Anda di halaman 1dari 7

APRIL 2022

TO MY YOUTH

Maaf, terkadang melepaskan masa lalu adalah suatu hal yang perlu dilakukan
Walau terkadang sakit, tapi hal yang terbaik harus melepasi fasa yang menyakitkan...

HATI..
Menyimpan seribu galau antara meupakan dan tetap ukuh memegang masa lalu
Apa yang kau mahu wahai hati? Berbisik halus ke dalam jiwaku..

Masa lalu bukan sesuatu yang indah


Tapi mengapa engkau tetap teguh berdiri di pintu masa lalumu?, akuilah engkau tidak mampu melupakan atau
engkau terlalu takut.

Teruntuk masa muda ku


Maaf, engkau telah lalui perkara yang sulit dan sakit sepanjang masa mudamu
Melalui fasa mimpi-mimpi ngeri yang tak mungkin aku mau kembali.

Terima kasih kerana terus kuat untuk menghadapi ujian yang mendatang
Sekali lagi maaf, tiada memori indah waktu muda buat diri

Terkadang menyembuhkan luka sendiri adalah jalan yang terbaik


Kerana berharap lebih memedihkan. Kau mengerti apa maksudku..

Soalku tiap hari


Apa yang kurang? Apa yang aku lakukan sehingga aku tidak layak bahagia?
Dosa.. menyakiti diri sendiri adalah dosa yang ku lakukan bertahun lamanya
Membiarkan ia sakit, luka, berdarah yang tidak dilihat mata kasar
Kau tau apa rasanya? Seperti dibunuh tapi tidak mati.

* HADERASYA *
APRIL 2022

Kita yang sama-sama berjalan menempuh dugaan


Tapi kenapa kau bukan milikku jua?
Aku yang derita, engkau yang bahagia..

Terkadang memaafkan sesuatu tidak semudah kau fikirkan


Kau perlu mengorbankan diri, perasaan dan hati demi memafkan
Tapi pilihan apa yang kau ada?
Hanya memafkan dan melupakan demi diri sendiri.

Takut kepada kebahagiaan


Kerana kau tau kau akan terluka akhirnya

Tuhan, mencuba menjadi yang terbaik tidak mudah


Keadaan memaksa aku melakukan hal yang aku takut, benci

Bahagia yang kami cipta tidak lama


Kau, aku dan dia dibawah satu bumi yang sama
Tapi mengapa tidak menyatu hatinya?
Kerana kau, aku dan dia punya dunia yang berbeza..

Kesakitan yang kau cipta hanya sesaat


Tapi mengapa kesannya begitu panjang?
kau bahagia, aku yang terjaga, pilihan apa yang aku ada?

Kadang kau rasa seolah dunia tidak berpihak


Kesakitan yang kau rasa seolah melebihi dari semua orang
Tapi kau memilih untuk teruskan
Tapi bukan sebagai manusia, hanya patung bergerak.

* HADERASYA *
APRIL 2022

Kau mulai menyedari


Terkadang cukup mendengar penjelasan dari seseorang
Tapi pernah kau difahami?
Siapa? Tiada.

Ingin aku bertanya mengapa


Tapi jawapannya pasti tidak menyenangkan
Lalu apa yang aku tunggu?
Jawapan yang menyakitkan atau teruskan langkah?

Tidak ada sedikit rasa buatku?


Berilah walaupun sebesar zahrah
Akan aku tunjukkan betapa aku memerlukannya

Sedang difasa menerima takdir tuhan


Waktu yang lama terasa laju berputar mengigat kembali masa lalu
Takdir hanya tidak menyebelahi
Maafkanlah diri wahai hati

Aku lelah, aku muak


Entah apa yang salah dengan semua
Hanya aku saja yang merasa lelah, muak
Berhubungan dengan semua orang bagaikan pekerjaan bagiku
Menjalani hari demi hari adalah pekerjaan berat
Merasa tiada siapa yang menyebelahiku
Aku lelah..

