Anda di halaman 1dari 28

IBQK 3143

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN AL-QURAN DAN HADIS


TAJUK:
ISU PENGGUNAAN HADIS MAUDHU’ DALAM MASYARAKAT NUSANTARA PADA
MASA KINI

NAMA PENSYARAH:

USTAZ ZAIDUL AMIN SUFFIAN BIN AHMAD

DISEDIAKAN OLEH:

NUR SYAKIRAH BT AHMAD FAIZI (17BI02075)

IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI


(8LA)

FAKULTI PENGAJIAN DAN PERADABAN ISLAM

SESI I (2020/2021)
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan 1

1.1 Definisi Hadis Maudhu’ 2

2.0 Hadis Maudhu’ Pertama: Menuntut Ilmu Sampai Ke China 3

2.1 Bukti Mengapa Hadis Ini Maudhu’? 4

2.2 Faktor Penyebaran Hadis “Tuntutlah Ilmu Walaupun Sampai Ke Negara China” Dikalangan
Masyarakat Nusantara 5

2.2.1 Sikap Penceramah/Tukang Cerita Yang Mempunyai Kepentingan Peribadi 5

2.2.2 Pengaruh Penggunaan Laman Media Sosial 6

2.2.3 Penggunaan Lafas Matan Hadis Maudhu’ Ke Dalam Penulisan Khat 7

3.0 Hadis Maudhu’ Kedua: Talak Menggegarkan Arash 8

3.1 Bukti Mengapa Hadis Ini Maudhu’? 9

3.2 Faktor Penyebaran Hadis Talak Menggegarkan Arash Di Kalangan Masyarakat Nusantara. 10

3.2.1 Kecetekan Tentang Ilmu Hadis Dan Pengaruh Dalam Laman Media Sosial 10

4.0 Hadis Maudhu’ Ketiga: Hati Al-Quran Adalah Surah “Yasin” 11

4.1 Bukti Mengapa Hadis Ini Maudhu’? 12

4.2 Faktor Penyebaran Hadis Hati Al-Quran Adalah Surah “Yasin” Di Kalangan Masyarakat 14

4.2.1 Mempunyai Kepentingan Faedah Duniawi atau Peribadi 14

4.2.2 Kejahilan dalam Mengenal Ajaran Islam Sebenar 15

4.2.3 Penulisan Tentang Fadhilat Yang Terdapat Dalam Hadis Akibat kejahilan Dalam Ilmu
Hadis 16

5.0 Hadis Maudhu’ Keempat: Cintakan Negara Sebahagian Dari Iman 17

5.1 Bukti Mengapa Hadis Ini Maudhu’? 18

5.2 Faktor Penyebaran Hadis Mencintai Negara Sebahagian Dari Iman Dikalangan Masyarakat
Nusantara 20

5.2.1 Pengunaan Teknologi Canggih (ICT) 20

5.2.2 Penggunaan Tulisan Khat Sebagai Hiasan Seni Islam 21

5.2.3 Kurangnya Pengetahuan Agama Dalam Menyebarkan Ilmu Hadis Dan Sikap Penceramah
Yang Inginkan Populariti 22

6.0 Kesimpulan 23
7.0 Rujukan 24

8.0 Lampiran 26
1.0 Pengenalan
Penyebaran hadis maudhu’ dikalangan masyarakat Islam bukanlah sesuatu isu yang
baru malahan ia diggunakan dari dahulu sehingga kini malahan penggunaannya
semakin semakin meluas tidak terkecuali masyarakat Nusantara. Seperti yang
diketahui umum, hadis merupakan sumber perundangan Islam yang kedua selepas Al-
Quran dan peranannya dalam menjadikan kehidupan seseorang Mukmin lebih unggul.
Setiap ucapan yang disandarkan kepada Rasulullah SAW menjadi panduan seluruh
umat Islam. Namun wujud segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab dalam
mereka-reka hadis maudhu’ bagi menyesatkan dan mengelirukan masyarakat dengan
menggunapakai keatas nama Rasulullah SAW. Akibat perbuatan ini, hadis yang
maudhu’ ini telah menyerap dalam kehidupan masyarakat Islam dunia dan Nusantara
khususnya untuk dijadikan hujah atau amalan kehidupan seseorang.

Bagi membendung peningkatan penyebaran hadis maudhu’ ini dan memurnikan


ajaran Islam yang telah dicemari dek perbuatan golongan yang merekacipta hadis
maudhu’ ini, para ulama telah menggariskan satu panduan sebagai syarat bagi
memastikan sesuatu hadis yang disebar itu diterima darjat hasan atau sahih. Setelah
membuktikan kesahihan hukum hadis itu, para ulama’ akan mengkaji perawi sanad
hadis dan matan hadis pula bagi memastikan kesahihan sesuatu hadis tersebut. 1

Tujuan kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti hadis-hadis maudhu’ yang


diggunapakai oleh masyarakat Nusantara pada masa kini dengan membawa empat
matan hadis maudu’ dengan penjelasan yang terperinci melalui bukti-bukti yang
menunjukkan hadis maudhu’ tersebut dengan mendatangkan pendapat para ulama’
yang muktabar. Dan punca tersebarnya hadis maudhu’ ini sedangkan banyak kitab
yang telah dikarang oleh para ulama konvesional dalam menjelaskan dan
mengumpulkan senarai hadis maudhu’ ini. Kajian ini menggunakan kaedah
metodologi yang terdiri daripada analisis dokumen, kajian lepas dan portal rasmi.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa para ulama’ menolak periwayatan keempat-
empat hadis yang pengkaji tampilkan di dalam kajian ini dengan pandangan para
ulama yang sepakat menyatakan keempat-empat hadis ini palsu dan memberi hujah

1
Mohd Farhan Md Ariffin & Khadher Ahmad. 2016. Fabricated Hadith: Unraveling Contradiction
between Society and Scholar towards Mutual Agreement. Jurnal Intelek. Kuala Lumpur: Jabatan al-
Quran dan al-Hadith, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya. Hlmn 31.

1
kepada penolakkan perawi sanad yang dusta dan lafaz matan yang tiada sumber
rujukan asal yang tidak diketahui. Diharapkan artikel ini mampu memberi
pendedahan berkenaan empat hadis maudhu’ yang sering diggunakan oleh masyarakat
Nusantara khususnya Malaysia sekaligus menyedarkan masyarakat bahawa
penggunaan hadis maudhu’ ini haram diggunakan kerana ia bersandarkan kepada
Rasulullah SAW seperti yang diterangkan dialam hadis dibawah:

‫ عن أيب‬،‫ عن أيب صاحل‬،‫ حدثنا أبو عوانة عن أيب حصني‬،‫وحدثنا حممد بن عبيد الغربي‬

‫ فليتبوأ مقعده‬،‫ من كذب علي متعمدا‬:‫ قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬:‫ قال‬،‫هريرة‬
2
‫من النار‬

Maksudnya: Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah
dia mengambil tempat duduknya di neraka.

