Anda di halaman 1dari 1

Syarahan: Faedah Membaca Buku Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang dihormati Tuan

Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru dan rakan seperjuangan yang dihormati sekalian. Syarahan yang ingin saya sampaikan pada hari ini bertajuk Feadah Membaca Buku. Hadirin yang dihormati sekalian, Membaca merupakan satu amalan yang dapat memanfaatkan diri kita. Amalan ini harus diamalkan setiap hari kerana dengan membaca kita dapat menambah pengetahuan tentang sesuatu perkara yang kita tidak tahu. Oleh itu, kita tidaklah dianggap sebagai katak di bawah tempurung. Selain itu, kita dapat memperbaiki dan menguasai kemahiran berbahasa kita menerusi amalan membaca buku. Perbendaharaan kata kita juga akan bertambah dan penguasaan kata kita menjadi lebih kukuh. Setiap orang pasti mempunyai masa lapang. Dengan adanya amalan membaca ini, masa lapang kita boleh diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Selain mendapat pengetahuan baharu, kita juga dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala yang negatif. Akhir sekali, membaca akan membantu kita menilai dan membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk. Apabila kita banyak membaca, orang lain tidak dapat memperdaya kita kerana kita serba tahu. Kesimpulannya, membaca sememangnya memberikan banyak faedah kepada kita. Amalan membaca ini perlulah dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebelum mengundurkan diri, izinkan saya sampaikan sebuah pantun. Dua tiga kucing berlari, Berkejar-kejaran ke sana sini; Banyak membaca pengetahuan diperolehi, Insan berilmu banyak berbakti. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai