Anda di halaman 1dari 2

Sambutan Hari Lahir

Esok hari lahir Sara. Kakak dan emak sibuk menyiapkan kuih-muih di dapur. Emak
memasak kek kukus. Sara membantu kakak dan emak. Ayah dan abang sibuk di halaman
rumah. Ayah memotong rumput. Abang pula menyapu sampah. Ayah dan abang membakar
sampah. Halaman rumah Sara sudah bersih.

Hari ini hari lahir Sara. Pada waktu pagi emak sibuk menggoreng mi, keropok, dan
cucur udang. Kakak sibuk memotong daun bawang, timun, lada, dan telur. Ayah dan abang
Sara sedang sibuk menyusun kerusi dan meja di ruang tamu. Abang meniup dan
menggantung belon. Rumah Sara menjadi ceria. Sara berasa sangat gembira.

Pada pukul tiga petang tetamu mula datang. Ramai kawan-kawan Sara yang datang
membawa hadiah. Sani datang bersama keluarganya. Sani juga membawa hadiah hari lahir
untuk Sara. Sara meniup lilin kek hari lahir. Tetamu yang hadir menyanyikan lagu `Selamat
Hari Lahir´. Sara sungguh seronok menyambut hari lahirnya yang kedua belas tahun. Sara
mendapat banyak hadiah daripada kawan-kawannya.

Emak Sara mempersilakan tetamu menjamu selera. Tetamu memuji masakan emak
Sara. Ayah sibuk melayan jiran-jiran yang datang. Sara pula berbual dengan Sani, Mutu,
Wafi, Lina, dan Noni. Pada pukul lima petang tetamu mula pulang. Keluarga Sara
mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir. Keluarga Sani juga mengucapkan
terima kasih kerana menjemput mereka ke majlis tersebut. Setelah tetamu pulang, Sara
sekeluarga mengemas ruang tamu dan dapur. Emak dan kakak membasuh pinggan mangkuk.
Ayah dan abang mengutip sampah dan menyusun semula kerusi dan meja.

Pada waktu malam semua ahli keluarga Sara berkumpul di ruang tamu rumahnya.
Mereka membuka hadiah-hadiah yang diberikan kepada Sara. Sara mengucapkan terima
kasih kepada keluarganya. Sara merasa terharu kerana dirinya dihargai.

Soalan pemahaman:

1. 1. Siapakah yang mengemas halaman rumah Sara?


_____________________________________________________
_____________________________________________________

2. Apakah makanan yang disediakan oleh emak Sara untuk majlis hari lahir Sara?
_____________________________________________________
_____________________________________________________

3. Pada pukul berapakah tetamu datang?


_____________________________________________________
_____________________________________________________

4. Sara menyambut hari lahir yang ke berapa?


_____________________________________________________
_____________________________________________________

5. Apakah yang diterima oleh Sara daripada Sani?


_____________________________________________________
_____________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai