Anda di halaman 1dari 7

AG 10103

GEOGRAFI MANUSIA

TAJUK:

TUGASAN ULASAN FILEM

DAUN DI ATAS BANTAL

NAMA PELAJAR: NUR HUDA MAISARAH ALI NAPIAH


NOMBOR MATRIK : BA21110315
FAKULTI : FAKULITI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
NAMA UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
TAHUN : SEM 2 2020/2021
NAMA PENSYARAH: DR. COLONIUS ATANG
1.0 PENGENALAN

Ulasan filem pada kali ini, penulis telah memilih filem Daun Di Atas Bantal yang mana
penulis perlu mengulas dan menerangkan empat-elemen geografi manusia yang ditunjukkan
di dalam filem tersebut. Berdasarkan pemerhatian penulis, filem ini menunjukkan cara hidup
di sebuah kawasan dan menerangkan apa sahaja yang dilakukan oleh penduduk di sana
bagi menyara kehidupan mereka. Suka untuk penulis terangkan apa-apa yang diulas di
dalam ulasan ini merupakan pandangan dan pendapat dari pemahaman penulis terhadap
filem tersebut dan tiada kaitan untuk mengejek atau mempersendakan budaya lain.

Geografi ialah ilmu yang mengkaji tentang interaksi antara manusia dan alam sekitar
dalam ruang pada sesuatu masa, sama ada ia merupakan ruang fizikal ataupun ruang
sosial. Menurut Erastothenes, geografi berasal dari kaya geographica yang bererti penulisan
atau penggambaranmengenai bumi. Pada awal abad ke-2, muncul tokoh baharu, Claudius
Ptolomaeus mengatakan bahawa Geografi adalah suatu kajian melalui peta dari sebahagian
dan seluruh permukaan bumi. Kebanyakan ahli geografi telah pun menerima hakikat
bahawa geografi adalah suatu disiplin yang bersifat bipolar iaitu terdiri daripada Geografi
Fizikal dan Geografi Manusia (Gregory et al., 1988).

2.0 UNSUR-UNSUR GEOGRAFI MANUSIA


2.1 KEMISKINAN
Unsur geografi manusia yang pertama yang didapati dalam filem tersebut
adalah unsur kemiskinan. Seperti yang kita lihat di dalam filem daun di atas bantal
tersebut, majoriti penduduk di kawasan tersebut hanya tinggal rumah yang diperbuat
dari papan dan kayu serta lantai yang bukanlah menggunkan jubin. Hanya golongan
yang tertentu sahaja yang dapat menggunakan jubin sebagai lantai di rumah kerana
kos pembelian dan pemasangannya terlalu mahal bagi isi rumah yang
berpendapatan rendah. Ini bukan sahaja berlaku di dalam filem tersebut tetapi juga di
seluruh dunia. Setiap negara mempunyai tahap kemiskinan masing-masing. Selain
daripada taraf hidup yang rendah di kawasan tersebut, aktiviti ekonomi yang
dijalankan juga menunjukkan kemiskinan penduduk di kawasan tersebut. Hal ini
kerana kebanyakan penduduk di sana menyara kehidupan mereka hanya dengan
berniaga di tepi-tepi jalan serta berdagang apa yang dihasilkan oleh mereka.
Berkemungkinan besar pekerja-pekerja yang bekerja untuk menghasilkan produk
tersebut adalah terdiri daripada golongan ahli keluarga dan kejiranan mereka sahaja.
Istilah miskin boleh dilihat dari taraf hidup seseorang dan boleh juga
diperhatikan dari kebolehan atau sejauhmanakah individu tersebut dapat
menampung kehidupannya serta keluarga. Menurut Norzita dan Siti Hadijah (2014),
kemiskinan merupakan situasi serba kekurangan yang terjadi bukan atas kehendak
dan kerelaan setiap isi rumah. Terdapat banyak perkara yang membolehkan kita
untuk mengenal pasti bahawa seseorang itu mengalami kemiskinan seperi
kekurangan pendapatn untuk membeli barangan keperluan, tingkat Pendidikan yang
rendah, tidak memeliki harta benda, tidak sihat tubuh badan, kekurangan pakaian
dan makanan, tiada tempat tinggal yang selesa dan tiada pekerjaan yang dapat
menjamin kelangsungan hidup. Ini jelas menunjukkan bahawa perkara-perkara
tersebut mengakibatkan individu tersebut tidak mampu untuk keluar dari kelompok
miskin sekiranya tiada bantuan dan sokongan dari pihak yang bertangjawab.
Pada pendapat penulis, kemiskinan tidaklah semudah itu untuk dihapuskan
tetapi perkara tersebut seperti kadar kemiskinan boleh dikurangkan. Sebagai contoh
bantuan dari aspek kewangan kepada golongan fakir miskin, menyediakan rumah
yang berkos rendah bagi golongan yang tiada rumah dan penyediaan latihan dan
kemahiran bagi keluarga yang tidak berpendapatan tinggi serta tidak mampu
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Ini sekali gus dapat membantu
mengurangkan kadar kemiskinan serta meningkatkan ekonomi negara.

2.2 PENGANGKUTAN
Unsur geografi manusia yang kedua yang penulis dapati di dalam filem
tersebut adalah elemen pengangkutan. Seperti yang penulis saksikan dalam filem
tersebut, ada dua kawasan yang mempunyai keadaan yang berbeza. Kawasan yang
pertama adalah di kawasan yang banyak kenderaan lalu lalang dan boleh penulis
tafsirkan bahawa kawasan tersebut merupakan bandar kecil untuk penduduk di sana.
Di kawasan ini, terdapat banyak kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal dan
lain-lain yang digunakan oleh penduduk di sana. Keadaan yang seperti ini
sebenarnya mengundang kepada dua pencemaran iaitu pencemaran udara dan juga
pencemaran bunyi. Kawasan yang kedua dengan keadaan yang berbeza seperti
yang penulis nyatakan tadi adalah di kawasan desa. Melalui pemerhatian penulis,
kebanyakan penduduk hanya menggunakan basikal dan berjalan kaki di kawasan
tersebut. Perbezaan yang penulis dapati adalah di kawasan des aini kurang terdedah
dengan pencemaran bunyi dan juga pencemaran udara.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran udara boleh ditafsirkan
sebagai bendasing udara termasuk asap, jelaga, habuk, debu, kabus, wap-wap dan
lain-lain. Berdasarkan pemahaman penulis, pencemaran udara boleh dijelaskan
sebagai suatu keadaan yang melibatkan gas-gas rumah hijau yang terkandung di
dalam udara yang menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.
Secara umumya, punca terhadap terjadinya pencemaran udara adalah disebabkan
oleh pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan pencemaran oleh kilang dan
lain-lain. Pencemaran udara bukan sahaja memberi impak kepada alam sekitar tetapi
juga kepada kesihatan manusia yang mana sememangnya telah terjadi bertahun-
tahun lamanya. Antara kesan yang boleh menimpa kepada manusia adalah seperti
penyakit pernafasan yang kronik, asma, kanser paru-paru, penyakit jantung dan lain-
lain. Penyakit-penyakit ini bukanlah merupakan suatu penyakit yang hanya habis
setakat itu sahaja tetapi ianya akan merebak ke bahagian-bahagian lain. Dari aspek
alam sekitar pula, pelepasan asap-asap oleh kenderaan dan kilang-kilang juga
mampu menyebabkan fenomena jerebu. Kejadian jerebu boleh dijelaskan sebagai
keadaan yang mana berlakunya peningkatan bahan pencemaran di dalam atmosfera
sehingga menggangu jarak penglihatan. Kejadian-kejadian jerebu ini bukanlah
perkara yang agak lapuk kerana boleh didapati jerebu ini kerap berlaku terutamanya
di sebelah negara Indonesia.
Pencemaran bunyi pula didefinisikan sebagai pencemaran yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar dan ianya berlaku apabila kita mendengar sesuatu bunyi
yang agak menggangu. Pencemaran tersebut membuatkan kita merasa tidak tenang
dan boleh mengundang kepada stress. Selain daripada itu, pencemaran bunyi juga
boleh dikatakan sebagai suatu bunyi bising yang keterlaluan dan biasanya
pencemaran ini melebihi 80 disebel (dB). Punca-punca yang mengundang kepada
pencemaran bunyi adalah seperti kenderaan, aktiviti perindustrian dan tabiat
mementingkan diri daripada masyrakat. Hal ini menyebabkan orang sekeliling berasa
tidak selesa terutamanya bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil.

