Anda di halaman 1dari 6

BAB 1

PENGENALAN

1.0 DEFINISI & KONSEP YOUTUBE

Pada era modenisasi ini, penggunaan aplikasi YouTube dalam kalangan masyarakat di

Malaysia semakin meluas ekoran daripada perkembangan teknologi canggih yang semakin pesat.

Dengan adanya gajet berteknologi tinggi seperti komputer riba (laptop), telefon pintar

(smartphone) dan tablet, aplikasi YouTube menjadi semakin mudah untuk diakses oleh orang

awam terutamanya bagi golongan pelajar. Dalam kalangan pelajar pada hari ini, aplikasi

YouTube menjadi satu platform yang banyak digunakan untuk pelbagai tujuan seperti

pembelajaran, mengisi masa lapang, hiburan dan sebagainya.

Menurut Tan Choon Keong (UMS, 30 Ogos 2013), YouTube merupakan salah satu

rangkaian sosial yang sangat popular dalam kalangan masyarakat global. Aplikasi YouTube telah

diasaskan oleh Chad Hurley, Steven Chen dan Jawed Karim (Burgess & Green 2009). Kini,

laman sosial YouTube bukan lagi sekadar digunakan untuk perkongsian video-video peribadi,

komersial dan sebagainya, malah laman sosial YouTube juga telah digunakan sebagai salah satu

platform pembelajaran. Buktinya, pada tahun 2009 dan 2010 laman sosial YouTube telah terpilih

sebagai laman perkongsian video yang mendapat undian terbanyak dalam ‘The Emerging List of

Top 100 Tools for Learning’ (Yuen, 2009). Ini menunjukkan bahawa YouTube berpotensi untuk

membantu dalam proses pembelajaran seseorang individu.

1
YouTube juga menjadi laman web perkongsian video yang popular dan membenarkan

penggunanya untuk memuat naik, menonton dan berkongsi klip video. Berdasarkan rekod

YouTube pada tahun 2006, terdapat sebanyak 65, 000 video dimuat naik dan 100 juta video

ditonton setiap hari di YouTube (USA Today, 2006) dan pada 17 May 2010, bilangan video yang

ditonton meningkat sehingga mencecah 2 billion pada setiap hari (Lewin, 2010). Hal ini menjadi

bukti yang jelas bahawa aplikasi YouTube sangat popular dalam kalangan masyarakat global.

YouTube turut merangkumi kandungan seperti animasi, video klip, TV klip, muzik video, iklan

dan sebagainya. Kandungan-kandungan ini dimuat naik oleh individu-individu yang telah

mendaftar keahlian di YouTube yang berumur dalam lingkungan 18 tahun dan ke atas. YouTube

juga mempunyai fungsi yang lain seperti menyiarkan dan memberi tag kepada video, menonton

video yang disiarkan oleh orang lain dan memberi komen terhadap video yang ditonton.

Kelebihan yang terdapat pada aplikasi dan laman web YouTube ini membolehkan pengguna

untuk menonton dan melayari YouTube secara percuma tanpa had.

1.1 LATAR BELAKANG

Di SMK Three Rivers, penggunaan aplikasi YouTube dalam kalangan pelajar merupakan perkara

yang normal dan rata-rata daripada mereka sering melayari aplikasi ini untuk pelbagai tujuan.

Ada yang menggunakannya untuk tujuan pembelajaran terutamanya sewaktu Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara bermula pada 18 Mac 2020 dan ada yang

menggunakan aplikasi ini untuk menghilangkan rasa bosan dengan menonton video-video

berbentuk hiburan seperti Anime, drama, K-Pop dan lain-lain. Namun begitu, terdapat pelbagai

kebaikan yang boleh diperolehi oleh para pelajar dalam menggunakan kemudahan aplikasi ini

2
terutamanya ketika sesi pembelajaran dari rumah (PdPR) dilaksanakan. Kebanyakan pelajar

dilihat mampu memanfaatkan aplikasi ini dengan sebaiknya sehingga dapat memberi kesan yang

baik terhadap prestasi pelajaran mereka. Oleh itu, kajian ini perlu dilaksanakan agar persoalan

tentang kebaikan penggunaan YouTube dalam kalangan pelajar dapat dijawab.

1.2 PERSOALAN KAJIAN

1.2.1 Berapa lamakah tempoh masa yang pelajar tingkatan 6 semester 1 SMK Three Rivers

habiskan dalam sehari untuk melayari aplikasi YouTube?

1.2.2 Apakah kandungan yang sering dilayari oleh pelajar tingkatan 6 semester 1 SMK Three

Rivers di aplikasi YouTube?

1.2.3 Bagaimanakah YouTube dapat membantu pelajar tingkatan 6 semester 1 SMK Three Rivers

untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran?

1.2.4 Bagaimanakah aplikasi YouTube dapat memberi kebaikan kepada pelajar tingkatan 6

semester 1 SMK Three Rivers?

1.2.5 Bilakah waktu yang sering digunakan oleh pelajar tingkatan 6 semester 1 SMK Three

Rivers untuk melayari YouTube?

3
BAB 2

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1. Mengenal pasti kandungan yang sering dilayari di YouTube oleh pelajar tingkatan 6 semester

1 di SMK Three Rivers

2.2 Menjelaskan kebaikan penggunaan YouTube dalam kalangan pelajar tingkatan 6 semester 1

di SMK Three Rivers

2.3 Mengenal pasti tempoh masa yang digunakan oleh pelajar tingkatan 6 semester 1 SMK Three

Rivers untuk melayari YouTube dalam sehari

2.4 Mengkaji waktu yang sering pelajar tingkatan 6 semester 1 di SMK Three Rivers gunakan

untuk melayari aplikasi YouTube

4
BAB 3

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Setakat ini, tidak ramai pihak yang mengkaji kebaikan penggunaan aplikasi YouTube

dalam kalangan pelajar. Pengkaji merasakan bahawa kajian ini adalah penting kerana terdapat

ramai pelajar yang mempunyai kemudahan Internet dan peranti elektronik di kediaman masing-

masing untuk membolehkan mereka mengakses aplikasi YouTube. Malah aplikasi YouTube

turut memberi kelebihan buat pelajar di SMK Three Rivers. Pengkaji menyedari bahawa kajian

ini perlu dilaksanakan bagi memudahkan pihak sekolah untuk mengetahui faktor-faktor

peningkatan prestasi pelajar dalam akademik. Dengan melaksanakan penyelidikan ini, kita akan

mendapat pendedahan dan gambaran mengenai kebaikan penggunaan YouTube dalam kalangan

pelajar. Semoga penyelidikan ini dapat dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji di masa

akan datang seterusnya menjadi rujukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kualiti

pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah SMK Three Rivers seiring dengan perkembangan dan

kemajuan teknologi semasa.

5
6

Anda mungkin juga menyukai