Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN REFLEKSI TERHADAP PIPAKIDS INTERNATIONAL

PLAYSCHOOL
i. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang diamalkan di Pipakids
International Playschool.
• Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang diamalkan di Pipakids International
Playschool adalah berdasarkan Model Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Finland.
• Model pendidikan ini dikatakan merupakan salah satu daripada model
pembelajaran yang terbaik di dunia kerana menekankan sudut pandangan dari
perspektif kanak-kanak.
• Sistem pendidikan Finland ini telah diuji dengan teliti selama beberapa dekad
dengan hasil pembelajaran yang cemerlang.
• Ianya juga menggabungkan falsafah, model, amalan pembelajaran terbaik dan
terkini dengan pembangunan berterusan, untuk memenuhi standard tertinggi
dalam pendidikan.
• Dengan kerjasama Universiti Helsinki sebagai pengasas Pipakids International
Playschool, pakar pendidikan adalah sebahagian daripada pasukan kerja harian
mereka dan ini mampu membawa inovasi terkini dalam pendidikan kepada
semua yang mereka lakukan.

ii. Prinsip yang diamalkan oleh Pipakids International Playschool.


• Menurut Puan Myra Max, Pengasas Pipakids International Playschool, beliau
menekankan prinsip menyokong pembelajaran dan perkembangan kanak-
kanak tanpa tekanan toksik yang boleh mengakibatkan kanak-kanak belajar
terlalu banyak, terlalu awal.
• Menurut beliau lagi, semua orang, bukan sahaja kanak-kanak, belajar dengan
baik apabila didorong oleh minat mereka sendiri. Sistem pendidikan yang
diamalkan di Pipakids International Playschool mempunyai hasil
pembelajaran yang sangat tinggi dengan permainan bermatlamat dan
bimbingan asuhan daripada guru yang sangat terlatih. Melalui cara ini
pembelajaran menjadi menyeronokkan dan produktif untuk kanak-kanak.
• Selain itu, di Pipakids International Playschool kanak-kanak bukan sahaja
belajar untuk sekolah atau ujian standard, tetapi mereka diberikan asas untuk
pembelajaran sepanjang hayat melangkaui kemahiran akademik.
• Kanak-kanak di sana dilengkapi dengan kecekapan abad ke-21 seperti fokus,
kreativiti, penyelesaian masalah, ekspresi diri, penjagaan diri, sosial-emosi,
pelbagai literasi, kerjasama, ketabahan dan daya tahan.
iii. Perbezaan kurikulum yang diamalkan di Pipakids International Playschool dengan
KSPK atau kurikulum PERMATA.
• Menurut Puan Myra Max, terdapat pelbagai konsep dalam kurikulum yang
diamalkan di Pipakids International Playschool yang berbeza dengan KSPK
atau kurikulum PERMATA.
• Pertama, melihat kanak-kanak sebagai insan yang unik dengan idea,
pemikiran dan keperluan mereka sendiri. Oleh itu kesejahteraan kanak-kanak
diutamakan, kedua-dua fizikal dan emosi, bersama-sama dengan membina
kecekapan mereka. Seterusnya, kanak-kanak juga diajar untuk menjaga diri
mereka dan orang lain dan mengembangkan kebolehan sosial-emosi mereka
supaya mereka mempelajari kemahiran untuk hidup.
• Kedua, belajar di mana-mana dan sepanjang masa juga diterapkan dalam
kurikulum di Pipakids International Playschool. Pembelajaran kanak-kanak
tidak terhad kepada aktiviti tertentu atau bilik darjah sahaja. Sebaliknya,
setiap situasi adalah peluang untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Para
guru dilatih untuk mengenali dan meningkatkan peluang pembelajaran kerana
guru memainkan peranan penting dalam pengalaman pembelajaran harian
kanak-kanak.
• Ketiga, bermain sebagai cara untuk belajar juga salah satu kurikulum yang
diamalkan di Pipakids International Playschool. Hal ini dikatakan demikian
kerana, bermain adalah cara yang paling semula jadi untuk kanak-kanak
belajar dan ia merupakan lumrah untuk perkembangan mereka. Semasa
bermain, kanak-kanak menyerlahkan perkembangan keseluruhan mereka,
malah melakukan sesuatu aktiviti di atas peringkat perkembangan mereka
kerana mereka bermotivasi untuk belajar dan tidak takut untuk mengambil
risiko. Dengan itu, kanak-kanak dapat bekerjasama antara satu sama lain,
meneroka persekitaran mereka, berlatih menyelesaikan masalah dan
mengamalkan kreativiti.

iv. Peranan pendidik di Pipakids International Playschool


• Menurut salah seorang guru di Pipakids International Playschool, peranan
beliau sebagai pendidik adalah untuk mewujudkan kesejahteraan keseluruhan
kanak-kanak. Tanpa kesejahteraan, pembelajaran tidak boleh berlaku. Beliau
dilatih untuk memberikan tumpuan kepada semua aspek pertumbuhan kanak-
kanak, bukan hanya untuk kemajuan akademik mereka malah untuk
mempertimbangkan perkembangan sosial, emosi, fizikal, mental, dan intelek
kanak-kanak dalam jagaannya serta kesejahteraan mereka sendiri.
• Selain itu, beliau juga belajar cara meluangkan masa bermain dalam situasi
harian dan menggunakannya sebagai alat pedagogi dalam aktiviti
pembelajaran. Ini menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan untuk
semua orang.
• Guru-guru di Pipakids International Playschool juga mengambil pendekatan
berasaskan kekuatan untuk pembangunan profesional mereka sendiri dan
orang lain. Kerja berpasukan adalah kunci untuk menyampaikan pendidikan
awal yang berkualiti tinggi dan berkongsi amalan terbaik untuk memupuk
komuniti guru yang mesra dengan kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai