Anda di halaman 1dari 9

SEPSTRIeD

“Set Excellent Performance, Strive It each Day”

LATAR BELAKANG

SMK Jengka Pusat 2 terletak di Bandar Jengka , Pahang. Penduduk di sekitar kawasan sekolah
terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. SMK Jengka Pusat 2 menerima
murid dari penempatan FELDA Jengka 14, Felda Jengka 11, Rantau Perintis, perumahan
UITM Cawangan Jengka dan taman-taman perumahan di sekitar kawasan sekolah.

Semenjak sekolah ditutup akibat wabak Covid-19, proses pembelajaran berlaku di rumah.
Pihak sekolah menggunakan pendekatan secara pembelajaran gabungan melibatkan secara atas
talian dan luar talian. Modul-modul dibekalkan kepada murid dan pembelajaran atas talian bagi
yang berkemampuan sama ada menggunakan platform DELIMA mahupun aplikasi-aplikasi
lain yang difikirkan sesuai oleh guru. TV Pendidikan yakni DIDIK TV diwar-warkan oleh
pihak sekolah sebagai alternatif tambahan bagi menyokong pembelajaran murid di rumah.
Walaubagaimanapun, sikap dan latar belakang murid yang berbeza memberikan cabaran buat
guru-guru terutama guru tingkatan 5. Kawalan ke atas kehadiran murid ke kelas atas talian
sangat rapuh. Modul-modul yang diberikan tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid. Bagi
murid dari keluarga berpendapatan rendah, ada yang terpaksa keluar bekerja, ada yang
membantu ibu berniaga, dan ada yang terikut dengan rutin menguruskan rumah sepanjang
ibubapa tiada. Bagi murid dari keluarga berpendapatan sederhana pula, sikap merupakan
masalah utama. Berjaga malam bermain game sehingga sukar untuk bangun pagi.

Pencapaian mata pelajaran Fizik bagi SMK Jengka Pusat 2, masih di tahap sederhana. Lebih
dari 10 tahun lamanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , belum ada calon yang
mampu menyumbang A bagi mata pelajaran Fizik. Pencapaian terbaik GPMP adalah pada
tahun 2019 dengan GPMP 5.33. Manakala dari segi peratus lulus, SMK Jengka Pusat 2
konsisten dalam mencapai 100% lulus.
PERINGKAT 1: PERANCANGAN PROJEK

1.1 IDENTIFIKASI PROJEK

Projek yang dipilih merupakan satu projek penambahbaikan atas program kurikulum sedia ada.

MENGENALPASTI MASALAH

Pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi murid 5 Al-Farabi sangat merunsingkan.


Hanya 6 orang murid sahaja yang lulus manakala 20 org murid gagal. Dengan GPMP 8.38,
situasi ini sangat membimbangkan. Hanya seorang murid mencapai Gred B , 2 orang Gred C,
2 orang Gred D dan seorang Gred E.

Peratus lulus yang rendah, serta kualiti GPMP yang jauh dari sasaran, merupakan masalah yang
perlu ditangani segera oleh guru , terutama guru yang mengajar. Analisis item telah dilakukan,
maka intervensi perlu dilaksanakan.

Memandangkan hanya segelintir murid yang konsisten dengan pembelajaran atas talian, maka
kumpulan sasaran seramai 11 orang dipilih untuk mengikuti projek ini secara aktif.

MENENTUKAN MASALAH

Daripada analisis item yang telah dilakukan, kegagalan murid untuk lulus dan mencapai gred
yang lebih baik adalah penguasaan konsep Fizik yang lemah. Semasa murid di Tingkatan 4,
jadual PDPR murid ketika itu, hanya 1 kali untuk seminggu. Ketika persekolahan bersemuka,
guru pula terlibat dengan penandaan SPM, kursus dan tuntutan tugas sebagai JUN Format
Baharu KSSM. Kekangan masa amat memberikan kesan dalam memberikan kefahaman konsep
Fizik kepada murid memandangkan terdapat 1 tajuk baharu dan beberapa silibus yang telah
ditambahbaik bagi Fizik Tingkatan 4 KSSM.

Keadaan makin memburuk apabila sekali lagi PDPR murid berlaku ketika di tingkatan 5.
Autoriti guru dalam mengawal pembelajaran yang berkesan semakin lemah. Murid hilang
minat dengan kelas atas talian. Murid mengabaikan tugasan yang diberikan guru. Guru tidak
dapat menilai perkembangan murid kerana tiada respon dari murid. Namun apabila dihubungi,
murid memberitahu tiada masalah berkaitan gajet mahupun peranti.

