Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI PENDIDIKAN MORAL (PQI6052)

MUHAMAD AMINUDDIN BIN ZAIEDI (2160207)

Minggu Pertama

Kelas pada minggu pertama dibatalkan. Semua pelajar diminta untuk tidak hadir ke kelas.

Minggu Kedua

Kelas pada minggu kedua dimulakan dengan aktiviti ‘ice breaking’. Setiap pelajar harus
memperkenalkan diri dan menceritakan sedikit tentang latar belakang diri sendiri. Antara
perkara yang harus diberitahu ialah:

 Nama
 Umur
 Asal/tempat tinggal
 Pengalaman Akademik
 Kursus yang diambil semasa Ijazah
 Sebab melanjutkan pelajaran dalam DPPUM
 Harapan apabila tamat pembelajaran Pendidikan Moral semester 1
 Kekuatan dan Kelemahan Diri

Pada minggu kedua tersebut, saya masih belum mengenali majoriti rakan sekelas saya kecuali
rakan rakan yang pernah saya menjalani diploma/ijazah bersama sama. Setelah tamat sesi ‘ice
breaking’ tersebut, saya telah mengenali semua rakan rakan saya yang berasal dari pelbagai
negeri dan unversiti yang berlainan. Selain itu, sesi ini juga membuka mata saya tentang
tujuan masing masing dalam melanjutkan pelajaran DPPUM dan saya telah menjelaskan
kepada Dr. Visha harapan saya terhadap subjek Pendidikan Moral. Disamping itu, saya juga
dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan rakan rakan sekelas saya. Aktiviti yang dijalankan
sangat menyeronokkan dan memberi banyak input baru kepada saya.

Minggu Ketiga

Pada minggu ketiga, saya telah diberi pendedahan tentang dua falsafah utama dalam
Pendidikan Moral iaitu :

 Egoisme – Mengikut kumpulan etnik masing masing


 Utilitarisme – Menjurus Keputusan kolektif, khasnya selepas kemerdekaan
Selepas tamat sesi pembelajaran dalam kelas, kami telah membuat ‘UM Tour’ bersama sama
pelajar daripada China yang merupakan anak murid Dr Visha juga. Kami telah mengenali
beberapa fakulti dan fasiliti yang terdapat di UM. Antaranya Fakulti Kejuruteraan dan
Akademi Pengajian Islam.

Minggu Keempat

Pada minggu keempat, satu tugasan telah diberikan iaitu tugasa membuat ringkasan bab 1 dan
bab 2 subjek Pendidikan Moral sebanyak 100 perkataan. Tugasan ini melibatkan tugasan
individu dan kami perlu menulis sekurang kurangnya 100 perkataan tentang ringkasan bab1
dan bab 2.

Minggu Kelima

Sesi kelas pada minggu kelima dimulakan dengan santapan kuih Maruku yang dibawa oleh
Dr. Visha. Kemudian sesi pembelajaran diteruskan dengan kuiz yang berkaitan dengan
Pendidikan Moral, para pelajar yang berjaya menjawab kuiz dengan tepat sahaja akan
dibenarkan duduk. Kuiz tersebut berkaitan dengan tajuk 1 dan tajuk 2 Pendidikan Moral.
Seterusnya, kami diminta untuk menceritakan pengalaman melalui pancaindera yang
memfokuskan tentang pengalaman yang dilalui sendiri ketika zaman persekolahan.
Pengalaman yang diceritakan oleh saya ialah pengalaman ketika aktiviti ‘Gotong Royong
Perdana’ yang menjadi aktiviti wajib persekolahan pada setiap tahun. Di samping itu, kami
dapat menimba pengetahuan baru yang kebanyakan guru moral yang mengajar subjek
Pendidikan Moral tidak menepati piawaian yang ditetapkan dan guru moral tidak dapat
membezakan antara Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Akhir sekali, input Baharu yang
dapat saya pelajari ialah hak asasi manusia dan undang undang kemanusiaan adalah dua
benda yang tidak sama.

