Anda di halaman 1dari 5

JUDUL TUGASAN REFLEKSI TUGASAN KELAB KEPIMPINAN &

MOTIVASI
NAMA PENSYARAH NUR ASYIKAH BINTI AZAHARI
NAMA PELAJAR SUFI NUR NADHIRAH BINTI MOHD AZLI
NO MATRIK C22A0259

1
REFLEKSI
Penulisan refleksi bagi subjek kokurikulum kelab kepimpinan ini adalah bertujuan
untuk menyatakan segala aktiviti yang telah saya lakukan dengan bimbingan Puan
Asyikah.Kelas ini berjadual pada setiap hari Selasa di waktu petang.Jadi situasi sepanjang
pembelajaran lebih tenang dan tidak terburu-buru.Kami melakukan banyak aktiviti dan
mendapat ilmu baharu setiap kali perjumpaan diadakan.Aktiviti yang dilakukan adalah
berbeza pada setiap minggu.Pada refleksi ini saya menghuraikan semua aktiviti yang kami
lakukan dan juga pandangan peribadi saya melalui penulisan ini sepanjang tempoh 13
minggu kami menghadiri ke kelas tersebut.

Pada pertemuan pertama iaitu pada minggu pertama pada 18 Oktober 2022,kami
diberi pengenalan tentang subjek dan perlantikan ketua.Puan Asyikah pertama sekali telah
memperkenalkan diri dan begitu jugak kami rakan sekelas.Waktu itu dimana saya telah
mengetahui nama dan asal kelahiran mereka.Perjumpaan kali pertama menjadikan suasana di
kelas itu sunyi dan hanya kedengaran bunyi pendingin hawa pada awalnya.Tetapi Puan
Asyikah telah memecahkan kesunyian tersebut dengan ucapan dan perbualan mesra Bersama
kami.Jadi,setelah selai sesi perkenalan,Puan meminta untuk pelajar secara sukarela untuk
menjadi ketua kelas .NurHayati Binti Zainal telah dilantik sebagai ketua kelas kami.Kami
juga turut bersetuju kerana dia mempunyai sikap yang bertanggungjawab dan kerja yang
sistematik.Selepas itu,kami diberi penerangan tentang tugasan -tugasan yang bakal kami
lakukan antaranya,pembentangan secara berkumpulan dan individu,penulisan Jurnal
Rekfleksi,Pembentangan sinopsis daripada tontonan filem.Tidak lupa juga tujuan Kelab
Kepimpinan ini ditubuhkan di Universiti Malaysia Kelantan ini.

Seterusnya,beralih pada minggu kedua perjumpaan iaitu pada 25 Oktober 2022.Kleas


ini dimulakan pendedahan berkaitan dengan kepimpinan.Pada mulanya kami tidak
mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kepimpinan dengan lebih terperinci dan tidak ada
minat yang mendalam tentang perkara ini.Tetapi ,lama-kelamaan minat itu dapat dipupuk
kerana kebiasaan dengan menghadiri ke kelas,berjumpa dengan rakan rakan.Sebenarnya
banyak perkara yang menarik apabila kita mencuba sesuatu yang lain.

2
Seterusnya,pada minggu ketiga iaitu pada 1 November kami diminta untuk
melakukan ujian emosi yang dianurkan oleh Kelab Pebimbing Rakan Siswa di laman
Saadon.Kami diberikan borang jawapan dan buku soalan berkenaan dengan emosi
seseorang .Soalan tersebut berjumlah 50 soalan .Selepas menjawab soalan-soalan
tersebut,ahli, kelab Rakan Siswa telah menerangkan tahap kawalan emosi seseorang itu
secara peribadi.Melalui cara ini,seseorang lebih terbuka untuk berkongsi masalah atau
bertanya tentang sesuatu mengenai diri mereka kepada individu tersebut.Melalui program
itu,saya dapat mengetahui tahap kesihatan mental dan emosi saya yang selama ini tidak
terkawal kadang-kalanya.

Pada minggu kelima pula,iaitu pada Tarikh 15 November 2022,kelas kami dilakukan
secara terbuka dan santai di laman Saadon Bersama dengan Puan Asyikah.Kelas ini bertujuan
untuk diberikan penerangan tentang konsep Maslow dan melakukan perbincangan.Konsep
Maslow ini sudah diperkenalkan sejak dahulu lagi dan saya mengetahui tentang konsep ini
semasa berada di tingkatan 5 di dalam subjek Perniagaan.Tetapi kali ini melakukan
perbincangan secara lebih terperinci.Pembahagian kumpulan telah dilakukan dan kumpulan
ini kekal sehingga kelas minggu ke-14.Selepas perbincangan dan pembahagian tugas.Kami
perlu membentangkan hasil kerja kami pada minggu yang akan datang.Semasa
membentangkan hasil kerja tersebut,saya dapat lihat bahawa konsep maslow ini sangat
berkait rapat dengan kehidupan kita .Hal ini kerana ia ada menyentuh tentang berkasih
sayang,pemikiran psikologi,keperluan penting sebagai hidupan dan sebagainya.

