Anda di halaman 1dari 2

KELUARGA JOHOR PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGERI

Terima kasih yang berbahagia peneraju acara. Yang saya hormati barisan
kehakiman yang berpaksi kebenaran, dan sidang warga dewan yang berada dalam
lindungan Allah sekalian. KELUARGA JOHOR PEMANGKIN PEMBANGUNAN
NEGERI. Begitu mantapnya tajuk yang menjadi tema sambutan Maulidur Rasul
tahun ini sekaligus diangkat menjadi tajuk yang akan saya kongsikan kepada warga
dewan sekalian. Sebelum kita teruskan mengupas isi demi isi penting dalam
perbahasan kita kali ini. Izinkan saya merungkaikan tajuk kita, frasa demi frasa.

Frasa keluarga menurut kamus dewan edisi keempat membawa maksud saudara
mara atau kaum kerabat. Apabila digabungkan bersama frasa Johor maka ianya
membawa maksud kaum kerabat Johor, ataupun saudara mara ataupun kata
mudahnya bangsa Johor. Pemangkin pula membawa maksud faktor yang
mempercepat sesuatu tindakan dan terakhir frasa pembangunan negeri membawa
maksud proses membangunkan sesebuah negeri. Jadi apabila dicantumkan
bersama maka apa yang saya cuba bawakan kepada warga dewan dengan tajuk ini
adalah kita seluruh kaum kerabat dan saudara mara bangsa Johor ini adalah faktor
utama dalam usaha mempercepatkan pembangunan negeri tercinta ini.

Menginsafi peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W yang mengajak kita umat Islam
untuk menggalas tanggungjawab memimpin masyarakat ke arah kemakmuran dan
kesejahteraan, tanpa perlu meleburkan jati diri dan pegangan kita. Ajaran Islam
hendaklah menjadi tonggak kepada hasrat negara yang diimpikan sebagaimana
yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Sama-sama kita belajar bagaimana Rasulullah
membina Madinah yang mempunyai masyarakat majmuk sebagai satu keluarga
tanpa perlu menggadaikan prinsip dan ajaran Islam. Itu yang kita cuba bawakan
dalam memastikan pembangunan negeri tetap berjalan dengan menjadikan Islam
sebagai asas utama pembangunan negeri.
Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian. Saya yakin dan percaya
kita tidak asing lagi dengan Modul Keluarga Sakinah yang telah dimulakan pada
tahun 1998. Satu modul yang menjadi pegangan dalam pembentukan keluarga yang
mengikut landasan Islam sebenar yang mana modul tersebut menyambut hasrat
kerajaan negeri pada ketika itu untuk memastikan pembentukan Negeri Johor yang
berwibawa disokong oleh pengukuhan institusi keluarga yang sejahtera. Sidang
hadirin sekalian inilah sebenarnya yang menjadi tonggak utama pembangunan
negeri yang sejahtera. Apabila bermula dengan satu unit asas keluarga yang
sejahtera, maka ianya akan membentuk gabungan keluarga yang akan menjadi
penyokong kepada pembangunan negeri yang mapan . "Satu dinar yang engkau
keluarkan di jalan Allah, lalu satu dinar yang engkau keluarkan untuk
memerdekakan seorang budak, lalu satu dinar yang engkau yang engkau keluarkan
untuk satu orang miskin, dibandingkan dengan satu dinar yang engkau nafkahkan
untuk keluargamu maka pahalanya lebih besar (dari amalan kebaikan yang
disebutkan tadi)" (HR. Muslim). Jelaslah di sini bahawa unit asas keluarga itu
sebenarnya menjadi batu asas kepada pembentukan negeri yang sejahtera.

Menyokong isi sebelum ini tentang bagaimana unit asas keluarga memainkan
peranan penting dalam pembangunan negeri, saya bawakan isi kedua saya yang
tidak kurang pentingnya iaitu modal insan. Berlandaskan tema Memperhebat
Kesejahteraan Johor dalam Bajet 2022 Negeri Johor yang telah diumumkan 18
November yang lalu sebanyak RM5.2 juta disediakan untuk melaksanakan insentif
kemahiran kepada anak Johor dalam usaha memastikan kemahiran yang ada

menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri. ِ ‫الناس َأ ْن َف ُع ُه ْم ل‬


‫ِلناس‬ ِ ‫َخ ْي ُر‬
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di
dalam Shahihul Jami’, No. 3289).

Anda mungkin juga menyukai