Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM ANAKKU SAYANG SK SEBERANG NYONYA TAHUN 2014

1.0 PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri. Program Anakku Sayang merupakan satu proses interaksi antara guru dan
murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Ayah/Ibu
angkat bukan sahaja menitikberatkan individu ( anak angkat ) dan perhubungan psikologi anak
angkatnya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah
kemahiran -kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi
tekanan dan berusaha membimbing anak angkatnya menjadi individu yang berguna kepada
masyarakat dan negara.

2.0 KONSEP
Membangun Sahsiah dan Disiplin Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang.

3.0 RASIONAL
3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan
pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan dari Ayah/Ibu angkat.
3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja
yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi
membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.

4.0 OBJEKTIF
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
4.1 Menangani isu disiplin dan mewujudkan suasana yang tenang di sekolah
4.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
4.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan
dari Ayah/Ibu angkat yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Cadangan masa ialah pada hari Rabu Minggu ke 4 setiap bulan.
5.2 Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan
adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.

1
PROGRAM ANAKKU SAYANG SK SEBERANG NYONYA TAHUN 2014

5.3 Perjumpaan adalah berdasarkan pengisian dari aspek;


a. Pembangunan Sahsiah Diri Murid
b. Peningkatan Disiplin Murid
c. Psikososial dan Kesejahteraan Mental
d. Perkembangan Kerjaya

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan perlaksanaan
kepada murid dan guru.
6.2 Mengadakan majlis penyerahan anak kepada ayah/ibu angkat.
6.3 Perjumpaan diadakan mengikut kesesuaian sekolah.
6.4 Pelantikan ayah/ibu angkat
a. Semua guru dilantik sebagai ayah/ibu angkat
b. Pelantikan ayah/ibu angkat dibuat secara rasmi ( bertulis).

6.5 Pengagihan anak angkat.


a. Pengagihan adalah meliputi murid daripada tahap 1 dan tahap 2. Rujuk Lampiran 1
untuk senarai nama anak angkat.

6.6 Tugas ayah/ibu angkat


a. Mengendalikan sesi perjumpaan dengan anak angkat.
b. Melaksanakan aktiviti mengikut contoh modul yang telah disediakan.
c. Mengambil tahu dan menjaga disiplin dan sahsiah diri anak angkat.
d. Membantu anak angkat yang memerlukan perhatian.
e. Mengambil kehadiran setiap kali perjumpaan dengan anak angkat.

7.0 PENUTUP
Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri dan disiplin
murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping
dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.

2
PROGRAM ANAKKU SAYANG SK SEBERANG NYONYA TAHUN 2014

JAWATANKUASA PROGRAM ANAKKU SAYANG

Pengerusi : Tn. Hj. Wan Ahmad Bin Wan Dan


Guru Besar.
Timbalan Pengerusi : Puan Raifah Bt Osman
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 1 : Pn. Ozainee Bt Othman
Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Naib Pengerusi 2 : En. Mohammad Bin Ramli
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum
Setiausaha : Pn. Nurhaslina Bt Mohd Kamar
Guru Bimbingan dan Kaunseling.
AJK : Semua Guru

3
PROGRAM ANAKKU SAYANG SK SEBERANG NYONYA TAHUN 2014

CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN PROGRAM ANAKKU SAYANG

Mula

Menyediakan kertas cadangan

Membentangkan kertas cadangan dalam


mesyuarat pengurusan

Menentukan pemilihan ibu/ayah dan anak angkat

Taklimat pelaksanaan

Penyerahan anak angkat

Pelaksanaan program

Laporan

Tam
at

4
PROGRAM ANAKKU SAYANG SK SEBERANG NYONYA TAHUN 2014

Disediakan Oleh: Di semak oleh:

……………………..……………… …………………………………………..
( Pn. Nurhaslina Bt Mohd Kamar ) (PN. RAIFAH BT OSMAN)
Guru Bimbingan & Kaunseling, Penolong Kanan HEM,
SK Seberang Nyonya SK Seberang Nyonya

Diluluskan oleh:

………………………………………
( TN.HJ. WAN AHMAD BIN WAN DAN)
Guru Besar ,
SK Seberang Nyonya,
KM 10, Jalan Kuala Kedah,
06600 Kuala Kedah,
Kedah Darul Aman.

Anda mungkin juga menyukai