1.1 Definisi Hadis Maudhu’

Definisi Hadis dari sudut bahasa ialah baru atau cerita. Manakala dari sudut istilah
ialah perkara yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada dari segi perbuatan,
perkataan, taqrir dan sifat. Hadis juga dikenali sebagai “Sunnah”

Definisi Maudhu’ dari sudut bahasa berasal daripada kalimat wadha’a, yadha’u,
wadh’an yang bermaksud merendahkan, menghinakan, menanggalkan,
mengurangkan, melahirkan, mencipta, menurunkan, menggugurkan dan lain-lain lagi.
Maksud yang lebih sesuai dengan kalimat hadis ialah “mencipta”.3

Definisi hadis maudhu’ ini ialah perkara yang direkacipta dan dusta sama ada secara
sengaja, tersalah, memperdaya atau jahil namun disandarkan keatas nama Rasulullah
SAW dari sudut perkataan, perbuatan, taqrir dan sifatnya. Penggunaan perkataan
hadis maudhu’ di kalangan masyarakat Nusantara disebut sebagai hadis palsu.

2
(Imam Muslim. Sahih Muslim. Bab Fi Takhzir Min Kazib Ala’ Rasulullah SAW. No Hadis: 4)
Hukum hadis ini dinilai sahih.
3
Dr Ahmad Sanusi Azmi. 2016. Penilaian Hadith: Mencintai Negara Adalah Sebahagian Dari Iman.
Tarikh Diakses: 15 Ogos. https://:muis.org.my.

2
2.0 Hadis Maudhu’ Pertama: Menuntut Ilmu Sampai Ke China

‫ح دثنا أمحد بن خال د املره ىب ق ال ح دثنا حمم د بن على بن جميب ق ال ح دثنا العب اس بن‬

‫ قال رسول‬:‫ عن أنس بن مالك قال‬،‫ ثنا أبو عاتكة‬،‫إمساعيل قال حدثنا احلسن بن عطية‬

ِّ ِ‫ طْلُبُوا الْعِْل َم َولَ ْو ب‬:‫اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬


4
‫الصنْي‬

Maksudnya: “Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China”

Pengkaji sering mendengar ungkapan hadis “Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke


negara China” ini ketika di sekolah bagi memupuk semangat untuk belajar mencapai
kejayaan dan sehingga kini masyarakat secara umumnya masih lagi menggunakan
hadis ini kerana ia menjadi bukti tentang kedudukan negeri China yang sememangnya
telah mencapai ketamadunan dan peradaban yang tinggi diantara negara-negara lain
khususnya dari sudut ilmu pengetahuan. Kehebatan peradaban mereka sudah
didengari di negeri Arab sebelum 500M sehinggalah kini. 5 Ini dibuktikan dengan
pencapaian mereka dalam bidang teknologi yang semakin canggih dan maju kerana
ilmu pengetahuan mereka sangat maju jika dibandingkan di Malaysia dan Nusantara.

Lebih-lebih lagi terdapat segelintir para motivator, penceramah dan guru yang
menggunakan ungkapan hadis ini kepada pelajar dalam menekankan betapa pentingya
menuntut ilmu. Hadis ini sering dijadikan hujah untuk membuktikan bahawa Islam
menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu walaupun sejauh negara China
meskipun pada hakikatnya hadis ini adalah maudhu’

Jadi pengkaji mendapati matan hadis ini dapat menaikkan semangat masyarakat
dalam memupuk diri dan remaja untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Namun hadis
ini merupakan hadis palsu yang sememangnya sudah diumumkan oleh para ulama.
Sedangkan kita boleh menggunakan dalil-dalil lain yang semenangnya sahih untuk
memupuk kepentingan dalam menuntut ilmu pengetahuan ini.

4
(Imam Al-Jauzi. Maudhu’at. Kitab Ilmu. Bab Ithlabu Ilma Wa Lau Bil Sin) Hukum hadis dinilai
maudhu.
5
Nasih Nasrullah. 2014. Mengapa Menuntut Ilmu Hingga Ke China? Tarikh Diakses pada 10 Januari.
https://www.google.com/amp/s/m.republika.co.id/amp/mz6q22

3
2.1 Bukti Mengapa Hadis Ini Maudhu’?

Hadis ini popular dan telah diriwayatkan oleh Anas R.A. Pengkaji meletakkan
beberapa ulama yang berbeza pendapat diantaranya ialah Imam Sakhawi dan Imam
aL-Zurqani yang menyatakan hadis ini dhaif.6 Manakala Imam al-Baihaqi
menyatakan matannya sangat masyhur namun seluruh sanadnya dhaif. Seterusnya
Imam al-Bazzar, Imam Albani dan Imam Ibn Hibban juga menyatakan bahawa hadis
ini tiada sumber asal dan bathil. Akhir sekali Imam Ibn Jauzi 7, Syeikh Ihsan dan
Imam al-Syaukani mempunyai pendapat yang sama iaitu hadis ini adalah maudu’

Imam Albani telah menyatakan bahawa riwayat ini adalah maudu’ bathil. 8Ulama-
ulama yang telah meriwayatkan hadis ini adalah al-Khatib dalam kitab at-Tarikh, Abu
Naim di dalam kitab “Akhbar Ashbahan” dan juga Ibnu Adi menyatakan kesemua
sanad hadis ini bersumberkan dari al-Hasan Bin Athiyah, dari Abu Atikah Tharif Bin
Salman dan daripada Ans Bin Malik R.A yang mna kesemuanya telah menambahkan
lafaz “fa inna thalabal ilmi faridlatun ‘ala kulli muslimin” yang sememangnya lafaz
kalimat mencari ilmu itu wajib bagi setiap Muslim itu adalah sahih. Menurut Ibnu Adi
yang menyatakan bahawa mereka tidak mengenali penambahan lafaz “walaw bish
shin” melainkan selepas datangnya al-Hasan Bin Athiyah ini. Para muhadissin telah
bersepakat bahawa kelemahan periwayatan ini datangnya daripada Abu Atikah ini
kerana ia seorang perawi sanad yang sangat dhaif (lemah). Imam Bukhari juga telah
menyatakan bahawa hadis ini munkar pada periwayatananya. Begitu juga jawapan
Imam Ahmad Bin Hanbal yang sangat mengingkarinya ketika disoal berkenaan Abu
Atikah ini.

Jadi berdasarkan bukti pandagan ulama terhadap hadis, pengkaji mengetahui bahawa
hadis ini maudhu’.

6
Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 2016. Irsyad al-Hadith siri ke-18: Apakah Status Hadith
Belajarlah Ilmu Walau Hingga Ke Negara Cina. Tarikh diakses: 11 Mac.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1563-irsyad-al-hadith-siri-ke-18-apakah-status-hadith-
belajarlah-ilmu-walau-hingga-ke-negara-cina
7
Imam Al-Jauzi. 1966. Maudhu’at. Jild 1. Madinah al-Munawwarah: al-Maktabah as-Salafiyyah.
Hlmn 215.
8
Muhammad Nashiruddin al-Albani. 1995. Silsilah Hadith Dhai’f Dan Maudhu’i. Terj A.M.
Busalamah. Jil 1. Jakarta: Gema Insani Press. Hlmn 134-135.

