Anda di halaman 1dari 1

Psikologi sosial ialah suatu bentuk kajian mengenai hubungan antara manusia dan kumpulan.

Para ahli
dalam bidang antaradisiplin ini pada umumnya ialah ahli psikologi atau sosiologi, walaupun semua ahli
psikologi sosial menggunakan baik individu mahupun kumpulan sebagai unit analisis mereka.[1]

Definisi psikologi sosial sendiri merupakan kajian yang menyiasat bagaimana pemikiran, perasaan, dan
perilaku individu dipengaruhi oleh kehadiran seseorang lain baik sebenar mahupun imaginasi.[2]

Psikologi sosial sempat dianggap tidak memiliki peranan penting, tetapi kini hal itu mula berubah. Dalam
psikologi moden, psikologi sosial mendapat kedudukan yang penting. psikologi sosial telah memberikan
pencerahan bagaimana fikiran manusia berfungsi dan memperkaya jiwa dari masyarakat kita. Melalui
pelbagai penyelidikan makmal dan lapangan yang dilakukan secara sistematik, ahli psikologi sosial telah
menunjukkan bahawa untuk dapat memahami perilaku manusia, kita harus mengenali bagaimana
peranan situasi, permasalahan, dan budaya.

Walaupun terdapat banyak persamaan, para penyelidik dalam bidang psikologi dan sosiologi cenderung
memiliki perbezaan dalam hal tujuan, pendekatan, kaedah dan terminologi mereka. Mereka juga lebih
menyukai jurnal akademik dan masyarakat profesional yang berbeza. Tempoh kolaborasi yang paling
utama antara para ahli sosiologi dan psikologi berlangsung pada tahun-tahun tak lama setelah Perang
Dunia II.[3] Walaupun terdapat peningkatan dalam hal pengasingan dan kepakaran dalam beberapa
tahun terakhir, sehingga tahap tertentu masih terdapat tumpang tindih dan pengaruh di antara kedua
disiplin ilmu tersebut.[4]

Anda mungkin juga menyukai