Minggu ke-6 yang bertarikh 22 November 2022 pula adalah hari perbincangan
program Anti Dadah yang bakal dilangsungkan pada minggu seterusnya.Program ini sdalah
gabungan daripada kelab Kepimpinan UMK kampus Bachok,UMK kampus Kota dan UMK
Kampus Jeli.Jadi tugas Kelab kampus hkami adalah bahagian penyediaan sijil kehadiran dan
sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang telah menjalankan tugas dengan
baik.Semasa perbincangan ini kami telah diberitahu tentagn tentative program,penceramah
Jemputan dan juga perkara yang perlu kami melakukan persiapan agar program tersebut
berjalan dengan lancar.Ketua bagi kelab Kepimpinan kampus Kampus Bachok adalah Nur
Amira.Jadi apa-apa permasalahan yang ada,kami akan merujuk kepada ketua .

Seterusnya,kelas pada minggu ke-7 yang bertarikh pada 29 November,telah


berlangsung program” Pengurusan Stress dan Gaya Hidup Sihat” dan juga kempen generasi
bebas amalan rokok dan vape.Program ini berlangsung dalam 2 petang sehingga jam 5 petang

3
secara atas talian di platform Zoom Meet.Dalam program ini telah diberi penerangan bahawa
ada pihak kaunseling yang boleh membantu para pelajar atau remaja yang terlibat dalam
aktiviti merokok dan rokok elektronik ini.Bukan itu sahaja,klinik kesihatan kerajaan juga ada
menyediakan perhidmatan sesi kaunseling kepada mereka yang berhasrat untuk berhenti
merokok.Penceramah yang memberikan hujahan pada waktu itu juga mempunyai sikap yang
terbuka dan berilmu.Selepas program ini berakhir,kami perlu menyediakan sijil kepada
mahasiswa yang telah menghadiri program tersebut.Terdapat banyak ilmu yang telah saya
perolehi kesan daripada program tersebut.Program tersebut merupakan program atas talian
pertama yang pernah saya hadiri semasa di UMK Bachok ini.

Pada minggu 8 bertarikh 13 Disember 2022,adalah waktu pembetangan tentang


’Gejala Sosial’.Pembentangan kali ini saya dan Amira yang mewakili kumpulan 3 untuk
membentangkan topik tersebut.Setiap sesi perbincanga,Puan Asyikah akan memberikan
komen dan memperbetulkan kesalahan kami supaya dapat bercakap di khalayak ramai
dengan betul.

Pada minggu ke-9 pula yang bertarikh 20 Disember 2022,kelas pada kali ini adalah
berkenaan dengan etika dan mensyuarat.Kami telah berbincang Bersama dan mengadakan
minit mensyuarat bagi program bantuan banjir di Gua musang.Pada mesyurakat itu,kami
membincangkan tentang perlantikan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam
tugasan mereka semasa dalam tempoh program itu berlangsung.Seramai orang mahasiswa
atau sukarelawan yang akan mengambil tempat dalam program tersebut bagi membantu
mangsa banjir membersihkan rumah dan kerja yang perlu diselesaikan untuk meringankan
bebanan mereka.

Pada 27 Disember 2022 iaitu minggu ke-10 ialah aktiviti perbincangan tentang
perbentangan filem .Kami dibenarkan untuk membentangkan apa-apa tajuk filem yang sesuai
ditontonkan oleh semua peringkat umur.Kumpulan kami memilih untuk membentangkan
filem Jibam .Hal ini kerana cerita ini mempunyai banyak pengajaran dan semua ahli kami
pernah menonton filem ini.Jadi kami berbincang di dalam aplikasi Whatsapps dan
pembahagian tugas.

Seterusnya,telah masuk minggu ke 11,adalah pembentangan minit mesyuarakat yang


telah dilakukan pada minggu ke-9 yang lepas.Setiap wakil dari kumpulan perlu
membentangkan minit mesyuarat tersebut dan Puan Asyikah memberi komen dan betulkan

4
kesalahan yang dibuat agar penulisan minit mesyuarakat selepas ini lebih sistematik dan
mengikut format yang betul.

Minggu ke-12 yang bertarikh pada 10 Januari 2023 adalah perbentangan tugasan
perbentangan filam yang berkaitan dengan kepimpinan dan motivasi telah
dibincangkan.Antara filem yang dibentangkan adalah filem Bukit Kepong,filem Mat
Kilau,filem kartun Elsa &Anne ,filem Mat Kilau,dan filem Jibam.Bagi saya,saya amat
teratarik dengan perbentangan daripada kumpulan 5 kerana mereka menunjukkan reaksi dan
teknik penceritaan yang menarik.Pembentangnya adalah Ameline,Sufarini dan
Carley.Mereka telah membuatkan kami tertarik untuk mengetahui isi kandungan filem
tersebut dengan lebih mendalam.

Kesimpulannya kelab kepimpinan dan motivasi merangkumi pelbagai aspek yang


dapat mengubah cara seseorang melakukan tugasan dengan lebih baik. Penglibatan saya
dalam kelab ini telah mengubah mentaliti saya untuk menjadi seseorang yang berguna kepada
masyarakat. Rakan-rakan juga banyak membantu dan memberikan sokongan yang positif
sepanjang tempoh kelas ini berlangsung. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan
Asyikah atas bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Buat semua rakan seperjuangan saya
juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan yang telah dicurahkan
kepada kami.

Anda mungkin juga menyukai