4
2.2 Faktor Penyebaran Hadis “Tuntutlah Ilmu Walaupun Sampai Ke Negara
China” Dikalangan Masyarakat Nusantara

2.2.1 Sikap Penceramah/Tukang Cerita Yang Mempunyai Kepentingan Peribadi

Rajah 2.2.1

Pengkaji mendapati bahawa terdapat golongan yang mengambil kesempatan dalam


menyebarkan hadis maudhu’ini untuk menambahkan rezeki pendapatan ataupun
mendapatkan kemasyhuran.Disini pengkaji meletakkan kenyataan Dr Fauzi ( 2011)
yang telah menasihati agar penceramah agama dan pendakwah supaya tidak
sewenangnya untuk mengambil hadis tanpa mengkaji status hadis tersebut kepada
masyarakat kerana masyarakat mudah percaya kepada ucapan golongan sebegini.9

Didapati golongan-golongan ini segelintir daripada mereka merupakan tukang cerita


dan penceramah yang tidak menitikberatkan tentang kesahihan sesebuah hukum hadis
tersebut sama ada sahih atau tidak. Golongan ini tidak memikirkan matlamat lain
melainkan inginkan ganjaran dan menarik perhatian orang ramai untuk berhimpun
dan berkumpul dalam majlis mereka lantas memberi kesan kepada masyarakat yang
menadah telinga mendengar hadis maudhu’ yang disampaikan oleh golongan sebegini
bahkan membenarkan apa yang disampaikan oleh golongan yang menyebarkan hadis
maudhu’ ini. Hal ini seumpama seperti yang berlaku dalam rajah 2.2.1 yang
merupakan pemilik akaun di platformYoutube yang amna ia mengajak masyarakat
tentang penuntutan ilmu hingga ke negara China deka para penuntut ilmu dahulukala
9
Ahmad Nasaruddin Abd Rahman. 2011. Hadis Palsu: Ramai Yang Tertipu!. Al-Islam. (n.p). Hlmn 21.

5
juga mengembara jauh hingga ke China demi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Kebanyakan hadis maudhu’ disebarkan melalui ceramah-ceramah yang disampaikan
oleh ustaz-ustaz yang mana kita sendiri tidak ketahui sejauh mana kefasihannya
dalam bidang hadis. Seharusnya golongan ini harus peka ataupun mengambil berat
tentang kesahihan hadis sebelum menyebarkan kepada orang ramai lebih-lebih lagi
platfrom yang diggunakan lebih terbuka dan terdedah kepada masyarakat. Hal ini
keran masyarakat yang mendengar bukannya tidak mempunyai alasan yang
disengajakan tetapi masyarakat ini melihat tontonan ceramah ini kerana lebih tertarik
dengan perkataan yang asing bagi mereka lebih-lebih lagi masyarakat yang kosong
pengetahuan tentang hadis maudhu’ seperti lafaz “tuntutlah ilmu sampai ke negara
China” ini dan juga bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan. Jadi tidak wajar
untuk mereka melakukan perkara sebegini. Seharusnya golongan yang memberi hadis
palsu ini lebih bertanggungjawab dalam menjalankan amanah untuk menyampaikan
ilmu hadis sahih bukannya mengambil keuntungan semata dapatkan view popuariti
daripada kepercayaan masyarakat dengan memanfaatkan hadis maudu’.10

2.2.2 Pengaruh Penggunaan Laman Media Sosial

Rajah 2.2.2

Rajah di atas menunjukkan pengaruh teknologi semasa iaitu laman media sosial. 11
Yang mana pengkaji mendapati bahawa pemilik akaun Twitter ini membuat hujah

Ahmad Nasaruddin Abd Rahman. 2011. Hadis Palsu: Ramai Yang Tertipu!. Al-Islam. (n.p). Hlmn
10

21.

6
sokongan dengan lafaz hadis maudhu’. Hal ini kerana penggunaan bahasa Sunda
dikatakan rasis iaitu rasis kepada China dan pemilik akaun Twitter ini mengatakan
sepatutnya tidak boleh rasis kerana ada hadis yang mengatakan “tuntutlah ilmu
sampai ke negeeri China”. Dan perkongsian hadis maudhu’ tersebut telah diretweet
ramai masyarakat. Seperti yang kita ketahui ia akan memberi kesan kepada
masyarakat dalam mengetahui dan menyokong perbuatan seseorang yang
menggunakan hadis maudhu’ ini sedangkan masyarakat tidak mengetahui adakah
penggunaan hadis oleh pemilik akaun “thepanturas” tersebut sahih atau tidak. Hal ini
akan menyebabkan masyarakat terpengaruh lantas menyebarkan hadis maudhu’ ini
diantara satu sama lain akibat perkongsian yang dimuatnaik oleh pemilik akaun ini
sekaligus menyokong pernyataan ini. Jadi pengkaji mendapati terdapat nasihat lain
untuk membasmi sikap rasis kepada cina tanpa perlu menggunakan hadis maudhu’ ini
kerana ia mengakibatkan kesan yang buruk kepada kepercayaan dan akidah individu
tersebut.

2.2.3 Penggunaan Lafas Matan Hadis Maudhu’ Ke Dalam Penulisan Khat

Rajah 2.2.3

Pengkaji juga mendapati faktor penyebaran hadis “tuntutla ilmu walaupun ke negeri
China” ini apabila ia dijadikan tulisan khat dengan alasan ia hanya menjadi seni
warisan Islam.12 Sedangkan ia bergantungan di dinding. Perkara ini perlu dielakkan
kerana ia akan menarik sesiapa yang memandang seterusnya orang lain juga ingin
melakukan tuisan khat bagi hadis maudhu’ ini. Pengkaji mendapati tulisan khat ini

11
Mohd Farhan Md Ariffin & Khadher Ahmad. 2016. Fabricated Hadith: Unraveling Contradiction
between Society and Scholar towards Mutual Agreement. Jurnal Intelek. Kuala Lumpur: Jabatan al-
Quran dan al-Hadith, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya. Hlmn 34.
12
Fauzi Deraman. Ishak Sulaiman & Faisal Ahmad Shah. 2011. Sunnah Nabi Realiti Dan Cabaran
Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademik Pengajian Islam, Universiti
Malaya. Hlmn 193.

7
sering muncul di pejabat-pejabat sekolah bagi mengingati bahawa ilmu itu harus
dituntu meskipun harus emngembara ke tempat yang jauh.

3.0 Hadis Maudhu’ Kedua: Talak Menggegarkan Arash

ِ
َ ُ‫ فَِإ َّن الطَّاَل َق َي ْهَتُّز مْنه‬،‫َتَز َّو ُج ْوا َواَل تُطَلِّ ُق ْوا‬
13
‫ش‬
ُ ‫الع ْر‬

Maksudnya: “Berkahwinlah dan janganlah kamu bercerai. Maka sesungguhnya talak


(bercerai) itu akan menggegarkan ‘arash.”

Kita boleh lihat jumlah kes penceraian saban hari semakin membimbangkan lebih-
lebih lagi situasi zaman sekarang. Sinar Harian telah menyatakan hampir 80 peratus
jumlah kes cerai terdiri daripada orang Islam. 14 Pengkaji mendapati penggunaan hadis
ini oleh masyarakat adalah untuk mengelakkan berlakunya penceraian dan
menimbulkan kegerunan kepada pasangan yang telah berkahwin. Sedangkan masih
ada dalil-dalil ayat Al-Quran yang boleh diggunakan untuk menghalang penceraian,
namun penciptaan lafaz hadis ini lebih menampakkan bahawa Allah SWT murka akan
perkara talak sebegini. Jadi adakah isteri tidak mempunyai kuasa untuk menentukan
kehidupannya jika sudah tidak boleh tinggal bersama dengan suami atau dipukul
suami dek kerana terikat dengan penggunaan hadis bahawa berlakunya penceraian
akan mengakibatkan arasy bergegar. Hal ini kerana jika talak mampu membuatkan
arasy bergegar maka mengapa Rasulullah SAW membenarkan khulu’?