2.3 KESIHATAN
Unsur ketiga yang penulis dapati di dalam filem ini adalah kesihatan. Seperti
yang penulis dapati di dalam filem tersebut, kanak-kanak serta remaja tidak
didedahkan dari aspek kesihatan. Terlebih dahulu penulis jelaskan bahawa apa yang
diulas adalah merupakan pendapat sendiri dan tiada kaitan untuk mengejek atau
memperli mana-mana pihak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berada di dalam
suatu ruang yang berdekatan dengan kereta api sebagai air untuk membasuh muka
dan minum, merokok dan makan dengan keadaan yang gelojoh dan makan di atas
lantai yang tidak berlapik. Kanak-kanak tersebut minum air yang digunakan untuk
mengelap jubin di kawasan tersebut jelas menunjukkan bahawa air tersebut sudah
tercemar dengan kotoran dan merokok juga merupakan tabiat yang tidak sihat yang
mana akan memberi impak kepada kesihatan.
Kesihatan merupakan suatu perkara yang amat penting. Hal ini dikatakan
demikian kerana kesihatan akan menjamin keceriaan, keharmonian dan
kesejahteraan hidup individu tersebut. Kesihatan boleh merujuk kepada suatu
keadaan dimana tubuh badan individu tersebut yang mana tidak mengalami
sebarang masalah seperti penyakit kencing manis dan mudah diserang oleh penyakit
berjangkit lain. Tabiat pengambilan makanan yang sihat sememangnya penting
terhadap tubuh badan manusia terutamanya dalam memberi kesan yang baik
kepada kesihatan manusia. Tabiat merokok sememangnya merupakan tabiat yang
tidak baik kepada kesihatan. Hal ini dapat dibuktikan melalui penulisan Ridauddin
(2019) yang menyatakan bahawa merokok boleh meyebabkan penyakit kronik.
Seperti yang Ridauddin nyatakan rokok boleh mengakibatkan gangguan pada tahap
kesuburan lelaki, risiko strok, serangan sakit jantung dan boleh mengakibatkan
kanser paru-paru. Tambahannya lagi, asap rokok mengeluarkan hampir 4000 bahan
kimia beracun dan 53 dari bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Ini jelas
membuktikan bahawa tabiat merokok amatlah merbahaya kepada kesihatan. Akhir
sekali ianya bukan sahaja memberi kesan kepada perokok tetapi asapnya juga
memberikan kesan kepada orang sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana asap
rokok juga mengandungai bahan kimia yang berbahaya.
Suka untuk penulis kongsikan langkah-langkah untuk menjaga kesihatan
kepada pembaca adalah seperti memakan sayuran hijau. Seperti yang kita tahu
sayuran hijau mempunyai vitamin yang membantu dalam menjaga diet yang
seimbang dan semestinya membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Langkah
seterusnya adalah dengan konsistenkan diri untuk melakukan senaman kerana
dengan melakukan senaman ianya mampu membakar lemak dan kalori yang berada
di dalam badan kita.