* HADERASYA *
APRIL 2022

Coretan cinta..
Tuhan, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku (Qs:At Thaha: 67)
Bagaikan hujan merintik
Hati menanangis tiada siapa yang tahu
Semoga kau, aku dan kita bersemadi dengan aman
Amanlah wahai jiwa..

50 detik aku aku benci semua orang


Sisanya aku mencintaimu
50 detik ingin ku mencaci wajahmu
Sisanya aku mengagumimu
50 detik aku berdoa meminta kau dihadapkan karma
Sisanya aku mendoakan kebaikan buatmu
Tiada lima puluh detik yang cukup untuk meremukkan dunia
Sedangkan belum bermula hitung sampai lima telah aku cintai kau tak tersisa..

Cinta tidak selalu datang dengan suara burung-burung dan warna


Tidak selalu dengan degupan jantung
Terkadang datangnya tak terdengar
Dengan tangan yang membelai dan kata-kata yang indah

Laut bisa sangat manis


Dengan ombak-ombaknya menyapu kaki
Burung-burung memilih untuk jatuh jinta dengan indahnya pesona
Apa ada dengan laut yang seakan tenang ini?
Keranan akhirnya kau dihempas-hempas menjauh darinya..

Kali terakhir kau kulihat


Kau adalah orang yang baru
Dan aku masih yang dulu, yang masih menunggu

* HADERASYA *
APRIL 2022

Aku menyaksikan kau dibunuh di kotak fikiranku


Tapi kenapa kau masih hidup?
Berapa kali lagi aku perlu menikamnya?

Sendirian lagi
Aku dan malam bagai menyatu dalam diam
Hanya malam membuatku tenang, tidak lagi memikirkan soal dunia
Peritnya realiti hanya aku dan malam yang tahu.

Tetap menunduk, teruskan perjalanan


Mencuba memutuskan segalanya, menghilang
Pasti kita tahu ertinya matang yang sesungguhnya

Bertemu seseorang pada masa yang salah itu adalah takdir


Takdir yang sakit tapi harus kau jalani.

Terkadang kau harus tahu


Mencintai sememangnya tidak harus memiliki
Dua perkara yang terlihat seharusnya disatukan
Tapi sebenarnya tidak sama sekali. Kau harus akur

Ternyata di kisah ini hanya ada aku


Bodohnya, aku selalu berpikir cerita ini tentang KITA
Dan seharusnya aku tidak meletakkan harapan

Dalam diam, sama-sama suka


Sama-sama mahu memiliki dan menyapa hati
Tapi..jangan-jangan aku yang berangan sendiri..
Sakit.

* HADERASYA *
APRIL 2022

Sampai di suatu titik yang aku yakin


Bahawa yang dikejar selalunya akan terlepas
Dan yang mengejar sering terluka
Maaf ya hati, masih berada di fasa membodohkan diri

I used to be excited about growing up


But look at me now
Broken, lonely, and tired ..

Andainya boleh diberi satu peluang


Peluang apa yang aku mahukan?
Jawapanku tidak ada
Kerana peluang kedua hanya akan membuat luka bertambah parah

Kenapa hidupku tidak sesempurna orang lain?


Takut untuk mendekatkan diri dengan orang
Kerana tiap kali aku mendekati sesiapapun
Mereka meninggalkanku, satu demi satu

Sebelum membuat orang disekeliling kau bahagia,


Carilah dulu kebahagiaan kau
Terkadang mementingkan diri sendiri bukan sesuatu yang buruk
Percayalah, kau perlu memberi ruang buat diri

Jika pada akhirnya aku menyerah,


Ketahuilah aku pernah bermati-matian berjuang
Ketahuilah bahawa karang yang selalu diterpa ombak pasti akan hancur..

* HADERASYA *
APRIL 2022

* HADERASYA *

Anda mungkin juga menyukai