Penggunaan lafaz hadis yang diterapkan di kalangan masyarakat akan mengakibatkan


ketidakadilan kepada isteri yang menjadi mangsa keadaan dan ia akan menjadi alasan
kepada suami untuk tidak menceraikan isteri lantas memanfaatkan isteri dengan
perkara yang tidak sepatutnya. Pengkaji mendapati segelintir masyarakat masih keliru
dengan penggunaan hadis maudu ini sehingga ia menakutkan wanita dan menyukakan
sesuatu perkara yang orang lain tidak berapa suka seperti yang dilakukan oleh si
suami yang tidak memberi nafkah dan menganiayai si isteri dengan menguugut
dengan pergunaan hadis ini. Selain itu, pengkaji juga mendengar ceramah daripada
satu video di Youtube dimana ada persoalan boleh ke seorang isteri meminta cerai
13
(Imam Ash-Saghani. Maudhu’at Ash-Shaghani. Harfu Ta’ No Hadis 97) Hukum hadis ini dinilai
maudhu’.
Mohd Ridzuan Abu Hassan. 2020. Jumlah Kes Penceraian Orang Islam Membimbangkan. Sinar
14

Harian, 2 May. https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/81675

8
kepada suaminya dan arash akan bergegar? Begitulah penggunaan lafaz hadis yang
telah disebarkan kepada masyarakat sehinggakan masyarakat menitikkaberatkan
ancaman talak boleh gegarkan arash di dalam kehidupan mereka.

3.1 Bukti Mengapa Hadis Ini Maudhu’?

Berikut pengkaji akan menjelaskan bukti kenapa status bagi hadis ini maudhu’ dengan
meletakkan pendapat-pendapat ulama.

Imam Saghani di dalam kitabnya di dalam kitabnya “al-Maudhu’at”15, Syeikh


Muhammad Thohir al-Hindi al-Fattani dalam kitab “Tazkirah al-Muadhu’ah”, Imam
al-Syaukani dalam kitabnya “Fawaid al-Majmua’at”, Imam as-Saghani turut
meletakkan hadis ini di dalam kitabnya iaitu “Maudhu’at”, Syeikh Ihsan di dalam
kitabnya dan Imam Albani telah menyatakan bahawa hadis ini adalah maudu’ dan
hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Khathib di dalam kitabnya iaitu “Tarikh
Bahghdad” yang mana ia menerangkan biografi Amr Bin Jumaidan sanad yang
diambil dari juwaibir, dari Dahhak, dari an-Nazzal Bin Sabrah dan dari Ali Bin Abi
Thalib R.A. Amr Bin Jumai merupakan seorang pendusta dan perawi Juwaibir
seorang sanad yang sangat dhaif (lemah). Selain itu juga Imam Jauzi, Imam al-
Suyuthi dslam kitabnya al-La’aali al-Masnu’ah dan Imam Ibn Iraq al-Kinani dal
“Tanzih al-Syariah” juga menyatakan hadis tidak sahih. Manakala Imam al-Sakhawi
juga menyatakan hadis ini adalah dhaif. 16

Pengkaji juga meletakkan pandangan yang dikemukakan oleh Mufti Wilayah


Persekutuan bahawa hadis ini tidak sahih dan tidak boleh disandarkan kepada
Rasulullah SAW. Selain itu juga hadis ini diangap palsu oleh Imam al-Zahabi dalam
kitabnya “Tartib al-Maudhuat”. Jadi pengkaji dapat simpulkan bahawa hadis ini
merupakan maudu’ melalui bukti yang diberikan melalui pandangan ulama tentang
hukum hadis ini dan juga terdapatnya status perawi sanad yang pendusta di dalam
hadis ini iaitu Amr Bin Jumai.17
15
Imam Ash-Saghani. 1980. Maudhu’at Ash-Saghani. Jilid 1. (n.p). Hlmn 52.
16
Muhammad Nashiruddin al-Albani. 1995. Silsilah Hadith Dhai’f Dan Maudhu’i. Terj A.M.
Busalamah. Jil 1. Jakarta: Gema Insani Press. Hlmn 134-135.
17
Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 2018. Irsyad al-Hadith siri ke-256: Talak Menggegarkan
‘Arash Dan Dimurkai Allah. Tarikh diakses: 8 Mac.

9
3.2 Faktor Penyebaran Hadis Talak Menggegarkan Arash Di Kalangan
Masyarakat Nusantara.

3.2.1 Kecetekan Tentang Ilmu Hadis Dan Pengaruh Dalam Laman Media Sosial

Ra
jah 3.2.1

Pengkaji mendapati bahawa penggunaan lafaz ini disebabkan penggunaan teknologi


seperti laman media sosial seperti di dalam rajah diatas.18 Masyarakat menggunakan
platform ini untuk berkongsi pandangan beliau berkenaan coretan berita yang
sebenarnya menyatakan seorang lelaki yang berkahwin dan bercerai banyak kali
dimana individu yang menggunakan username “iqbalhaniff” menggunakan lafaz
matan hadis maudhu’ talak menggegarkan arash ini. Dan dari sini pengkaji mendapati
bahawa perkongsian seseorang yang menyatakan pendapat peribadinya akan dikongsi
oleh seseorang lain dengan kuasa “retweet” dan menyebabkan hadis ini semakin
mudah untuk disebarkan. Hal ini penggunaan laman media sebagai satu jaringan
sosial lebih mudah disebarkan berbanding penggunaan media cetak atau mulut. Jadi
pengkaji menyarankan agar masyarakat supaya berhati-hati dalam memberi pendapat
atau kata-kata yang dusta ini.

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2334-irsyad-al-hadith-siri-ke-256-talak-menggegarkan-
arash-dan-dimurkai-allah
18
Mohd Farhan Md Ariffin & Khadher Ahmad. 2016. Fabricated Hadith: Unraveling Contradiction
between Society and Scholar towards Mutual Agreement. Jurnal Intelek. Kuala Lumpur: Jabatan al-
Quran dan al-Hadith, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya. Hlmn 34.

10
4.0 Hadis Maudhu’ Ketiga: Hati Al-Quran Adalah Surah “Yasin”

‫ عن هارون أيب‬،‫ عن احلسن بن صاحل‬،‫ حدثنا محيد بن عبد الرمحن‬،‫حدثنا حممد بن سعيد‬
‫ قال رسول اهلل صلى اهلل صلى اهلل‬:‫ قال‬،‫ عن أنس‬،‫ عن قتادة‬،‫ عن مقاتل بن حيان‬،‫حممد‬
‫ إن لكل شيء قلباً وإن قلب القرآن (يس) من قرأها فكأمنا قرأ القرآن عشر‬:‫عليه وسلم‬
19
.‫مرات‬

Maksudnya: “Segala sesuatu mempunyai hati (inti) dan sesungguhnya hati Al-Qur’an
adalah surah Yaasiin, barangsiapa membacanya, maka bagaikan membaca Al-Qur’an
sebanyak sepuluh kali”

Seperti yang kita ketahui bahawa surah Yasin diantara surah Makkiyyah. Pengkaji
mendapati bahawa banyak hadis yang menyatakan fadhilat tentang surah Yasin ini
kebanyakkannya mempunyai status hukum maudu’ dan hadis diatas juga tidak
terkecuali. Kebanyakkan masyarakat menggunakan matan hadis ini untuk
diaplikasikan ke dalam kehidupan mereka kerana ia merupakan amalan ibadah yang
bagus seperti memupuk semangat untuk membaca ayat Al-Quran namun ia bukanlah
satu amalan ibadah yang khusus dilakukan pada waktu dan tujuan tertentu. Hal ini
kerana adat masyarakat biasanya akan membaca surah Yasin sahaja sudah memandai
katanya terutamanya mereka lebih mengamalkan doa selamat senantiasa kerana
dikatakan surah Yasin merupakan hati Yasin.20

Hal ini kerana masyarakat perlu membaca semua surah dalam Al-Quran bukan
semata-mata satu surah sahaja disebabkan kelebihan yang dinyatakan dalam hadis
maudu’ ini. Masyarakat mudah terpengaruh dengan fadhilat yang dinayatakan dalam
hadis kerana jika mereka membaca surah Yasin, makan mereka akan dapat ganjaran
seperti membaca Al-Quran sepuluh kali.

19
(Imam Al-Darimi. Sunan Al-Darimi. Kitab Fadhail Quran. Bab Fil Fadhl’ Yasin. No hadis: 3459)
Hukum hadis ini dinilai maudhu’.
20
Mohd Firdaus Salleh. 2015. Hadis Dan Dan Amalan Membaca Yasin Malam Jumaat. Tarikh
Diakses: 4 Februari. https://muis.org.my

11
Pengkaji mendapati kesalahfahaman yang berlaku dikalangan masyarakat kita pada
hari ini perlu dibetulkan kerana tiada istilah dan tidak boleh disandarkan kepada
Rasulullah SAW bahawa surah Yasin adalah hati Al-Quran.

4.1 Bukti Mengapa Hadis Ini Maudhu’?

Pengkaji akan menyatakan beberapa pendapat ulama berkenaan hukum hadis diatas
seperti Imam Kathir yang telah menyatakan bahawa hadis ini tidak sahih kerana
sanadnya yang dhaif (lemah). Manakala Imam al -Zaila’iy juga turut menaqalkan apa
yang telah Imam Tirmizi nyatakan bahawa salah seorang perawi di dalam hadis ini
mrupakan seorang yang majhul dan Imam Hafiz Ibn Hajar juga mempunyai pendapat
yang sama.21

Imam Albani juga telah menyatakan di dalam kitabnya bahawa hadis ini adalah
maudu’ yang mana hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Darimi dan Imam
Tirmidzi. Sanad hadis ini terdiri dari Humaid bin Abdul Rahman, yang diambil dari
Hasan bin Saleh, setelah itu diambil dari Harun Abu Muhammad, seterusnya diambil
dari Muqatil bin Hayyan, dan juga diambil dari Qatadah, sehinggalah ke perawi sanad
yang pertama iaitu Anas r.a. Namun Imam Tirmizi telah menyatakan bahawa hadis ini
merupakan hadis ghaib (asing) dan beliau berkata mereka tidak mengenalinya kecuali
dengan sanad yang tunggal dalam hadis ini dan telah menambah dalam kenyataannya
bahawa Harun Abu Muhammad merupakan seorang yang majhul.

Imam Albani juga meletakkan kenyataan pakar tafsir seperti Ibnu Hajar dalam
kitabnya at-Tahdzib, Imam al-Mundziri dalam kitabnya “at-Tarhib” dan juga Ibnu
Katsir dalam kitab tafsirnya yang berpendapat sama bahawa riwayat hadis tersebut
gharib (asing). Ibnu Abi Hatim juga dalam kitabnya iaitu “al-’Ilal” telah menyatakan
bahawa beliau telah bertanya kepada ayahnya berkenaan hadis tersebut dan ayah
beliau menanyakan soalan tentang sanad hadis tersebut terdapat seorang yang
bernama Muqatil Bin Sulaiman. Hal ini kerana hadis tersebut awalnya dipalsukan
oleh Muqatil Bin Sulaiman dan ia tak bersumber. 22

21
Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 2016. Irsyad al-Hadith siri ke-58: Kelebihan Membaca
Dan Surah (‫)يس‬. Tarikh diakses: 5 May. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1150-irsyad-
al-hadith-siri-ke-58-kelebihan-membaca-dan-surah

12
Imam Albani telah menyatakan bahawa terdapat kekeliruan diantara perawi-perawi
hadis berkenaan isu yang berkait dengan Imam Tirmidzi dan Darimi. Hal ini kerana
sanad riwayat yang telah dikeluarkan oleh Imam Tirmidzi dan al-Darimi ini terdiri
dari seorang yang bernama Muqatil Bin Sulaiman. Menurut pendapat Albani juga,
Muqatil Bin Sulaiman seorang yang majhul kerana Muqatil ini sangat masyhur
dikalangan majoriti pakar hadis yang telah menyatakan dia sebagai seorang perawi
yang dhaif (lemah) dan ada sebaahgian ulama juga menyatakan bahawa Muqatil
dikenali sebagai seorang pemalsu riwayat.

Jadi didapati bahawa memang ada sanad yang ada Imam Tirmidzi dan al-Darimi ini.
Namun Waqi’ telah menyatakan bahawa sanad yang bernama Muqatil Bin Hayyanini
adalah seorang yang pendusta. Jadi setiap sanad yang mempunyai periwayatan
terdapat Muqatil Bin Sulaiman maka riwayat hadis diatas adalah maudu’ kerana ia
telah dikritIk oleh majoriti ulama hadis bahawa ia sebagai seorang pemalsu riwayat.

4.2 Faktor Penyebaran Hadis Hati Al-Quran Adalah Surah “Yasin” Di


Kalangan Masyarakat

4.2.1 Mempunyai Kepentingan Faedah Duniawi atau Peribadi

Rajah 4.2.1

22
Muhammad Nashiruddin al-Albani. 1995. Silsilah Hadith Dhai’f Dan Maudhu’i. Terj A.M.
Busalamah. Jil 1. Jakarta: Gema Insani Press. Hlmn 151.

13
Pengkaji mendapati mereka yang menyebarkan hadis maudhu/ ini terdiri daripada
tukang cerita yang kurang ilmu pengetahuan tentang agama seperti yang berlaku di
rajah 4.2.1.23 Hal ini kerana mereka ingin orang ramai untuk menonton penerangan
yasin merupakan hati Al-Quran. KIta boleh dapati ramai yang melihat tontonan
mereka apatah lagi ramai yang memang dah “subcribe” saluran youtube mereka.
Mereka tidak mengetahui apa yang telah mereka lakukan ini merupakan dosa besar,
Namun menghairankan terdapat orang yang mendengar tontonan video ini. Perkara
ini menjadi punca penyebaran hadis jika tidak dibendung dengan memberi
pengetahuan yang benar kepada orang ramai tentang hadis maudhu’ ini

4.2.2 Kejahilan dalam Mengenal Ajaran Islam Sebenar

Rajah 4.2.2

Pengkaji mendapati masyarakat kurang pengetahuan berkenaan tentang lafaz hadis


maudhu’ ini. Walaupun mereka ini mengajak masyarakat lain untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT. Tujuan mereka ini baik namun kejahilan tentang agama, kelalaian
serta mengikut hawa nafsu menyebarkan hadis maudu’ ini memberi kesan yang besar
kepada individu ini. Hal ini kerana menyatakan sesuatu hadis di atas nama Rasulullah
SAW ini hukumnya dosa besar kerana mana-mana matan hadis maudu’ tidak pernah

23
Hasyri Junah. 2013. Hadis Maudhu’: Kemunculan Dan Usaha Ulama Menanganinya. Tarikh
diakses: 29 Julai. www.darulkautsar.com. Hlmn 19.