2.4 MIGRASI
Elemen yang terakhir yang penulis dapati di dalam filem Daun Di Atas Bantal
ini adalam elemen migrasi. Menurut apa yang diketahui penulis, penduduk di
kawasan tersebut bukanlah penduduk asalnya penduduk Jakarta. Akan tetapi
mereka merupakan penduduk asal Ujung Padang yang terletak di Sumatera. Jakarta
merupakan suatu bandar besar manakala Ujung Padang pula merupakan suatu
bandar kecil di Sumatera. Secara umumnya, mereka melakukan migrasi dari luar
bandar ke bandar adalah untuk menyara kelangsungan hidup, akan tetapi apabila
mereka pindah ke bandar besar tersebut banyak perkara yang mereka terpaksa
tanggung dan menyebabkan penduduk di sana mengalami kemiskinan seperti yang
penulis jelaskan di bahagian 2.1, elemen kemiskinan. Seperti yang penulis lihat di
dalam filem, bukanlah golongan muda sahaja yang melakukan migrasi tetapi juga
bagi golongan tua. Hal ini seperti yang penulis nyatakan tadi adalah bertujuan untuk
mengubah cara hidup dan taraf hidup mereka.
Menurut Asan Ali et. al (1998), migrasi adalah suatu fenomena pembangunan
yang tidak dapat dielakkan dan ia menyebabkan perubahan corak demografi
penduduk yang akhirnya membawa kepada perubahan sosio-ekonomi di kawasan-
kawasan yang menghantar dan menerima migran. Menurut pemahaman penulis
migrasi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu jenis migrasi dalaman dan migrasi
antarabangsa. Seperti yang penulis lihat di dalam filem tersebut, penduduk tersebut
telah melakukan migrasi dalam yang mana perpindahan dari daerah Sumatera ke
daerah Jakarta. Menurut Ria Novitasari (2016), migrasi biasanya dilakukan oleh
masyarakat yang tinggal di daerah desa, dengan tingkat kemiskinan yang cukup
besar, kekurangan peluang pekerjaan, tingkat pendidikan yang rendah dan lain-lain
lagi.
Migrasi bukanlah hanya mendatangkan kebaikan kepada kawasan yang di tuju,
tetapi juga mendatangkan kesan yang kurang baik. Antara kesan negatif yang
penulis dapat nyatakan adalah seperti berlaku tekanan penduduk terhadap sesuatu
kawasan. Hal ini berlaku kerana pada asalnya kawasan tersebut kurang penduduk
dan sumber yang ada sangat mencukupi dan tidak perlu bersaing, akan tetapi
datangnya golongan migran ini menyebabkan berlakunya persaingan terhadap
sumber yang ada. Selain daripada tekanan penduduk, peningkatan terhadap kes
jenayah juga berkemungkinan akan meningkat disebabkan oleh peluang pekerjaan
yang semakin sikit dan sukar untuk didapati. Disebabkan rasa terdesak kerana
kehidupan yang serba memerlukan duit, jalan yang singkat untuk mereka yang malas
mencari pekerjaan adalah dengan melakukan jenayah seperti merompak, mencuri
dan lain-lain. Antara kesan baik apabila berlaku migrasi adalah kawasan yang di
tinggalkan tersebut dari meningkatkan taraf hidup semula kerana sumber yang ada
adalah lebih dari mencukupi dan peluang pekerjaan juga dapat diisi dengan
penduduk yang masih tinggal di kawasan tersebut. Selain daripada itu, apabila
penduduk bandar pindah ke kawasan luar bandar, ini menyebabkan kesesakan di
kawasan bandar dapat dikurangkan sekali gus dapat menikmati udara dan keadaan
yang tenang di kawasan luar bandar jika hendak di bandingkan dengan keadaan di
bandar.

3.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, terdapat banyak lagi elemen-elemen geografi manusia
yang ditunjukkan dalam filem Daun di atas Bantal ini. Secara umumnya elemen-elemen
geografi manusia ini sebenarnya berlaku dalam kehidupan seharian cuma kita yang
masih tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan elemen tersebut. Apa yang penulis
dapati di dalam filem tersebut rasa kasih dan sayang akan ibu terhadap anaknya
walaupun bukanlah anak kandungan sendiri. Akan tetapi insan yang bergelar ibu ini
sanggup membuat apa sekalipun demi kebaikan anaknya dan tabah dalam menghadapi
ujian hidup. Ujian yang penulis maksudkan adalah dengan perangai anak serta
suaminya yang tidak bertanggungjawab dengan rumah tangga tersebut. Jelas di sini
penulis dapat simpulkan filem ini mendatangkan banyak pengajaran dan teladan
terhadap diri penulis supaya lebih bersyukur denga napa yang ada dan di mana
kediaman sekarang jika hendak di bandingkan dengan kehidupan orang-orang yang
mengalamai kesukaran dalam melangsungkan kehidupan. Penulis berharap agar lebih
ramai yang akan menonton filem tersebut supaya memupuk nilai bersyukur, sabar dan
hargai benda di sekeliling kita.

4.0 RUJUKAN
Asan Ali Golam Hassan, Rosita Suhaimi, Fatima Saad (1998). Migrasi Penduduk da
Pembangunan.

Gregory K (1985). The Nature of physical geography. Edward Arnold, London.


Jabatan Alam Sekitar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Kementerian Sains
Teknologi dan Alam Sekitar.
Jabatan Alam Sekitar (1994). Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar Sekeliling
(EIA): Prosedur dan Keperluan di Malaysia. Jabatan Alam Sekitar. Kuala
Lumpur.
Norzita Jamil dan Siti Khadijah Che Mat, 2014. Realiti Kemiskinan: Satu Kajian
Teoritkal. Nota Penyelidikan.
Radauddin Daud, 10 Januari 2019. Kesan Buruk Rokok Terhadap Manusia. Sinar
Harian Online. Diperoleh daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/6728/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Kesan-
buruk-rokok-terhadap-manusia

Anda mungkin juga menyukai