Peperiksaan Pretengahan Tahun dilakukan melalui 2 kaedah pentaksiran iaitu secara atas talian
menggunakan aplikasi Formatives.com dan secara luar talian yakni pemberian modul
peperiksaan. Apa yang menyedihkan, kebanyakkan murid yang mengambil peperiksaan secara
luar talian hanya menjawab soalan kertas 1 yakni soalan objektif manakala untuk kertas 2
murid memulangkan kertas soalan yang kosong tanpa jawapan. Berikut merupakan rajah
Ishikawa bagi RCA Peperiksaan Pertengahan Tahun mata pelajaran Fizik Tingkatan 5.

Rajah 1.1 : Rajah Ishikawa

1. Guru mengalami kekangan masa menyediakan bahan online yang menarik. Murid
kurang minat ikuti kelas online.
2. Murid tak cakna tentang pelajaran. Ada yang bekerja, bantu keluarga, lewat bangun dan
tiada minat belajar.
3. Kekurangan set soalan format baharu KSSM. Murid tiada buku rujukan dan
kebergantungan hanya pada buku teks.
4. Kepelbagaian aplikasi digunakan untuk menarik minat murid ke kelas online, tetapi
murid bermasalah dalam capaian internet.
5. Bagi murid-murid yang jadi kontak rapat ataupun positif Covid, hanya bergantung
kepada pembelajaran secara online.
6. 3 tajuk tingkatan 5 belum selesai diajar. Kekangan masa akibat peruntukan waktu fizik
hanya 2 kali seminggu.
7. Murid kurang minat jika kelas dibuat selain hari sekolah. Sambutan sangat
menyedihkan.
SENARAI PROGRAM

I. BRILLIANT PAPER 1
II. 1D1Q
III. SFS (Strive for Success)
IV. KTO (Kelas Tuisyen Online)

PROJEK YANG INGIN DILAKSANAKAN

Projek yang dipilih adalah sesuai dengan cabaran dan masalah. Projek SEPSTRieD memberi
fokus kepada kelas 5 Al Farabi , kelas yang mengambil mata pelajaran Fizik merangkumi 26
orang calon SPM 2021 untuk kertas Fizik. Walau bagaimanapun, projek ini hanya melibatkan
11 orang murid yang konsisten menghadiri kelas secara dalam talian.

Jadual 1.1 : Analisis Jurang

Bil Sebelum Selepas


1. 20 orang murid gagal dalam PPT Bilangan murid gagal kurang daripada 20
2. Purata skor markah kertas 1 kurang Purata skor markah kertas 1 sekurang-
daripada 20 kurangnya 25
3. Purata skor bahagian A kertas 2 kurang Purata skor markah bahagian A kertas 2
daripada 25 sekurang-kurangnya 30
4. Purata skor bahagian B dan C kertas 2 Purata skor markah bahagian A kertas 2
kurang daripada 20 sekurang-kurangnya 30
5. Perbincangan guru dan murid hanya Perbincangan tugasan murid berlaku 4 kali
berlaku semasa pdpr ( 2 kali seminggu) seminggu, 2(GM malam) + 2 (pdpr)
6. Murid menjawab tidak mengikut skema Murid dapat menjawab mengikut Teknik
yang ditetapkan. yang betul
7. Tiada murid capai A semasa Sekurang-kurangnya seorang murid capai
Peperiksaan Pertengahan Tahun minimum A- untuk Peperiksaan
Percubaan SPM
MATLAMAT

Panatia Fizik SMK Jengka Pusat 2 dapat meningkatkan peratus lulus dan mengurangkan nilai
GPMP bagi 11 orang murid sasaran dan mampu menghasilkan sekurang-kurangnya seorang
murid mendapat A- dalam peperiksaan Percubaan SPM 2021.

OBJEKTIF

Pada akhir projek ini diharapkan

1. 100% murid memberikan komitmen dalam semua program yang dirancang.