14
dinyatakan oleh Rasulullah SAW meskipun hadis tersebut memupuk masyarakat
untuk melakukan kebaikan.

Bagi pengaji mungkin golongan ini menyangka mereka mampu mendorong dan
menggalakan masyarakat sekeliling mereka untuk menjauhi kemungkaran dan
membuat amalan baik bagi mendapatkan pahala lebih.24 Namun akibat sikap jahil
mereka, mereka tidak mengetahui mereka telah melakukan dosa besar di sisi Islam
kerana melakukan pembohongan dengan menyandarkan hadis tersebut kepada
Rasulullah SAW dengan menyebarkan kepada masyarakat tanpa bertabayyun terlebih
dahulu status hadis tersebut. Tidak menjadi masalah untuk mengajak orang ramai
untuk membaca Yasin sebagai ibadah sampingan namun pengkaji mensarankan
individu yang ingin mengajak kebaikan ini lebih mengutamakan teknik menasihati
daripada menggunakan lafaz hadis maudhu’ yang bersandarkan kepada Rasulullah
SAW.

4.2.3 Penulisan Tentang Fadhilat Yang Terdapat Dalam Hadis Akibat kejahilan
Dalam Ilmu Hadis

24
Hasyri Junah. 2013. Hadis Maudhu’: Kemunculan Dan Usaha Ulama Menanganinya. Tarikh
diakses: 29 Julai. www.darulkautsar.com. Hlmn 20.

15
Rajah 4.2.3
Selain itu pengkaji mendapati terdapat juga penulis kajian dalam rajah 4.2.3 yang jahil
dalam ilmu agama kerana meletakkan hadis maudhu’ ini tanpa ditakhrij atau
mensahihkan hadis ini terlebih dahulu sebelum memasukkan kedalam isi
penulisannya.25 Hal ini bertujuan untuk melengkapkan kajiannya ataupun kecetekan
ilmu untuk mentakhrij hadis. Namun ini akan menyebabkan kesalahfahaman dan
mempengaruhi pembaca yang memuatnaik turun penulisan seperti ini di Google
sekaligus menjadi asbab pembaca tersebut juga turut memasukkan hadis maudhu’
tersebut sebagai isi kajiannya dan begitulah seterusnya. Perkara ini perlu dielakkan
kerana ia akan merosakkan akidah seseorang dalam mempercayai sesuatu fadhilat
yang dikongsi dalam isi penulisan berkenaan kebaikkan bacaan surah Yasin ini
sedangkan status hadis ini adalah maudhu’.

Jadi pengkaji sarankan kepada mereka yang ingin membuat kajian penulisan
berkenaan fadhilat surah Yasin untuk mengambil dalil yang lebih sahih untuk
melakukan kebaikan atau mengikut sunnah Rasulullah SAW kerana pada hakikatnya
kita memang tidak boleh menggunapakai ucapan dusta yang tak disandar kepada
Rasulullah SAW. Jadi kita perlu berhati-hati dan cakna dalam membuat kajian
penulisan agar agar tidak terjerumus dalam dosa kerana menggunakan kata-kata dusta
ini sekaligus dosa dalam menyebarkan kepada masyarakat yang membaca hadis ini.
Dsini kita mengambil pengajaran untuk sentiasa berhati-hati dalam melakukan
sesuatu amalan ibadah yang kita rasa syubhah dalam kesahihannya melainkan kita
buat semua ibadah yang memang Allah SWT telah tetapkan seperti membaca
keseluruhan surah dengan ikhlas tanpa menumpukan kepada sesuatu surah Yasin itu
sahaja semata kerana untuk dapatkan pahala lebih tersebut sehinga menerapkan
penggunaan hadis maudhu’ dalam kehidupan kita.

5.0 Hadis Maudhu’ Keempat: Cintakan Negara Sebahagian Dari Iman

ِ
َ ‫حب الوط ِن‬
26
‫اإلميان‬ ‫من‬ ُّ
25
Hasyri Junah. 2013. Hadis Maudhu’: Kemunculan Dan Usaha Ulama Menanganinya. Tarikh
diakses: 29 Julai. www.darulkautsar.com. Hlmn 13
26
(Imam Ash-Saghani. Maudhu’at Ash-Saghani. Harfu Ha’. No hadis: 81) Hukum hadis ini diniali
maudhu’.

16
Maksudnya: Cintakan negara adalah sebahagian dari Iman

Pengkaji mendapati penggunaan lafaz hadis “cintakan negara adalah sebahagian dari
Iman” seringkali wujud terutamanya apabila bulan kemerdekaan semakin
menghampiri. Ini bagi memupuk semangat cintakan negara dan menelusuri sejarah
kemerdekaan negara. Hadis ini sering dilihat muncul di laman media sosial bagi
bertujuan untuk berkempen cintakan negara ataupun untuk mengingati kembali kisah-
kisah tokoh yang dahulunya mengorbankan diri untuk kebebasan negara dari dijajah.
Setiap kali hadis ini diggunakan untuk mempengaruhi semangat darah berjuang dalam
diri anak muda sekarang bagi menjaga keamanan negara dari diancam musuh.
Sedangkan pengkaji mendapati ada dalil yang lebih sahih dan bersesuaian untuk
diggunakan bagi memupuk rasa cintakan negara daripada menggunakan hadis
maudhu’ ini. 27

Namun lafaz hadis ini ada memberi kebaikkan kepada masyarakat bagi menjaga
kedaulatan dan kemakmuran negara bagi menghargai pejuang-pejuang dahulu yang
berkorban demi negara. Namun tidak wajar untuk kita sandarkan hadis ini kepada
Rasulullah SAW. Justeru itu, masyarakat perlu berhati-hati dalam menggunakan hadis
maudu’ ini dan pihak-pihak yang ingin menaikkan semangat rakyat ketika bulan
kemerdekaan seharusnya tidak alpa dengan hadis maudu’ ini. Pengkaji juga
mendapati terdapat tulisan khat berkenaan lafaz hadis ini digantung supaya
menyemarakkan rasa semangat cintakan negara supaya iman kita tidak hilang separuh
akibat tidak cintakan negara.

Pengkaji juga mendapati bahawa masyarakat menggunakan lafaz hadis ini bertujuan
untuk mengajak orang lain untuk lebih menghargai keamanan dan melindungi negara
daripada diancam musuh. Terdapat juga ada segelintir yang memasuki bidang
keselamatan seperti polis, tentera dan askar disebabakan pengaruh lafaz hadis ini
terutamanya pada hari-hari khas yang disediakan kepada mereka seperti Hari Polis
Sedunia. Dsini kita dapat kita lihat setiap kali datangnya hari-hari khas seperti ini,
pasti akan ada minoriti ucapan lafaz hadis ini bagi mengucapkan kata-kata selamat
bagi menaikkan semangat menjaga negara.

Dr Ahmad Sanusi Azmi. 2016. Penilaian Hadith: Mencintai Negara Adalah Sebahagian Dari Iman.
27

Tarikh Diakses: 15 Ogos. https://:muis.org.my.

17
Pengkaji juga merasakan tidak menjadi satu kesalahan untuk mencintai negara bagi
bertujuan untuk menghargai negara namun tidak perlu menjurus perasaan mencintai
negara itu merupakan sebahagian daripada iman lebih-lebih lagi ia tidak pernah
disebut oleh Rasulullah SAW kerana ia dianggap mendustai Rasulullah SAW.