Minggu Keenam

Pada minggu keenam, kami diminta untuk menghadiri satu program sempena Sambutan
Integriti Dan Anti Rasuah Universiti Malaya 2023 dan program tersebut bertajuk DIALOG
Antara Pelbagai Budaya-Agama Mengenai Integriti & Rasuah. Seramai 5 orang panel telah
dijemput hadir untuk menyertai sesi dialog tersebut dan pihak SPRM juga telah dijemput
sama bagi menjayakan program tersebut. Program tersebut telah dirasmikan oleh KPKPJ
Azmin Bin Yusof yang merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Dr. Visha telah memberi tugasan tentang
penulisan secara kritikal pegangan budaya dan agama yang disampaikan oleh penceramah
mengenai integriti dan rasuah. program dimulakan dengan Dr. Alwani Ghazali dari Jabatan
Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau adalah
panel pertama yang bertanggungjawab mengupas tentang soal integriti dan rasuah dari
perspektif agama Islam. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan tentang nilai kejujuran dan
keikhlasan yang sangat penting ditekankan dalam agama Islam dalam menangani masalah
integriti dan rasuah yang berlaku di dalam masyarakat kita. Kupasan panel yang kedua iaitu
Mr. Thai Ming Yeow yang mewakili Buddhist Missionary Society Malaysia. Beliau
memulakan kupasan beliau dengan memberikan definisi rasuah iaitu meyalahgunakan kuasan
untuk kepentingan diri dan menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan kepada
seseorang individu. Panel yang seterusnya diwakili oleh adalah REV. Jonathan Jesudas yang
mewakili Tamil Methodist Church, Kayu Ara Damansara. Pertama sekali, beliau
menerangkan bahawan perkataan integrity berasal daripada perkataan integer yang
bermaksud keseluruhan. Dalam agama Kristian, ia merujuk kepada konsistensi kepada tuhan
ataupun agama. Dalam integrasi ada cerminan watak tuhan yang membawa nilai nilai yang
mulia. Seterusnya, panel yang diwakili dari Fakulti Industri Kreatif dari Univeriti Tunku
Abdul Rahman, DR. Charanjit Kaur Darshan Singh yang akan menerangkan tentang
pemahama konteks integriti dan rasuah dalam pandangan agama Sikh. Beliau menjelaskan
bahawa agama Sikh adalah agama yang berpandukan sepenuhnya dengan kitab suci mereka.
Beliau dengan lantang berkata, rasuah juga merangkumi penyelewengan dana awam, aktivi
memberi dan menerima rasuah dan nepotisme. Akhir sekali, panel terakhir ialah Mr.
Ravichandran Balasubramaniam yang mewakili Pertubuhan Belia Hindu Teluk kemang yang
akan menjelaskan jenayah rasuah dan integrtiti dalam konteks agama Hindu. Beliau tegas
mengatakan bahawa rasuah adalah lebih bahaya dari najis dadah. Hal ini kerana rasuah dapat
meruntuhkan sesebuah intusi Masyarakat dek kerana perbuatan rasuah adalah perbuatan yang
sangat bahaya dan boleh mengundang kepada ketidakharmonian Masyarakat atau komuniti.

Minggu Ketujuh

Minggu ketujuh dimulakan dengan kuiz tentang Sejarah tentang pembentukan subjek
Pendidikan Moral dan KBSR. Tedapat juga soalan kemahiran berfikir aras tinggi yang harus
dijawab mengenai guru pendidikan moral. Akhir sekali, kami diberi tugasan tentang nilai
harga diri dan kebebasan.

Minggu Kelapan
Pada minggu kelapan, kami diminta untuk membaca kembali tentang falsafah moral dan
diikuti dengan kuiz tajuk ke -5 iaitu psikologi moral bagi murid pelbagai budaya. Pada
minggu ini juga kami baru selesai menajalai ‘Orientasi Institusi Pendidikan’ dan kami harus
memberi pandangan tentang isu isu yang terjadi dalam subjek Pendidikan Moral dan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berlaku di dalam sekolah yang kami jalani Latihan
OIP.

