Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan Membaca

Membaca Jambatan Ilmu

Membaca adalah hobi yang baik. Apabila kita membaca, kita akan mendapat banyak kebaikan kerana
membaca itu jambatan ilmu. Jadi, kita mesti menggunakan masa dengan membaca.

Mengapa kita membaca? Membaca baik untuk otak kita. Kita dapat menggunakan otak untuk membaca.
Apabila kita membaca, otak akan memberitahu kita tentang cerita yang ada dalam buku. Jika selalu
membaca, kita akan menjadi pandai. Jika kita ada masa, kita boleh pergi ke perpustakaan untuk
membaca buku. Kad perpustakaan percuma dan kita tidak perlu bayar wang.

Apabila kita membaca buku, kita akan melihat perkataan baru yang kita tidak tahu. Kita boleh membuka
kamus untuk belajar perkataan itu. Apabila kita banyak membaca, kita akan tahu banyak perkataan
baru. Ini dapat membantu kita menulis karangan atau cerita pendek di sekolah. Kita akan pandai menulis
apabila selalu membaca.

Selain itu, membaca baik untuk kesihatan. Sebelum tidur, kita boleh membaca untuk 10 minit. Ini baik
untuk orang yang susah tidur. Jadi, kita akan senang tidur apabila suka membaca.

Membaca juga mengajar kita nilai-nilai murni. Buku ada banyak cerita baik di dalam. Kita boleh mengikut
contoh baik dalam cerita.

Kesimpulannya, kita boleh membaca buku cerita, surat khabar, buku sekolah dan majalah. Ingatlah,
membaca jambatan ilmu kerana membaca banyak kebaikannya.

Anda mungkin juga menyukai