5.1 Bukti Mengapa Hadis Ini Maudhu’?

Imam Albani telah menyatakan bahawa hadis ini adalah maudu’. Beliau juga telah
meletakkan pandangan dari Imam ash-Shaghani yang juga berpendapat hadis ini
maudu'.28 Hal ini kerana makna istilahnya tidaklah sahih kerana mencintai tanah air
itu umpama mencinta harta benda dan jiwa raga. Perkara ini merupakan naluri
semulajadi yang memang ada dalam setiap orang jadi ia tidak perlu diagung-
agungkan apatah lagi untuk dinyatakan ia merupakan termasuk sebahagian daripada
iman. Imam Albani juga menjelaskan kita boleh lihat bahawa perasaan sayang dan
cintakan tanah air tidak memberi perbezaan pun diantara orang Mukmin dan orang
kafir.29

Pengkaji meletakkan beberapa pendapat ulama lain berkenaan hadis ini seperti Imam
aL-Fattani. Imam Mulla Ali al-Qari dan juga Imam al-Qawqaji juga turut menilai
bahawa hadis ini juga maudu’. Imam Mulla Ali al-Qari juga menambah bahawa hadis
ini tiada asal yang dapapt diketahui dari mana muncul.30

Menurut Imam al-’Amiriy telah menyatakan bahawa hadis ini bukanlah ucapan yang
disandarkan daripada Rasulullah SAW namun ia diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim
daripada kata-kata al-Dhahhak yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah
keluar dari Mekah dan apabila Baginda telah samai ke al-Juhfah maka Baginda
merindui Mekah. Jadi Allah SWT telah menurunkan ayat surah al-Qasas ayat 85 yang
bermaksud:

28
Imam Ash-Saghani. 1980. Maudhu’at Ash-Saghani. Jilid 1. (n.p). Hlmn 47.
29
Muhammad Nashiruddin al-Albani. 1995. Silsilah Hadith Dhai’f Dan Maudhu’i. Terj A.M.
Busalamah. Jil 1. Jakarta: Gema Insani Press. Hlmn 56.
30
Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 2019. Irsyad al-Hadith siri ke-411: Hadith Cintakan
Negara. Tarikh diakses: 30 Ogos. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3661-irsyad-al-
hadith-siri-ke-411-hadith-cintakan-negara

18
“Sesungguhnya Allah SWT yang mewajibkan kepadamu (beramal dan
menyampaikan) al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan amu
lagi kepada apa yang kamu ingini dan cintai”.

Al-Asma’iy telah berkata bahawa beliau ada mendengar daripada ucapan seorang
Arab yang merupakan orang asing mengatakan bahawa jika kamu nak tahu tentang
ssitausi seseorang, maka lihat kepada bagaimana seseorang tersebut mencintai
negaranya,merindui ahli keluarganya dan tangisannya terhadap masa silam.

Jadi disebabkan bukti yang telah pengkaji nyatakan diatas, dapatlah kita lihat bahawa
hadis cintakan negara adalah sebahagian dari iman adalah hadis maudu’.

5.2 Faktor Penyebaran Hadis Mencintai Negara Sebahagian Dari Iman


Dikalangan Masyarakat Nusantara

5.2.1 Pengunaan Teknologi Canggih (ICT)

Rajah 5.2.1

Pengkaji mendapati terdapat ada sesetengah masyarakat yang menggunakan laman


media di internet sebagai platform untuk mengaplikasikan hadis maudu’ “cintakan
negara sebahagian dari iman” ini.31 Hal ini bertujuan untuk meraih populariti dan
rating tinggi seperti like, follower dan retweet sesebuah pemilik akaun di Instagram,
Twitter dan Facebook seperti pemilik akaun Facebook Madrasah Daruttaqwa Btu
Enam K.Trg yang masih lagi memuatnaik hadis maudu’ untuk dijadikan pembuka
31
Mohd Farhan Md Ariffin & Khadher Ahmad. 2016. Fabricated Hadith: Unraveling Contradiction
between Society and Scholar towards Mutual Agreement. Jurnal Intelek. Kuala Lumpur: Jabatan al-
Quran dan al-Hadith, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya. Hlmn 34.

19
kata kepada sesuatu ucapan kemerdekaan atau kata-kata motivasi kepada masyarakat.
Seharusnya pemilik akaun perlu mensahihkan terlebih dahulu hadis yang diggunakan
ataupun menggunakan dalil yang lebih sahih untuk menyemarakkan semangat
kemerdekaan ini. Hal ini kerana pengkaji mendapati bahawa masyarakat yang lebih
tua banyak menghabiskan masa dengan menggunakan laman media sosial Facebook
berbanding laman media sosial lain dan golongan orang tua sangat mempercayai
akaun yang berkait dengan keagamaan seperti akaun madrasah ini. Jadi ia memberi
impak kepada masyarakat khusunya golongan tua yang tidak mengetahui sama ada
hadis tersebut sahih ataupun tidak untuk turut mengikuti berkongsi status hadis
tersebut.

5.2.2 Penggunaan Tulisan Khat Sebagai Hiasan Seni Islam

5.2.2

Pengkaji juga mendapati bahawa faktor penyebaran lafaz hadis ini juga disebabkan
penyebaran tulisan khat yang dianggap seni Islam yang menjadi warisan. 32 Jadi tidak
mengapa jika dijadikan sebagai tulisan khat sedangkan penggunaan lafaz hadis
maudhu’ “mencintai tanah air sebagahian dari iman” ini tidak boleh ditulis apatah lagi
dijadikan hiasan jika ia disandarkan kepada Rasulullah SAW. Namun ada segelintir
yang menjiwai seni akan menyimpan tulisan khat ini sebagai kenangan ataupnn
perhiasan rumah dan sebagainya. Perkara ini perlu dibasmi atau jika tidak ia mmeberi
kesan yang besar dimana akan ramai yang sudi untuk membeli khas lafaz hadis
maudhu’ ini dengan alasan ia boleh disimpan sebagai kenangan.
32
Fauzi Deraman. Ishak Sulaiman & Faisal Ahmad Shah. 2011. Sunnah Nabi Realiti Dan Cabaran
Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademik Pengajian Islam, Universiti
Malaya. Hlmn 193.

20
5.2.3 Kurangnya Pengetahuan Agama Dalam Menyebarkan Ilmu Hadis Dan
Sikap Penceramah Yang Inginkan Populariti

Rajah 5.2.3.

Pengkaji mendapati golongan ibadah yang menyampaikan dan menyebarkan kepada


masyarakat berkenaan tentang hadis maudu’ ini.33 Walaupun golongan ini mendorong
masyarakat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tujuan golongan ini baik
untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan namun memilih cara penaymapaian
yang salah kerana kejahilan tentang agama, kelalaian diserta mengikut hawa nafsu
menyebarkan hadis maudu’ ini. Hal ini kerana menyatakan sesuatu hadis di atas nama
Rasulullah SAW ini hukumnya dosa besar kerana mana-mana matan hadis maudu’
tidak pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW meskipun hadis tersebut memupuk
masyarakat untuk melakukan kebaikan dengan mencintai negara merupakan
sebahagian iman seperti yang dinyatkan dalam rajah 5.3.

