Anda di halaman 1dari 2

Apakah wacana Islam yang lebih realisitik untuk diberikan

keutamaan?

“ Kadangkala pandangan golongan agamawan yang terlalu ekstrem menggerunkan


masyarakat sehingga ia menjejaskan imej sebenar agama Islam. Ianya bertambah
parah akibat daripada sikap umat Islam pada hari yang terlampau taksub terhadap
tokoh sehingga kebenaran yang hakiki telah dinafikan “

Kita perlu melihat sejarah terdahulu bagi memudahkan kita memahami konteks isu yang
dibincangkan. Sebagai contoh, pemerintahan Taliban selepas mereka menjatuhkan
kerajaan asal di Afghanistan. Antara kritikan dan teguran yang dominan ialah Taliban terlalu
fokus soal punishment atau hukuman sehingga mengabaikan soal welfare of the people
atau kesejahteraan rakyat yang lebih mustahak. Kita perlu sedar Islam tidak berubah dari
sudut isi kandungannya kerana ianya kekal merujuk kepada Al-quran dan sunnah.

Setiap zaman, dasar dasar agama itu berubah tetapi agama sentiasa hidup dalam setiap
keadaan. Sebagai contoh, kehidupan sebagai ayah, anak, guru, pemimpin dan sebagainya.
Agama itu ada dimana-mana, yang menjadi isu nya ialah apabila agama tidak diuruskan
dengan baik dan akhirnya memberi kesan yang merbahaya. Sebagai contoh, disebabkan
agama berlakunya rusuhan dan peperangan. Agama juga boleh menjadi asbab kepada
perdamaian. Agama juga membawa masyarakat atau sesebuah tamadun itu jauh maju ke
hadapan. Tetapi kadangkala ianya juga membawa kemunduran.

Nabi SAW memposisikan dirinya dalam banyak keadaan. Baginda membezakan ia kepada
beberapa sudut. Apabila berada sebagai seorang pemimpin, baginda bicara kepada umum
tanpa mengabaikan seorang pun dari kalangan rakyat dan agama itu dipermudahkan. Tetapi
apabila berada dalam keadaan asing daripada orang lain, baginda solat malam hingga
bengkak kakinya.

Wacana sebagai pemerintah yang memegang kuasa rakyat yang merangkumi Muslim, non-
muslim, soleh dan kurang soleh, yang berminat dengan agama dan yang kurang berminat,
ini mesti dibezakan dengan wacana apabila kita berbicara kepada anak atau ahli keluarga
kita sahaja. Sebab itu, sebagai pemerintah, baginda tidak mengejar dosa peribadi. Apabila
baginda didatangi seorang yang mengaku dia berzina, 4 kali baginda untuk menolaknya.
Tetapi dalam isu Hatib bin Abi Balta’ah yang membocorkan rahsia negara. Baginda
menghantar pasukan untuk memburunya kerana dosa peribadi antara manusia dan tuhan
tetapi dosa ini melibatkan keselamatan dan kesejahteraan awam.

Oleh sebab itu, pemerintah perlu bezakan sudut mana yang dia perlu fokus. Tidak
semestinya institusi agama yang pegawai nya berserban dan berjubah atau parti politik yang
bunyi ayat Al-quran nya hebat dijamin pentadbirannya telus. Sebagai contoh, apabila kita
mencari kedai makan yang islamik. Yang kita cari ialah dari sudut kebersihan dan kualiti
makanannya. Soal berjubah atau berserban itu urusan pilihannya tetapi tidak menjamin
kualiti dan asas yang dituntut oleh agama.

Begitu juga dengan pemerintahan yang islamik iaitu ketulusan dan integriti. Sifat agama itu
sendiri universal yang merangkumi progresif, responsif, toleransi dan harmoni. Agama juga
boleh digunakan untuk kepentingan diri. Ada 2 kehendak orang kepada agama. Yang
pertama, dia mencari redha Allah. Yang keuda, dia mencari sokongan rakyat. Agama itu
boleh dimanupulasi oleh golongan agamawan itu sendiri. Kita lihat dalam semua sejarah
agama daripada Judaism, Kristian dan Islam. Kesemua pernah digunakan oleh penguasa
untuk mendapatkan sokongan.

Agama itu bukan mengongkong, tetapi ianya merupakan garis panduan untuk mengangkat
martabat manusia. Sebab itu, wacana sebagai pemerintah tidak sama dengan pendakwah.
Pendakwah mungkin pendekatannya memujuk dan mengajar dengan ilmu serta sebahagian
kuasa yan dimiliki. Kita sebagai muslim tidak boleh menolong non-muslim membina gereja,
tetapi pemerintah boleh kerana ia berada dalam wacana yang berbeza. Pemerintah perlu
melayani rakyatnya dengan keadilan yang saksama. Mengiktiraf kewujudan tidak bererti
mengiktiraf kebenaran.

Mohamad Firzan Hakimi


Aktivis Mahasiswa Keadilan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai