu pemahaman
anda?

7. Adakah data dan faktanya tepat? Apakah sumber rujukan yang digunakan oleh penulis
– primer (utama) atau sekunder (menengah)? Catatkan apa yang kurang.

8. Apakah yang telah dicapai oleh Artikel Jurnal itu? Adakah lebih banyak kerja
diperlukan untuk memperbaikinya? Bandingkan Artikel Jurnal ini dengan Artikel Jurnal yang
hampir sama oleh pengarang yang lain atau Artikel Jurnal dalam bidang ini yang ditulis oleh
penulis lain (Gunakan Artikel Jurnal yang disenaraikan dalam Bibliografi).

1
Kaedah Menulis Ulasan
1. Sertakan tajuk Artikel Jurnal, tajuk Jurnal, pengarang, tempat, penerbit, tarikh
penerbitan, edisi, halaman, ciri khas (peta, dll.), harga, ISBN dan seumpamanya (Jika ada)

2. Tarik perhatian pembaca dengan ayat pembukaan anda. Biarlah ia “power”. Tetapkan
nada ulasan agar ianya sekata.

3. Jadikan garis panduan ini sebagai rujukan utama dalam penulisan. Semak Artikel Jurnal
yang anda baca - bukan Artikel Jurnal yang anda ingin pengarang tulis.

4. Jika ini adalah Artikel Jurnal (Individu) terbaik yang pernah anda baca, katakan
sedemikian dengan seikhlasnya - dan mengapa. Jika ia hanya satu lagi set Artikel Jurnal yang
tidak bagus, katakanlah sedemikian. Termasuk juga maklumat mengenai pengarang - reputasi,
kelayakan dan sebagainya. Masukkan apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan Artikel
Jurnal ini.

5. Fikirkan orang yang membaca ulasan anda. Adakah ini Artikel Jurnal koleksi
pustakawan? Adakah ulasan anda dapat membantu mencari maklumat tentang topik tertentu
yang berkaitan dengan Artikel Jurnal yang diulas?

6. Kesimpulan anda harus diringkaskan dan lakukan penilaian terakhir. Untuk


mendapatkan perspektif terbaik, izinkan pensyarah anda menyemak semula sebelum dicetak
ulasan anda.

Pendapat Anda Sendiri


1. Adakah anda suka Artikel Jurnal itu?
2. Apakah bahagian kegemaran anda dalam Artikel Jurnal ini?
3. Adakah anda mempunyai komen tentang bahagian paling banyak kekurangan?
4. Sekiranya anda boleh mengubah sesuatu dalam Artikel Jurnal itu, apakah perkara itu?

Cadangan Anda
1. Adakah anda akan mengesyorkan Artikel Jurnal ini kepada orang lain?
2. Apakah jenis orang yang ingin anda syorkan?
3. Jika anda punyai banyak wang, adakah anda akan beli Artikel Jurnal ini?
4. Adakah anda boleh tulis Artikel Jurnal ilmiah seperti ini.

Semakan Turnitin
1. Semak ulasan Artikel Jurnal (Individu) ilmiah dengan menggunakan turnitin.
2. Pastikan similarity tidak melebihi 25%.
3. Jika melebihi 25%, sila ulang semula semakan.

Selamat Mengulas dan Selamat Maju Jaya

Anda mungkin juga menyukai