Bagi pengaji mungkin golongan ini menyangka mereka mampu mendorong dan
menggalakan masyarakat untuk membuat amalan baik dan menyempurnakan iman
dengan mencintai negara. Namun akibat sikap jahil golongan ini dalam memberi kata-
kata semangat kepada masyarakat dengan menggunakan hadis maudhu ini, mereka
tidak mengetahui mereka telah melakukan dosa besar di sisi Islam kerana melakukan
pembohongan dengan menyandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah SAW dengan
menyebarkan kepada masyarakat tanpa bertabayyun terlebih dahulu status hadis
tersebut.
Ahmad Nasaruddin Abd Rahman. 2011. Hadis Palsu: Ramai Yang Tertipu!. Al-Islam. (n.p). Hlmn
33

21.

21
Pengkaji juga mendapati terkadang ada setengah golongan inginkan populariti untuk
menaikkan view penonton atau ingin berkongsi kisah sejarah-sejarah kemeredekanan
negara untuk menyemarakkan semangat anak muda untuk mengegalkan kemerdekaan
negara sehingga bila-bila terutamanya pemilik akaun seperti rajah 5.3 iaitu yang
sememangnya berpengaruh mempunyai jumlah penonton yang dah “subscribe” akaun
mereka sangat besar, jadi semakin mudahlah hadis maudhu’ ini tersebar melalui video
yang dikongsi oleh penceramah ini.34

6.0 Kesimpulan
Dapat kita simpulkan hadis maudhu’ merupakan hadis yang dikategori sebagai hadis
yang paling buruk dan hukum meriwayatkannya adalah haram. Para sahabat R.A
sangat menitikberatkan tentang kesahihan sesebuah hadis dengan memeliharanya
melalui penghafazan bahakan menulisnya untuk disampaikan kepada generasi
seterunya iaitu para tabi’ dan para tabi’in. Ini bertujuan agar generasi seterusnya
seperti kita dapat menerima hadis yang tepat sebagaimana penerimaan sahabat R.A
daripada Rasulullah SAW. Kemudian perkara ini diteruskan oleh generasi ulama’
yang gigih mengembara untuk dapatkan ilmu pengetahuan untuk mendapatkan hadis
ini lantas mereka mula berkarya dan menyebarkan hadis sahih kepada masyarakat
bagi menghalang masyarakat kini daripada terpengaruh dengan hadis-hadis maudhu’
yang dimonopoli oleh golongan yang tak bertanggungjawab menyandarkan keatas
nama Rasulullah SAW. 35

Seperti sedia maklum penyebaran hadis maudhu’ memberi kekeliruan dan salahfaham
kepada masyarakat diseluruh Nusantara dalam mempraktikkan amalan yang dan
hukum yang telah dinyatakan Rasulullah SAW sedangkan mereka tidak tahu menahu
bahawa hadis yang mereka guna adalah maudhu’ meskipun sudah ramai ulama’ yang
sudah membahaskan tentang hukum sesebuah hadis namun tidak semua yang
mengambil tahu.. Jadi kita perlu membendung penyebaran hadis maudhu’ ini agar ia
tidak memberi kesan kepada peyelewengan akidah, kesucian agama, menjejaskan
kententeraman dan keharmonian negara. Seharusnya masyarakat juga perlu dididik
untuk merujuk kitab hadis yang muktabar, laman media yang berautoriti serta
mengelakkan diri daripada belajar hadis berseorangan tanpa tunjuk ajar dari guru.

34

Hasyri Junah. 2013. Hadis Maudhu’: Kemunculan Dan Usaha Ulama Menanganinya. Tarikh diakses:
35

29 Julai. www.darulkautsar.com.

22
yang ahli dalam bidang hadis. Akhir sekali, pengkaji mengiharapkan kajian ini dapat
membantu serba sedikit kepada pembaca tentang beberapa penggunaan matan hadis
maudhu’ dikalangan masyarakat dan bukti kenapa hadis yang ditampilkan oleh
pengkaji mempunyai status maudhu’ Pengkaji juga mengharapkan kajian ini memberi
manfaat kepada juga pembaca dapat mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan
penyebaran hadis maudhu’ dikalangan masyarakat Nusantara pada masa kini.

7.0 Rujukan

Ahmad Nasaruddin Abd Rahman. 2011. Hadis Palsu: Ramai Yang Tertipu!. Al-
Islam. (n.p).

Dr Ahmad Sanusi Azmi. 2016. Penilaian Hadith: Mencintai Negara Adalah


Sebahagian Dari Iman. Tarikh Diakses: 15 Ogos. https://:muis.org.my.

Fauzi Deraman. Ishak Sulaiman & Faisal Ahmad Shah. 2011. Sunnah Nabi Realiti
Dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademik
Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Hasyri Junah. 2013. Hadis Maudhu’: Kemunculan Dan Usaha Ulama Menanganinya.
Tarikh diakses: 29 Julai. www.darulkautsar.com.

Imam Ash-Saghani. 1980. Maudhu’at Ash-Saghani. Jilid 1. (n.p)

Imam Al-Jauzi. 1966. Maudhu’at. Jild 1. Madinah al-Munawwarah: al-Maktabah as-


Salafiyyah.

Muhammad Nashiruddin al-Albani. 1995. Silsilah Hadith Dhai’f Dan Maudhu’i. Terj
A.M. Busalamah. Jil 1. Jakarta: Gema Insani Press.

Mohd Firdaus Salleh. 2015. Hadis Dan Dan Amalan Membaca Yasin Malam Jumaat.
Tarikh Diakses: 4 Februari. https://muis.org.my

Mohd Farhan Md Ariffin & Khadher Ahmad. 2016. Fabricated Hadith: Unraveling
Contradiction between Society and Scholar towards Mutual Agreement. Jurnal
Intelek. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademik Pengajian Islam,
Universiti Malaya.

23
Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 2016. Irsyad al-Hadith siri ke-18: Apakah
Status Hadith Belajarlah Ilmu Walau Hingga Ke Negara Cina. Tarikh diakses: 11
Mac. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1563-irsyad-al-hadith-siri-ke-
18-apakah-status-hadith-belajarlah-ilmu-walau-hingga-ke-negara-cina

Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 2019. Irsyad al-Hadith siri ke-411:
Hadith Cintakan Negara. Tarikh diakses: 30 Ogos.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3661-irsyad-al-hadith-siri-ke-411-
hadith-cintakan-negara

Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 2018. Irsyad al-Hadith siri ke-256: Talak
Menggegarkan ‘Arash Dan Dimurkai Allah. Tarikh diakses: 8 Mac.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2334-irsyad-al-hadith-siri-ke-256-
talak-menggegarkan-arash-dan-dimurkai-allah

Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 2016. Irsyad al-Hadith siri ke-58:
Kelebihan Membaca Dan Surah (‫)يس‬. Tarikh diakses: 5 May.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1150-irsyad-al-hadith-siri-ke-58-
kelebihan-membaca-dan-surah

Nasih Nasrullah. 2014. Mengapa Menuntut Ilmu Hingga Ke China? Tarikh Diakses
pada 10 Januari. https://www.google.com/amp/s/m.republika.co.id/amp/mz6q22

Syeikh Ihsan Bin Muhammad. (n.d). 100 Hadis Dhaif Dan Palsu Yang Mashur
Dikalangan Masyarakat. http://ahkam.net

al-maktaba.org

semakhadis.com

www.dorar.net

24
8.0 Lampiran

25

Anda mungkin juga menyukai