2. Semua program dapat dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan.
3. Sekurang-kurangnya seoarang murid mencapai gred A- dalam peperiksaan Percubaan
SPM.
4. Semua 11 orang murid mencapai sekurang-kurangnya gred C dalam peperiksaan
Percubaan SPM

1.2 OPPM PROJEK


2.0 Perancangan Pelaksanaan

Fasa Huraian aktiviti Tarikh Mula Tarikh Akhir


Mengenalpasti calon 1/9/2021 1/9/2021
Bentuk Jawatankuasa Projek 8/9/2021 8/9/2021
Mesyuarat JK murid 8/9/2021 8/9/2021

i. Pembentukan JK murid
ii. Taklimat kepada murid
Perakuan setuju oleh murid 8/9/2021 8/9/2021
Fasa 1
9/9/2021 9/9/2021
Agihan set 1 SFS kepada murid
Penghantaran set 1 SFS kepada guru 10/9/2021 10/9/2021
10/9/2021 10/9/2021
Hari pertama 1D1Q. Perkongsian penerangan
jawapan melalui Youtube.
Perbincangan set 1 SFS melalui Google Meet 11/9/2021 11/9/2021
Hari kedua 1D1Q. Perkongsian penerangan 11/9/2021 11/9/2021
jawapan melalui Youtube.
Hari ketiga 1D1Q. Perkongsian penerangan 12/9/2021 12/9/2021
jawapan melalui Youtube.
Hari keempat 1D1Q. Perkongsian penerangan 13/9/2021 13/9/2021
jawapan melalui Youtube.
13/9/2021 13/9/2021
Penyerahan markah set 1 dan agihan set 2

Fasa 2 SFS kepada murid


Penghantaran set 2 SFS kepada guru 14/9/2021 14/9/2021
15/9/2021 15/9/2021
Perbincangan set 2 SFS melalui Google Meet

15/9/2021 Percubaan
1D1Q diteruskan sehingga sebelum
SPM
percubaan SPM 2021
Proses penyerahan, penghantaran dan15/9/2021 Percubaan
perbincangan Set SFS diteruskan sehingga SPM
sebelum percubaan SPM 2021
Kelas Tuisyen Online 2/9/2021 29/10/2021
1/9/2021 Percubaan
Brilliant Paper 1 sepanjang Pdpr
SPM
Post Mortem keputusan percubaan murid Bulan 10 Bulan 10
Perbentangan post mortem kepada guru Bulan 10 Bulan 10
Fasa 3
panitia dan murid.
Aktiviti penambahbaikan Bulan 10 Bulan 10

3.0 Kos Pelaksanaan

Bil Perkara Kos Sumber


Anggaran
1. Bahan fotostat RM 200.00 PCG Matematik
Sumbangan PIBG
2. Ganjaran Murid RM 100.00
Sumbangan PIBG
4.0 Pihak Berkepentingan

Pihak terlibat Guru Panatia Fizik :

1. Rosnizan binti Abdul Rashid

2. Nur Fairuz Syahira binti Ismail

3. Norhafizah binti Abd Hamid (KP Sains Tulen)

4. Norazlina binti Hassan (Kaunselor)

Murid:

1. Aida Maisarah binti Alias

2. Aina Maisarah binti Mohd Rafie

3. Nur Aisyah binti Mohd Hamri

4. Nur Basyirah binti Saufi

5. Noor Aina Syahirah binti Mohd Nazli

6. Muhammad Ismat Hafizi bin Ishamuddin

7. Muhammad Daniel Hazim bin Muhammad Mukhtar

8. Muhammad Akif Syahmi bin Mohd, Nawawi

9. Muhammad Zharif Aiman bin Mohd Halimi

10. Muhammad Nabil bin Mohd Nasran

11. Zahasrul bin Roswira


Penaja PIBG SMK Jengka Pusat 2

PCG Panatia Sains Tulen ( Fizik)


Pengurus Projek Rosnizan binti Abdul Rashid
Alat pengawalan projek yang digunakan adalah bahan markah PPT (pre test)
dan markah percubaan SPM (post test). Ia digunakan untuk mengukur kefahaman
dan keberkesanan projek yang dijalankan.

Setelah post-test dilakukan, post mortem dibuat bagi mengenalpasti murid


yang masih lagi tidak dapat mencapai target yang telah ditetapkan iaitu mencapai
sekurang-kurangnya gred C dalam peperiksaan Percubaan SPM. Intervensi akan
ditambahbaik, dengan menilai semula program yang telah dirancang samada perlu
dikekalkan, digugurkan atau dibaikpulih demi mencapai peningkatan keputusan
dalam peperiksaan SPM sebenar.

Disediakan Oleh:

(ROSNIZAN BINTI ABDUL RASHID)


Pengurus Projek SEPSTRIeD 2021

Anda mungkin juga menyukai