Minggu Kesembilan

Pembentangan pertama dimulakan dengan Kumpulan nilai kepercayaan kepada tuhan dan
nilai baik hati dan Kumpulan kedua membentangkan nilai tanggungjawab dan terima kasih.
Dalam pembentangan ini kami dapat belajar tentang definisi setiap nilai yang dibentangkan.
Dr Visha telah memberi beberapa komen penambahbaikan tentang pentaksiran dan
memahami kata kunci dari setiap nilai untuk memahami maksud nilai tersebut. Pentaksiran
perlu merangkumi tiga aspek utama iaitu penakulan, emosi dan perlakuan. Kami juga diminta
untuk memberi pentaksiran rakan sebaya dan memberi markah kepada Kumpulan yang lain.
Aspek yang perlu diberi pemarkahan adalah dari segi persembahan dan isi kandungan.
Terdapat beberapa aktiviti dijalankan seperti menonton video dan menulis tentang insan yang
kita sayangi dalam hidup kita.

Minggu Kesepuluh

Pembentangan diteruskan dengan Kumpulan hemah tinggi dan hormat untuk Kumpulan
pertama, dan disusuli dengan Kumpulan kedua iaitu nilai kerajinan dan kejujuran. Dalam
pembentangan ini, Dr Visha ada menegur kepada Kumpulan yang membentangkan agar tidak
mencampur adukkan nilai mereka dan nilai orang lain. Hal ini akan memberi kekeliruan
kepada murid murid. Terdapat satu aktiviti dijalankan oleh Kumpulan kejujuran, iaitu dengan
meletakkan gula gula di atas setiap meja pelajar dan semua pelajar diminta untuk keluar dari
kelas. Apabila pelajar masuk semula kedalam kelas, pembentang akan memperhatikan siapa
yang makan tanpa kebenaran makanan yang bukan hak milik mereka.

Minggu Kesebelas

Pada minggu kesebelas, giliran Kumpulan saya untuk membentangkan nilai toleransi dan
berdikari bersama Kumpulan kedua iaitu nilai Kerjasama dan kesederhanaan. Kedua dua
Kumpulan menggunakan kaedah yang sama iaitu tayangan video. Selain dari pembentangan,
aktiviti seperti menceritakan pengalaman sendiri bagi nilai berdikari dan toleransi juga
diadakan. Pelajar juga diminta untuk menceritakan pengalaman masing masing di hadapan
kelas. Perayaan setiap kaum juga dibincangkan di dalam kelas, penceritaan menjadi lebih
menarik kerana terdapat berbilang kaum di dalam kelas seperti Melayu, Sungai dan Melanau
yang menceritakan pengalaman perayaan masing -masing.

Minggu Kedua belas

Kumpulan kedua terakhir membentangkan tentang nilai harga diri dan kebebasan. Dua video
telah ditayangkan tentang nilai harga diri dan kebebasan. Pembentang membentang dengan
baik dan satu aktiviti dijalankan iaitu menceritakan pengalaman sendiri berkenaan nilai yang
berlaku pada zaman silam. Pembentang juga meminta pelajar menulis tentang apa apa
perkara yang disukai atau tidak disukai mengenai pembentang.

Minggu Ketiga Belas

Minggu terakhir diakhiri dengan Kumpulan terakhir yang membentangkan nilai patriotisme
dan rasional. Pembentang membuat pembentangan dengan baik dan kami harus menonton
video yang berkenaan patriotisme dan rasional. Pelajar diminta untuk menyenaraikan perkara
yang membangkitkan semangat patriotism dalam diri mereka. Saya telah menyebut tentang
kejayaan atlet Malaysia di persada dunia seperti Pandalela Rinong yang memperolehi pingat
gangsa dalam sukan olimpik dan Sheikh Muzaffar yang merupakan angkasawan pertama
Malaysia yang menjadi kebangaan negara kita. Setelah pembentangan selesai, kelas diakhiri
dengan sedikit jamuan dan sambutan hari lahir bagi rakan rakan yang lahir pada bulan
Januari. Di akhir kelas, beberapa pelajar diminta untuk membuat refleksi tentang pengalaman
menjalani subjek Pendidikan Moral PQI6052.

Minggu Keempat Belas

Semua pelajar diminta untuk menghantar setiap tugasan yang diberikan pada hari Jumaat
(26.1.2024).

Anda mungkin juga menyukai